You are on page 1of 5

Kajian Tindakan: Kit Jutaria Inhalan Dadah (JID)

Meningkatkan Pengetahuan Tentang Maklumat Dadah dan


Inhalan di Kalangan Murid Tahun 6 Melalui Bimbingan Kelas

1.0 PENDAHULUAN (15 markah)

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN


Fenomena penyalahgunaan dadah dan bahan inhalan bukan hanya melibatkan
golongan dewasa dan belia tetapi gejala ini telah merebak di kalangan golongan
remaja termasuk kanak-kanak dan murid-murid di sekolah rendah. Golongan muda
ini merupakan bakal pewaris yang akan menerajui dan mewarisi negara pada masa
depan. Seandainya golongan ini telah dipengaruhi dengan ketagihan dadah maka
harapan untuk melihat negara ini berkembang maju dan makmur pada masa depan
akan menjadi sia-sia. Pada masa kini pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak
bertanggungjawab demi membanteras gejala tidak sihat ini. Justeru, pada tahun
2003, pihak kerajaan pada ketika itu telah mengisytiharkan tahun tersebut sebagai
Tahun Memerangi Dadah Habis-Habisan, seterusnya merealisasikan Sekolah Bebas
Dadah pada 2012 dan Malaysia Negara Bebas Dadah pada tahun 2015. Dalam pada
itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan semua sekolah di Malaysia
menjalankan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) untuk meningkatkan
pengetahuan murid tentang bahaya penggunaan dadah dan inhalan pada peringkat
awal persekolahan
((rujuk balik artikel)).

[[KIT INOVASI??]]
[DEFINISI DADAH??]]
[BIMBINGAN KELAS]]

Tahap pengetahuan murid sekolah rendah Malaysia tentang bahaya dadah


Chan, Yuen Fook1, Abd Halim Mohd. Hussin2, Sidhu, Gurnam Kaur3, Nazeera
Ahmed Bazari4, Rozilah Abdul Aziz5. Malaysian Anti-Drugs Journal (Jurnal
Antidadah Malaysia) (Volume 6, No. 2, 2009)
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pemilihan masalah kajian mengenai penyalahgunaan dadah dan inhalan adalah
kerana isu ini merupakan fenomena sejagat yang saban tahun semakin meningkat
sehingga boleh mengancam keharmonian dan kesejahteraan kehidupan individu,
keluarga, masyarakat dan negara. Menurut Laporan daripada Agensi Antidadah
Kebangsaan ((RUJUK WEBSITE ADK), jumlah penyalah guna dan penagih dadah
serta bahan di Malaysia mencatatkan seramai 142199 orang dan yang lebih
membimbangkan dimana statistik menunjukkan peningkatan 33.3 peratus penagih
terdiri dari masyarakat yang berada pada tahap pendidikan peringkat sekolah rendah
iatu 8779 orang kepada 13700 orang. Oleh demikian, peranan pihak sekolah amat
penting terutamanya Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sekolah dalam
melaksanakan tanggungjawab dalam memberi pendedahan, pengetahuan serta
kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah dan bahan inhalan selaras seperti
yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelaksaanan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah (2015) yang memfokuskan
Peningkatan Disiplin Diri Murid dibawah bidang Pendidikan Pencegahan Dadah,
Rokok, Inhalan, HIV dan AIDS.

((SURAT PEKELILING IKHTISAS))

1.3 TUJUAN, OBJEKTIF KAJIAN & SOALAN KAJIAN


1.3.1 Tujuan

Generasi muda merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara


pada masa hadapan. Oleh itu, adalah penting membentuk generasi muda yang
akan datang dari segi pemikiran supaya mempunyai nilai-nilai dan sikap boleh
mencegah dari kegiatan penagihan dadah. Menurut [rujukan 2] pencegahan
awalan melalui pendidikan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan
untuk melindungi seseorang dari terlibat dengan penggunaan dadah sebelum ia
bermula. Oleh itu, sistem pendidikan formal di sekolah-sekolah merupakan salah
satu faktor pembentukan nilai-nilai dan sikap.
Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Pendidikan Pencegahan Dadah seperti
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13):
Penyalahgunaan Inhalan dan juga Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pelajaran Malaysia No.7/1975: Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru
Panduan dan Guru Besar ini jelas menunjukkan bahawa pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia amat meneliti dengan mendalam isu ini. Jelas sekali,
penggunaan kit Jutaria ID ini mampu membantu dalam menyalurkan maklumat
mengenai penyalahgunaan dadah dan inhalan kepada murid tahun 6 di sekolah
rendah. Pendekatan yang dilakukan ini amat berbeza dimana murid dapat
bermain permainan yang menyeronokkan disamping mendapat ilmu
pengetahuan tentang dadah dan inhalan.

((SURAT PEKELILING IKHTISAS))

1.3.2 Objektif Kajian


I. Memberikan ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai dadah,
dan inhalan.
II. Melahirkan pemikiran murid yang kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan masalah melalui permainan Kit Jutaria ID
1.3.3 Persoalan Kajian
I. Adakah penggunaan Kit Jutaria ID mampu memberi ilmu
pengetahuan yang mendalam mengenai penyalahgunaan dadah dan
inhalan dalam kalangan murid tahun 6?
II. Bagaimanakah pengaplikasian kit Jutaria ID dapat meningkatkan
pemikiran murid yang kritis dan kreatif dalam menyelesaikan
masalah?

1.4 HIPOTESIS KAJIAN


1.5 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini dibuat bertujuan untuk membantu guru dalam
menerangkan perkongsian maklumat penyalahgunaan dadah dan bahan inhalan
kepada murid di sekolah rendah dengan menggunakan pendekatan yang
berbeza iaitu dengan menggunakan kit pembelajaran yang dibuat ini.
Penyalahgunaan rokok, dadah dan inhalan ini merupakan perkara yang amat
penting yang perlu dititikberatkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di
sekolah. Perkara ini perlu difokuskan kepada murid untuk membentuk indivu
yang baik dari pelbagai aspek. Tambahan pula, (rujukan 3) menjelaskan bahawa
sesetengah murid tidak terlalu mengetahui mengenai jenis-jenis dadah yang
boleh memudaratkan, perbezaan dadah dan rokok serta lain-lain lagi.
Kit yang akan dibuat ini lebih kepada permainan yang diaplikasikan daripada
konsep permainan Jutaria namun ditukar konsep kepada permainan melibatkan
penyalahgunaan rokok, dadah dan inhalan. Hal ini kerana pendekatan aktiviti ini
pastinya akan lebih menarik minat murid untuk mendalaminya serta dapat
mengelakkan murid daripada bosan. Dalam masa yang sama input berkaitan
penyalahgunaan bahan terlarang yang diperkenalkan dapat difahami oleh murid
seterusnya dapat melatih sifat baik serta pencegahan negatif dalam bahaya
penggunaan ini bagi murid-murid di sekolah.

1.7 DEFINISI OPERASIONAL/ISTILAH

2.0 TINJAUAN LITERATUR (15 markah)

2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN

2.2 TEORI/ MODEL KAJIAN


((MODEL KURT LEWIN))

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU


Kajian yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (2009) dengan
menggunakan Ujian Pengetahuan Bahaya Dadah yang ditadbirkan kepada seramai
2,914 orang murid dari 43 buah sekolah dari tujuh buah negeri di Semenanjung
Malaysia untuk memperihalkan tahap pengetahuan murid tentang bahaya dadah. Di
setiap sekolah kajian, tiga kumpulan Murid Tahun 5 yang terdiri daripada murid kelas
cemerlang, sederhana dan lemah telah dipilih untuk menjawab kertas ujian ini.
Selepas ujian ditadbir dan disemak, analisis deskriptif yang melibatkan pengiraan
min dan sisihan piawai serta analisis inferensi yang melibatkan penggunaan ujian-t
dan ANOVA telah digunakan untuk memerihal tahap pengetahuan murid mengikut
soalan, negeri, jantina, lokasi dan kategori kelas murid. Maklumat dari ujian
pengetahuan menunjukkan bahawa murid hanya mempunyai pengetahuan umum
tentang dadah, tetapi murid-murid yang dikaji tidak mempunyai pengetahuan khusus
tentang kandungan bahan kimia dalam dadah, rokok, dan kesan-kesan
pengambilannya.
Selain itu, merujuk kajian Haslina Hashim, Abdul Mutalip, Elena Gregoria dan
Regina Abdullah (2009) yang membuat kajian tentang isu-isu penyalahgunaan
inhalan dalam kalangan remaja di daerah Kuching, Sarawak telah menunjukkan
bahawa kebanyakan remaja terlibat disebabkan pengaruh rakan sebaya dan mereka
sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang untuk meneruskan tabiat
ini. Kajian ini mendapati kumpulan yang cenderung terlibat dengan gejala ini etnik
Melayu dengan majoritinya masih bujang, mempunyai pendidikan setakat sekolah
menengah. Pengkaji juga mendapati umur terawal yang dicatatkan adalah 9 tahun
manakala umur terlewat adalah 28 tahun dan majoriti responden terlibat ketika
mereka berusia antara 11 hingga 20 tahun, yang memberi maklumat bahawa tabiat
ini mudah tersebar di kalangan mereka yang masih bersekolah.

Haslina Hashim, Abdul Mutalip bin Abdullah, Elena Gregoria Chai Chin Fern &
Regina Abdul Abdullah(2009).´Lihat Naga Boleh, Jadi Goku Pun Boleh:Kajian
Remaja dan Penyalahgunaan Inhalan di Daerah Kuching,Sarawak.´ Diperolehi dari
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/

2.4 Kerangka konseptual

3.0 METODOLOGI (15 markah)

3.1 Reka bentuk kajian


(Reka Bentuk Kualitatif) & (Reka Bentuk Kuantitif)

3.2 Persampelan
3.3 Instrumen Kajian
3.4 Kajian Rintis
3.5 Kesahan dan kebolehpercayaan
3.6 Prosedur pengumpulan data
3.7 Prosedur Penganalisisan data
3.7.1 Analisis penerokaan awal data kuantitatif
3.7.2 Analisis penerokaan awal data kualitatif
3.7.3 Tata cara analisis data

RUJUKAN
(15 markah)
LAMPIRAN

You might also like