You are on page 1of 7

(FUNGSI DAN IMPLIKASI MEDIA KEPADA MASYARAKAT)

Disediakan oleh: (NURUL SHAHFINAAZ BINTI ISHAK 234138)

Diserahkan sebagai sebahagian dari keperluan kerjakursus


Kursus SCCA2033 MEDIA DAN MASYARAKAT

kepada

CIK NOR HAYATI MOHD JALIL

pada (7/11/2016)

(semester 1, sesi 2016/17)

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN


KOMUNIKASI
COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES, UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA
PENDAHULUAN

Pada masa kini media merupakan perkara yang penting dalam kehidupan kerana
ia menjadi perhubungan di antara masyarakat dalam berkomunikasi di antara mereka. Ia
merupakan alat teknologi yang semakin canggih dan menjadi salah satu alat yang penting
dalam kehidupan seharian. Ia merupakan saluran informasi dalam penyampaian
maklumat untuk memudahkan setiap urusan yang dijalankan. Maklumat dapat
disampaikan dengan lebih mudah, cepat dan murah dengan mengunakan media seperti
media elektronik atau media massa.

Media merupakan alat teknologi yang mampu memberi kesan yang positif dan
negatif kepada masyarakat di dalam kehidupan harian mereka. Ia mampu memberi
pengaruh yang besar kepada masyarakat sama ada dalam tingkah laku ataupun kehidupan
mereka. Menurut Samsudin A.Rahim “media menjadi faktor utama terhadap perjalanan
kehidupan belia pada masa kini” (1998 dlm Abdullah & Mawaddah,2010:1). Hal ini
kerana golongan belia kerap kali menggunakan media untuk berhubung dengan kenalan
mereka, mencari informasi dan menyampaikan maklumat menerusi aplikasi media
elektronik seperti Whatsapp, Instagram serta Facebook.

Media mampu menjadikan sesebuah masyarakat itu menjadi lebih kuat dan
bersatupadu dengan adanya media kerana media dapat menyatupadukan semua orang.
Menurut Abdullah dan Mawaddah “media memainkan peranan mereka sebagai medium
perhubungan dalam membina identiti bangsa dan budaya bagi melakukan perubahan dan
pengubahsuaian dalam masyarakat” (2010 dlm. Abdullah & Mawaddah, 2010:1).

Penyampaian maklumat turut berubah berikutan perubahan media mengikut


peredaran zaman. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “media merupakan alat atau
orang tengah dalam komunikasi (perhubungan) dan mampu menyampaikan maklumat
kepada audiens dalam masa yang singkat dan cepat” (dlm. Nik Roskiman; 2). Media
menyebabkan sesuatu maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat dan dapat
mempengaruhi audiens atau target sasaran.

Media terbahagi kepada beberapa komponen iaitu elektronik seperti radio,


televisyen dan media cetak seperti akhbar dan majalah. Laman web, blog, Facebook,
Twitter, Internet, Whatsapp, Webchat, Telegram dan Instagram juga merupakan media
baharu yang terdapat dalam media yang membantu penyebaran maklumat berlaku dengan
lebih mudah. Perubahan media dapat memudahkan penyampaian maklumat berlaku
kepada skala yang lebih besar berbanding pada masa dahulu penyampaian maklumat
lebih bersifat individu ataupun kelompok. Namun, fungsi dan implikasi media akan
memberi kesan kepada masyarakat sama ada baik atau pun buruk.

FUNGSI MEDIA KEPADA MASYARAKAT

Fungsi pemujukan memain peranan yang penting dalam media terutama media
massa. Pemujukan bertujuan untuk mempengaruhi audiens atau target sasaran iaitu
masyarakat untuk mempersetujui atau mengikuti dengan maklumat yang disampaikan
oleh media. Pemujukan boleh dilakukan melalui media elektronik, media cetak dan media
baharu. Media ini membantu memujuk dengan cara menyebarkan maklumat yang
disampaikan melalui medium media elektronik kepada masyarakat.

Fungsi pemujukan adalah untuk memujuk, mempengaruhi audiens atau target


sasaran untuk mengikuti apa yang dikehendaki oleh media. Pemujukan yang dilakukan
menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka telah dipengaruhi oleh media.
Menurut Mus Chairil, Jamilah dan Norazimah “media menggunakan propaganda dan
pemujukan untuk mempengaruhi masyarakat dalam maklumat yang disampaikan tanpa
menggunakan kekerasan kerana media sudah mengawal masyarakat” (dlm. Mus Chairil,
Jamilah dan Norazimah: 2011; 42).

Fungsi pemujukan kadang kala mendatangkan keburukan kepada masyarakat


akibat penyalahgunaan fungsi ini oleh pihak-pihak tertentu yang menggunakan media
terutamanya media massa sebagai medium pemujukan bagi penyebaran propaganda
sesetengah pihak.

Menurut Bagidikian, “media massa mampu menjadi alat yang mampu


mempengaruhi dan memberi kesan kepada masyarakat dalam penyebaran propaganda
sesetengah pihak” (1997 dlm. Mus Chairil, Jamilah dan Norazimah: 2011; 42). Media
massa mampu membuatkan masyarakat bergantung pada penggunaannya sebagai sumber
maklumat dan dari situ media massa mampu mengawal masyarakat melalui propaganda
mereka.
IMPLIKASI MEDIA KEPADA MASYARAKAT

Media memainkan peranan dalam penyampaian maklumat sama ada baik ataupun
buruk. Namun di setiap maklumat yang disampaikan akan memberi implikasi terhadap
masyarakat terutamanya golongan muda yang mudah terpengaruh dan mempunyai sifat
ingin tahu yang tinggi. Implikasi ini akan menyebabkan masyarakat hilang nila-nilai yang
positif didalam diri mereka dan timbulkan nilai-nilai yang negatif kesan dari penggunaan
media terutamanya media massa.

Media berfungsi sebagai hiburan dalam penyampaian maklumat namun kesan


hiburan ini memberi implikasi kepada masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.
Hiburan sememangnya mempunyai kebaikan kerana ia meghilangkan tekanan yang
dialami ketika menggunakan media elektronik seperti televisyen. Namun kesan daripada
bahan atau maklumat yang terkandung dalam televisyen memberi implikasi yang negatif
kepada mereka berbanding positif.

Pengguna terutama golongan remaja akan mudah terpengaruh terhadap perkara


yang dilihatnya seperti filem dari barat ataupun filem Malaysia yang memaparkan nilai-
nilai masyarakat yang tidak patut dicontohi dari segi sikap, penampilan diri, percakapan
dan pergaulan yang tidak baik.

Hal ini menyebabkan kelunturan nilai bagi sesebuah masyarakat terutamanya


masyarakat Melayu. Menurut Wan Norhasiah, “masyarakat Melayu begitu terkenal
dengan sistem nilai yang begitu baik seperti sikap mereka, penampilan diri yang
sederhana, dan sopan santun ketika berbicara dan pengaulan yang amat dijaga diantara
lelaki dan perempuan” (2012 dlm. Mohd Yuszaidy & Muammar Ghaddaffi: 2015; 34-35).
Tambahan beliau lagi nilai ini dibentuk dan diwarisi sejak zaman kanak-kanak lagi bagi
melahirkan masyarakat yang mempunyai budi bahasa serta nilai murni yang tinggi
didalam kehidupan mereka.

Selain itu, pengaruh negatif dari media massa dapat meruntuhkan akhlak dalam
kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja pada masa kini. Di era kegemilangan
teknologi ini, masyarakat dapat menerima pelbagai berita, maklumat, gambar dan
sebagainya hanya di hujung jari tanpa mengira masa dan tempat. Kebanyakan bahan yang
didapati itu tidak bertapis dan boleh mempengaruhi tingkah laku masyarakat.
Tanpa kawalan dari ibu bapa dan mana-mana pihak, mereka ini mudah
dipengaruhi oleh media massa kerana terdapat maklumat yang tidak benar. Menurut
Hamidah, Ahmad Syukri, Fariza dan Muhammad Faisal, “terdapat maklumat yang kurang
tepat dan palsu sering didedahkan kepada masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Hal
ini boleh mempengaruhi minda dan menyebabkan hilang jati diri” (dlm. Wan Norina,
Zaharah,& dll, 2013; 17).

Keruntuhan akhlak pada masa kini semakin berleluasa terutamanya di kalangan


remaja. Semuanya berpunca dari penyalahgunaan media. Hal ini semakin menular teruk
apabila kebanyakan remaja suka dan menjadikan budaya barat sebagai satu budaya yang
tidak asing bagi mereka terutamanya di negara-negara Islam. Dapat kita lihat pada masa
kini, remaja-remaja Islam tanpa segan silu memakai pakaian yang tidak menutup aurat,
pergaulan bebas secara berleluasa, budaya hidup LGBT (lesbians, gay, bisexual and
transgender) dan sebagainya. Hal-hal sebegini berpunca daripada penyalahgunaan dan
pengaruh media yang tidak di bendung.

Semakin maju dunia, semakin majulah akhlaknya tetapi apa yang berlaku pada
masa kini adalah sebaliknya. Kemajuan yang dikecapi pada masa kini sepatutnya
digunakan oleh masyarakat untuk mendalami ilmu dengan menggunakan saluran media
yang sepatutnya, tetapi saluran-saluran media yang telah disediakan itu telah disalah guna
oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja yang bergelar pelajar.

Menurut Larking beliau berpendapat tentang “ Penonton akan menjadi penerima


yang pasif terhadap apa yang disampaikan oleh media kerana mereka telah berada di
bawah pengaruh hiburan disebabkan pengaruh media seperti televisyen” (1996 dlm. Dr.
Ab. Halim & Zarin, 2004; 2). Saluran media seperti televisyen memberi implikasi dan
pengaruh yang besar kepada kehidupan kita pada hari ini. Jika penularan ini berterusan, ia
akan memberikan implikasi yang besar kepada masyarakat dan seterusnya kepada agama.
Media memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat kerana kehidupan
masyarakat sering kali bergantung dengan media kerana ia dapat memudahkan urusan
seharian mereka.

Hal ini kerana, penggunaan media akan membantu mereka dalam pemyampaian
maklumat dengan lebih cepat, mudah dan jimat jika berbanding pada zaman dahulu yang
melibatkan penggunaan wang dalam penyampaian maklumat seperti menghantar
maklumat menggunaan aplikasi mesej yang mengenakan caj bayaran setiap kali
penghantaran mesej berlaku.

PENUTUP

Kesimpulannya, media mempunyai pelbagai fungsi seperti fungsi pemujukan


yang mampu mempengaruhi masyarakat mengenai maklumat yang disampaikan melalui
media. Fungsi ini memberi kesan kepada masyarakat terutamanya golongan remaja
kerana mereka merupakan golongan yang mudah terdedah dengan media.
Penyalahgunaan media telah memberikan implikasi yang negatif kepada masyarakat
seperti kelunturan nilai masyakat dan keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat.
Implikasi negatif ini wajar dibendung oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan
remaja.

Kemajuan teknologi media pada masa kini menyebabkan masalah sosial dalam
kalangan pelajar kian meruncing dan sukar dibendung. Kemajuan teknologi yang
dikecapi pada masa kini telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak demi kepentingan
nafsu sendiri seperti menonton bahan-bahan terlarang, meniru aksi-aksi ganas seperti
vandalism dan gangsterisme serta mengamalkan cara hidup budaya barat. Media massa
merupakan punca utama dalam mempengaruhi gaya hidup dan corak pemikiran
masyarakat kini kerana media mudah untuk diakses dimana-mana sahaja tanpa mengira
masa, tempat dan waktu.

Penggunaan teknologi media memberi kebaikan dan keburukan dari segi


penggunaannya. Jika masyarakat mengunakannya dengan betul ia akan memberi
kebaikan dalam kehidupan mereka dan akan membuat kehidupan seharian menjadi lebih
mudah. Namun jika masyarakat menggunakan dengan cara yang salah maka ia akan
memberi implikasi kepada nilai-nilai dan akhlak didalam diri mereka kerana media
memberi pengaruhi yang besar kepada masyarakat tanpa mereka sedar.

Oleh itu, pihak yang terlibat perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan
meminimumkan penggunaan media elektronik terutamanya media baharu dan internet
dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana penggunaan media yang kerap menyebabkan
mereka mudah terpengaruh dengan maklumat yang disampaikan oleh media dan akan
mengubah kehidupan harian mereka.
RUJUKAN

Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah. (2010). Pengaruh media elektronik terhadap
keruntuhan akhlak pelajar, 1-9. Diakses pada 25 Oktober 2016, daripada
http://eprints.utm.my/10835/1/Pengaruh_Media_Elektronik_Terhadap_Keruntuhan_Akhl
ak_Pelajar.pdf.

Dr. Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2004). Pengaruh media massa terhadap
pegangan nilai akhlak remaja: Kajian ke atas fakir miskin di kawasan luar Bandar, 1-
9. Diakses pada 25 Oktober 2016, daripada http://repo.uum.edu.my/1821/1/15.pdf.

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff & Muammar Ghaddaffi Hanafiah. (2015). Impak media
baharu terhadap sistem nilai masyarakat melayu di Malaysia, 33-46; 31(2). Diakses
pada 26 Oktober 2016, daripada
http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2015/V31_2_3.pdf.

Mus Chairil Samani, Jamilah Maliki & Norazimah Abd Rashid. (2011). Literasi media:
Kearah melahirkan pengguna media yang berpengetahuan, 41-64; 13(2). Diakses
pada 26 Oktober 2016 daripada
http://jpmm.um.edu.my/filebank/published_article/4084/04_JPMM%202011_2-
Mus%20Chairil%20Samani,%20Jamilah%20Maliki%20&%20Norazimah%20Abd.pdf

Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fkrudin, Mohamad Yusoff &Ahmad
arifin Sapar. (2013). Pengaruh media massa terhadap penampilan akhlak pelajar
Islam Politeknik Malaysia, 1-11. Diakses pada 26 Oktober daripada
http://repository.um.edu.my/916/1/Article_2_Vol_1_Issue_1.pdf.

You might also like