You are on page 1of 22

Tunku Abdul Rahman College Perak Branch Campus

Kumpulan Kerja Kursus


Nama / ID : Liew Jun Kit , Ng Chan Yew, Yau Mun Hoe, Tajuk Pengajian Program Tahun Akademik Kumpulan Tutorial Pensyarah : : : : : 11AHD03160 11AHD01897 11AHD08030

AEMS 2032 Hubungan Etnik Diploma in Mass Communication(Public Relations) Tahun 1 Semester 1 (2011/12) Kumpulan 3 Cik. Rohayu binti Hashim

Kandungan
Tajuk 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Penghargaan Pendahuluan Hujahan / Isi Kesimpulan Bibliografi Lampiran Tamat Muka Surat 2 3 4-15 16 17 18-20 21

Penghargaan
Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak tertingga kepada pensyarah mata pelajaran Hubungan Etnik kami, iaitu Cik. Rohayu binti Hashim, kerana memberikan kami nasihat yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam bentuk sebegini rupa, dan bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna sepanjang kerja kursus ini. Tidak terlupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ahli kumpulan saya iaitu Liew Jun Kit, Ng Chan Yew dan bersama dengan saya daripada DPR2 dengan kepakaran masing-masing yang banyak membantu menguatkan lagi semangat kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kawan-kawan lain yang memberikan sokongan, pandangan, nasihat, dan bimbingan dalam sepanjang masa menjalankan kerja kursus. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga kami yang memberikan sokongan sama ada dari segi bahan-bahan dan memberi galakan dan dorongan. Demikian juga kepada rakan-rakan yang telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran semasa menjalankan latihan kerja kursus ini.

Pendahuluan
Media massa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Malaysia. Dalam abad yang maju dengan teknologi, setiap orang perlukan teknologi untuk memenuhkan keperluan kehidupan. Media massa boleh meyumbangkan jasa yang penting dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang harmoni. Media massa adalah sesuatu alat yang digunakan untuk menyampaikan mesej-mesej kepada masyarakat luas dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanis seperti surat kabar, film, radio, TV. Media massa membawakan kesedaran kepada awam dan maklumat yang penting yang berlaku sekitar rakyat. Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum dan tradisi. Dalam pandangan Negara lain, Malaysia ialah sebuah Negara yang aman dengan mempunyai pelbagai kaum dalam sedunia. Media massa boleh menolong Malaysia membawa pelbagai tradisi tentang pelbagai kaum dan mewujudkan perfahaman antara satu sama lain.

Hujahan / Isi Pengenalan Media Massa


Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Kepelbagaian kaum yang ada menyebabkan wujudnya pelbagai perayaan seperti Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai, Krismas, Hari Raya, pelbagai agama yang menjadi anutan setiap anggota masyarakat seperti Islam, Hindu, Buddha, Kristian, pelbagai adat resam, kepercayaan dan pantang larang. Oleh yang demikian bagi menjamin keharmonian dan keamanan, perpaduan amatlah penting. Sikap saling bertolak ansur antara masyarakat amat dititikberatkan. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan tetapi antara yang terpenting ialah sumbangan media massa dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni. Media massa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Malaysia. Dalam abad yang maju dengan teknologi 1 , setiap orang perlukan teknologi untuk memenuhkan keperluan kehidupan. Media massa boleh meyumbangkan jasa yang penting dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang harmoni. Media massa adalah sesuatu alat yang digunakan untuk menyampaikan mesej-mesej kepada masyarakat luas dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanis seperti surat kabar, film, radio, TV. Media massa membawakan kesedaran kepada awam dan maklumat yang penting yang berlaku sekitar rakyat. Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum dan tradisi. Dalam pandangan Negara lain, Malaysia ialah sebuah Negara yang aman dengan mempunyai pelbagai kaum dalam sedunia. Media massa boleh menolong Malaysia membawa pelbagai tradisi tentang pelbagai kaum dan mewujudkan perfahaman antara satu sama lain.

Teknologi : 1. Aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industry, pertanian, perubatan.

Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara

Media massa yang terdiri daripada media elektronik dan media cetak memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Media massa menyalurkan pelbagai maklumat yang dapat mempengaruhi masyarakat pembaca. Tanpa adanya media, rakyat sesebuah negara tidak mendapat sebarang pengetahuan terutama tentang isu global dan kehidupan mereka umpama katak di bawah tempurung. Malaysia kini sedang berusaha menjayakan projek multimedianya dengan serius untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Soalannya, apakah peranan media massa dalam pembangunan negara? Satu daripada peranan media massa ialah sebagai sumber maklumat yang amat penting kepada masyarakat. Media massa boleh dijadikan alat yang berpengaruh dalam bidang pendidikan, penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan ekonomi dansukan serta dapat membantu proses minat membaca. Melalui media, orang ramai memperoleh pengetahuan mengenai apa-apa jua yang berlaku di dalam dan di luar negara. Sebagai contoh, bagi seseorang ahli perniagaan, maklumat terkini tentang bidang perniagaan akan dapat membantu ahli perniagaan tersebut untuk membuat perancangan syarikat dan menyusun strategi serta dapat mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian. Maklumat tentang bidang ilmu pengetahuan pula dapat mendedahkan masyarakat2 kepada pemikiran baru dan membuka minda seseorang. Pepatah menyatakan membaca kunci pengetahuan. Rakyat seperti ini akan dapat membantu proses pembangunan negara dengan cepat. Selain itu, media massa turut berperanan sebagai agen pembangunan dan perpaduan negara. Melalui media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam pelbagai etnik dapat disebarkan. Sebagai contoh, melalui aktiviti kebudayaan seperti tarian, lagu dan cara hidup sama ada masyarakat tempatan atau masyarakat asing, seseorang itu dapat

Masyarakat : 1. Kumpulan manusia yang hidup bersama(di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu). Pergaulan hidup.

menyelami dan memahami unsur kebudayaan sesuatu kaum. Secara tidak langsung, media massa terutamanya media cetak dapat menyemai semangat perpaduan dalam jiwa masyarakat berbilang kaum. Semangat bersatu padudan saling menghormati dapat mewujudkan keharmonian masyarakat. Keadaan ini dapat mengelakkan tercetusnya peristiwa 13 Mei yang menggugat perpaduan kaum. Apabila semangat perpaduan dapat disemarakkan sudah pasti akan membantu proses pembangunan negara supaya berjalan dengan lancar. Di samping itu, media turut berperanan sebagai alat yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat. Hubungan yang baik antara pemerintah dengan rakyatnya perlu diwujudkan untuk memudahkan pembangunan. Umpamanya, media massa boleh menyiarkan dasar-dasar kerajaan seperti menjelaskan Rancangan Malaysia Ke-9 dan sebagainya supaya rakyat dapat memahami dan menerima serta bersikap terbuka terhadap dasar-dasar pembangunan negara. Sesebuah kerajaan memerlukan sokongan rakyatnya dalam segala langkah dan program yang dijalankan. Rakyat pula memerlukan kerajaan yang cekap dan telus dalam melaksanakan proses pembangunan. Melalui media massa, rakyat boleh memberikan reaksi 3 dengan mengemukakan pandangan mereka. Dengan ini, pertukaran maklumat wujud antara kerajaan dengan rakyat. Seterusnya, media massa turut berperanan membantu sesebuah syarikat berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana media dapat mengiklankan sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat dan memperkenalkan barangan dipasaran yang dapat melariskan jualan. Sebagai contoh, sesebuah syarikat akan menggunakan ruangan iklan untuk mendapatkan pekerja dan mempromosikan barangan keluaran syarikatnya. Dalam era globalisasi ini, terdapat perniagaan yang dijalankan melalui internet iaitu salah satu bentuk media. Produk sesebuah syarikatakan dapat menembusi pasaran global dan sudah pasti

Reaksi : 1. gerakan atau aksi yang lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dan lain-lain) 2. Penentangan (perlawanan)yang timbul kerana sesuatu tindakan (aksi).

syarikat dapat berkembang dengan pesat dan memberikan sumbangan kepada proses pembangunan negara. Selain itu, media massa turut menjana peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana bidang media merupakan satu bidang yang luas. Oleh itu, bidang tersebut memerlukan banyak pekerja. Tenaga kerja yang boleh ditawarkan adalah yang berkaitan dengan bidang kewartawanan, pentadbiran, penyuntingan, penulisan, pengurusan, pengiklanan dan sebagainya. Produk yangterhasil pula perlu dijual dan tindakan ini memerlukan tenaga kerja dalam bidang pemasaran. Menerusi media elektronik pula, pembuatan peralatannya memerlukan pekerja yang banyak dengan kepakaran yang tertentu. Tenaga mahir dalam bidang pengiklanan juga begitu banyak. Secara tidak langsung masalah pengangguran dalam negara dapat dikurangkan. Media massa turut berperanan sebagai sumber hiburan. Menerusi media cetak,ruangan berunsur hiburan seperti kartun, berita sukan, cerpen, berita tentang artis dansebagainya dapat menghiburkan masyarakat. Rancangan hiburan dan muzik yang disiarkan menerusi radio dan televisyen 4 juga boleh mengurangkan ketegangan. Menerusi multi media seperti komputer dan internet, kanak-kanak dapat bermain permainan komputer sambil mendengar muzik. Sumber-sumber tersebut dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan di samping memberikan hiburan. Kesimpulannya, media massa sememangnya memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, media seharusnya diberi kebebasan dalam melaksanakan fungsinya secara objektif dan telus. Dengan ini diharapkan tiada pihak yang mengambil kesempatan pada keistimewaan yang dimiliki oleh media untuk dijadikan alat

Televisyen : penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gamabar bergerak) berserta bunyi menerusi kabal atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen.

propaganda bagi mempengaruhi sesuatu pihak yang lain. Tegasnya,media massa5 berperanan membantu sesebuah masyarakat untuk mencapai kemajuan.

Media massa : pelbagai jenis alat komunikasi (seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah, dan sebagainya)yang dapat menyampaikan maklumat (berita dan sebagai) kepada orang ramai dengan cepat (dalam masa yang singkat), sebaran am.

Bentuk Media Massa


Bentuk-bentuk media massa yang terdapat dalam Malaysia ialah surat khabar, Majalah, Televisyen, filem, computer dan internet. Yang pertama saya nak menerangkan tentang surat khabar. Surat khabar mengandungi tiga fungsi utama dan fungsi sekunder. Fungsi utama surat khabar ialah menghantar maklumat kepada pembaca secara objektif tentang perkara yang terjadi di kalangan masyarakat, Negara dan sedunia. Selain itu, surat khabar juga memainkan peranan untuk mengomentari berita yang disampaikan dan mengmebangkannya ke dalam fokus berita. Seterusnya, surat khabar juga oerlu menyediakan maklumat yang perlu kepada pembaca dan surat khabar juga mengandungi iklan-iklan yang berkaitan dengan perkerjaan dan sebagainya. Ini telah menyenangkan pembaca yang mampu mencari kerja. Disamping itu, fungsi sekunder surat khabar ialah memberikan hiburan kepada pembaca dengan melalui cerita komik, kartun dan cerita-cerita khusus. Pembaca bukan sahaja boleh mendapat maklumat daripada surat khabar, mereka juga boleh mendapat hiburan melalui surat khabar. Selain itu, fungsi sekunder surat khabar ialah melayani pembaca sebagai kaunselor yang ramah, ,menjadi agen maklumat dan memperjuangkan hak. Bentuk media massa kedua ialah Majalah. Majalah dibahagikan kepada beberapa bahagian lima bentuk majalah. Pertama ialah majalah konsumer umum, majalah perniagaan, majalah kritikel sastera dan majalah ilmiah, majalah khusus terbita berkala dan akhirnya ialah majalah rumus. Majalah konsumer6 umum ialah sebuah majalah yang menerangkan tentang barangbarang belian untuk pembeli-pembeli yang ingin beli-belah di sesuatu tempat. Majalah ini

Konsumer : sistem melindungi hak dan kepentingan pengguna.

mengandungi barang-barang umum seperti baju, kasut dan sebagainya. Majalah ini boleh membantu pembeli tahu tentang harga barang-barang yang ingin beli. Seterusnya, majalah perniagaan adalah majalah yang khas kepada peniaga untuk tahu tentang kajian teori tumpuan kepada pengedaran perdagangan, teknologi komersial, perniagaan pengurus pengurusan. Pengeluaran struktur, ejen dan interaksi antara penggunaan platform untuk perniagaan. Majalah ilmiah ialah sebuah majalah yang menerangkan tentang maklumat yang terkini yang berkaitan dengan sains. Bentuk media massa yang ketiga ialah radio. Radio adalah salah satu media eletronik yang tertua dan sangat luas. Radio membebankan perubahan dunia dengan mengembangkan saling mengutungkan dan melengkapi dengan media lainnya. Keunggulan radio adalah

berada di mana-mana sahaja, seperti di tempat tidur, di dapur, di dalam telefon bimbit, di jalan raya, di pantai dan sebagainya. Dan seterusnya ialah televisyen. Televisyen ialah sejenis bentuk media massa yang paling berpengaruh pada kehidupan manusia. Televisyen menjadi penghantar hiburan, berita dan iklan. Apabila kita buka televisyen, kita akan dapat sebarang hiburan7, berita dan iklan melalui televisyen. Setiap hari, kita juga akan menggunakan masa yang penjang untuk menonton televisyen. Televisyen juga ialah satu sistem penyampaian program yang lebih berkembang, Bentuk media massa yang seterusnya ialah komputer dan internet. Dalam zaman yang maju sekarang, manusia sudah dapat melayari internet dengan melalui telefon atau dengan komputer, manusia juga menggunakan komputer melayri internet untuk mendapat maklumat yang terkini.

Hiburan : sesuatu (perbuatan, benda, dan lain-lain)untuk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati.

Dalam internet, manusia boleh mendapat maklumat yang terkini dan lebih cepat jika berbanding dengan membaca surat khabar ini telah mewujudkan moden media massa semakin ganti dengan media massa yang berlama. Bentuk media massa yang akhirnya ialah filem. Filem ialah sebuah bentuk dominan dari komunikasi massa. Selain itu, filem juga semakin menjadi media hiburan berbanding dengan radiao siaran dan televisyen. Filem adalah industry perniagaan secara kreatif 8 dan memenuhi imaginasi orangorang yang bertujuan memperoleh estetika. Kesimpulannya, bentuk media massa adalah penting terhadap Negara kita untuk menjulangkan wawasan 2020.

Kreatif : mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

Sumbangan-sumbangan media massa


Dalam negara kita, media massa memainkan peanan yang penting. Media massa boleh membawa maklumat dan berita tentang isu-isu Negara. Selain membawa maklumat, media massa boleh membawa kesedaran kepada masyarakat. Dengan itu, media massa memang boleh menyumbangkan jasa yang besar kepada Negara kita untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. Antara media massa yang banyank, televisyen adalah sesuatu median yang sentiasa didedahkan kepada awam. Televisyen boleh menolong kerajaan mempropagandakan tentang activiti-activiti yang boleh memupukkan perpaduan di kalangan masyarakat, seperti Rumah Terbuka semasa hari perayaan, PLKN dan lain-lain. Ini akan mengeratkan hubungan antara kaum. Seterusnya, kerajaan juga boleh menjemputkan ahli politik9 daripada pelbagai kaum memberi lannkah-langkah atau cara-cara yang boleh mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat. Selain itu, ahli politik yang dijemputkan seharusnya mempunyai imej yang bagus dan yang dihormati oleh awam. Ini kerana, jika mereka mempunyai imej yang baik, pandangan mereka akan diterima oleh awam dan akan dilaksanakan dengan senang dan lancar. Selain televisyen, radio and surat khabar juga mempunyai peranan sendiri untuk membantukan Negara untuk menyatukan pelbagai kaum. Surat akhbar boleh menyiarkan artikel-artikel yang berkaitan dengan perpaduan. Selain membantu rakyat boleh memahami makna perpaduan dengan lebih mendalam, ini juga meningkatkan kebolehan membaca dan menulis rakyat.

Politik :1. Ilmu politik. ilmu (pengetahuan)bukan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain), ilmu siasah, ilmu kenegaraan. 2. Kelicikan, muslihat, tipu muslihat.

Di samping itu, radio juga mempunyai perana sediri yang penting. Ia boleh menyiarkan lagu patriotik 10 dalam masa yang tertentu. Ini juga boleh membantu rakyat memupuk semangat nasionalisme dan menanam rasa cinta akan tanah air dalam hati mereka. Dengan itu, setiap anggota masyarakat akan setia, taat dan patuh kepada Negara dan mewujudkan keharmonian di antara kaum dan masyarakat.

10

Patriotik : bersifat patriot.

Sumbangan Media Massa Dalam Memupuk Perpaduan.


Dalam zaman yang maju sekarang, media massa memainkan peranan yang penting di Negera kita. Kerana media massa dapat memupukkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Bagaimanakah media massa memupuk semangat perpaduan dalam Negara kita? Terdapat beberapa cara yang boleh memupukkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Yang pertama ialah melalui media cetak atau media elektronik untuk menghantarkan mesej
11

yang berguna untuk mempengaruhi masyarakat dan member

kesedaran kepada tentang kepentingan semangat perpaduan. Sebagai contohnya, siaran iklan petronas yang sering memaparkan semangat perpaduan perlu diberi kredit. Baru-baru ini, iklan yang ditaja oleh syarikat Gaint amat bermakna kepada masyarakat seperti jiran bangsa cina dan jiran bangsa india ke rumah jirannya untuk menghias rumah jiran melayu sempena Hari Raya. Tindakan ini telah mewujudkan semangat perpaduan dan semangat kejiranan. Selain itu, bukan sahaja yang hanya dalam media cetak atau media elektronik untuk menghantar mesej dan juga televisyen untuk penyiaran iklan-iklan memupuk semangat perpaduan. Kita boleh juga menghantarkan mesej memupuk semangat perpaduan melalui radio untuk penyiaran lagu-lagu patriotisme, seperti lagu tema Satu Malaysia. Dan juga menggunakkan radiao untuk penyiaran cerita-cerita yang berunsur samangat patriotisme contohnya, Bukit Kepong dan Embun. Ini boleh memupuk semangat perpaduan dan juga memupuk perasaan cinta akan Negara antara pelbagai kaum.

11

Mesej : 1. pesanan (berita, kata-kata singkat)yang hendak disampaikan kepada seseorang dan sebagainya.2. sesuatu (gagasan, pengajaran, dan lain-lain)yang hendak disampaikan dalam sesuatu karya sastera dan lain-lain.

Akhirnya, jika semua manusia 12 boleh menggunakkan alatan-alatan media massa dengan betul, bukan sahaja boleh memupuk semangat perpaduan, juga boleh mewujudkan sebuah Negara yang aman dan damai.

12

Manusia : makhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang.

Kesimpulan
Dalam kerja kursus ini, kami telah mendapat banyak maklumat yang berkaitan dengan media massa dan juga perpaduan antara etnik. Di Negara kita, terdapat pelbagai kaum yang hidup bersama-sama. Media massa bukan sahaja hanya sesuatu alatan yang untuk menghantar mesej, media massa juga ialah satu alatan yang dapat bersatu padu antara semua kaum di dalam Negara kita. Selain daripada itu, media massa juga adalah pengantara yang dapat memupuk perasaan cinta akan Negara antara satu sama lain. Seterusnya, media massa juga bertanggungjawab untuk untuk bersatu padukan antara semua kaum. Media massa telah memainkan peranan yang penting dalam Negara kita supaya kita dapat menjelang ke arah Wawasan 2020. Media massa teleh menunjukkan kepentingannya terhadap sebuah Negara yang ingin menjadi Negara yang maju. Dengan menggunakan cara yang betul untuk menghantar mesej kepada awam melalui alat-alat media massa akan lebih mudah dan capat. Akhirnya, jika sesuatu Negara yang mempunyai alat-alat media massa yang maju dan bagus, Negara akan lebih mudah untuk menjadi sebuah Negara yang maju. Tanggungjawab untuk memupukkan perasaan cinta akan Negara bukan sahaja tanggungjawab kerajaan, semua rakyat Malaysia juga daya untuk menasihati kawan-kawan dan juga anggota-anggota keluarga supaya memupukkan perasaan cinta akan Negara tanpa mengira kaum, bangsa, agama. Marilah kita bersama-sama untuk menjadikan Malaysia kepada sebuah Negara yang aman dan damai.

Bibliografi

1. http://www.scribd.com/doc/7254532/Spm-Bahasa-Melayu-Karangan-ContohBm-Kertas-1 2. http://www.bavhok.ney/sekolah/node/128 3. http://id.shvoong.com/writingandspeaking/2060385-pengertin-media-massa

Lampiran

Pakaian yang tradisional antara kaum.

Semua rakyat menjalankan aktiviti tanpa mengira kaum.

Perdana Menteri yang pernah berkhidmat kepada negara kita.

Perpaduan negara adalah tanggungjawab seluruh rakyat malaysia.

Aktiviti bergotong-royong antara kaum untuk memupuk perpaduan.

Aktiviti bergotong-royong bukan sahaja dapat memupuk semangat perpaduan, juga bpleh mengelakkan penyakit.

TAMAT

You might also like