You are on page 1of 9

1

Seni dan Kebudayaan, Lambang dan Identiti Jiwa Negara


Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat di negara ini. Proses globalisasi menyebabkan kegiatan
seni budaya tradisional semakin lesu. Sikap masyarakat yang dingin juga
menjejaskan budaya tradisional kita. Kekurangan pusat latihan turut
menyebabkan masalah ini.
Menurut Kamus Dewan, Seni didefinisikan sebagai karya seperti sajak,
pantun, lukisan, muzik, dan lain-lain yang dicipta dengan bakat (kecekapan),
hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal seni,
yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan). Kesenian ini menjadi
tunjang kepada kebudayaan masyarakat negara kita sejak turun temurun lagi.
Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat kita yang unik lebih
terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah
mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi
kebudayaan masyarakat kita. Kesenian negara kita telah diakui dunia sebagai
unik dan menarik.
Budaya akan wujud dengan adanya kelompok bangsa atau kaum.
Kebudayaan tercetus apabila budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai
peradaban yang tinggi dalam sesuatu tamadun. Dalam kebudayaan terdapat
empat komponen penting iaitu fikiran atau idea, kebendaan kesenian, nilai dan
norma.
Fungsi seni dan kebudayaan dalam masyarakat Malaysia meliputi
beberapa aspek iaitu riadah, identiti, kecergasan, keagamaan, ritual, sosialisasi
dan keagamaan. Akitiviti seni dan kebudayaan telah menjadi medium riadah
yang amat penting bagi masyarakat Malaysia yang kesibukan hidup. Seni juga
mampu membina kecergasan fizikal dan mental kerana ia melibatkan
kardiovaskular yang menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Aktiviti
seperti nasyid, marhaban dan hadrah merupakan aktiviti kesenian Islam yang
berkait rapat dengan amalan keagamaan. Masyarakat Orang Asal dengan tarian
2

sewangnya dan tarian Ulik Mayang oleh masyarakat Melayu menjadi medium
ritual dalam masyarakat Malaysia. Aktiviti seni dan kebudayaan telah
membentuk suatu identity bangsa Malaysia yang amat uni.
Seni dan kebudayaan telah memainkan peranan yang amat penting
kepada masyarakat Malaysia. Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi,
seni dan kebudayaan merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat
penting dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perpaduan boleh dicapai melalui
kesenian dan kebudayaan. Bangsa kita yang inovatif dan kreatif mampu untuk
mengeratkan perpaduan yang utuh disamping menjadi bangsa yang berbudaya
tahan dan mempunyai moral awam yang yang teguh. Akan tetapi, bagi mencapai
perpaduan ini bangsa kita tidak terlepas daripada rintangan dan halangan.
Rintangan dan halangan ini ada yang berpunca dari kita sendiri dan tidak kurang
juga yang datang dari luar.
Seni gerak iaitu seni tari didefinisikan sebagai suatu pergerakan yang
berirama. Seni tari adalah medium ekspresi individu melalui gerak-geri berirama
yang indah. Permainan tradisional seperti sepak raga, permainan gasing,
permainan wau wujud memerlukan pergerakan yang banyak. Gerak-geri
sebegini boleh meningkatkan kecergasan fizikal individu. Dalam kehidupan
seharian, kecergasan merupakan aspek penting bagi membolehkan seseorang
bergerak dan melakukan aktiviti seharian dengan baik. Insan yang kerap
melakukan pergerakan dari segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf
kesihatan individu. Amalan ini yang berkala akan meningkatkan tahap
kecergasan fizikal dan seterusnya boleh menjauhkan seseorang individu
daripada beberapa penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi,
diabetes, penyakit tulang dan kanser.
Malaysia mempunyai sumber budaya yang kreatif dan luas dalam bidang
seni persembahan, seni halus dan seni tampak, kaligrafi Islam dan penulisan
Jawi, filem, pendidikan seni, kesusasteraan dan kraf yang boleh dimaju
danditerokai. Negara Malaysia kaya dengan kepelbagaian dan keunikan warisan
budaya, sejarah dan semulajadi yang telah menjadi lambang identiti dan
3

kebanggaan masyarakat kita. Kepelbagaian warisan budaya ini perlu
dikembangkan bukan sahaja untuk dinikmati oleh generasi masa kini dan akan
datang, tetapi juga untuk membantu dalam meningkatkan sumber pendapatan
ekonomi Negara melalui sumbangan dari sektor pelancongan. Kementerian yang
sedang berusaha menggalakkan dan membangunkan produk kebudayaan yang
bermutu seperti batik, wau, kraftangan dan seni lukis boleh dikomersilkan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Para pelancong dari luar atau dalam
negara pasti berasa kagum terhadap keunikan seni dan budaya negara kita
secara langsung menjayakan sektor pelancongan dan juga mampu
meningkatkan ekonomi negara.
Kita sebagai pendidik harus banyak melibatkan murid-murid dalam aktiviti
seni tarian. Seni tarian meliputi pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama.
Murid-murid mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai
terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang
semulajadi. Potensi pergerakkan murid-murid boleh dirangsang melalui ritma dan
pelbagai bentuk tari. Murid-murid akan mempunyai keinginan untuk bergerak dan
sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah
menerusi tarian. Mereka dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang
berentak dan berirama dalam tarian.
Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti murid-murid.
Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang
indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang
dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Melalui gerak tubuh, murid-murid mampu
untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada
orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai
unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat dilihat pada pergerakkan tangan, kaki,
badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain. Matlamat seni tari dalam
pendidikan di sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum mampu berupaya
4

membantu kanak-kanak meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahaan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbang ke arah pembagunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan imaginasi, kreativiti dan
estetika murid-murid dengan berimaginasi semasa aktiviti gerakan,
menginterpretasikan idea dan mengapreasiasi estetika. Aktiviti-aktiviti
pergerakan kreatif dapat melatih murid-murid mengenal bahagian-bahagian
tubuh badan sendiri, meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan,
mengeksplorasi dan menggunakan ruang dengan bijak, menghargai dan
membahagikan masa mengikut keutamaan. Aktiviti pergerakan kreatif
menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa
dan daya. Seni tarian dalam pendidikan sekolah rendah yang mengintegrasikan
tiga komponan akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik
tolak daripada pengintegrasian inilah perkembagan menyeluruh dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Melalui tarian murid-murid dapat mengenali budaya bagi setiap bangsa di
Malaysia. Penduduk Malaysia yang berbilang kaum mengamalkan pelbagai adat
dan seni warisan turun temurun. Melalui tarian juga murid-murid mampu
mengenali sesuatu kaum dan pengamalnya. Sebagai contoh, apabila disebut
tarian Singa secara automatik kanak-kanak tahu bahawa itu adalah tarian kaum
cina. Begitu juga bila disebut tentang tarian joget kanak-kanak boleh
mengintepritasikan itu adalah tarian kaum melayu.
Tarian juga mampu mendidik kanak-kanak agar menghormati budaya
bangsa lain yang ada di Malaysia. Ini bukan bermakna setiap bangsa hanya
mengenali bangsa itu sendiri. Tarian tradisional setiap kaum biasanya adalah
tarian turun temurun yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Sekiranya tarian
ini tidak diamalkan sudah pasti generasi akan datang tidak mengenali budaya
bangsa mereka. Biarpun masa kini tarian sudah mengalami perkembangan yang
begitu pesat namun, tarian-tarian klasik setiap kaum tidak harus dilupakan.
5

Terdapat pelbagai jenis bahasa yang terdapat di Malaysia seperti bahasa
Melayu, bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, bahasa Iban dan banyak lagi. Tarian
setiap kaum menunjukkan bahasa bagi kaum tersebut. Sebagai contoh tarian
Kuda Kepang yang pada asalnya ditarikan oleh orang Jawa. Tarian Singa yang
ditarikan oleh kaum cina manakala tarian Khatak ditarikan oleh kaum India.
Biarpun murid-murid tidak dapat memahami bahasa tersebut, tetapi mereka
belajar untuk mengenali jenis bahasa yang dituturkan oleh penyanyi.
Selain itu, permainan tradisonal dapat digiatkan dengan adanya peranan
daripada pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memainkan peranan dengan
menganjurkan kelab permainan tradisional dalam aktiviti kokurikulum. Murid-
murid sekolah perlu diberi galakkan untuk menyertai kelab ini kerana dapat
didedahkan dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang boleh menjadi
salah satu hobi mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh memasuk unsur
permainan tradisional dalam aktiviti sukaneka seperti hari sukan, hari guru dan
juga semasa waktu pendidikan jasmani. Sebagai contoh, permainan congkak,
permainan gasing dan permainan batu seremban. Bahkan, murid-murid juga
dapat mendominasi teknik bermain permainan warisan ini dengan tepat dan
betul. Sebagai contoh, dalam permainan congkak, pelajar dapat mengetahui
tentang guli yang dikenali sebagai buah dan kawasan pemain dikenali sebagai
rumah.
Pihak sekolah juga boleh menggiatkan permainan tradisional dalam
kalangan murid-murid sekolah dengan menyediakan lebih banyak alatan
permainan ini. Hal ini mencerminkan dengan jelas sekiranya mereka sukar
mendapatkan permainan ini, minat mereka mulai pudar dan beranggapan
peluang untuk mendekatkan diri dengan permainan amat nipis. Alatan
permainan tradisonal juga sukar diperoleh di pasaran dan kebiasaannya amat
terhad. Dengan cara membeli alatan permainan ini terus daripada kilang, kos
untuk membelinya menjadi bertambah murah. Dengan adanya pelbagai
permainan tradisional yang dibekalkan oleh pihak sekolah, murid-murid akan
berminat untuk bermain permainan ini. Pihak sekolah juga boleh menjadi
6

pendukung utama dalam mempopularkan permainan tradisonal dalam kalangan
murid-murid dengan menyediakan tempat-tempat permainan ini. Hal ini akan
memudahkan mereka untuk bermain dalam suasana yang selesa dan kondusif.
Mereka menyediakan padang untuk bermain gasing dan kawasan yang luas
untuk bermain wau. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk menggiatkan
permainan dalam kalangan masyarakat dapat dilaksanakan dengan adanya
peranan pihak sekolah dalam memikul obligasi tersebut kerana kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan permainan
tradisional. Pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk
mempopularkan permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian
kerana sebagai fitrah manusia memang suka bertanding dan berlaga. Murid-
murid boleh memupuk semangat kesukanan yang sihat dan juga semangat
kerjasama. Bermain permainan tradisional menerapkan semangat berpasukan
dalam kalangan murid-murid. Permainan tradisional dapat memupuk nilai tradisi
dalam kalangan generasi masa kini. Murid-murid dapat menghargai warisan
budaya ini kerana permainan tradisional dapat membentuk generasi yang
berpekerti mulia.
Penglibatan murid sekolah dalam seni dan kebudayaan sangat membantu
dalam perkembangan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Dari segi domain
psikomotor, permainan tradisional dan seni tarian dapat meningkatkan daya
tahan otot dan menguatkan sistem kardiovaskular. Kedua-dua aktiviti ini meliputi
pergerakan yang kerap dapat memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh
badan. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar metabolisma dalam badan melalui
aktiviti tarian dan permainan tradisional yang dijalankan. Jika murid-murid bergiat
aktif dalam seni tarian dan permainan tradisional, ia secara langsung
meningkatkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang penyakit kronik.
Di samping itu, aktiviti seni dan kebudayaan tersebut meningkatkan dan
mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatandan perlakuan motor.
7

Dari segi domain kognitif pula, seni tarian dan permainan tradisional dapat
membentuk daya pemikiran yang positif. Domain kognitif ini sebenarnya
mempunyai hubungan dengan kemampuan seseorang murid itu berfikir
termasuk kemampuan memahami, menghafal, mengaplikasi dan menganalsis.
Semasa mereka bergait aktif dalam permainan tradisional seperti semasa
bermain congkak, mereka akan memikir cara untuk menang. Begitu juga dengan
permainan tradisional yang lain. Ini dapat melahirkan modal insan yang celik akal
dan berupaya berfikir. Ia juga mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis.
Sebagai contoh semasa murid sedang menari, mereka boleh mencipta
pergerakan tubuh badan mengikut kreativiti sendiri berdasarkan perasaan dan
irama muzik.
Domain afektif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai.
Aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Dalam seni
tarian dan permainan tradisional, murid di sekolah rendah tidak kira peringkat
umur akan mempunyai perasaan terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Minat
akan menjadi fokus utama manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa
proses menari dan bermain permainan tradisional tersebut dan nilai yang dapat
ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik dan rasa
kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan
kepada kepentingan emosi dan perasaan.
Justeru itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi
akan dapat dilihat menerusi pelbagai tingkah laku. Antaranya adalah seperti
pemerhatian murid dan disiplinnya dalam permainan tradisional disebabkan
mereka kehendaki mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Fokus
utama murid-murid dalam aktiviti seni tarian adalah meluahkan perasaan melalui
pergerakan tubuh badan. Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan
penting di dalam membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Kepelbagaian budaya
yang datang dari setiap pelosok negara mencorakkan lagi landskap kebudayaan
dan kesenian. Murid-murid dapat memahami dengan lebih mendalam tentang
8

kebudayaan kebudayaan dari negara lain dan ini dapat memupuk sikap
persefahaman dan toleransi yang tinggi kepada para pelajar.
Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium,
bak pepatah yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu, usaha
kita memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng.
Pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk memperkenal permainan
tradiosional dan seni tarian kepada generasi muda ini. Budaya tradisional sangat
penting untuk memupuk perpaduan negara. Hal ini demikian kerana rakyat
majmuk di Negara kita memiliki nilai-nilai tradisional yang murni. Untuk
mengembangkan budaya tradisional, murid-murid sekolah mesti didedahkan
kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen,
ceramah, wawancara, pertandingan serta pameran untuk menghidupkan warisan
budaya. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur
meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.











9

Rujukan
A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi baharu).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Prestasi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2004-2007
(Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).

Tylor, E.B. (1958). The Origin of Culture. New York : Harper Torchbooks.

http://stpm-study.blogspot.com/2013/09/isi-budaya-tradisional.html#_
http://www.theborneopost.com/2013/09/04/budaya-penting-sebagai-lambang-dan-
identiti-kaum/
http://bobezani.tripod.com/budaya.htm
http://www.upm.edu.my/Kehidupan_Kampus/kesenian
http://bangsasejati.blogspot.com/2009/05/memartabatkan-perpaduan-melayu-
dari.html
http://nayza1408.wordpress.com/about/
http://www.bkd.sabah.gov.my/website/wp-
content/uploads/2012/12/KEMPELANCONGANDANALAMSEKITARPengemaskinian-
Dasar-Dasar-Utama.pdf
http://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/aktiviti-aktiviti-untuk-
pergerakan.html
http://khaizan-pemulihankhas.blogspot.com/2012/05/tarian-1.html
http://irennasafinna.blogspot.com/2013/10/langkah-langkah-mempopularkan-
permainan.html

You might also like