You are on page 1of 3

5.

BERIADAH ATAU BERSUKAN

Aktiviti sukan atau aktiviti riadah merupakan satu aktiviti yang banyak memberikan
kebaikkan kepada tubuh badan manusia. Melalui aktiviti ini, kita dapat mengeluarkan
peluh dan sisa toksin di dalam badan. Untuk seorang perokok yang ingin berhenti
merokok, aktiviti sukan atau aktiviti riadah merupakan satu aktiviti yang perlu di
ambil kira sekiranya ingin mengurangkan tabiat merokok kerana bersukan atau
beriadah mampu mengurangkan stress sekaligus mengurangkan nafsu untuk merokok.
Bagi para pelajar sekolah digalakkan untuk menyertai aktiviti sukan selain dapat
mengelakkan daripada gejala merokok aktiviti ini juga dapat memberikan otak yang
cerdas dan badan yang sihat.

6. MENYERTAI PROGRAM SUKARELA

Selain itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan program sukarela untuk
murid-murid yang mempunyai masalah dengan rokok contohnya seperti program
“melawat pusat pemulihan akhlak” untuk memupuk kesedaran tentang bahaya
merokok yang boleh menjebakkan diri mereka ke arah dadah. Di samping itu, ibu
bapa juga perlu cakna dengan kegiatan anak selepas habis sesi persekolahan dan
memantau pergaulan anak-anak mereka selepas sesi persekolahan. Ibu bapa juga
boleh menggalakkan anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukarela dan
keagamaan yang dianjurkan di masjid atau surau untuk meningkatkan kesedaran
rohani. Sikap ini perlulah dipupuk sejak dari kecil bak kata pepatah “meluntur buluh
biarlah dari rebungnya”. Dalam pada itu, pihak kerajaan juga perlu memainkan
peranan penting dengan menganjurkan program-program sukarela pada tarikh 31 Mei
setiap tahun yang merupakan “Hari Tanpa Tembakau Sedunia”. Program-program
tersebut haruslah menfokuskan kalangan pelajar sekolah. Seterusnya golongan
masyarakat juga perlu mengambil pusing tentang gejala yang tidak sihat ini dengan
menganjurkan program sukarela untuk anak-anak muda supaya mereka lenih peka
dengan isu ini.
7. MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG

Umum sedia maklum bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah


mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan larangan merokok di tempat
awam bermula pada 1 Januari 2019. Ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh
kerajaan untuk mengurangkan bilangan golongan perokok di negara ini. Hal ini secara
tidak langsung akan membuatkan pihak sekolah untuk lebih cakna dengan
undang-undang baharu ini sekaligus dapat menguatkuasakan undang-undang ini
disekolah untuk membendung gejala merokok dikalangan pelajar. Selain itu, pihak
sekolah juga boleh memperkenalkan undang-undang baharu disekolah khas untuk isu
merokok dikalangan pelajar dimana pihak sekolah boleh melakukan ujian saringan
secara rambang kepada pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti
golongan perokok dikalangan pelajar dan membantu mereka untuk berhenti merokok.
Pihak kerajaan juga perlu memantau kedai-kedai runcit yang menjual rokok kepada
golangan bawah umur dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang menjual
rokok kepada golangan bawah umur.
Referrence

1. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/467872/kuatkuasa-larangan-merok
ok-mulai-1-januari

2. http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2634-bayan-linnas-siri-ke-18-
merokok-hukum-dan-penyelesaiannya

You might also like