You are on page 1of 1

CAWANGAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS ( No.

PPM-010-04-09042013 )

PENGUATKUASAAN PERLU DITERUSKAN, P E R T U B U H A N S I L A T S E N I


GAYONG MALAYSIA CAWANGAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS
SOKONG KERAJAAN NEGERI PAHANG

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Daerah Cameron Highlands mengambil maklum
berkenaan beberapa siri video yang tular di media sosial berhubung tindakan pihak berkuasa yang telah
melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap tanah-tanah yang telah diteroka secara haram
bagi tujuan penanaman durian musang king di Hutan Simpan Batu Talam, Raub,Pahang.

Berdasarkan kepada video tersebut, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Daerah
Cameron Highlands ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kami kepada tindakan
penguatkuasaan tersebut yang pada pandangan kami sangat wajar dilaksanakan.

Kami percaya, tindakan ini merupakan satu signal kepada mana-mana pihak yang meneroka tanah secara
haram bahawa Kerajaan Negeri Pahang amat tegas dalam usaha mereka menangani isu-isu yang
seumpamanya.

lni adalah tindakan yang adil,terutama kepada mereka yang mengusahakan tanah secara sah dan
melalui proses yang dibenarkan oleh undang-undang, berbanding mereka yang mengamb il jalan
mudah dengan menceroboh tanah-tanah milik kerajaan ini.

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Daerah Cameron Highlands menyeru semua ahli
dan rakyat Negeri Pahang untuk bersolidariti bersama Kerajaan Negeri Pahang mempertahankan hak
rakyat negeri ini.

_____________________
(Mohd Yusoff bin P Abdul Satar)

Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Cawangan Daerah Cameron Highlands Pahang.

You might also like