You are on page 1of 16

TANGGUNJAWAB DAN PERANAN GURU

MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

PENDIDIKAN

MORAL

DALAM

PENGENALAN
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat
pendidikan dan sebagai wadah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini
merupakan satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang
berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Pendidikan moral merupakan sebahagian
daripada pendidikan negara. Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral 1982,
program pendidikan moral adalah bertujuan untuk murid-murid mengenal pasti,
menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasaskan kepada agama, tradisi dan
nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan
Pendidikan Moral pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran.
Ia

adalah

bertujuan

untuk

membentuk

generasi

yang

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan


negara serta masyarakat global.
Menurut Kamus Dewan (1994), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang
berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar
atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan
ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerangka tugas sebagai Guru
Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan
moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab
dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang
datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada
keluarga dan masyarakat.
Aspirasi

Negara

merupakan

salah

satu

elemen

yang

penting

dalam

pembentukan sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto

Guru Berkualiti Aspirasi Negara mempunyai pengertian yang amat meluas. Guru yang
berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber
manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga,
menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan
warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini adalah penting kerana
guru perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada segala usaha dan harapan
untuk mencapai wawasan negara, Wawasan 2020.
Peranan dan juga tanggungjawab guru pendidikan moral dalam merealisasikan
aspirasi negara adalah sangat penting. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi
formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah
juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan
selanjutnya memberi memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI


NEGARA

Kod Etika Perguruan

Wawasan 2020

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Aspirasi Negara

Rukun Negara

Falsafah Pendidikan Guru

Wawasan 2020

Latarbelakang
Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B.
Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah
ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat
Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai
"Wawasan 2020".
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak
balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat
nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.
Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja
mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan
jauh yang akan ditempuh oleh negara.
Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara
Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan
bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek
kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi
negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur.
Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang
demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai
daya ketahanan yang tinggi.
Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu
Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada
cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah
kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah

atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang
sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan dicontohi oleh negara lain.
Objektif

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan
mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini
diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan
dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan
didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara;

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi
pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha
mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada
sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan


satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat
yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana
warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika
paling tinggi;

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada
masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial
yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan
insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem
kekeluargaan yang kukuh;

(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud
perkongsian

sepenuhnya

bagi

setiap

rakyat

dalam

perkembangan

ekonomi.

Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan
fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix)

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,

dinamik, giat dan kental.

Rukun Negara

Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidupuntuk rakyat
Malaysia. Ideologi nasioanal ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat

berbagai kaum disamping memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni,


berdemokrasi, adil, liberal, progresif dan beretika.

Pernyataan Rukunegara:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA


mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan
seluruh masyarakat.
memelihara satu cara hidup demokratik,
mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama,
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dengan berbagai corak,
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden,
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasrkan prinsip-prinsip yang
berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua.
Setiap prinsip tersebut juga ada yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul.
Guru Pendidikan Moral haruslah sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai
berkenaan yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat untuk melahirkan rakyat
yang dinginkan dapat dicapai.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat
setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada
khazanah ilmu yang sedia ada.
Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah,
aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan
diaktifkan secara menyeluruh.
Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah
pendidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan
matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan
Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam
konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula
dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan
Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi
cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini.

Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara dipernyatakan
seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 1

Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu
menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006),
negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang
kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan
masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta
berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering
berubah-ubah. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam
menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Kod Etika Perguruan
1

Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan,
keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan
insan yang berpegang teguh kepada agama.

Kod etika perguruan meruapakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan
dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk
profesion perguruan. Guru sebagai seorang yang professional haruslah mematuhi
peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia
selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah
merupakan Kod Etika Perguruan Malaysia

Tanggungjawab terhadap Pelajar


1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain.
2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, social, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik darjah sendiri
atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang
bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat
atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa


berhubung dengan keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana.
4. Mengelakkan

diri

daripada

menggunakan

atau

dipengaruhi

oleh

kedudukan social dan ekonomi ibu bapa pelajar.


5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
atau penjaga mereka.

Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara


1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang
taat setia, bertanggungjawab dan berguna serta menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat di tempat yang berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru-guru dengan
ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,


kebudayaan dan kecerdikan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan ia dapat diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan seharian yang baik.

Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan


1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar
atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegaiatan yang boleh menjelaskan kecekapan
sebagai seorang guru.
3. Berusaha dengan sepenuh hati dengan menjalankan tangungjawab
dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar
dengan kemajuan ikhtisas dan juga bersosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang
baru berkhidmat dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Falsafah Pendidikan Guru


Falsafah Pendidikan Guru Berhasrat untuk mendidik:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru

Melahirkan guru permulaan untuk memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran


Malaysia

Menyediakan program pembangunan profesionalisme yang berterusan untuk


guru-guru terlatih

Membina insan guru yang berakhlak mulia, kreatif, ikram dan berdaya tahan
yang boleh mendidik dengan cekap dan berkesan

Mengembangkan institut pendidikan guru sebagai pusat rujukan dalam bidang


keguruan

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, semua guru di negara ini mempunya tanggungjawab
yang penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Semua guru ini berperanan dalam
mendidik golongan muda bagi memenuhi aspirasi negara bagi tujuan pembangunan
serta kemajuan negara ini.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan
objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam
kalangan pelajar. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan
bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata
pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM

digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan


potensi individu berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru itu, bagi
mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi
peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian
mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan
dengan pertimbangan moral (moral judgement) Kohlberg (1987) dalam Chang Lee
Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi
golongan pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii) pertimbangan sosial
yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif atau
preskriptif, pertimbangan

tentang patut, hak dan tanggungjawab

dan bukan

pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.


Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam
Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada
tanggungjawab ini. Ikrar dalam EPP, .... dengan menyedari betapa besarnya
tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhpenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan (Yahya
Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang
pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai
bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang
bermoral tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian
mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.
Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat berminda kelas
pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya
kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga
tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara,
bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri
yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip
kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa
dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip
berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan.

Menyentuh tentang konsep Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara di


mana telah meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod
Etika Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab
untuk membangunkan negara. Guru berkenaan harus menjadi teladan (role model)
dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang diingini
kepada para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang
bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan
dalam kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi
pendidikan dapat dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi Malaysia yang
bertanggungjawab dan berwawasan.

SUMBER RUJUKAN

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999).Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan


Moral. Serdang: Penerbit UPM
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994 ). Pendidikan Moral. Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd
Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992).
Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.
Shahabuddin Hashim et.al (2003), Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar
Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.
RUJUKAN LAIN

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/255-perspektifwawasan-2020.html
http://www.epu.gov.my/wawasan-2020-1991-2020
http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/515/505
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Ogos 1988

You might also like