You are on page 1of 8

ADVENTIST COLLEGE OF NURSING & HEALTH SCIENCES

DIPLOMA IN NURSING

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU 2183

Semester 3: 2023

Class 2025 -1

TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI TOPIK 1-5

Nama: Hu Zhi Yan

ID Pelajar: 2022026

Disediakan untuk: Puan Siti Hafizah Ridzuan

Tarikh

28.08.2023

1
ISI KANDUNGAN

TOPIK 1--------------------------------------------------------------------------------------------------------------3

TOPIK 2------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 4

TOPIK 3------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 5

TOPIK 4------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 6

TOPIK 5------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 7

RUJUKAN---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 8

2
TOPIK 1 PENGENALAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ACUAN MALAYSIA

Topik ini membincangkan tentang kepentingan etika dan peradaban acuan di dalam
Malaysia. Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang kaum. Oleh itu, kita mempunyai
banyak perbezaan tentang adat resam dan etos, tetapi kita juga mempunyai persamaan
tenatng adab, adat istiadat, etika dan etiket.

Sebelum Malaysia dibentukkan, etika dan peradaban dibahagi kepada tiga susur masa,
iaitu Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial. Semasa zaman Prakolonial, Malaysia belum
dikenali sebagai Malaysia dan belum dijajah oleh negara lain. Zaman ini bermula apabila
Kepulauan Melayu dan luar Kepulauan Melayu bercampur dan berkongsi adab, adat istiadat
dan adat resam. Zaman Kolonial bermula apabila negara kita dijajah oleh negara lain. Negara
lain membawa etika, etos dan etiket untuk negara kita. Contohnya, cara tabik hormat dan
kepelbagaian makanan. Zaman Pascakolonial ialah zaman moden. Kita dapat banyak
perbezaan dan percampuran versi etika dari teknolgi. Etika yang bercampur baur dipakai
dalam dalam persekitaran formal dan tidak formal pada masyarakat hari ini. Ini ada risiko
menyebabkan etika rakyat dan imej negara terjejas. Di samping itu dalam topik ini juga
berbincangkan tentang Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan Malaysia melalui
Sejarah. Structure social dibahagai kepada dua iaitu structure social traditional dan moden.
Struktur sosial traditional tidak boleh berubah dan berdasarkan keturunan manakala struktur
sosial moden boleh berubah. Seterusnya, individual, keluarga, komuniti dan masyarakat juga
memainkan peranan yang penting dalam penghayatan Etika dan Peradaban. Individual
haruslah mempunyai etik dan adab untuk mendapat kecermelangan diri; dalam keluarga,
ibubapa mestilah mengajar anak adab supaya anak membesar dengan mempunyai watak
yang baik; komuniti patutlah saling menghormati dan menyayangi walaupun mempunyai
perbezaan adat resam; keuinikan masyarakat membentuk identitinya jadi Malaysia dikenali
sebagai sebuah negara yang mempunyai perbagai kaum dan negara yang harmoni. Akhinya,
Negara yang harmoni dan rakyat saling menghormati akan menarik pelancongan datang ke
negara kita dan memberi peluang pasaran dari negara lain. Ini akan menjana ekonomi negara
kita.

Kesimpulannya, Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai banyak perbezaan


tentang agama dan adat resam. Oleh itu, rakyat mestilah mempunyai etika dan saling
menghormati dan menyayangi antara satu sama lain supaya membina sebuah masyarakat
yang harmoni dan tidak menjejaskan nama negara.

[341 perkataan]

3
TOPIK 2 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN

Topik ini membincangkan tentang konsep etika dan peradaban. Dalam topik ini saya
memahami Alam Melayu atau Nusantara dibentuk sebelum pembentukan Malaysia.
Perkembangan sejarah alam melayu dibahagi kepada empat iaitu Zaman Pra Sejarah,
Zaman ProtoSejarah, Zaman Pensejarahan dan Zaman Sejarah Moden.

Dalam zaman pensejarahan, kemasyhuran Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menarik


kedatangan benua asing datang India, China dan Timur Tengah. Tamadun China juga satu
tamadun yang terawal di dunia, contohnya Sungai Kuning. Hubungan China dengan Alam
Melayu sangat erat dan membawa masuk budaya yang berbeza. Kedatangan benua asing
membawa budaya dan adat resam kepada melayu melaka. Ini menyebabkan Melaka
menjadi sebuah kerajaan yang mempunyai banyak peradaban majmuk. Selain itu,
kedatangan barat ke Alam Melayu juga membawa pengaruh dalam struktur pentadbiran dan
kehidupan sosial. Contohnya, pentadbiran British membawa agama Kristian dan pengunaan
Bahsa Inggeris. Seterusnya, konsep etika juga dibincangkan dalam topik ini. Konsep etika
dibahagi kepada dua. Pertama ialah sejarah pemikiran Eropah, daripada zaman sebelum,
semasa dan selepas Enlightenment. Pada zaman ini, pemikiran social juga dikembangkan,
beliau ialah Aristotle. Selain itu revolusi Perancis juga membawa impek kebebasan,
kesamaan dan pesaudaraan. Di samping itu, perdagangan sedunia bermula mercantile ke
kapitalis sedunia pada revolusi industri. Kedua ialah etika Asia agama Hindu, Buddhisme
dan Islamberteraskan agama yang mempengaruhi kehidupan social dan budaya. Akhirnya
ialah konsep peradaban. Konsep ini dibahagi kepada tiga iaitu Kolonalisme dan Pasca
Kolonialisme, Timur dan Barat dan perspektif agama dan kepercayaan. Bermula dari
Kolonalisme dan Pasca Kolonialisme. Koncep ini mempunyai materialisme, positivisme,
individualisme. Kedua ialah Timur dan Barat. Timur mempunyai tamadun India, China dan
Islam manakala barat ialah negara barat. Timur lebih kepada keagamaan seperti agama
Hindu, Buddhisme, Islam manakala Barat berdasar kepada teori ciptaan. Ketiga ialah
perspektif agama dan kepercayaan. Contohnya, Buddhisme dan Hinduisme memberi
panduan kehidupan yang etik kepada manusia; Agama Islam memberi sifat universal dan
boleh diterima oleh semua peringkat generasi manusia, agama Islam juga agama yang
pertama dalam Malaysia; Agama Kristian mendapat panduan dalam Bible.

Kesimpulannya, Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang mempunyai berbilang


kaum, agama dan budaya kerana mempunyai pengaruh asing awal. Oleh itu, sejarah dunia,
etika, dan tamadun awal perlu diperkasakan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa
yang ideal.

[350 perkataan]

4
TOPIK 3 ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI

Pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian mempunyai bahasa


dan sistem tulisan sendiri, meningkatkan kualiti hidup, sistem kepercayaan dan agama dan
sebagainya. Topik ini dibahagi kepada 4 perkara, Persekitaran Geo-Fisikal, Masyarakat dan
Demografi, Ekonomi dan Pasaran, Falsafah dan pemikiran.

Bermula dari Persekitaran Geo-Fisikal. Geo-Fisikal semenanjung Tanah Melayu di


kelilingi di Laut China Selatan dan Selat Melaka. Tempat ini menjadi laluan bagi China dan
India untuk melalui perdagangan. Oleh itu, Alam Melayu dapat menjadi pusat perdagangan.
Kedua ialah Masyarakat dan Demografi. Masyarakat Malaysia terdiri daripada sekelompok
orang daripada pelbagai bangsa dan kaum yang membentuk berinteraksi dalam lingkungan
sistem sosial. Ciri-ciri masyarakat ialah sebuah sistem interaksi yang berbudaya, berbudi
bahasa dan mempunyai aturan sosial. Konsep memahami proses hubungan etnik ialah
segregasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi. Ketiga ialah ekonomi dan pasaran. Pada
era pra-kolonial, ekonomi sara diri hanya mencukupi untuk menampung sendiri dan
keluarga. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, ekonomi didapatkan dari cara
perdagangan. Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam masyarakat kerana
keadaan hidup masih mundur dan tradisional. Pada era kolonial, ekonomi dikuasai oleh
British dari segi bijih timah dan ladang ketah serta kemasukan tenaga buruh dari China dan
India. Pada era pasca kolonial, kerajaan kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
bagi menyelesaikan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dan menyusun semula
masyarakat. DEB dicadangkan oleh Tunku Abdul Razak untuk membasmi kemiskinan kaum
dan menyusun semula masyarakat. Keempat ialah falsafah dan pemikiran. Falsafah dan
pemikiran terbahagi kepada tradisional dan moden. Dari perspektif tradisional, Ibn Khaldun
percaya bahawa ilmu mesti digabungkan dengan ilmu agama dan ilmu alat. Kesahihannya
juga telah disahkan oleh sarjana Barat.Sebagai contoh, R. Flint mengatakan bahawa Ibn
Khaldun adalah seorang ahli falsafah yang tiada taranya. Diambil dalam perspektif moden,
pandangan ini berpendapat bahawa manusia mempunyai hak untuk menentukan matlamat
mereka sendiri dalam hidup dan memilih cara untuk mencapainya. Kesultanan Melayu
Melaka melambangkan perhimpunan kumpulan etnik yang berbeza. Contohnya, semasa
zaman kegemilangan Melaka, aspek melambangkan perhimpunan kumpulan etnik yang
berbeza yang ialah kerajaan, perdagangan, kependuduk dan kepelbagaian budaya.

Kesimpulannya, untuk membentuk masyarakat atau negara yang harmoni, ia perlu


dicapai dengan tingkah laku, pemikiran dan tatasusila dalam setiap orang.

[344 perkataan]

5
TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL

Topik ini berbincang tentang Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia. Perpaduan


mempunyai tiga lapisan iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan.Sejarah mencari
kesatuan bermula dari pembentukan negeri-negeri selat, negeri-negeri Melayu Bersekutu
dan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Tetapi kesatuan pecah berderai pada 13 Mei
1969. Kesatuan diganti oleh perkataan perpaduan. Punca menyebab tragedi ini kerana
rakyat tidak memahami perlembangaan. Kesannya menyebab Rukun Negara ditubuhkan,
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan Dasar Pembangunan Nasional diumumkan.

Prof Ulung Datuk Dr Shamsui Amri kata perpaduan ialah suatu hasrat yang diidamkan
adalah sukar diukur dan dilihat secara nyata walaupun berkenalan, mempunyai detik-detik
secara formal atau tidak formal dalam kehidupan masyarakat. Detik-detik perpaduan dalam
Malaysia adalah sukan, kesihatan dan makan; detik-detik perbezaan mengutamakan
sesuatu bangsa atau syarat-syarat tertentu. Contohnya sambutan hari perayaan.

Perpaduan adalah keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera, tetapi diakui masih
terdapat perbezaan dalam masyarakat dalam bentuk defisit sosial. Tahap kesepaduan yang
ingin dicapai mempunyai tiga, kesepaduan nasional, kesepaduan sosial dan defisit sosial,
dan etos nasional. Pertama, tujuan kesepaduan nasional mewujud dalam masyarakat yanf
dinamik. Contoh alat kesepaduan nasional adalah Rukun negara dan Perlembagaan
Persekutuan. Kedua, defisit sosialmempunyai 4 aspek iaitu kesepaduan sosial dalam aspek
politik federalisme, bahasa, etnisiti dan agama. Ketiga etos nasional mempunyai 5, iaitu
Rukun Negara, Jalur Gemilang, Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Lagu Negaraku dan
parlimen.

Penyatupaduan ialah proses usaha berterusan oleh semua sektor masyarakat untuk
menyelesaikan defisit sosial berdasarkan prinsip tawar-menawar, rundingan dan
pengantaraan. Model Integrasi Kesepaduan Nasional dibangunkan oleh kerajaan sebagai
usaha melaksanakan proses penyatupaduan. Alat Penyatupaduan mempunyai 3 iaitu
prinsip tawar menawar, perundingan dan pengantaraan mediasi.

Dalam masyarakat ini, kita mempunyai masalah dalam kalangan manusia yang
menyebabkan penyelesaian defisit sosial menjadi sukar. Contohnya, etnik, rasisme,
prejudis, streotype dan diskriminasi.

Kesimpulannya, perpaduan rakyat dapat memajukan pembangunan dan keharmonian


negara. Oleh itu, kita haruslah saling menghormati dan menyayangi adat dan budaya
masing-masing supaya tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang lagi.

[304 perkataan]

6
TOPIK 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

Topik 5 membincangkan tentang Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia. Gabungan


atau beberapa peradaban membentuk peradaban majmuk Malaysia iaitu peradaban Melayu,
Cina, Timur Tengah, Global, Portugis, Belanda, Inggeris dan India. Sebagai contoh,
peradaban Barat membawa masuk sistem cukai dan bangunan bersejarah [Kota A'Farmosa]
manakala peradaban India dan Cina membawa masuk kepelbagaian adat, budaya dan
agama.

Konsep Negara Bangsa mengada gabungan dari dua dimensi, iaitu negara dan bangsa.
Pergolakan geo-politik dunia ini, dua bentuk negara bangsa dapat dikenal pasti, negara
bangsa tamu dan negara bangsa settler.

Konsep Negara, negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan
tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. Elemen untuk membentuk sebuah negara
adalah tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, kerajaan, sempadan dan undang-
undang. Elemen ini saling melengkapi serta mengesahkan tentang sistem kuasa dan
autoriti. Rakyat haruslah taat setia kepada negara dan rakyat akan membentuk bangsa bagi
sesebuah negara.

Konsep bangsa ialah sekumpulan manusia berdasarkan ciri-ciri fizikal bangsa dan
keturunan. Zainal Abidin kata bahawa kewarganegaraan membawa kerakyatan rupa
bangsa, bangsa seseorang. Kewarganegaraan ialah sesuatu bentuk kerakyatan yang
menghubungkan seseorang individu dengan negara mereka. Usaha-usaha pembentukan
negara bangsa acuan pertama ialah penubuhan perikatan UMNO, MCA dan MIC. Acuan ini
menyusun, merancang dan melaksanakan pemerintahan dan pembangunan Malaysia.
Acuan kedua ialah pembangunan ekonomi negara, kestabilan sosiopolitik, pemodenan dan
pembangunan, dan prinsip Rukun Negara.

Tun Dr Mahathir berkata, memupuk etos bangsa dalam masyarakat adalah satu langkah
dalam membangunkan dan membentuk negara Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa
pengalaman sejarah yang sama, nilai-nilai bersama, rasa identiti etnik, identiti nasional,
kesetiaan, komitmen, dan sebagainya boleh menggalakkan pengenalan ciri-ciri asas
sesebuah negara atau bangsa.

Kesimpulannya, negara yang makmur memerlukan usaha rakyat. Negara tidak akan
maju jika rakyat tidak bersatu padu dan saling menyayangi. Saya berasa sangat bangga dan
gembira sebagai seorang rakyat Malaysia, kerana Malaysia adalah sebuah negara yang
harmoni dan makmur.

[296 perkataan]

7
Rujukan

1. Razak, A. A. (2021). Penghayatan etika & peradaban.


2. People. (2017, March 18). Apa itu DEB Dasar Ekonomi Baru. Sistem Guru Online.
https://www.sistemguruonline.my/2014/11/apa-itu-deb-dasar-ekonomi-baru.htm
3. Penerbit UKM. (n.d.). Pembentukan etos nasional belia Malaysia: wadah pembinaan
negara-bangsa - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY.
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29940/
4. 2ne, A. (n.d.). Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian. prezi.com.
https://prezi.com/p/xjan1n4g951t/etika-dan-peradaban-dalam-masyarakat-
kepelbagaian/
5. [Fadzlina, S. U. (n.d.). Masyarakat beradab dan pembinaan negara bangsa.
Universiti Sains Islam Malaysia. https://www.usim.edu.my/news/in-our-
words/masyarakat-beradab-dan-pembinaan-negara-bangsa/

You might also like