You are on page 1of 27

BAB 9

CABARAN
KELESTARIAN ETIKA
DAN PERADABAN DI
MALAYSIA
Hasil Pembelajaran
Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:

▪ Menjelaskan konsep ▪ Menghuraikan


kelestarian etika dan matlamat
peradaban dalam pembangunan
masyarakat lestari dan
berkepelbagaian dan kesejahteraan
negara bangsa. bersama.

▪ Menganalisis pengalaman negara di peringkat


kebangsaan dan antarabangsa dalam menguruskan
kelangsungan kelestarian etika dan peradaban.
9.1 PENGENALAN
• Membincangkan cabaran utama negara
yang dihadapi dalam konteks semasa
khususnya melibatkan hubungan antara kaum
di Malaysia berasaskan nilai etika dan
peradaban.

• Penelitian terhadap cabaran semasa tersebut


bertitik tolak daripada keadaan persekitaran
yang sering berubah (sama ada secara
perlahan mahupun drastik)sehingga
mengganggu gugat imej Malaysia sebagai
sebuah negara bangsa yang merdeka dan
berdaulat khususnya dalam meletakkannya
sebagai sebuah negara berperadaban dan
berketamadunan.
Namun persoalannya ialah:

▪ Apakah cabaran semasa yang dihadapi


oleh negara ketika ini dalam usaha
mengekalkan imej negara berperadaban?
▪ Adakah ia berkait rapat dengan cabaran
untuk mempertahankan kelestarian prinsip
etika dan nilai peradaban?
▪ Bagaimana pembangunan lestari dan
kesejahteraan bersama dapat diterapkan
dalam kalangan masyarakat di Malaysia?
▪ Bagaimana Malaysia mengurus dan
mengharmonikan cabaran kelestarian etika
dan peradaban tersebut di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa?
9.2
Cabaran Kelestarian Etika Dan
Peradaban Dalam Konteks
Masyarakat Kepelbagaian Dan
Negara Bangsa
• Sesungguhnya, Malaysia merupakan sebuah
negara yang unik kerana masyarakatnya
terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, adat
resam, cara hidup, kepercayaan serta anutan
agama berbeza, namun boleh hidup secara
bersama dan harmoni di bumi Malaysia.

• Walau bagaimanapun di satu sisi lain,


kepelbagaian tersebut dilihat sebagai suatu
cabaran semasa khususnya dalam mengurus dan
menangani setiap perbezaan yang wujud.

• Selain cabaran untuk membentuk nilai


kebersamaan dan kekitaan yang menerapkan
nilai beridentitikan Malaysia.
Konsep Kelestarian
CABARAN • Istilah lestari merujuk kepada pengabadian, pengekalan,
SEMASA persambungan, penerusan, penyinambungan.
• Kelestarian pula bermaksud usaha pengekalan
sesuatu perkara atau keadaan terutamanya untuk
tujuan mengekalkan serta memelihara keaslian.
• Perkara atau keadaan yang cuba dikekalkan dan
dipelihara semakin bermakna apabila usaha
penambahbaikan (ke arah kebaikan) berlaku dari
masa ke masa.
• Konsep kelestarian turut ditanggapi sebagai satu
paradigma berlandaskan pemikiran futuristik dan holistik.
Ia berasaskan penekanan terhadap keseimbangan dari
sudut persekitaran, ekonomi dan sosial, selain
merancang sesuatu pembangunan dan peningkatan
kualiti hidup dalam kalangan masyarakat.
• Konsep kelestarian boleh direalisasikan dan
dicapai dalam kehidupan seharian.
• Ia bermula dengan faham konsep lestari dan
kelestarian dengan baik dan mendalam.
• Selanjutnya, sikap individu dan masyarakat yang
beretika dan beradab dititikberatkan dalam
setiap aktiviti/kegiatan seharian mereka meliputi
daripada proses berfikir, membuat pilihan,
keputusan, serta tindakan/perbuatan (yang
dilakukan).
• Selain itu, penguatkuasaan undang-undang,
peraturan, dasar serta polisi awam perlu
diperkemas oleh pihak kerajaan dalam usaha
merealisasikan konsep kelestarian dapat
dicapai seterusnya dibudayakan dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
Kelestarian Etika dan Peradaban

• Asasnya, etika dan peradaban merupakan suatu ikhtiar


yang perlu dibanguni, dipupuk dan diterjemahkan ke
dalam tindakan kerana ia mengandungi nilai, cara
kelakuan dan ketertiban.
• Apabila merujuk kepada konteks kelestarian etika dan
peradaban ia membawa maksud suatu usaha pengekalan,
pemeliharaan, serta penambahbaikan kepada nilai etika
dan peradaban.
• Ini bermakna setiap usaha yang dilakukan oleh manusia
sama ada sebagai individu mahupun ahli masyarakat perlu
menerapkan prinsip-prinsip etika dan peradaban serta
membudayakannya dalam kehidupan seharian sebagai
sebuah masyarakat bertamadun.
• Melaksanakan dan menyempurnakan adat resam
atau adat istiadat secara beretika dan beradab.
• Tegas Azhar, “masyarakat Melayu, sebagaimana
masyarakat lainnya [Cina, India] di Nusantara ini
memperlihatkan kecenderungan memberati
terlaksananya dan tersempurnanya adat resam atau
adat istiadat”.
• Menjaga tutur kata dan adab pergaulan seharian
berdasarkan moral-etika dan budi pekerti.
• Memelihara dan mempraktikkan budaya warisan
zaman berzaman. Menjaga kerukunan dalam hidup
bermasyarakat.
• Memperkukuh harga diri, maruah dan martabat
anak bangsa.
9.2.3 Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban

• Cabaran utama negara dalam


mempertahankan kelestarian serta kelangsungan
etika dan peradaban beridentitikan Malaysia
(dan Timur) berasaskan tiga cabaran.
• Tiga cabaran tersebut merupakan elemen
yang sering dan boleh mengganggu gugat
pertumbuhan serta nilai etika dan peradaban di
Malaysia.
• Ia merangkumi defisit sosial, tadbir urus dan
pembangunan, serta isu black economy dan
rasuah yang dapat ditelusuri pada huraian rinci
di bawah.
a. Defisit sosial

• Ia bermaksud kekurangan dalam konteks sosial yang


memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk
meningkatkan tahap kesepaduan dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
• Menurut Kartini (2019) kekurangan sosial tersebut berlaku
disebabkan wujud jurang perbezaan persepsi dan
pendapat dalam kalangan kelompok yang berbeza –
individu, keluarga dan masyarakat.
b. Isu Tadbir Urus dan Pembangunan

• Isu berkaitan tadbir urus serta pembangunan di Malaysia turut menjadi


cabaran dalam mempertahankan kelangsungan kelestarian etika dan
peradaban.
• Isu tersebut merujuk kepada permasalahan dalam ruang lingkup
pentadbiran, pengurusan serta pembangunan di peringkat institusi,
organisasi, mahupun persatuan.
• Misalnya, isu seperti ketidakcekapan, ketidaktelusan, karenah birokrasi,
pertambahan atau pertindihan bidang kuasa, masalah kewangan, serta
penguatkuasaan undang-undang yang lemah sering mendominasi
pelbagai institusi dan organisasi di Malaysia sama ada di pihak pentadbiran
awam mahupun swasta.
• Setiap isu tersebut pada dasarnya menjadi antara cabaran terhadap
kelestarian etika dan peradaban.
• Ini kerana isu atau permasalahan seputar tadbir urus dan pembangunan
tersebut sekiranya dibiarkan tanpa pantauan boleh menyebabkan nilai
etika-moral serta adab-sopan dalam kalangan penjawat, pentadbir dan
pengurus semakin terhakis sedikit demi sedikit.
c. Black Economy dan rasuah

• Cabaran seterusnya ialah melibatkan isu ekonomi


seperti black economy (ekonomi hitam).
• Black economy turut dikenali sebagai pasaran
gelap (black market), underground economy dan
shadow economy.
• Ia merujuk kepada suatu bentuk kegiatan atau
aktiviti ekonomi dari sudut perniagaan,
perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan
yang dijalankan secara tidak sah di sisi undang-
undang.
• Modal serta keuntungan daripada kegiatan ekonomi
hitam tersebut berasaskan wang haram (black
money).
• Nilai keuntungan sebenar kegiatan ekonomi hitam
ini tidak dikira dalam pengiraan Gross Domestic
Product (GDP) negara.
• Ia dijalankan secara sengaja dan mempunyai
motif tertentu seperti menghindari tanggungjawab
membayar cukai, ataupun mengelakkan
tanggungjawab mengikuti prosedur operasi yang
standard seperti mana yang ditetapkan oleh pihak
kerajaan seperti pelaksanaan upah minimum para
pekerja, standard keselamatan dan sebagainya.
• Selain black economy, isu rasuah dalam
kalangan masyarakat Malaysia semakin
berleluasa dan membimbangkan ketika ini.
• Rasuah berasal daripada istilah Bahasa Arab
iaitu al-risywah.
• Dalam al- Qur’an, al-risywah dikategorikan
sebagai suatu perbuatan jenayah, batil dan
menyalahi syariat Islam.
• Umumnya, rasuah difahami sebagai
penerimaan atau pemberian suapan sebagai
upah atau dorongan untuk seseorang kerana
melakukan atau tidak melakukan sesuatu
perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus,
undi, perkhidmatan, jawatan upah dan diskaun
(SPRM, 2013).
Kesalahan Rasuah (Akta SPRM 2009)

Meminta atau Menawar atau Mengemukakan Menggunakan


menerima memberi tuntutan palsu jawatan atau
rasuah (Seksyen suapan (Seksyen 18 kedudukan
16 & 17 (a) Akta (Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009) untuk suapan
SPRM 2009 Akta SPRM 2009) pegawai awam
(Seksyen 23
Akta SPRM 2009)
9.3 MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI DAN KESEJAHTERAAN BERSAMA DI MALAYSIA
9.3.1 Konsep Pembangunan Lestari ✓ Berlaku adil kepada semua makhluk Allah SWT,
✓ Berhemah dalam setiap penggunaan (sama
Pembangunan lestari merupakan suatu bentuk
pembangunan bertujuan memenuhi keperluan ada sumber semula jadi seperti air, flora dan
dan keadaan masa kini tanpa menjejaskan fauna; mahupun sumber ciptaan/ rekaan
kemampuan, keperluan serta kepentingan generasi manusia seperti elektrik, fasiliti, serta teknologi),
masa hadapan (dalam memenuhi keperluan berhikmah dalam membuat sebarang
mereka). Asasnya konsep ini selaras dengan syariat keputusan terhadap persoalan dan
Islam kerana bermatlamatkan kebaikan serta
permasalahan yang berlaku, serta beradab
bersesuaian dengan keadaan semasa. Buktinya,
pembangunan lestari merangkumi beberapa dalam menyantuni kehidupan sebagai hamba
tuntutan berkaitan, seperti: kepada Yang Maha Pencipta Allah SWT.
9.3.2 Konsep Kesejahteraan Bersama (Shared Prosperity)

❖ Konsep kelestarian menitikberatkan pembangunan yang bersifat lestari


dan mampan dengan keadaan persekitaran – yang pada akhirnya
bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan hidup dalam kalangan
masyarakat.
❖ Kesejahteraan hidup difahami sebagai satu sistem kegiatan hidup
yang teratur dalam pelbagai perkhidmatan termasuk sosial bertujuan
untuk membantu individu dan kelompok masyarakat mencapai kualiti
hidup yang memuaskan.
Terdapat polisi dan dasar ❑ Menyediakan taraf hidup yang
negara yang menekankan wajar kepada semua rakyat
konsep kesejahteraan termasuk Malaysia menjelang tahun 2030;
kesejahteraan bersama (shared ❑ Menjadikan Malaysia sebagai
prosperity) seperti dasar sebuah negara yang terus
Wawasan Kemakmuran membangun secara mampan
Bersama 2030 (WKB2030) yang seiring dengan pengagihan
dilancarkan pada 5 Oktober ekonomi yang adil, saksama dan
2019 (Kementerian Hal Ehwal inklusif pada semua peringkat
Ekonomi, 2019) dan masih pendapatan, etnik, wilayah dan
diguna pakai sehingga kini rantaian bekalan; dan
menekankan beberapa prinsip ❑ Memastikan penyatupaduan
kesejahteraan bersama iaitu: berlaku dalam kalangan rakyat
pelbagai kaum di Malaysia
tanpa prasangka, serta
meraikan kepelbagaian bangsa
dan budaya sebagai asas
penyatuan negara bangsa.
9.3.3 Matlamat Pembangunan Lestari dan Kesejahteraan Bersama

➢ Prinsip asas terhadap pembangunan lestari dan kesejahteraan bersama


berkait rapat dengan matlamat asal penubuhan Malaysia iaitu
penggabungan kaum yang pelbagai (Melayu, Cina, India, Bumiputera
Sabah dan Sarawak) – yang perlu dipelihara dan dikekalkan keasliannya,
serta ditambah baik dari masa ke masa (berdasarkan keperluan semasa
dan kepentingan bersama antara setiap kaum).

➢ Matlamat utama pembangunan lestari dan kesejahteraan bersama


dalam kerangka Malaysia dikemukakan berasaskan beberapa aspek
berikut.
Membina kesejahteraan
bersama dalam kalangan
masyarakat Malaysia
Mencapai kemajuan secara
Merealisasikan proses bersama antara kaum di
penyatupaduan, kesepaduan dan Malaysia
perpaduan dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum dan Mewujudkan keseimbangan
menjadi contoh kepada bangsa lain dalam pelbagai aspek dan
di dunia bidang seperti ekonomi,
pendidikan, sosial dan politik
antara kaum sama ada di
Membina masyarakat yang Semenanjung, Sabah
beretika dan beradab pada mahupun Sarawak
semua peringkat masyarakat
tanpa mengira warna kulit,
anutan agama serta
kepercayaan
9.4 KELANGSUNGAN KELESTARIAN NEGARA MELALUI ETIKA DAN
PERADABAN
❖ Dalam konteks ini, kelangsungan kelestarian merupakan suatu proses
mengekalkan keadaan semulajadi serta menambahbaik pembangunan sedia
ada dengan cara yang seimbang.
❖ Cara seimbang dimaksudkan ialah penggunaan sumber (seperti air dan
elektrik) yang terkawal, arah pelaburan yang sah di sisi undang-undang
negara, orientasi pembangunan teknologi dan perubahan institusi adalah
secara harmoni, selain meningkatkan potensi masa kini dan masa depan
dalam usaha memenuhi keperluan dan aspirasi manusia zaman berzaman.
❖ Cara seimbang di atas juga merupakan kaedah atau tatacara untuk
memastikan berlakunya kelangsungan kelestarian di Malaysia berasaskan
etika dan peradaban.
❖ Tatacara yang diimplemenkan oleh masyarakat perlu menitikberatkan prinsip
etika dan peradaban secara seiring dan bersama yang boleh diperkasakan
melalui ilmu pengetahuan dan pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan
jitu, serta disampaikan melalui medium pendidikan ke setiap lapisan
masyarakat.
9.5 MENGHARMONIKAN PENGALAMAN NEGARA DAN ANTARABANGSA

Pertama, memberi Kedua,


dan membuka mengadakan sesi
ruang kepada sesi wacana bersifat
dialog yang sihat akademik seperti
seperti dialog seminar, bengkel
antara agama, atau debat di
dialog antara pelbagai peringkat
budaya, atau masyarakat
berkaitan
dengannya.
9.6 KESIMPULAN

• Secara keseluruhannya, dapat difahami bahawa cabaran


utama negara dalam konteks semasa terutamanya dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ialah
usaha untuk mempertahankan kelangsungan kelestarian
etika dan peradaban berteraskan kerangka Malaysia.
• Cabaran tersebut merangkumi defisit sosial, isu seputar
masalah tadbir urus dan pembangunan, masalah ekonomi
seperti black economy, serta isu rasuah yang terus berlaku di
pelbagai peringkat masyarakat akibat daripada perubahan
persekitaran yang terlalu mendadak dan kadangkala di luar
daripada kawalan.
✓ Untuk itu, semua pihak termasuk pihak kerajaan, swasta
mahupun NGO digalakkan bekerjasama untuk memberikan
pendidikan secara berterusan kepada masyarakat.
✓ Pendidikan yang bermula di peringkat masyarakat ini bertujuan
untuk menggalakkan mereka berani menyuarakan cadangan,
idea, mahupun masalah semasa yang berlaku di akar umbi –
dalam usaha menangani setiap cabaran kelestarian dalam
etika dan peradaban.
✓ Keadaan ini menuntut pihak kerajaan serta pihak
bertanggungjawab lainnya terus berusaha mengetengahkan
pelbagai polisi dan dasar berkaitan agar konsep dan
pembangunan kelestarian dapat diimplementasikan dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
✓ Tujuan dan matlamat setiap dasar yang diperkenalkan ialah
untuk menangani setiap cabaran semasa dengan efektif lagi
efisien, serta berusaha menggembleng tenaga secara bersama
dalam memastikan prinsip dan nilai etika dan peradaban dapat
diterapkan seterusnya dibudayakan oleh masyarakat dalam
kehidupan seharian mereka.

You might also like