You are on page 1of 4

DEFINISI KOMUNITI

Komuniti ialah perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri tertentu.


Ia diuruskan oleh organisasi yang berpusat dalam komuniti melalui keahlian yang terdiri
daripada ahli komuniti, yang kebanyakannya ibu bapa. Selain tu, ahli memilih jawatankuasa
pengurusan dan jawatankuasa bertanggungjawab kepada Keahlian. Ia mempunyai
perlembagaan yang menentukan objektif dan peraturan. Jawatankuasa pengurusan menggaji
pengarah atau penyelaras yang bertanggungjawab untuk harian -isu hari termasuk penyeliaan
kakitangan. Tiada keuntungan diagihkan kepada jawatankuasa pengurusan dan sebarang
lebihan dana dialihkan kepada perkhidmatan (Community Child Care, 2012).

DEFINISI PERANAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, peranan adalah sesuatu yang menjadi bagian
atau memegang pimpinan terutama dalam terjadinya suatu hal atau peristiwa. Peranan (role)
merupakan aspek dinamis kedudukan (status). Ketika seseorang melaksanakan hak dan
kewajibannya sesuai dengan kedudukannya, maka orang tersebut telah menjalankan suatu
peranan. Peranan dan kedudukan saling tergantung satu sama lain. Tidak ada peranan tanpa
kedudukan, demikian pula tidak ada kedudukan tanpa peranan. Setiap orang mempunyai
macam-maca peranan sesuai dengan pola pergaulan hidupnya. Hal ini berarti bahawa peranan
menentukan apa yang diperbuatnya bagi masyarakat dan serta kesempatan apa yang
diberikan oleh masyarakat kepadanya. Peranan menjadi sangat penting karena mengatur
perilaku seseorang. Peranan dapat membuat seseorang menyesuaikan perilaku sendiri dengan
perilaku orang-orang dikelompoknya (Wikipedia Ensiklopedia Bebas,2019).
PERANAN KOMUNITI DI TADIKA

Komuniti memainkan peranan penting di tadika. Antaranya ialah yang bermanfaat untuk
kanak-kanak seperti kempen membaca, quiz dan sebagainya. Dengan adanya kempen, hal
menyokong program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kesedaran kepada kanak-kanak dan ibubapa tentang kepentingan pembelajaran. Ini bermakna
pihak komuniti perlu membuat persiapan dan persediaan lebih awal dengan sokongan
pelbagai komuniti bagi memastikan pengoperasian sekolah berjalan seperti lancer atau tidak.
Tambahan pula, kepelbagaian cara didikan komuniti memberi kesan kepada perkembangan
moral kanak-kanak (Jillian Rodd. 1996).

Peranan komuniti penting dalam menyokong pembelajaran kanak-kanak mereka di tadika.


Komuniti adalah berperanan sebagai pembimbing, penaik semangat dan pencetus
pembelajaran anak mereka demi meneruskan kelangsungan pendidikan. Komuniti penting
memupuk semangat belajar dalam kalangan anak-anak bagi memastikan masa depan mereka
terjamin. Konsep Sekolahku Sejahtera memperlihatkan perlunya sokongan di rumah supaya
perasaan kasih sayang dapat diterapkan dalam suasana pembelajaran di tadika (Pensyarah
Kanan di Jabatan Pengajian Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2022).

Di peringkat tadika, ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu pengalaman pembelajaran
tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat
asuhan, di rumah atau di luar rumah seperti komuniti yang juga memainkan peranan yang
penting. Komuniti atau masyarakat boleh mempengaruhi kanak-kanak serta ibu bapa kerana
wujudnya jaringan hubungan. Pihak komuniti juga melihat pendekatan yang diambil KPM
secara holistik demi memastikan pendidikan generasi sedia ada diteruskan demi kemenjadian
murid dicapai. Mereka juga memerlukan peluang untuk melibatkan diri dalam berbagai jenis
pengalaman. Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk mereka berkembang dengan
sempurna (Rozumah & Salma. 1985).

Pihak komuniti juga tidak kurang pentingnya dalam penglibatan di peringkat awal kanak-
kanak di tadika. Masyarakat terdiri daripada pelbagai keluarga yang bekerja dalam pelbagai
kerjaya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang boleh membawa kepada
satu simbiosis tadika akan bermakna jika diatur dengan bijaksana. (Aminah Ayob et al.
2008). Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh mempengaruhi kanak-kanak.
Berhubung dengan orang luar dalam komuniti boleh menpengaruhi pembelajaran kanak-
kanak di tadika (Jeffrey Glanz. 2006). Dalam komuniti, masyarakat mempunyai kepunyaan,
tanggungjawab dalam masyarakat, menolong satu sama lain, memberi komitmen serta hormat
(Thompson. 2005).

KESIMPULAN

Kesimpulannya, peranan komuniti perlu menyokong dengan memberi sumbangan idea


dan penambahbaikan sistem Pendidikan terhadap taska dan tadika pada masa depan.
Tanggungjawab bersama komuniti ini dapat membantu menterjemah sistem pendidikan sedia
ada dalam melahirkan generasi maju masa depan. Justeru, kerjasama semua peringkat perlu
dalam memastikan pendidikan kita berkualiti dan memberi nilai tambah kepada
pembangunan negara demi memastikan masyarakat berilmu dan mampu berdaya saing di
peringkat nasional mahupun global. Perkembangan yang meliputi pelbagai aspek ini perlu
dipastikan oleh komuniti dilalui oleh kanak-kanak dengan lancar. Oleh itu, ransangan yang
sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak perlu diberikan supaya kanak-kanak dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran, meningkatkan kebolehan, melahirkan idea dan
meningkatkan keyakinan dalam melakukan penorakaan terhadap alam sekeliling.

Penglibatan komuniti juga sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak di taska
dan tadika kerana akan memberi impak kepada pembesaran dan secara tidak lansung kepada
masa depan mereka yang merupakan aset penting negara. Oleh itu, komuniti perlu sedar akan
peranan masing-masing dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri kanak-kanak
dengan mendidiknya secara pragmatik pada peringkat awal pembesaran mereka. Akhir sekali,
semua pihak perlu bersatu hati ketika ini bagi memastikan kemenjadian generasi muda dan
kelangsungan sistem pendidikan negara kita.

https://id.wikipedia.org/wiki/Peranan

https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/02/926726/sekolah-ibu-bapa-perlu-
lebih-bersedia-menjelang-sesi-baharu

Thompson.M (2005, Februari 21). Parent – teacher conference : Eight steps to

parental success

Bengkel Urut Kembali Lagi. – diperoleh daripada laman web Utusan Malaysia,

Arkib:2009.Ogos.06 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm pada 12 Ogos
2009

Click A Child diperoleh daripada laman web http://www.click-a-child.blogspot.com/ pada

12 Ogos 2009

You might also like