You are on page 1of 24

Soalan Struktur:

1) Perpaduan adalah kunci kesejahteraan serta kemakmuran negara


Malaysia. Senaraikan 5 aktiviti yang dapat memupuk perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia.
a) Rumah terbuka peringkat kebangsaan.
b) Gotong-royong
c) Rukun Tetangga (satu program sukarela yang bertujuan untuk
membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia.
Secara tidak langsung akan merealisasikan Rukun Negara .)
d) Program Latihan Khidmat Negara (kursus latihan wajib bagi sesetengah
daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah
menengah di Malaysia. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga
dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana
dilaksanakan menurut cara Malaysia.)
e) Sekolah Wawasan (sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersamasama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama.)
f) Mengadakan sukaneka yang melibatkan semua kaum(sekolah, swasta,
g)
h)
i)
j)
k)
l)

jabatan awam)
Menyambut Hari Kebangsaan.
Mengisytiharkan Hari Malaysia (16 September)
Mengadakan dialog terbuka tentang Tamadun/Peradaban Malaysia.
Program Rakan Muda
Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
Aktiviti ko-kurikulum pd peringkat kebangsaan (memupuk perpaduan)
m) Kursus - subjek hubungan etnik (wajib diambil) belajar dengan
minda terbuka
n) Dialog terbuka berkaitan tamadun/peradaban Malaysia

2) Terangkan 5 teras utama Misi Nasional.


a) Teras Pertama: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi
negara.
Melalui teras ini, Kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan nilai
tambah sektor ekonomi yang sedia ada, serta mewujudkan aktiviti
berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT,
bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu,
Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor
swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.

b) Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti


dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang
dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar
dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan
sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran
yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak
usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama,
penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat
o

berbudaya dan memiliki kekuatan moral.


Memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan

utama rakyat Malaysia


Merapatkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan

sekolah di bandar.
Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan
berkualiti, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat di semua

peringkat
Memperluas forum perbicangan antara kerajaan, sektor swasta, ibu
bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

c) Teras Ketiga: Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi


secara membina dan produktif.
Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana
pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat
pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama. Merapatkan
jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar.
Mengurangkan jurang antara penduduk luar bandar
dengan bandar, antara negeri dan antara wilayah melalui
penjanaan pendapatan yang mampan dan
penambahbaikan akses terhadap keperluan asas serta

pendidikan.
Memperluas akses kepada program pendidikan dan
latihan bagi meningkatkan bilangan pengurus dan
professional Bumiputera, terutama dalam sektor swasta.

d) Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti


hidup.
Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga,
perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan
harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung
penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.
e) Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan
pelaksanaan negara.
Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana.
Untuk itu, Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian
perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, Kerajaan juga
akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor
awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.
3) Lokasi kawasan kajian yang dipilih hendaklah merujuk kepada peta
kawasan berkenaan dan menepati objektif kajian luar. Jelaskan 4
faktor yang perlu ditepati apabila suatu kawasan kajian telah dipilih?
a) Unsur fizikal dan manusia
Kawasan kajian yang dipilih mestilah merangkumi unsur fizikal dan
manusia supaya pelajar boleh menjalankan kajian yang
merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan manusia dengan serentak.
Tajuk kajian yang dipilih haruslah selaras dengan tajuk-tajuk yang
telah dipelajari.
b) Faktor jarak, kos dan masa
Aspek-aspek ini perlu diambil kira dalam menentukan pemilihan
kawasan kajian. Hal ini disebabkan jarak bagi kawasan kajian
hendaklah tidak jauh supaya masa dan kos dapat dikurangkan.
c) Aspek keselamatan
Aspek ini sangat penting dan ia meliputi keselamatan dalam
penjalanan serta kawasan kajian. Kawasan kajian perlulah jauh
daripada kawasan yang membahayakan seperti arus sungai yang
deras, cerun curam, haiwan buas dan sebagainya.
d) Keluasan kawasan kajian
Unsur alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia perlu diambil
kira. Tambahan pula, keluasan kawasan kajian haruslah bersifat
mikro.

4) Kaedah kajian atau metadologi kajian boleh dibuat berdasarkan


o
o
o
o

kombinasi beberapa langkah. Huraikan kombinasi langkah ini. 30%


Pemerhatian dan pencerapan (perbuatan (proses)
Soal selidik dan temu bual
Kaedah perukuran dan senarai semak
Pemerhatian dan senarai semak

5) Senaraikan 6 aktiviti yang dapat memberi kesedaran kepada rakyat


tentang pentingnya semangat perpaduan.
a) Program PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)
b) Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
c) Menggalakkan rakyat menonton filem dan drama yang bertema
perpaduan antara kaum.
d) Program Rakan Muda (bagi melahirkan potensi tertinggi generasi
belia supaya mendokong matlamat pembangunan Negara.)
e) Mengadakan rumah terbuka.
f) Mengadakan aktiviti gotong-royong.
e)
f)
g)
h)

Rukun tetangga
Pertandingan Koir Lagu Patriotik
Pertandingan menulis cerpen dan fotografi perpaduan
Kempen menggalakan mengibarkan Bendera Malaysia

6) Sebagai rakyat Malaysia, apakah tanggungjawab yang perlu dimiliki ke


arah usaha menyerapkan pemikiran kelas pertama dalam kalangan rakyat
Malaysia?
o

Mempunyai budaya ilmu yang tinggi dan menyeluruh/minda kelas


pertama.

- Mempunyai jati diri yang tinggi.

-Mempunyai ilmu yang mendalam terhadap teknologi maklumat. (cara:


pendedahan tentang ICT seperti kursus)
Cara:
-Budaya membaca. (kempen menderma buku)
-Menghargai peluang untuk melanjutkan pelajaran.
-Belajar kemahiran baru dengan menghadiri kursus.
-Perpustakaan bergerak.
-Melanjutkan pelajaran.
o

Mempunyai budaya kerja yang tinggi.

-Mempunyai integriti yang tinggi.


-Melaksanakan tugas tanpa mementingkan diri sendiri.
-Menepati masa, bertangungjawab & akauntable.
Cara:
-Punch kad.
-Anugerah kecemerlangan perkhidmatan.
-Pengiktirafan mengikut jabatan.
-Kenaikan pangkat.
-Pemberian bonus.

Cinta dan sedar tentang kepentingan alam semula jadi.

- Pembangunan secara lebih prihatin, tersusun dan terancang bagi


kesejahteraan hidup masyarakat dan manfaat generasi akan datang.
-Alam ditadbir melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan
menyeluruh selari dengan kaedah semasa.

-Pencerobohan dan penerokaan alam yang tidak bertanggungjawab akan


mengundang banyak bencana dan kemusnahan alam.
Cara:
-Kempen
-Pendidikan alam sekitar.

Mempunyai ciri-ciri peribadi yang berakhlak mulia (toleransi, adil,


dedikasi, berfikiran terbuka, saling membantu dan persefahaman).
-Dedikasi
o

-Bertanggungjawab terhadap kerja.


-Berfikiran terbuka(bersedia menerima pendapat orang lain)
-Meningkatkan tahap integrasi antara kaum.
-Menghapuskan perasaan curiga & syak wasangka yg blh mencetuskan
peselisihan faham.
Cara:
-Melalui pendidikan agama dengan mewujudkan sekolah-sekolah agama
dan pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral.
-Mengamalkan prinsip Islam Hadhari

o
o
o
o
o
o
o

Sihat dari segi fizikal, mantal dan kerohanian.


Membudayakan semangat menolak rasuah
Mempunyai integriti yang tinggi.
Memupuk nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Keberanian serta keyakinan diri menghadapi cabaran dalam kalangan
belia.
Semangat menghargai dan memelihara alam sekitar.
Pemikiran yang terbuka dan aktif dalam pembangunan negara.

Kesetiaan & rasa hormat kpd

-Bangga terhadap negara sendiri/bersemangat

pemimpin/ ketua negara tdk

kebangsaan.

kira di mana-mana.

-Membantu membina negara yang aman.


-Asas perpaduan negara yg penting.
-Perlu dikekalkan supaya keselamatan dan keamanan
negara terjamin.
-Bersedia untuk berkorban dari segi tenaga, masa dan
wang demi bangsa negara.
-Beramanah.
-Cinta akan bangsa dan negara.
-Berani dan sanggup mempertahankan bangsa dan
negara.
-Peka terhadap isu kebangsaan.
-Bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
-Mematuhi undang-undang dan peraturan negara.
Cara:
-Menghormati lambang-lambang negara
-Menjaga imej negara.

Berfikiran terbuka

-Berfikiran,kritis, kreatif, kritikal secara membina &


analitikal.
-Berinovatif.
-Bersedia menerima pendapat orang lain.
Cara:
-Didikan keluarga yang sempurna dengan memastikan ada
pendidikan asas.

Rukun Negara

-Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun


Negara.
5 prinsip Rukun Negara
-kepercayaan kepada Tuhan

Berdaya saing

-Keinginan untuk maju ke hadapan.


Cara:

-Peka kepada perkembangan negara dari segi politik,


ekonomi dan sosial.
-Sentiasa hendak membuat yang terbaik.

7) Integrasi nasional merupakan aspek penting untuk pembangunan dan


merupakan matlamat akhir sesebuah negara. Walaubagaimanapun, usaha
ini bukan mudah dicapai. Senaraikan 4 ciri kepimpinan yang harus ada pada
pemimpin untuk mencapai integrasi nasional.
o sihat dari segi fizikal, mental dan spiritual.
- Dari segi fizikal, pemimpin yang sempurna anggota badannya dan tidak
cacat dapat melaksanakan tugas dengan baik berbanding dengan orang
yang cacat anggota badan.
- dari segi spiritual pula, seseorang itu haruslah mempunyai pegangan
agama yang baik. Dengan mempunyai pegangan agama maka seseorang
itu dapat mengelakkan dirinya daripada melakukan perkara yang salah
daripada sisi agama seperti jenayah.
-Dari segi mental pula, seseorang itu mestilah berbudi pekerti, berakhlak
mulia serta mempunyai nilai moral yang tinggi.
o berilmu.
- mengetahui selok-belok undang-undang dan peraturan supaya beliau
dapat membuat keputusan yang lebih baik. Contohnya, bagi pemimpin
yang luas membaca dan mempunyai budaya berfikir yang tinggi dapat
mengelakkan dirinya daripada membuat keputusan yang salah.
- Sekiranya seseorang pemimpin itu tidak berilmu maka negara kita akan
terhancur kerana beliau tidak tahu membuat keputusan dengan baik.
-pemimpin yang berfikiran tajam juga dapat menyelesaikan masalah
dengan mudah.
- mempunyai sikap sentiasa mengambil tahu tentang masalah-masalah
yang dihadapi oleh negara lain dan memastikan negara kita akan dapat
mengatasinya serta sentiasa memajukan teknologi yang canggih agar
negara kita dapat bersaing dengan negara maju.
o adil dan bijaksana.
- bersikap adil, saksama dan tidak berat sebelah semasa membuat sesuatu
keputusan dalam apa-apa jua perkara. Contohnya memberi peluangpeluang yang sama rata dalam sektor ekonomi tanpa mengira kaum.

- memperlakukan orang yang berkebolehan dalam organisasi atas dasar


persamaan derajat (darjat) dan tanpa berlakunya penindasan.
o berfikiran rasional.
- mempunyai pandangan yang luas dan rasional supaya rakyatnya kekal
maju.
-mampu menerima pandangan ramai supaya dapat memajukan diri sendiri.
-mempunyai kekuasaan dan pengaruh supaya dapat memimpin rakyat bagi
membina budaya tinggi yang berkait rapat dengan budaya ilmu dan segala
ciri-ciri yang perlu ada dalam pembinaan sebuah tamadun unggul.
o - berupaya mengubah nilai lama atau idea lama yang telah sebati dalam
masyarakat dengan idea dan nilai yang baru.
o mengambil berat terhadap aduan rakyat.
-Contohnya, aduan yang dibuat oleh rakyat harus diberi perhatian kerana
jika dibiarkan rakyat akan kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap
pemimpin tersebut justerunya menyebabkan perpaduan tidak dicapai. Di
samping itu, pemimpin perlulah bersifat saling menghormati iaitu bersikap
transparensi dan menghormati pesaing ( lawan politik ) atau musuh serta
belajar daripada diri (pesaing & lawan politik) mereka dalam situasi
kepemimpinan pada umumnya.
o Berwawasan dan berpandangan jauh
- dapat mencipta masa depan negara, melahirkan dorongan atau keazaman
yang kuat serta menyatupadukan tenaga rakyat.
-di bawah bimbingan pemimpin tersebut barulah negara kita dapat
o

berkembang dengan maju.


mempunyai ciri-ciri berdedikasi, bertanggungjawab, jujur dan akauntabiliti.
-Contohnya, beliau haruslah bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar
kerajaan dengan baik.
-bersikap telus(transparent) serta berinisiatif iaitu mengambil berat tentang
aduan-aduan orang supaya dapat terus berkhidmat dengan orang ramai.
Beliau juga mestilah memiliki kecerdasan, cermat dan bertanggungjawab.
Contohnya, beliau dapat mengarah dan menyelaras aktiviti untuk mencapai

matlamat organisasi atau kumpulan yang ditetapkan.


mempunyai nilai keberanian semasa membuat sesuatu keputusan supaya
dapat menampung risiko yang bakal dihadapi.
-perlu berkarisma tinggi iaitu pandai menarik perhatian, minat orang ramai
serta berfokus supaya dapat berkongsi, mendengar dan memahami perasaan
orang lain. -Seseorang pemimpin haruslah dapat menerima teguran daripada

orang ramai dan menyedari kesalahannya supaya dapat memimpin negaranya


o

dengan lebih baik lagi.


mempunyai tingkah laku ( behavior ) yang baik
-supaya kepercayaan dan keterlibatan pengikut(rakyat) akan parallel dengan
level karakter kita ( pemimpin ).
- sebagai seorang pemimpin haruslah bersikap menjaga maruah diri sendiri
dan negara. Contohnya, beliau mestilah memiliki rasa kehormatan diri ( a
sense of personal honour and personal dignity ) dan berdisiplin peribadi serta
mempunyai rasa bertanggungjawab peribadi atas perilaku pribadinya.
-Sekiranya para pemimpin saling lempar ucapan pedas terhadap rakan
sejawatnya yang dari aliran politik yang berbeza maka ini bermakna mereka
tidak memiliki kemampuan berkomunikasi, semangat " team work ", kreatif,

percaya diri, inovatif dan mobilitas.


kesedaran diri sendiri (self awareness)
-haruslah jujur terhadap diri sendiri dan orang lain serta sedar akan kekuatan
dan kelemahan diri sendiri dan mempunyai usaha yang tulus untuk

o
o
o
o
o

o
o

memperbaiki kelemahan diri sendiri.


Komunikasi yang berkesan
Berakhlak tinggi (jujur)
Berkarisma
berfikiran rasional
Bangga terhadap negara sendiri. Membantu membina negara yg
aman serta bersedia
untuk berkorban dari segi tenaga, masa dan wang.
Mempunyai budaya ilmu yang tinggi dan minda kelas pertama.
Mempunyai jati diri yang tinggi dan ilmu yang mendalam terhadap
teknologi maklumat.
Mempunyai budaya kerja yang tinggi. Mempunyai integriti yang tinggi,
melaksanakan tugas tanpa mementingkan diri sendiri serta menepati
masa, bertanggungjawab dan akauntable.
Mempunyai sifat-sifat yang berakhlak mulia seperti toleransi, adil,
saling membantu dan persefahaman. Sifat-sifat ini dapat
meningkatkan tahap integrasi antara kaum serta menghapuskan
perasaan curiga dan syak wasangka yang boleh mencetuskan
peselisihan faham.
Kesetiaan dan rasa hormat kepada pemimpin tidak kira di mana-mana.
Bangga terhadap negara sendiri dan bersemangat kebangsaan dan
bersedia untuk berkorban dari segi tenaga, masa dan wang.
Beramanah.
Pegangan agama yang kuat. Percaya kepada Tuhan.
Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Tidak melanggar
undang-undang tidak kira di mana kita berada.

o
o

Dedikasi. Dedikasi terhadap negara dan keluarga.


Berfikiran terbuka. Berfikiran,kritis, kreatif, kritikal dan analitikal.
Mempunyai budaya
penyelidikan dan inovasi.
o Sihat. Sihat dari segi fizikal, mental dan sipiritual. Menjaga
kesihatan, bersenam.
o Mengamalkan budaya penyayang tidak kira di rumah, sekolah
dan tempat kerja.
o Berpegang kepada konsep satu Malaysia (budaya
kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan dan integriti).

8) Terangkan secara ringkas, 3 faktor penghalang integrasi nasional.


o
o
o

Perbezaan kepercayaan dan agama yang berbeza dan adat


resam(cara hidup yang berlainan)
fahaman dan pengaruh politik yang berbeza
-tidak bersatu padu untuk memperjuangkan kemerdekaan.
tiada persefahaman antara rakyat yang terdiri daripada berbilang
bangsa.
-rakyat tdk bersatu padu & tdk ada misi dan wawasan yg sama.

(semangat etnosentrik-rasa kekitaan)


- layanan yang tidak sama rata.
masalah ekonomi.
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dan mewujudkan iri

hati antara kaum kerana pendapatan tdk sama.


Daya toleransi yang rendah
Sistem pemerintahan British
- Dasar pecah dan perintah
Tahap toleransi rendah.
- Sukar untuk mewujudkan persefahaman antara rakyat yang
terdiri dari berbilang kaum.
Mereka tidak bersatu padu, tidak ada misi dan wawasan yang
sama.
Perbezaan kepercayaan dan agama.
Sentimen agama kendiri, masing-masing mempertahankan
budaya dan agama sendiri.
o
o

9) Langkah-langkah menjalankan kajian.


Sebelum:
o Menentukan tajuk
o Memilih lokasi kawasan
o Menentuksn kaedah kajian

o
o
o

Memperoleh maklumat primer dan sekunder


Menyediakan peralatan dan bahan kajian
Menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian

Semasa:
a) Menjalankan aktiviti
b) Memproses dan menganalisis data
Selepas:
a)
b)
c)
d)

Menyediaksn laporan
Membentangkan laporan
Mempamerkan laporan
Menyimpan laporan di pusat sumber

Soalan Esei:
1) Integrasi nasional adalah aspek penting untuk pembangunan dan
merupakan matlamat akhir sesebuah negara. Walaubagaimanapun,
o

usaha ini bukan mudah dicapai. Bincangkan.


Perbezaan tumpuan sektor ekonomi
-Penglibatan dalam aktiviti ekonomi yang berbeza menyebabkan
kekurangan interaksi antara kaum.
-Pada awalnya, penduduk melayu hanya bekerja sebagai petani, orang
india sebagai penoreh getah manakala orang cina sebagai peniaga.
-ketidakseimbangan pendapatan telah menyebabkan tercetusnya

perasaan cemburu sesama kaum.


Pengasingan sistem pendidikan
-Wujudnya kepelbagaian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal
masing-masing.
-Tidak wujudnya semangat kekitaan dalam kalangan kaum.
-Sukatan pelajaran tidak sama.
Fahaman dan pengaruh politik
-Berusaha untuk memastikan identiti kaum, bahasa dan budaya
masing-masing dengan menggunakan menggunakan media-media dan
saluran-saluran seperti pendidikan, program keagamaan dan

o
o

sebagainya.
-Tercetusnya rusuhan kaum 13 mei 1969.
Perbezaan kepercayaan atau agama
Isu Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

-Wujudnya diskriminasi dalam pemilihan masuk ke university.


-Perbezaan etnik dan agama memisahkan pelajar.
-Pengaruh persekitaran sosial di sekolah dan keluarga.
2) Terangkan dengan ringkas, faktor-faktor penghalang integrasi nasional.
o fahaman dan pengaruh politik yang berbeza
-tidak bersatu padu untuk memperjuangkan kemerdekaan.
-tiada persefahaman antara rakyat yang terdiri daripada berbilang

o
o

bangsa.
-rakyat tdk bersatu padu & tdk ada misi dan wawasan yg sama.
Kemiskinan.
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum wujud iri hati antara
kaum krn pendapatan tdk sama.
perbezaan kepercayaan atau agama
-sentimen agama sendiri.
-mempertahankan budaya masing-masing.
Dasar Pecah dan Perintah yang dilaksanakan oleh British
menyebabkan pembangunan dan pendapatan yang tidak seimbang
dalam kalangan rakyat pelbagai keturunan bangsa.
Perbezaan tumpuan sektor ekonomi. Dasar Pecah dan Perintah
yang dilaksanakan oleh British menyebabkan orang Cina tertumpu
kepada aktiviti perdagangan, orang Melayu tertumpu kepada
sektor pertanian dan perikanan manakala orang India tertumpu
kepada sektor perladangan.
Pemisahan tempat tinggal disebabkan oleh dasar-dasar british.
Susah untuk bergaul antara satu sama lain.

3) Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan menerusi serampang 2 mata iaitu


membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Huraikan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk
melaksanakan kedua-dua strategi tersebut.
o Mewujudkan peluang pekerjaan
- Kerajaan menyediakan peluang pekerjaan bagi semua penduduk
o
-

yang menggangur tanpa mengira kaum.


Menyediakan program latihan untuk malatih pekerja mahir.
Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan
Meningkatkan mutu barangan pengeluaran Malaysia.
Mempunyai daya saing yang tinggi.
untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yang

ada di Negara ini.


Memberi peluang kpd sektor rendah utk berpindah ke sektor yang

lebih tinggi
Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera

- usahawan-usahawan Melayu telah berjaya diwujudkan dengan


bantuan pinjaman, lesen dan pemberian kontrak.
-Di samping itu, agensi-agensi seperti PERNAS, MARA dan UDA
ditubuhkan dan terlibat secara langsung dalam membantu orang
Melayu yang bergiat di dalam dunia perniagaan.
-Dari segi pemilikan harta pula, kaum bumiputera digalakkan
menabung dan pemilikan saham menerusi skim-skim seperti ASN dan
ASB.
-Dalam memastikan pembangunan turut dinikmati di kawasan luar
bandar, agensi-agensi pembangunan tanah seperti FELDA, FELCRA,
RISDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR dibentuk dalam
mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat desa.
o

Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,

o
-

kesihatan ,infrastruktur dan lain-lain.


Meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.
Menyediakan infrastruktur dan kemudahan di sekitar bandar.
Memajukan negeri dan kawasan mundur
Menyediakan kemudahan dan infrastruktur.
Mengadakan program yang dapat memajukan kawasan tersebut.
Mengurangkan jurang perbezaan pendidikan serta taraf hidup

o
-

dalam kalangan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar.


Menambahkan bahagian rakyat dalam pemilikan modal
Melibatkan rakyat dalam dasar ekonomi.

a. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) hingga Rancangan Malaysia


Kelima (1986-1990).
-Memodenkan kawasan-kawasan luar bandar bagi meningkatkan
daya pengeluaran dan taraf hidup. Menyusun semula struktur guna
tenaga dan penglibatan pelbagai kaum dalam sektor ekonomi negara.
Menambah penguasaan dan pemilikan modal saham dalam kalangan
Malaysia. Memastikan terbentuknya dalam kalangan bumiputera
masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam semua lapangan
ekonomi.
b. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua kaum bagi
meningkatkan taraf hidup rakyat.

c. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan serta menukar


kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran rendah kepada yang
tinggi.
d. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan
antara bandar dan luar bandar. dari semua aspek supaya setiap kaum
rasa haknya terpelihara dan tidak berasa tersisih.
e. Menambahkan bahagian pemilikan rakyat dalam pemilikan modal
stok syarikat dan
pertumbuhan ekonomi.
f. Memajukan negeri dan kawasan mundur.
g. Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang
rendah daya
pengeluarannya berpindah kepada sektor yang lebih
lumayan
h. Memodenkan kehidupan di luar Bandar.
i. Mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan
semua kaum.
j. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
bumiputera
k. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup melalui pelajaran,
laihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
l. Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar
kemiskinan mengikut kaum.
m. Menusun semula corak guna tenaga
n. Penyusunan semula hak pemilik dalam sektor syarikat.
4) Bagi negara kita, matlamat dan sasaran (menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 melalui wawasan 2020) kita sudahpun
ditentukan. Kita ingin menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.
Oleh itu, rakyat Malaysia perlu membentuk 1 keperibadian mengikut
acuan Malaysia. Cadangkan apakah ciri-ciri yang patut dimiliki oleh
rakyat Malaysia dalam pembinaan Negara Bangsa.
Ciri-ciri
Bangga terhadap negara

Huraian
-Membantu membina negara yg aman.
-Asas perpaduan negara yg penting

kebangsaan.

-Perlu dikekalkan spy keselamatan & keamanan negara


terjamin.
-Bersedia utk berkorban dr segi tenaga, masa & wang.
-Mempunyai jati diri yg tinggi

Mempunyai budaya ilmu/

-ilmu yg mendalam terhadap teknologi


maklumat.
-mementingkan pemerolehan dan perkembangan ilmu

sendiri/bersemangat

membaca yg tinggi/minda
kelas pertama.

pengetahuan (ilmu dpt mengubah cara hidup & taraf

hidup masyarakat).
-pembelajaran sepanjang hayat.
Berilmu pengetahuan luas dan terkini.
-Mempunyai integriti yg tinggi.
-Mempunyai ilmu yg mendalam terhadap teknologi
maklumat.
-mengamalkan
sikap positif kakitangan terhadap tugas
Mempunyai budaya kerja &
yang diamanahkan dan menghasilkan perkhidmatan yg
ketahanan yg tinggi.
cemerlang.
-Melaksanakan tugas tanpa mementingkan diri sendiri.
-Menepati masa, bertanggungjawab & akauntable.
Mempunyai sifat-sifat yg -Meningkatkan tahap integrasi antara kaum.
berakhlak mulia (toleransi, -Menghapuskan perasaan curiga & syak wasangka yg blh
adil, saling membantu &

mencetuskan peselisihan faham.

persefahaman)
-Bangga terhadap negara sendiri/bersemangat

Kesetiaan & rasa hormat


kpd pemimpin/ ketua
negara tdk kira di manamana.

kebangsaan
-Membantu membina negara yang aman.
-Asas perpaduan negara yg penting.
-Perlu dikekalkan spy keselamatan dan keamanan negara
terjamin.
-Bersedia untuk berkorban dari segi tenaga, masa dan
wang.
-Beramanah dan mempunyai semangat patriotik.
-memberikan taat setia yang tidak belah bahagi kepada
pemimpin/ketua Negara/ketua.

Pegangan agama yg kuat. -Kepercayaan kpd tuhan.


-Tidak melanggar undang-undang tdk kira di mana kita
Mematuhi peraturan &
berada.
undang-undang
negara/negeri
Dedikasi

-Dedikasi terhadap negara, keluarga & negara

-Berfikiran kritis, kreatif, kritikal & analitikal.


-Berinovatif.
besemangat berdaya saing -berpandangan jauh.
Berfikiran terbuka dan

Mempunyai budaya

-Inovatif.
-cari jalan mengatasi masalah.

penyelidikan dan inovasi


-Sihat dr segi fizikal, mental & sipiritual.
Sihat
-kesihatan dan bersenam.
-Budaya penyayang (keluarga, rumah, sklh, tpt kerja)
pembangunan modal insan - mengembangkan diri sendiri dengan ilmu
pengetahuan spy menjadi seorang yang berkualiti.
Budaya ilmu/membaca
-Pembelajaran sepanjang hayat, berilmu pengetahuan luas,
mendalam dan terkini.
-Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu.
-Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
-Mengamalkan penyelidikan
Budaya kepimpinan
-Keupayaan menerima dan melaksana tugas sebagai satu amanah
dan tanggungjawab serta keupayaan mengurus sumber.

Budaya kerja professional


-Tabiat kerja yang mementingkan kecemerlangan, kualiti dan
menekankan kerja sepasukan.
-Hubungan yang erat, sepakat, sefahaman dan bertanggungjawab
-Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah

Budaya akhlak dan moral


-Tingkah laku yang terpuji seperti tutur kata, tata tertib, sopan
santun, akal budi dan kebijaksanaan.
-Bertunjangkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

Budaya penyayang
-Mempunyai nilai ehsan yang berasaskan kepada konsep cintakan
tuhan.
-Saling hormat-menghormati antara insane dan alam sekitar.

Keprihatinan
-Sayangkan diri dan organisasi
-Sayangi negara

Budaya hidup sihat


-Amalan menjaga kesihatan secara berterusan dari segi fizikal,
emosi, rohani, intelek dan sosial.

Budaya estetika
-Merujuk kepada ekspresi dan apresiasi terhadap nilai-nilai seni,
keindahan dan keharmonian
-Menikmati keindahan budaya bangsa dan keindahan persekitaran.

5) Bincangkan ciri-ciri kepimpinan dalam pembinaan negara bangsa.


o adil dan bijaksana.
- bersikap adil, saksama dan tidak berat sebelah semasa membuat sesuatu
keputusan dalam apa-apa jua perkara. Contohnya memberi peluangpeluang yang sama rata dalam sektor ekonomi tanpa mengira kaum.
- memperlakukan orang yang berkebolehan dalam organisasi atas dasar
persamaan derajat (darjat) dan tanpa berlakunya penindasan.
o berilmu.
- mengetahui selok-belok undang-undang dan peraturan supaya beliau
dapat membuat keputusan yang lebih baik. Contohnya, bagi pemimpin
yang luas membaca dan mempunyai budaya berfikir yang tinggi dapat
mengelakkan dirinya daripada membuat keputusan yang salah.
- Sekiranya seseorang pemimpin itu tidak berilmu maka negara kita akan
terhancur kerana beliau tidak tahu membuat keputusan dengan baik.

-pemimpin yang berfikiran tajam juga dapat menyelesaikan masalah


dengan mudah.
- mempunyai sikap sentiasa mengambil tahu tentang masalah-masalah
yang dihadapi oleh negara lain dan memastikan negara kita akan dapat
mengatasinya serta sentiasa memajukan teknologi yang canggih agar
negara kita dapat bersaing dengan negara maju.
o berfikiran rasional.
- mempunyai pandangan yang luas dan rasional supaya rakyatnya kekal
maju.
-mampu menerima pandangan ramai supaya dapat memajukan diri sendiri.
-mempunyai kekuasaan dan pengaruh supaya dapat memimpin rakyat bagi
membina budaya tinggi yang berkait rapat dengan budaya ilmu dan segala
ciri-ciri yang perlu ada dalam pembinaan sebuah tamadun unggul.
- berupaya mengubah nilai lama atau idea lama yang telah sebati dalam
masyarakat dengan idea dan nilai yang baru.
o sihat dari segi fizikal, mental dan spiritual.
- Dari segi fizikal, pemimpin yang sempurna anggota badannya dan tidak
cacat dapat melaksanakan tugas dengan baik berbanding dengan orang
yang cacat anggota badan.
- dari segi spiritual pula, seseorang itu haruslah mempunyai pegangan
agama yang baik. Dengan mempunyai pegangan agama maka seseorang
itu dapat mengelakkan dirinya daripada melakukan perkara yang salah
daripada sisi agama seperti jenayah.
-Dari segi mental pula, seseorang itu mestilah berbudi pekerti, berakhlak
mulia serta mempunyai nilai moral yang tinggi.
o mengambil berat terhadap aduan rakyat.
-Contohnya, aduan yang dibuat oleh rakyat harus diberi perhatian kerana
jika dibiarkan rakyat akan kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap
pemimpin tersebut justerunya menyebabkan perpaduan tidak dicapai. Di
samping itu, pemimpin perlulah bersifat saling menghormati iaitu bersikap
transparensi dan menghormati pesaing ( lawan politik ) atau musuh serta
belajar daripada diri (pesaing & lawan politik) mereka dalam situasi
kepemimpinan pada umumnya.
o Berwawasan dan berpandangan jauh
- dapat mencipta masa depan negara, melahirkan dorongan atau keazaman
yang kuat serta menyatupadukan tenaga rakyat.
-di bawah bimbingan pemimpin tersebut barulah negara kita dapat
berkembang dengan maju.

mempunyai ciri-ciri berdedikasi, bertanggungjawab, jujur dan akauntabiliti.


-Contohnya, beliau haruslah bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar
kerajaan dengan baik.
-bersikap telus(transparent) serta berinisiatif iaitu mengambil berat tentang
aduan-aduan orang supaya dapat terus berkhidmat dengan orang ramai.
Beliau juga mestilah memiliki kecerdasan, cermat dan bertanggungjawab.
Contohnya, beliau dapat mengarah dan menyelaras aktiviti untuk mencapai

matlamat organisasi atau kumpulan yang ditetapkan.


mempunyai nilai keberanian semasa membuat sesuatu keputusan supaya
dapat menampung risiko yang bakal dihadapi.
-perlu berkarisma tinggi iaitu pandai menarik perhatian, minat orang ramai
serta berfokus supaya dapat berkongsi, mendengar dan memahami perasaan
orang lain. -Seseorang pemimpin haruslah dapat menerima teguran daripada
orang ramai dan menyedari kesalahannya supaya dapat memimpin negaranya

dengan lebih baik lagi.


mempunyai tingkah laku ( behavior ) yang baik
-supaya kepercayaan dan keterlibatan pengikut(rakyat) akan parallel dengan
level karakter kita ( pemimpin ).
- sebagai seorang pemimpin haruslah bersikap menjaga maruah diri sendiri
dan negara. Contohnya, beliau mestilah memiliki rasa kehormatan diri ( a
sense of personal honour and personal dignity ) dan berdisiplin peribadi serta
mempunyai rasa bertanggungjawab peribadi atas perilaku pribadinya.
-Sekiranya para pemimpin saling lempar ucapan pedas terhadap rakan
sejawatnya yang dari aliran politik yang berbeza maka ini bermakna mereka
tidak memiliki kemampuan berkomunikasi, semangat " team work ", kreatif,

percaya diri, inovatif dan mobilitas.


kesedaran diri sendiri (self awareness)
-haruslah jujur terhadap diri sendiri dan orang lain serta sedar akan kekuatan
dan kelemahan diri sendiri dan mempunyai usaha yang tulus untuk
memperbaiki kelemahan diri sendiri.

6) Huraikan dasar-dasar yang telah dilancarkan oleh kerajaan untuk


memupuk perpaduan dan integrasi nasional.
Rukun Negara
- merupakan kata sepakat yang menjadi panduan kepada semua
rakyat Malaysia.
- dicipta selepas peristiwa 13 Mei 1969.
- kelima-lima prinsip yang terkandung itu diterima dan dipertahankan
secara bersama oleh semua rakyat Malaysia.

- Semua rakyat memiliki rukun yang sama maka tidak ada sebab untuk
berasa tersisih kerana memikir pihak satu lagi lebih berhak dari yang
satu lagi.
-Oleh itu, Rukun Negara telah menjadi tiang yang kukuh yang berdiri
tegak yang mesti dipertahankan oleh setiap rakyat Negara ini.
- Negara akan menjadi hancur dan rakyat akan berbalah semula jika
kelima-lima prinsip Rukun Negara ini tidak dipertahankan dan
ditegakkan. - Mencapai perpaduan yang erat di kalangan seluruh
masyarakat.
- Memelihara cara hidup demokratik.
- Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati
bersama secara adil
dan saksama.
- Membentuk masyarakat bersifat liberal terutama terhadap
kebudayaan masing-masing.
- Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
- Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
- Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
sosioekonomi.
Dasar Pelajaran Kebangsaan
o Dasar Pelajaran Kebangsaan (Pendidikan sebagai salah satu alat
o

perpaduan)
Laporan Barnes 1951: memperakukan penggantian sistem
sekolah vernakular yang berasingan dengan satu jenis sekolah

o
o

iaitu sekolah kebangsaan.


Laporan Fenn-Wu: mengesyorkan supaya sekolah Cina dikekalkan
tetapi sukatan pelajaran berorientasikan Tanah Melayu.
Ordinan Pelajaran 1952: menetapkan Sekolah Kebangsaan sebagai
corak sistem persekolahan dan pelajaran rendah 6 tahun dengan
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Laporan Razak: mengutamakan perpaduan sebagai satu matlamat
yang perlu dicapai, mencadangkan penyatuan kaum dibuat dengan
mewujudkan satu sistem pelajaran yang bercorak Tanah Melayu iaitu
menyatukan sistem persekolahan dan penggunaan sukatan pelajaran
yang sama.

o
o

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010: menghasilkan


pendidikan yang berkualiti untuk semua.
Sekolah wawasan: mewujudkan perpaduan dalam kalangan muridmurid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang.
Pindaan perlembagaan(akta hasutan)
- menyekat kebebasan bersuara rakyat.
Pemuafakatan dlm parti perikatan
Dasar Ekonomi Baru
- Serampang 2 mata
- Membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum untuk memperbaiki
-

ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yang ada di Negara ini.


Menyusun semula masyarakat yang sedia ada untuk mengurangkan
dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsifungsi ekonomi.
Dasar pembangunan Nasional/Wawasan 2020.

7) Bincangkan 9 cabaran Wawasan 2020 yang perlu ditangani oleh semua


pihak untuk mencapai tahap negara yang maju dan progresif.
a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama.
Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama
sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia
yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan
apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah
menghadapi pelbagai masalah.
Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai
kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah
kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang. Mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang

mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang


boleh menjadi contoh kepada negara yang sedang membangun.
d) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika,
dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan
didukung oleh nilai etika paling tinggi.
e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.
-

rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,


kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang
sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang


mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang
bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang
kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
-

mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan


kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang
perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

h) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.


- Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan
negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian
sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
- Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan
kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan
kaum.
i)

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,


dinamik, giat dan kental.

8) Bagaimana Islam Hidari boleh memupuk perpaduan?

You might also like