You are on page 1of 1

Media sosial merupakan alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat secara

terus dan telus daripada penghantar kepada penerima maklumat melalui medium pengantara.
Ia merupakan medium penyampaian maklumat yang terkini yang digunakan oleh masyarakat
pada masa kini. Saluran media sosial ini telah memudahkan proses komunikasi, kerana setiap
maklumat itu dapat disampaikan dengan cepat,ringkas dan padat tanpa mengira kos, masa, dan
tempat. Saluran media sosial pada masa kini dapat dinikmati oleh kebanyakan masyarakat
melalui proses atas talian tanpa ada sebarang halangan dan batasan. Alat teknologi akan
digunakan bagi mengakses media sosial dan penggunaan internet adalah diperlukan untuk
perhubungan yang lebih interaktif antara penyampai dan penerima maklumat. Antara jenis-
jenis media sosial yang digunakan pada masa kini adalah aplikasi whatsapp, wechat, facebook,
snapchat, dan pelbagai lagi. Saluran-saluran media ini dapat mengurangkan kos didalam
penghataran sesuatu maklumat, dan risiko untuk sesuatu maklumat itu diketahui oleh pihak
lain adalah kurang. Penyampai dan penerima maklumat tidak perlu menulis surat, melakukan
pengeposan dan tidak perlu bertemu antara satu sama lain untuk sebarang pertukan maklumat,
sebaliknya hanya perlu menggunakan telefon pintar dan internet sahaja dengan melayari
laman-laman sosial yang dikehendaki oleh mereka.

You might also like