You are on page 1of 15

Bab 1 : Pengenalan

Apa itu media?


Sandman et. al (1976) – merujuk kepada SALURAN
yang digunakan oleh SUMBER untuk menyampaikan
MESEJ kepada PENERIMA.

Schramm (1977) – teknologi yg membawa maklumat.


Teknologi dan maklumat meliputi banyak perkara & ia
terikat dengan aktiviti komunikasi antara pengantar
dan penerima.
KESIMPULANNYA
Media adalah saluran sama ada alat atau
produk yang mengandungi mesej yang
dihasilkan oleh pihak tertentu untuk
komunikasi dengan pihak lain

Sumber Saluran /Media Penerima


KATEGORI DAN JENIS MEDIA KOMUNIKASI
 1. Lima kategori media oleh Vivian (2003)

i) Media panas & media sejuk


Media Panas : media yang memerlukan komitmen audiens dan
menuntut audiens untuk berfikir semasa menggunakannya. Selalunya
media cetak seperti buku dan surat khabar.

Media Sejuk : audiens tidak terlibat secara aktif, tidak memerlukan


usaha untuk menggunakannya seperti radio dan televisyen.

Terdapat media yang termasuk dalam kedua-dua kategori bergantung


kepada cara audiens menggunakannya. Contohnya filem. Sekiranya
ditonton secara bersahaja, ia adalah media sejuk tetapi jika ia ditonton
dengan penuh minat dan diberi sepenuh perhatian untuk memahami
jalan ceritanya, ia adalah media panas.
KATEGORI DAN JENIS MEDIA KOMUNIKASI
ii) Media Hiburan dan Maklumat

Media Hiburan: memuatkan maklumat berbentuk hiburan


seperti filem dan rakaman audio.

Media Maklumat: memuatkan maklumat yang serius


seperti surat khabar dan buku.

Bagaimanapun terdapat kekeliruan dalam


mengklasifikasikan media melalui kategori ini kerana
terdapat media yang memberi maklumat dan hiburan
seperti radio dan televisyen (infotainment media)
KATEGORI DAN JENIS MEDIA KOMUNIKASI
iii) Media Kandungan dan Edaran

Media Kandungan: media yang menyediakan kandungan


kepada audiens seperti menghasilkan filem dan majalah.
Contohnya Cable News Network (CNN), 20th Century Fox

Media Edaran: media yang fokus kepada mengedarkan


kandungan kepada pengguna seperti rangkaian kedai
buku
KATEGORI DAN JENIS MEDIA KOMUNIKASI
iv) Media Elitist dan Populist

Media Elitist: fokus kepada media yang


bertanggungjawab terhadap masyarakat. Biasanya
melibatkan media yang memberikan maklumat serius
kepada golongan tertentu seperti buku ilmiah

Media Populists: fokus kepada kehendak pasaran,


melibatkan populasi audiens yang besar seperti
majalah hiburan
KATEGORI DAN JENIS MEDIA KOMUNIKASI
v) Media Tarik dan Tolak (Pull-Push)

Media Tarik: media yang pasif. Hanya sampai kepada


pengguna apabila dicari seperti radio dan televisyen
dimana pengguna mempunyai kawalan ke atas media

Media Tolak: media yang aktif menyampaikan mesej


kepada pengguna tanpa diminta seperti “pop-ups”
yang muncul semasa anda melayari internet.
KATEGORI DAN JENIS MEDIA KOMUNIKASI

2. Media kecil & media besar (Schramm, 1977)

- Media kecil: media mudah seperti slaid,


transperansi & radio

- Media besar : media yang kompleks, mahal


seperti TV, wayang gambar & komputer
KATEGORI DAN JENIS MEDIA KOMUNIKASI
3. Kategori Academy for Education Development
(AED)
i. Media penyiaran: radio & TV
ii. Media cetak: buku, majalah & akhbar
iii. Media rakyat @ media tradisi: wayang kulit &
tarian
iv. Media tayang: wayang gambar, video, slaid,
transperansi projektor overhead
v. Teknologi baru: komputer, satelit & Internet.
KATEGORI DAN JENIS MEDIA KOMUNIKASI
4. Media Mengikut Deria
i. Media audio: radio, kaset audio dan sistem siaraya
ii. Media tampak: gambar foto slaid, poster, bahan
bacaan, carta & peta
iii. Media audio-tampak: TV, video, wayang gambar &
sistem multimedia
KATEGORI DAN JENIS MEDIA KOMUNIKASI
5. Kategori Media Mengikut Produk & Teknologi

i. Media cetak: perlu melalui proses percetakan & dibaca


spt akhbar, buku, poster & majalah

ii. Media elektronik: media yang menggunakan audio


dan video atau gabungan keduanya. Kandungannya
telah melalui proses penerbitan yang kompleks seperti
radio, video & wayang gambar.

iii. Media interaktif: media baru; pengguna berinteraksi


secara terus dengan media berkenaan seperti
multimedia & internet
KONSEP MASYARAKAT
Kamus Dewan (1996) – Sekumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan &
cara hidup tertentu.

Musa (2000) – Kelompok manusia yang mempunyai


cara gaya hidup, norma, nilai budaya, bahasa, sistem
komunikasi & struktur tertentu yang mana setiap
ahlinya mempunyai peranan untuk meneruskan
kewujudan kelompok tersebut & ciri berbeza dari
kelompok ke kelompok lain.
KONSEP MASYARAKAT
 Konsep masyarakat daripada aspek komunikasi
menurut Mandelbaum(1972):
 Satu entiti di mana setiap individu mengorientasikan
diri mereka sebagai sebahagian penghuni di dalam
ruang lingkup persekitaran
 Amalan masyarakat adalah berterusan- Norma dan
budaya.
 Masyarakat sering berubah dan perubahan ini
ditonjolkan melalui proses komunikasi yang berlaku –
perkongsian makna dan pemahaman melalui media
komunikasi
KONSEP TEKNOLOGI
• Teknologi: cara, peralatan, bahan @ perisian
untuk melakukan, membuat @ membina
sesuatu (Musa, 2005)
• Ilmu yang dikaitkan dengan perindustrian &
sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi
• Perkakasan yang membuat kerja lebih mudah,
selamat, jimat dan efisien
• Kaedah yang digunakan untuk mengadakan
objek yang perlu bagi kehidupan & keselesaan
manusia

You might also like