You are on page 1of 22

HUBUNGAN

ETNIK
PENGENALAN
CTU553
HUBUNGAN ETNIK

Mahyuddin Khalid & Mohd Ashrof Zaki Yaakob


Maklumat Kursus

HUBUNGAN ETNIK (CTU553)

i. Nama Kursus Hubungan Etnik

ii. Kod Kursus CTU553

iii. Taraf Kursus Universiti/ Ijazah Sarjana Muda

iv. Jam Kredit 2 Jam

Kaedah
v. Penyampaian/ Kuliah, diskusi dan pembentangan
Pengendalian

2
Pengenalan

Kursus ini membincangkan konsep asas, latar belakang dan realiti sosial masa kini
hubungan etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.
Tujuan kursus ini ialah memberikan kesedaran dan penghayatan dalam mengurus
kepelbagaian ke arah pengukuhan negara bangsa berasaskan nilai-nilai murni.
Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pembelajaran
berasaskan pengalaman melalui aktiviti individu, berpasukan dan semangat
kesukarelaan.
Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan nilai-nilai murni,
mempunyai jati diri kebangsaan, dan menerima kepelbagaian sosio budaya etnik di
Malaysia.

3
Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)

4
Hasil Pembelajaran

Menghuraikan konsep kepelbagaian etnik, masyarakat dan budaya yang wujud di


Malaysia serta pluraliti masyarakat menurut perspektif Islam.
Menghuraikan sejarah kemerdekaan, penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan
penyatuan ummah melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara
perbandingan dengan Piagam Madinah.
Membincangkan pembangunan politik dan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia.
Mengaplikasikan nilai Islam dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia
Menganalisis pelan tindakan dan strategi ke arah mengujudkan masyarakat
berintegrasi serta survival Melayu dan bumiputera di Malaysia.

5
Kepentingan Hubungan Etnik Yang
Harmonis

Akan membawa kestabilan politik & ekonomi.


Perlu usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang
harmonis.
Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969:
Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa.
Langkah konkrit perlu diambil bagi mengeratkan perpaduan nasional & keharmonian antara
kaum.
Perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya sebilangan besar rakyat miskin.
Rakyat harus bertoleransi & saling hormat menghormati.

6
Usaha Kerajaan Untuk Memupuk
Perpaduan Nasional

Selain daripada itu, kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor
komuniti dan semua parti politik sama penting bagi melengkapkan usaha kerajaan.
Hubungan etnik di Malaysia bukan setakat hubungan antara kumpulan etnik, malahan
meliputi kumpulan kelas sosial yang berbeza (antara para pekerja, pelbagai tingkat
sosial).

7
Hubung Kait Antara Ekonomi Dan Etnisiti

Pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik - teras keharmonian hubungan etnik.


Wujudnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sektor ekonomi dengan sesuatu kaum.
Membawa kepada persepsi yang menjadi streotaip berikut;
Melayu - petani dan nelayan
Cina - perniagaan dan perlombongan
India - buruh di estet
Peribumi di Sabah dan Sarawak - di kawasan pedalaman yang mundur, etnik Cina kuasai
ekonomi

8
Hubung Kait Antara Ekonomi Dan Etnisiti

9
Hubung Kait Antara Ekonomi Dan Etnisiti

Hubungan harmonis yang tergugat akan menyebabkan survival Malaysia turut


tergugat meskipun ekonomi dan politik dalam keadaan baik.
Oleh itu, penyelesaian harus mengambil kira kesan ke atas hubungan etnik.
Hubungan timbal balik etnisiti-ekonomi - suatu ciri penting sistem sosial Malaysia.

10
Kepentingan Modul Hubungan Etnik

Modul ini diperkenalkan dengan tujuan mendedahkan kepada pelajar Institusi


Pengajian Tinggi (IPT) kepada tajuk-tajuk asas meliputi pelbagai bidang seperti
perlembagaan, politik, ekonomi, agama dan pendidikan.
Modul ini dirangka berdasarkan kepada paradigma kesepaduan sosial sebagai
pendekatan alternatif untuk melihat hubungan etnik di Malaysia.
Modul ini juga melihat kepada konsep takrifan autoriti dan takrifan harian.

11
Kepentingan Modul Hubungan Etnik

Apakah formula kejayaan Malaysia dalam mewujudkan hubungan etnik yang


harmonis? - jawapannya ada di dalam modul ini.
Modul ini juga diharapkan dapat secara berterusan menghidupkan semangat setia
kawan sesama rakyat Malaysia.
Pelajar IPT menjadi tumpuan - bakal anggota masyarakat berilmu yang akan
meneruskan usaha serta menentukan arah perpaduan negara di masa hadapan.

12
Kandungan Modul Hubungan Etnik

Bahagian 1 - Konsep dan teori.


Bahagian 2 - Latar belakang politik dan ekonomi.
Bahagian 3 - Beberapa aspek penting yang berkait secara langsung dengan hubungan
etnik.
Kandungan modul ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih mantap
mengenai hubungan etnik di Malaysia.

13
Penilaian Kursus

Penilaian Berterusan 50 %
Ujian / Kuiz 15 %
Kertas Kerja 15 %
Pembentangan / Setara 20 %

Penilaian Akhir 50 %
Objektif 20 %
Esei 30 %

Jumlah 100 %

14
Pelan Pengajian

MINGGU TAJUK KANDUNGAN


1 Taklimat Kursus
2 BAB 1 Malaysia: Kesepaduan dan Kepelbagaian
3 BAB 2 Potret Hubungan Etnik

4 BAB 3 Islam Dan Hubungan Etnik


Konsep Masyarakat Majmuk Menurut Islam
Prinsip dan Nilai Kemanusiaan
5 BAB 3 Islam Dan Hubungan Etnik
Asas dan Aplikasi Hubungan Etnik
6 BAB 3 Islam Dan Hubungan Etnik
Aplikasi Maqasid Syariah
7 BAB 3 Islam Dan Hubungan Etnik
Konsep Wasatiyah

15
Pelan Pengajian

MINGGU TAJUK KANDUNGAN

8 BAB 4 Limpahan Kemakmuran Merentasi Hubungan Etnik


Isu Sosioekonomi Awal Kemerdekaan
Ekonomi dan Etnik
DEB
Kejayaan Ekonomi Malaysia
9 BAB 4 Limpahan Kemakmuran Merentasi Hubungan Etnik
Pendekatan Islam Dalam Pembangunan Ekonomi
10 BAB 5 Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Hubungan Etnik
Konsep Perlembagaan
Kronologi Pembentukan Perlembagaan
11 BAB 5 Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Hubungan Etnik
Piagam Madinah dan Hubungan Etnik
12 BAB 6 Pemuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di
Malaysia
Pembangunan Politik di Malaysia
13 BAB 6 Pemuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di
Malaysia
Pendekatan Islam dalam Pembangunan Politik
16
Pelan Pengajian

MINGGU TAJUK KANDUNGAN

13 BAB 7 Daripada Segregasi Kepada Integrasi


Peranan Kerajaan
Peranan Masyarakat
Peranan NGO
Integrasi Menurut Perspektif Islam
14 BAB 8 Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial
Sejaran Pendidikan di Malaysia
Cabaran dalam Pendidikan
15 Minggu Ulangkaji

17
Bahan Rujukan

Shamsul Amri Baharuddin (et.al.). 2014. Modul Hubungan Etnik. Edisi Kedua. Bangi:
Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Idris Abd. Hamid (et.al). Bicara Ilmiah Perlembagaan Malaysia. Kuala Terengganu:
Penerbit UNISZA.
Terjemahan dan Buku Malaysia.Shamsul Amri Baharuddin (ed.) 2007, Modul Hubungan
Etnik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia. Kuala Lumpur. ISTAC
Abdul Aziz Bari. 2000. Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas Dan Masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Mohamad Naquib Al-Alttas.1971. Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu. Bangi:
UKM

18
Buku Rujukan Utama

19
Panduan Penggunaan Slaid

Slaid pembentangan bagi kursus CTU553 Hubungan Etnik (atau CTU555 Sejarah Malaysia) ini disediakan
berdasarkan kepada buku rujukan utama iaitu Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua terbitan Institut Kajian Etnik,
Universiti Kebangsaan Malaysia dan disesuaikan dengan keperluan kurikulum terkini CTU553 Hubungan Etnik
yang ditawarkan kepada pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Sumber-sumber rujukan slaid:
Buku Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua
Slaid-slaid berkaitan modul Hubungan Etnik yang dimuat naik di laman sesawang SlideShare dan Scribd.
Gambar dan bahan yang diambil dan digunakan adalah dari sumber sendiri, media sosial, forum, group, blog, laman
sesawang serta menggunakan enjin carian terpilih. Kepada pemilik sumber berkenaan, diharap dapat mengizinkan
penggunaan sumber berkenaan.
PENAFIAN:
Sekiranya terdapat percanggahan fakta atau maklumat, maka maklumat daripada Buku Modul Hubungan Etnik
Edisi Kedua adalah mengatasi fakta dan maklumat yang terdapat di dalam slaid kursus ini.
Pihak penyusun slaid tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan
oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari slaid kursus ini.

20
Pusat Pengajian

21
Terima Kasih

Mahyuddin Khalid & Mohd Ashrof Zaki Yaakob


22

You might also like