You are on page 1of 23

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 1

Bil Isi Kandungan Muka Surat

1. 1.0 Pengenalan.

1.1 Konsep Masyarakat Di Malaysia. 2–4

1.2 Pendidikan Asas Perpaduan Di Malaysia

2. 2.0 Pelajaran Sebelum Perang Dunai Kedua.

2.1 Ciri-ciri Am Pelajaran Sebelum Merdeka. 4-9

2.2 Pendidikan Semasa Pemerintahan Jepun.

2.3 Hubungan Etnik Di Malaysia.

3. 3.0 Penyatuan Rakyat Dan Cadangan Pembaharuan Dalam

Sistem Pendidikan Pada Tahap Awal. 9 - 13

3.1 Tunggak Pelajaran Kebangsaan.

3.2 Asas-Asas Perpaduan Sistem Pendidikan.

4. 4.0 Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Penghantar Utama Di

Sekolah-Sekolah.

4.1 Kurikulum Yang Strategik. 13 - 20

4.2 Sukatan Pelajaran Yang Sama Kandungan Dan Yang

Seragam.

4.3 Peperiksaan Yang Seragam.

4.4 Sukan Dan Pendidkan Jasmani Di Sekolah.

5. 5.0 Kesimpulan 20 - 21

6. Rujukan. 22 - 23

1
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 2

1.0 PENGENALAN

Soal besar yang menghadapi para pemimpin dan pendidik sejak selepas Perang Dunia
Ke-2 dan yang lebih mendesak semasa kita mencapai kemerdekaan ialah, bagaimanakah
sebaik-baik cara untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni satu
masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk
hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-
nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam
sesebuah negara ialah menerusi pelajaran. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pelajaran
merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama diinsafi. Sistem
pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-
sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan
kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat di terima oleh sebahagian besar rakyat negara
ini. Dari segi individu, perpaduan mempunyi ciri-ciri yang meliputi perasaan, emosi,
sentimen, sikap dan nilai. Dalam persekolahan, pa yang diusahakan ialah supaya murid-murid
dibimbing dan didik untuk memupuk sifat-sifat sihat dan membina yang boleh mmebawa ke
arah perpaduan negara. Pertimbangan-pertimbangan ini tidak pernah diwarisi dari sistem
penjajahan. Usaha-usaha untuk mengatasi beberapa kepincangan dan kelemahan ini
merupakan satu pengalaman baru yang menarik dan berliku-liku dalam sejarah perkembangan
masyarakat kita sejak akhirnya zaman pendudukan Jepun.

1.1 KONSEP MASYARAKAT DI MALAYSIA

  Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup


bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa
adanya masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab
mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke
generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya
generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu
memahami konsep masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan
hidup secara bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya
masyarakat sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan
lain. Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa

2
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 3

manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat. Manusia
mesti faham sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat
sendiri dan masyarakat lain terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan
masyarakat lain. Mengetahui ciri dan sifat masyarakat kerana masyarakat adalah sesuatu yang
dinamik. Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur
berpandukan 3 perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan.
Semangat ini perlu ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi memastikan keutuhan negara
sebagai sebuah kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol keutuhan negara seperti
bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia.

Kewarganegaraan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Kebangsaan dapat ditonjolkan
melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menyemarak dan
menguatkan semangat kebangsaan. Ini merupakan batu asas dalam pembentukan sebuah
bangsa Malaysia. Hubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bertimbal balik kerana
masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Kebudayaan
merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Penting dalam proses pembangunan negara di
Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan
ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Memerlukan penggemblengan
dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Kebudayaan
Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai
penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.

Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Peranannya melahirkan proses
interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada
kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Sistem Ekonomi
Duaan /Dualisme ekonomi. Perkembangan sistem ekonomi moden dan ekonomi tradisional
tidak seimbang. Sistem pendidikan Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan
sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam konteks “bercampur tetapi tidak bersatu”.Sistem
pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran
dan orientasi berteraskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib. Matlamat

3
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 4

utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah satu sistem
pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal (Wan Hashim,1983). Akta
Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran dan pengajaran dalam
bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai satu
daripada mata pelajaran pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain
mestilah berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India (John
Lowe,1960).

1.2 PENDIDIKAN ASAS PERPADUAN DI MALAYSIA

 Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang


hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27
etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di
bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di
negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan
dijalankan dalam menjayakan misi negara ini. Perpaduan merupakan satu proses yang
menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara di
mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan
penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka
lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita.
Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan,
kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi
kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan
sedia.

2.0 KEADAAN PELAJARAN SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA.

Pihak British memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajaranya. Tidak ada
satu dasar pendidikan kebangsaan seperti yang kita kenal sekarang ini. Yang penting bagi
mereka ialah pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi atau kepentingan pernigaan yang diperlukan.
Mereka berkemampuan dan mendapat perluang pelajaran Inggeris dapat memasuki

4
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 5

perkhidmatan kerajaan dan profesional di taraf-taraf terhad dan bilanganya pun amat kecil.
Dengan itu, British telah memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris yang bermula
sejak tahun 1816, sebahagian besar darinya adalah usaha-usaha kumpulan mubaligh,
sementara perhatian kepada pelajar Melayu adalah sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja
iaitu sebagai menunaikan kewajipan kepada anak watan yang sesuai dengan syarat-syarat dan
perakuan-perakuan perjanjian yang ditandatangani.

Tujuan besar sekolah Melayu yang mula diasaskan sejak pertengahan abad ke-19 ialah
untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di kampung dengan kemiskinanya dan
memberi pertolongan kepada ibu bapa mereka. Pelajaran Melayu diadakan Cuma pada
peringkat sekolah rendah sahaja, skop kurikulum terhad, dan tidak terdapat usaha untuk
mengubah cara hidup dan cara berfikir mereka. Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu
sedang mengalami proses perubahan besar dari segi sosial dan ekonomi, tetapi sekolah
Melayu yang tersisih oleh lokasinya di kampung dan desa tidak menyediakan anak-anak
melayu untuk memainkan peranannya dalam kemajuan di kawasan-kawasan kota dan bandar.
Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi, berkemampuan dan ingin melanjutkan pelajaran
terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Jika ia beruntung atau lebih bertuah
lagi, memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar yang didirikan pada tahun 1905 mengikuti
asas di England. Akan tetapi sekolah ini adalah khas bagi anak-anak bangsawan sahaja. Satu
lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak Melayu yang telah
memainkan peranan penting dalam melahirkan pemuda-pemuda dengan dunia yang tersendiri
iaitu sekolah Arab dan agama. Mulai hujung abad ke-19 dan terutamanya selepas Perang
Dunia Pertama, sekolah-sekolah pondok mahupun Arab dan agama telah muncul di merata-
rata tempat di Semenanjung lebih-lebih lagi di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Diilhamkan oleh ajaran-ajaran reformis Mohammad Abduh dari Timur Tengah, sekolah-
sekolah madsrasah menjadi satu alternatif pendidikan yang amat sesuai kepada masyarakat
yang mana Islam menjadi perkara utama dalam segala aspek kehidupan dan sekarang
memerlukan kekuatan, bimbingan dan semangat untuk menghadapi segala cabaran dan
dugaan kepada proses yang di bawa oleh institusi Barat. Taraf pelajaran di setengah-setengah
madrasah ini adalah tinggi mutunya. Ramai pelajar lepasan umpanya, Al-Masyur Pulau
Pinang, Madrasah Muhammadiah dari Kota Bharu atau Al-Ihya Asy-Syarif Gunung
Semanggul telah melanjutkan pelajaran mereka ke Timur Tengah khasnya di Masjidil Haram
dan Al-Azhar.

5
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 6

Dasar penjajahan mengabaikan pelajaran-pelajaran lain daripada Inggeris juga dapat


dilihat dari sikapnya terhadap sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Ssesuai dengan tradisi
mengutamakan pelajaran dan ilmu, masyarakat Cina telah mula bergiat menubuhkan sekolah
mereka sejak awal abad ke-19 lagi sebagai lanjutan kebudayaan Tanah Besar Cina. Keadaan
ini sengaja dibiarkan dan tidak dihalang baik oelh British di Semenanjung Tanah Melayu,
Syarikat Berpiagam Borneo Utara, mahupun oleh Raja Brookr di Sarawak. Di Semenanjung,
perhatian kepada sekolah Cina Cuma diberi pada tahun 1920 atas peritmbangan keselamatan
kerana disedari bahawa subversif jika tidak dikenakan pengawasan atau kawalan terhadap
institusi yang berpengaruh ini.
Sekolah Tamil wujud hanya selepas pemilik-pemilik ladang diwajibkan membuka sekolah
untuk anak-anak pekerjanya. Sebagaimana sekolah Melayu, pelajaran Tamil adalah terhad
pada peringkat sekolah rendah sahaja. Kedudukan sekolah-sekolah ini adalah agak daif dan
tidak mengalami apa-apa perubahan besar sehingga tahun 1956.

2.1 CIRI-CIRI AM PELAJARAN SEBELUM MERDEKA

Akibat daripada dasar terbuka dan tidak campur tanngan British terhadap pelajaran
maka wujudlah lima jenis persekolah yang sama sekali terasing di atnara satu sama lain.
Jenis-jenis sekolah itu ialah Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris, Sekolah Agama, Sekolah Cina
dan Sekolah Tamil. Kelima-lima jenis sekolah ini mempunyai beberapa ciri pemisah yang
besar. Pertama , tiap-tiap jenis sekolah itu adalah khusus untuk sesuatu kaum tertentu sahaja.
Dengan sendirinya kanak-kanak Melayu, Cina dan India sukar dapat bergaul di antara satu
sama dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin
tercapai dari sistem aneka corak ini. Kesempatan untuk ketiga-tiga kaum itu bergaul hanya
terdapat di sekolah Inggeris di bandar-bandar dan ini memberi kesempatan kepada kanak-
kanak Cina dan India sahaja dan mengetepikan peluang bagi anak-anak Melayu di desa.
Kedua, tidak ada dasar tentang bahasa penghantar yang tunggal. Sekolah Inggeris
menggunakan bahasa Inggeris, Sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, Sekolah
Agama menggunkaan bahasa Arab di samping bahasa Melayu. Sekolah Cina pula
menggunkaan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Ketiga, oleh sebab
setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu terpisah di antara
satu sama lain menurut kedudukan geografi dan taburan penduduk. Kebanyakan sekolah
Melayu telah ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British mengekalkan orang Melayu di
kampung. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan

6
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 7

perindustrian kerana sebilangan besar orang Cina bergiat di bidang-bidang tersebut, dan
sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah. Keempat, kukurikulum bagi kelima-
lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-masing mempunyai
kukurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak kukurikulum yang tersendiri.
Sekolah Inggeris pula mengikut corak kukrikulum dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks
yang digunkan oleh kanak-kanak di England. Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran 3M
iaitu menulis, membaca dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina
dan India mengikut corak kurikulum yang Ada ada di Negara China dan India, bahkan untuk
Sekolah Cina, guru-gurunya pun didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan
madrasah pula menggunkan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang
diubahsuaikan daripada amalan di sekolah di Timur Tengah dan diajar ole guru-guru yang
terlatih di Tanah Arab.

Melihat daripada latar belakang pendidikan pada zaman British dapat dibuat
kesimpulan bahawa pemerintahan kolonial tidak ada minat unutk membangunkan rakyat
melalui pendidikan. Persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk
menerusi pendidikan. Oleh sebab itu, British mengabaikan soal penggunaan satu bahasa
penghantar, kurikulum yang sama, pentadbiran yang terancang dan penubuhan satu sistem
sekolah yang tunggak yang dapat mendidik dan menyatukan anak-anak dari semua keturunan.
Kedudukan sistem pelajaran yang wujud pada masa penjajahan British dapat dilihat dalam
rajah dibawah.

2.2 PENDIDIKAN SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN

Keadaan persekolahan berbeza sekali semaa pemerintahan Jepun. Bagi Jepun, sekolah
menjadi alat terpenting untuk mengubah sikap anak-anak negeri supaya sealiran pemikiran
bukanya untuk kepentingan tanah air masing-masing tetapi untuk kepentingan Jepun. Mereka
telah menukarkan sekolah-sekolah Inggeris kepada sekolah Jepun. Di sekolah-sekolah
tersebut ditanam perasaan hormat terhadap bangsa, kebiudayaan dan Maharaja Jepun, di
samping membenci sebarang yang bersifat budaya Inggeris. Dasar sedemikian sedikit
sebanyak telah memberi kesan kepada sikap rakyat ini terhadap kuasa British kelak. Ia juga
menegaskan betapa pentingnya pelajaran dari segi pembentukan pemikiran dan Jepun secara
paktiknya telah menggunakannya sebagai alat menjepunkan anak negeri. Meskipun terdapat
persamaan tujuan dan penggunaan bahasa Jepun sebgai bahasa penghantar tunggal, kerajaan

7
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 8

Jepun tidak memberi perhatian kepada usaha penyatupadukan kaum-kuam di negara ini.
Pengagungan Jepun mengatasi kepentingan-kepentingan lain. Dengan itu, pemisah yang ada
sebelum perang terus berkekalan malah dasar Jepun telah membezakan layanan terhadap
kaum-kaum di negara ini telah memperluaskan lagi jurang pemisah antara kaum.

2.3 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara
sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju. (cita-cita dalam wawasan
2020). Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik
sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka. Peristiwa 13 Mei 1969 Daripada
pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah, Kemajuan ekonomi
sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Kestabilan politik sahaja tidak
memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan
kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan
sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan kaum melibatkan agihan habuan ekonomi
yang saksama serta perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya apakah
faktor yang boleh membawa keseimbangan dan apakah perkara yang perlu dipertahankan atau
dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan. Jawapannya ialah usaha
berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Peristiwa 13
Mei 1969 yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah rusuhan kaum Cina dan Melayu
di Kuala Lumpur.

Bermula sebelum tahun 1969 lagi semasa Lee Kuan Yew memperkenalkan slogan
„ Malayan Malaya‟ sebelum keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Parti Gerakan dan
DAP memainkan isu perkauman semasa pra-pilihanraya. Pengajaran Peristiwa Berdarah 13
Mei 1969. Hal perkauman adalah perkara yang sangat sensitif dan amat mudah jadi bahan
pertikaian. Semua kaum hendaklah dijaga dan ditadbir secara saksama. Kerajaan lebih
menitikberatkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Kepentingan Memahami Hubungan Etnik
menjadikan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang pernah mengalami
konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan
memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta

8
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 9

sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan


perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.

Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah
masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami mengenai prasangka dan
diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan
tingkah laku antara masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami mengenai kesan
pengindustrian disesebuah negara. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan
perancangan sosial sesebuah negara. Usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan nasional ialah
dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali dengan nama Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional / JPNIN), Pengenalan Rukun Negara dengan
menyemai ideologi Kebangsaan, DEB, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Usaha Kerajaan ( top down ) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan
denganusaha yang berbentuk ( bottom-up ) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor
swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.

Keharmonian Hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada


keadaan berbaik-baik antara kumpulan kelas sosial yang berbeza (pekerja/kelas
menengah/golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan). Hubungan Etnik merupakan
satu ciri penting yang mencorak sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di
negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya
mewujudkan Hubungan Etnik yang harmonis ditambah pula dengan adanya sistem
pendidikan dan persekolahan yang berkonsepkan teknologi maklumat atau ICT akan
merancakkan lagi dunia pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua
maklumat senang dan cepat diperolehi.

3.0 PENYATUAN RAKYAT DAN CADANGAN PEMBAHARUAN DALAM SISTEM


PENDIDIKAN PADA TAHAP AWAL

Rancangan Malayan Union telah di rancang dengan begitu hebat dan jayanya di
Semenanjung, sementara di Sarawak rancangan hendak menjadikan Sarawak sebagai Tanah

9
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 10

Jajahan Mahkota British telah membawa kepada pembunuhan Gabenor. Parti-parti politik
menjadi popular dan menarik minat rakyat dan secara menyeluruh telah melibatkan semua
kaum. Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemajuan semakin berkembang
kearah berkerajaan sendiri dan kemerdekaan seperti yang telah dicapai oleh negara-negara
serantau, telah menimbulkan kesedaran tentang pentingnya dikaji soal penyatuan rakyat bagi
negara ini. Tidak kurang pentinganya ialah ancaman gerakan gerila komunis yang
menyebabkan pengistiharaan darurat menimbulkan kesedaran ini. Antara perkara penting
yang perlu disemak ialah sistempelajaran yang diwarisi dari zaman sebelum perang yang jelas
menggalakkan pemisah antara kaum. Kelemahan-kelemahan sistem sebelum perang yang
memecahbelahkan kaum sangat dirasai. British sendiri sedar bahawa Rancangan Pembinaan
Semula dalam konteks pelajaran tidak memadai dengan merawat sistem-sistem lama dan
mengekalkan secara yang sedia ada. Yang perlu ialah mewujudkan satu sistem tunggak yang
menyatukan aneka sistem yang berlainan haluan dan corak itu sendiri.

Pada peringkat awal ini terdapat dua penyata utama yang mengemukan syor ke arah
satu sistem pelajaran kebangsaan yang dipersatukan, iaitu Penyata Barnes dan Penyata Fenn-
Wu. Penyata Barnes dapat dianggap sebagai penyata yang paling komprehensif, revolusioner
dan berpengaruh sekali yang pernah terbit. Menurut saranan Barnes, persekolahan rendah
ialah alat dan tenaga besar bagi perpaduan dan penyatuan masyarakat dan dengan itu memang
wajarlah dengan sedar dan bersungguh-sungguh dijadikan ejen pembangunan ‘Malayan’ yang
tunggal. Atas tapak sistem persekolahan baru yang dipandang sebagai sekolah kerakyatan,
sekolah untuk membangun bangsa yang akan di bentuk satu pelajaran yang betul-betul
bercorak nasional. Dengan berpandukan kepada idea pusat ini, Barnes mencadangkan
penubuhan Cuma satu sekolah rendah yang di sebut Sekolah Kebangsaan yang dibuka kepada
murid semua bangsa dan diajar oleh guru-guru pelbagai bangsa dan keturunan dalam dua
bahasa penghantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah bahasa ibunda,
Tamil, Cina dimansuhkan, sementara di peringkat menengah dan selanjutnya, hanya pelajaran
melalui penghantar Inggeris sahaja disediakan.

Walaupun penyata ini mempunyai matlamat kebangsaan, jelaslah bahawa ia sukar


memuaskan kehendak masyarakat di negara ini keseluruhanya, Orang Melayu tidak puas hati
dengan kedudukan pelajaran Melayu yang tidak diberi kedudukan yang wajar, yang seolah-
olah menumpang di sekolah Inggeris, sementara orang keturunan Cina dan India pula
menggangapnya sebagai penghapus kebudayaan mereka. Untuk menghadapi tuntutkan kaum

10
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 11

Cina pula pada tahun 1951 kerajaan melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji pelajaran
Cina. Laporan Jawatankuasa Fenn-Wu telah mengemukan cadangan-cadangan pada asasnya
menyokong konsep penggunaan tiga bahasa penghantar. Nyata sekali keadaan demikian sukar
diterima dari segi praktiknya. Penyata-penyata berkenaan telah dikaji dengan mendalam dan
kerajaan akhirnya telah meluluskan Undang-Undang Pelajaran 1952. Konsep Sekolah
Nasional menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris telah diteirma.

Sekolah-sekolah Cina dan Tamil pula tidak termasuk dalam sistem pelajaran
kebangsaan tetapi kemudahan-kemudahan bagi pelajaran kedua-dua bahasa itu akan diadakan.
Ini merupakan satu cadangan yang radikal dan bernas ketika itu. Di Sabah pula, kesedaran
tentang perlu memperkukuhkan dan mengabungkan sistem pelajaran dengan tujuan memupuk
kerakyatan dalam lingkungan Komenwel British dapat dilihat dari cadangan-cadangan
Laporan Woodhead pada tahun 1955. Di Sarawak pula. Laporan McLellan pada tahun 1960
banyak menekankan mustahaknya mengawal sekolah-sekolah Cina supaya mengikut sistem
persekolahan kolonial yang menggunakan bahasa penghantar Inggeris sebagai cara mencapai
matlamat yang sama. Kemajuan perlembagaan menjelang pada tahun 1955 menunjukkan
bahawa negara ini sudah pasti akan mencapat taraf berkerajaan sendiri dan selanjutnya
mencapai kemerdekaan yang sepenuhnya dalam masa yang singkat. Soal perpaduan kaum
adalah satu perkara yan amat mustahak bagi menjamin keutuhan sesebuah negara yang
merdeka. Perkara ini disedari, lebih-lebih lagi memandangkan bahaya politik perkauman yang
terdapat di negara ini.

Sesuai dengan janjinya dalam pilihanraya pada tahun 1955, kerajaan Perikatan telah
menubuhkan dengan segera satu Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’
Abdul Razak Bin Hussein, yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran. Pada tahun 1960,
Penyata Razak ini disemak semula oleh Jawatankuasa Abdul Rahman Talib yang pada
pokoknya memperteguhkan dan memperbaiki lagi konsep-konsep dan matlamat yang
tekrandung dalam Penyata Razak. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut, iaitu
Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar
Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman
Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

11
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 12

3.1 TUNGGAK PELAJARAN KEBANGSAAN

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 itu
berasaskan Penyata Razak dan Laporan Abdul Rahim 1960. Kedua-dua dokumen ini
menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan
tenaga rakyat dari segi perpaduan. Tujuan dasar ini adalah bermaksud menyatupadukan
kanak-kanak dari semua bangsa di dalam negeri dengan memakai satu peraturan pelajaran
yang meliputi semua bangsa dengan menggunkaan Bahasa Kebangsaan sebgai bahasa
penghantar yang utama, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur – penyata razak perenggan 12.

Penyata Razak dengan jelas mengutamakan pepraduan negara sebagai satu matlamat
yang perlu dicapai. Ini bermaksud bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan dijadikan
teras dasar pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan
masyarakat di Malaysia yang berupa sebuah masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan
dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan
rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip Rukun Negara . Perpaduan yang diwujudkan
mestilah berupaya menangkis gejala-gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat. Gejala-
gejala tersebut umpamanya adalah perkauman, keturunan, agama, bahasa, gejala kedaerahan
dan lain-lain lagi. Untuk mencapai matlamat perpaduan negara melalui sistem pendidikkan,
Penyata Razak dan Laporan Abdul Rahman Talib telah menggunakan tiuga asas utama.
Pertama , sistem persekolahan yang sama bagi semua, Kedua, Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa penghantar utama di semua peringkat persekolahan dan ketiga, kurikulum dan
peperiksaan sekolah yang sama kandunganya dan bercorak kebangsaan. Corak sistem
kebangsaan yang berdasarkan sistem Razak atau Abdul Rahman Talib adalah seperti rajah
berikut:

3.2 ASAS ASAS PERPADUAN SISTEM PENDIDIKAN

Pada asasnya, Penyata Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang


menggunakan bahasa Melayu sebgai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum
menggunakan bahasa penghantar Cina, Tamil dan Inggeris. Di semua sekolah, bahasa Melayu

12
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 13

diwajibkan diajar sebagaimana bahasa Inggeris. Jelaslah disini bahawa sekolah kebangsaan
sebenarnya ialah sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar,
sementara yang lain ialah jenis kebangsaan. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa
untuk perpaduan jelas ditekankan.

Seterusnya, walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh


bahasa penghantar yang berbeza, namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan
disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan
dengan penghantar bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah
Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa penghantar
yang dilaluinya pada peringkat rendah. Dasar perbezaan penghantar di taraf sekolah rendah
menunjukkan satu tolak ansur kepada realiti kehidupan politik negara dan juga tuntutan-
tuntutan yang dibuat beberapa lama mengenai pelajaran rendah dalam bahasa ibunda. Tetapi
ini merupakan soal dan matlamat dasar adalah satu persekolahan tunggal di peringkat rendah
sebagai bahasa penghantar. Akta pelajaran 1961, ada memperuntukkan kuasa kepada Menteri
Pelajaran untuk mengubah semua sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan.
Ketikanya belum sesuai untuk melaksanakan dasar ini dan kerajaan berasa adalah lebih bijak
dan berkesan mencorakkan sistem pendidikan itu dari segi kandungan daripada rupa bentuk
luaranya. Dengan demikian, usaha yang lebih besar dirumpukan kearah perkembangan
peranan bahasa Melayu dari segi satu mata pelajaran, mmahupun sebgai bahasa penghantar.
Kemajuan yang dicapai dalam usaha ini amat besar dan hebat sekali dan telah memenuhi
sebahagian besar hasrat mengadakan satu sistem persekolahan bagi semua.

4.0 BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGHANTAR UTAMA DI


SEKOLAH-SEKOLAH

Satu daripada cara menyatupasdukan masyarat berbilang kaum di Malaysia ialah


melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan sudah pun lama diterima. Dengan menggunakan satu
Bahasa Keabangsaan, hubungan dan persefahaman di antara satu kaum yang lain dapat
diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga mana-mana pihak. Langkah ini akan
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Perkembangan
yang paling penting dalam bidang ini ialah langkah-langkah yang diambil untuk menjadikan
bahasa rasmi tunggal di negara ini dan perlaksanaan kehendak dasar pelajaran menjadikan
Bahasa Kebangsaan bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah Sebenarny, kedua-dua

13
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 14

tujuan ini adalah berkaitan antara satu sma lain. Seperti yang sedia maklum, Bahasa
Kebangsaan telah pun diperukakan menjadi bahasa rasmi negara sepuluh tahun selepas
merdeka. Pada tahun 1967, bahasa Melayu telah pun diistiharkan menjadi bahasa rasmi yang
tunggal di Malaysia setelah parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan.

Masalah yang menjadi persoalan di Malaysia sejak berapa lama ialah apakah
seharusnya menjadi bahasa penghantar sistem persekolahan? Pentadbir-pentadbir kolonial
serta ahli pendidik dari semasa ke semasa baik secara rasmi ataupun tidak rasmi telah
mengutamakan bahasa Inggeris. Cheesemen, Barnes, Ho Seng, Majlis Penasihat Pelajaran
1952 semuanya memperjuangkan bahasa Inggeris memegang peranan sebagai bahasa
penghantar.Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa tunggal masih meleret-leret
sehinggalah dimaktubkan dalam Penyata Razak dan dipertegaskan lagi pada tahun 1960 oleh
Laporan Abduk Rahman Talib. Ketegasan melaksanakan maslaah yag berlarutan hanya dapat
dilihat pada tahun 1970 dengan cara berkesan iaitu mengubah bahasa penghantar sekolah
rendah Inggeris menjadi bahasa penghantar Melayu peringkat demi peringkat, bermula dari
tahun satu. Dengan ini bermakna pada tahun 1982 bahasa Melayu dijadikan bahasa
penghantar keseluruhan sistem persekolahan dari peringkat rendah sehingga ke tingkatan atas.
Peristiwa 13 Mei 1969 sebenarnya telah memberi dorongan yang kuat bagi mempercepatkan
perubahan bahasa penghantar di sekolah Inggeris.

Dalam soal menegakkan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa
rasmi, sudah tentu amat mustahak dilihat kepenggunaanya sebagai bahasa penghantar di pusat
pengajian tinggi. Universiti Malaya sebagai universiti yang tertua di negara ini telah bermula
sejak tahun 1959, mengorak langkah mengadakan kursus dalam Bahasa Kebangsaan
disamping bahasa Inggeris. Tetapi, kemuncaknya ialah apabila didirikan Universiti
Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970. Ia menjadi lamban kejayaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang menggunakan penghantar bahasa Melayu. Pada masa ini pelajaran tinggi
menerusi bahasa Malaysia sudah berjalan dngan lancar di kelima-lima universiti negara ini.

4.1 KURIKULUM YANG STRATEGIK

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan normal, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang
telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan

14
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 15

kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari
segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai
akhlak yang diingiini, disamping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara
Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita
negara bagi mewujudkan pepaduan yan berpandukan Rukun Negara disamping menghasilkan
tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Hubungan kurikulum sekolah dengan
perpaduan negara adalah rapat, kerana selain memberi ilmu pengetahuan, kurikulum juga
boleh membentuk keperbadian dan perwatakan murid yang baik, yang boleh membawa ke
arah perpaduan. Murid-murid sekolah dari semua kaum dan lapisan masyarakat mengikuti
kurikulum yang seragam melalui pelajaran yang sama kandunganya, kegiatan luar bilik darjah
yang sama dan juga mengambil peperiksaan awam yang sama. Malaysia perlu mewujudkan
sebuah masyarakat yan bersatu padu, setiap indivivdu wajib mempunyai kesedaran,
keperibadian dan nilai-nilai sebgai rakyat Malasysia yang sanggup mengetepikan unsur-unsur
perkauman, keturunan dan kedaerahan yang biasanya boleh memcahkan perpaduan rakyat.

4.2 SUKATAN PELAJARAN YANG SAMA KANDUNGANYA DAN PEPERIKSAAN


YANG SERAGAM.

Sukatan pelajaran yang sama isi kandunganya yang disyorkan oleh Penyata Razak
adalah diaggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan
perpaduan negara. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Am dan Jadual Waktu yang ditubuhkan
pada ahun 1956 telah membentuk sukatan pelajaran yang sama bagi semua mata pelajaran di
semua aliran sekolah. Sukatan pelajaran dan peraturan kursus pengajian yang telah ditetapkan
mula dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia sejak tahun 1957. Kemudian telah
dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 1960, Laporan Abdul Rahman Talib yang menyemak semula Penyata
Razak 1956 juga telah menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah disesuaikan dengan
keadaan dan keperluan negara. Usaha yang bersungguh-sungguh telah dibuat untuk
menyemak dam memperbaharui sukatan pelajaran supaya dapat pula membantu dan
memupuk kepentingan kerakyatan Malaysia. Antaranya ialah mata pelajaran yang berkait
rapat dengan kehidupan masyarakat seperti Tata Rakyat dan Pendidikan Moral, Sejarah dan
Geografi. Mata pelajaran Tata Rakyat adalah diwajibkan pengajaranya. Kementerian
Pelajaran juga sedang merancang memperkenalkan pelajaran Pendidikan Moral. Antara

15
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 16

perkara yang dititikberatkan dan yang penting bagi perpaduan ialah memahami keadaan
masyarakat dan pemebentukan sifat-sifat toleransi, kerjasama dan kesefahaman yang mana
adalah amat penting bagi perpaduan masyarakat majmuk. Selain itu, murid-murid didik
supaya tahu berbangga dan menghormati lambang-lambang kebangsaan. Di sekolah,
penghormatan bendera kebangsaan disertai dengan nyanyian “Negaraku” perlu diadakan
setiap awal dan hujung minggu. Dengan cara ini akan timbullah rasa kekitaan dan cintakan
negara.

Sejarah ialah satu mata pelajaran yan memainkan peranan yang penting ke arah
mencapai matlamat pembangunan. Bagi negara kita yang masih dalam proses pembangunan,
murid-murid sekolah dapat ditanamkan semangat patriotik, kebangsaan serta kesetiaan kepada
negara. Melalui pelajaran Sejarah, diharapkan dapat membina semangat pepaduan dan
perasan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, keturunan,
agama dan adat resam. Atas kesedaran ini, sukatan baru mata pelajaran Sejarah memberi
penekanan kepada Sejarah Rakyat Malaysia dan perjuanganya, mementingkan bidang
pembentukan sikap dan bidang pengetahuan yang mempunyai pendekatan secara lingkaran
berpusat.
Pembaharuan juga telah dibuat dalam sukatan pelajaran Geografi dengan memberi
tumpuan yang lebih kepada hal ehwal tempatan, khasnya bertujuan untuk membolehkan
murid-murid memahami latar belakang alam sekelilingnya, fizikal dan sosial mereka. Dengan
demikian, diharapakan mata pelajaran ini dapat menanamkan perasaan banggakan negara
sendiri.

4.3 PEPERIKSAAN YANG SERAGAM

Rancangan kerajaan untk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah


diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan awam yang sama. Murid-
murid di peringkat menengah mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Lower
Certificate og Education (LCE), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Malaysian Certificate of
Education (MCE) . Mereka boleh mengambil

Peperiksann untuk SRP DAN SPM dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris
untuk peperiksaan LCE dan MCE. Diepringkat pendidikan Tingkatan VI, murid-murid
disediakan untuk mengambil peperiksaan Higher School Certificate (HCB). Peperiksaan ini

16
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 17

disediakan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Kecuali di Sarawak, semua murid
siseluruh negara mengambil peperiksaan awam menerusi bahasa Malaysia sahaja hasil
daripada peralihan bahasa penghantar dan proses ini akan lengkap dengan perubahan sijil
HSC menjadi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1982.

Dengan adanya sukatan pelajaran yang sama kandungannya dan peperiksaan yang
sama, pelajaran murid-murid tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Sukatan
pelajaran yang sama kandunganya yang diikuti oleh murid-murid dari berbangai-bagai aliran
bahasa penghantar juga membolehkan proses menyatupadukan murid-murid yang berbilang
kaum di negara ini di samping mewujudkan keperibadian kebangsaan yang sama. Sebaliknya,
sekiranya murid-murid tidak mengikuti sukatan pelajaran yang sama kandunganya tetapi
mengikuti sukatan pelajaran yang berlainan, maka rupa bangsa dan keperibadian tidak dapat
diwujudkan.

Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad menganggap dan menekankan betapa pentingnya kokurikulum sukan dan
olahraga sebagai asas-asas sokongan ke arah matlamat perpaduan di antara-antara murid-
murid berbilang kaum dan lapisan masyarakat. Kegiatan kokurikulum menggalakkan
semangat berkumpulan, bekerjasama dan menghormati peraturan. Kegiatan seperti sukan,
pergerakan pengakap, dan Persatuan Bulan Sabit Merah dapat memberikan pengalaman
kepada murid-murid yang boleh memupuk semangat tersebutr di atas yang merupakan faktor-
faktor positif dalam pembentangan disiplin yang diingini. Kegiatan ini juga melibatkan
penyertaan murid secara beramai-ramai dan ini merupakan satu cara paling sesuai untuk
menyemai semangat kekitaan dan perpabuan antara murid yang mempunyai latar belakang
dan cara hidup yang berlainan. Seterusnya kegiatan ini juga menggalakkan hubungan anta
murid-murid dengan anggota masyarakat dari berbagai-bagai lapisan. Ia juga bolehmelatih
murid-murid supaya bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam
sesuatu lapang yang tertentu.

Semua murid sekola digalakkan supaya mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam


satu pasukan pakaian seragam. Pasukan-pasukan yang terdapat di sekolah pada harin ini
adalah seperti yang berikut:
a) Pasukan Anak Serigala, Pasukan Pengakap, Pasukan Brownie dan Pasukan Pandu
puteri.

17
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 18

b) Pasukan pertolongan cemas seperti Pasukan St. John dan pasukan Bulan Sabit Merah.
c) Pasukan Kadet Tentera dan Kadet Polis
Matlamat penubuhan sesebuah persatuan atau kelab di sekolah adalah lebih baik kerana ia
menggalakkan murid-murid berkenaan berkenalan sesama sendiri, memberikan perkhidmatan
kepada masyarakat dan juga dari sedgi membolehkan murid-murid mencapai kemahiran
dalam sesuatu lapangan atau hobi.

4.4 SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH

Sukan adalah dimestikan di sekolah. Kegiatan sukan di sekolah adalah meliputi


permainan yang popular, umpamanya bola sepak, bulu tangkis, bola jaring, hoki, ragbi, bola
keranjang dan sebagainya. Pertandingan olahraga tahunan juga diadakan di sekolah-sekolah.
Melalui Majlis Sukan Sekolah-sekolah diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan,
pertandingan sukan di atnara sekolah-sekolah dan juga negeri-negeri ada dijalankan.

Sukan merupana satu saluran yang berkesan untuk menanamkan semangat kesukanan,
memupuk persefahaman serta perpaduan di kalangan murid-murid di negara ini. Kementerian
Pelajaran telah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah supaya memajukan sukan dan
juga menggalakkan penyertaan murid dari semua kaum dan lapisan. Namun demikian, masih
terdapat keadaan hanya satu enis sukan yang digemari dan disertai oleh murid-murid dari
sesuatu kaum yang tertentu sahaja. Untuk memastikan supaya kegiatan sukan dan olaghraga
dapat mencapai matlamat yang ditentukan, Laporan Mahathir menganjurkan:

i) Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-ramai yang


melibatkan penyertaan semua murid. Pertandingan senamanai beramai-ramai
di antara pasukan sesebuah sekolah dan di antara sekolah-sekolah hendaklah
diadakan.
ii) Permainan-permainan di sekolah, seberapa yang boleh hendaklah melibatkan
penyertaan murid yang ramai seperti dalam perlumbaan merentas desa, jalan
kaki dan sebagianya. Di samping itu, mereka yang hendak diberikan latihan
atau kemahiran peringkat tinggi hendaklah dilayani juga.

18
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 19

iii) Kegiatan sukan dan olahraga di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan hendaklah terus dipergiatkan supaya matlamat perpaduan antara
murid-murid berbilang kaum dan lapisan masyarakat dapat dicapai.
Beberapa perkembangan yang telah dilihat di atas membolehkan setiap kanak-kanak
berada di sekolah sekurang-kurangnya selama sembilan tahun. Ini adalah sebagaimana yang
dianjurkan oleh Laporan Abdul Rahman Talib. Sekarang tempoh persekolah dipanjangkan
lagi oleh Laporan Mahathir sehingga 11 tahun. Pepepriksaan masuk ke sekolah menengah
telah dihapuskan dan perlaksaan pelajaran adalah percuma. Walaubagaimanapun, ia secara
tidak langsung memberi sumbangan ke arah perpaduan. Begitu juga langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan untuk membasmi keciciran seperti pemberian bantuan biasiswa serta
bantuan buku teks khasnya bagi mereka yang kurang mampu.

Ciri-ciri ini sudah tentu akan membolehkan setiap kanak-kanak mendapat faedah
daripada unsur-unsur perpaduan yang ada dalam sistem pelajaran negara seberapa lama
mungkin. Juga bererti golongan yang kurang mampu akan lebih berpeluang untuk memajukan
diri serta mengubah keadaan hidup mereka. Sehubungan dengan itu dalam konteks Dasar
Ekonomi Baru, pelajaran adalah dianggap menjadi jentera yang paling penting dalam usaha
penyusunan semula masyarakat menerusi peluang bagi mendapatkan pelajaran tinggi yang
menjadi pintu masa depan yang lebih cerah. Dengan itu pembinaan Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Menengah Sains serta asrama-asrama yang membolehkan kanak-kanak di luar
bandar mendapat peluang pelajaran yang sempurna. Begitu juga kerajaan menyediakan
biasiswa dan peluang perlajaran yang lebih meluas bagi golongan peribumi yang selama ini
ketinggalan untuk melanjutkan perlajaran, khasnya dalam bidang sains dan teknologi. Walau
apa pun persoalan yang berbangkit dalam perlaksaan dasar ini, ia akan mempunyai implikasi
jangka masa panjang untuk menyatukan pendudukan negara ini. Dasar ini adalah satu langkah
penting dan perlu untuk memastikan bahawa rakyat negara ini tidak akan terpisah dan
dikenali dengan fungsi sosioekonomi masing-masing.

Akhir sekali, perlu juga disedari bahawa peranan pelajaran juga mendapat perhatian
yang istimewa berikutan dengan penubuhan negara kita Malaysia pada tahun 1963.
Pencantujman Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam satu
persekutuan bererti tindakan perlu diambil untuk memastikan sistem wujud adalah bagi
kepentingan negara Malaysia seluruhnya. Sungguhpun hal pelajaran terletak di bawah kedua-
dua negeri, Sabah dan Sarawak menguruskan sehingga dilanjutkan Akta Pelajaran ke negeri-

19
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 20

negeri itu, peraturan itu adalah untuk sementara waktu memandangkan perlunya kanak-kanak
negara ini didedahkan kepada satu pengalaman pelajaran yang sama. Oleh itu, pemanjangan
Akta Pelajaran ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1976 merupakan langkah yang terpenting
berhubung dengan perpaduan seluruh negara dan seolah-olah menjadi satu pemangkin yang
kuat bagi mempercepatkan dan menyempurnakan proses percantuman atau integrasi sistem
pendidikan di Sabah dan Sarawak dengan Sistem Kebangsaan Malaysia.

5.0 KESIMPULAN

Sistem pendidikkan yang diamalkan sekarang merupan satu komprommi atau tolak ansur
yang termungkin untuk menyelesaikan tekanan atau tuntukan yang bercanggah antara satu-
satu kaum dan kepentingan selama lebih suku abad dan selepas pengalaman dan pembaharuan
yang dianjurkan oleh Laporam Cheesemen (1946), Penyata Barnes (1951), Penyata Fenn-Wu
(1952), Ordinan 1952 dan 1954, Laporan Woodhead (1955 untuk Sabah), Penyata Razak
(1956), Laporan McLellan (1960 untuk Sarawak) dan Laporan Abdul Rahman Talib (1960)
Penyata Razak dan Laporan Abdul Rahman Talib merupakan piagam Malaysia yang
terpenting dan berpengaruh kerana kedua-duanya telah berjaya memecah kebuntuan serta
dilema pendidikan warisan penjajah dan menyatupadukan sistem yang beraneka corak,
mengelakkan polarisasi kaum itu di bawah satu sistem kebangsaan yang tunggal mengandungi
ciri-ciri terwajib:
i) Memenuhi keperluan negara
ii) Diterima oleh rakyat amnya
iii) Murid-murid didik mengikut kemaguan ibubapa
iv) Satu corak persekolahan menggunakan kurikulum dan peperiksaan yang sama
v) Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai penghantar utama.

Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua
bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi
individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan
negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan,
menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental
individu yang dinamik,berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan
masyarakat. Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus
diberi peluang pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu

20
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 21

golongan yang dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan
semata-mata banyak mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak di Malaysia
tanpa mengira kaum.

21
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 22

RUJUKAN

http://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/mencapai-perpaduan-melalui-sistem-pendidikan-
cemerlang.

Penyata Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979))

Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 :


(PERAKUAN 5) peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta
penggunaan bahan-bahan tertentu.

A.Aziz Deraman (2001) Masyarakat Dan Kebudayan Malaysia (edisi baharu) Dewan

Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

http://wacanailmupgsr.blogspot.com/2010/01/perkembangan-pembangunan-pendidikan.html

Prof. Dr.Awang Sariyan (2004) : Teras Pendidikan Bahasa Melayu.

PTS Publications & Dis tributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1997) : Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Penerbit Fajar Bakti.

Menteri Kehakiman Malaysia, Dato` Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990:1),

Dewan Bahasa dan Pustaka

22
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 23

Keratan Akbar Berita Harian 16 Julai 2008 oleh Mohd Isha Awang halaman 11.

23

You might also like