You are on page 1of 2

BAHAGIAN A:

1.5 ciri budaya ialah,

i)Dipelajari
ii)Dikongsi
ii)Bersifat sejagat
iv)Diwarisi
v)Berubah-ubah

2. Rasional bagi peruntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ialah Bahasa
Melayu telah menjadi Lingua Franca iaitu bahasa perantaraan di rantau sejak lama lagi.
Bahasa ini telah menjadi bahasa perantaraan dalam dunia perdagangan sejak dahulu. Ia
memudahkan urusan perdagangan antara pedagang-pedagang yang datang daripada pelbagai
benua di dunia ini. Oleh itu, Bahasa Melayu layak menjadi bahasa kebangsaan negara kita.
Selain itu, Bahasa Melayu memudahkan komunikasi serta ini telah dipersetujui oleh semua
pemimpin yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Hasil kata sepakat ini, Bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan agar dapat memupuk semangat dan kesatuan di
negara kita. Berbanding dengan bahasa-bahasa yang lain, Bahasa Melayu mudah dipelajari
dan bersifat tekal dari segi istilah dan sebutan di seluruh negara.Oleh itu, iai sesuai dijadikan
sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.

BAHAGIAN B :

SOALAN 1;- Media massa memainkan peranan yang berkesan untuk membantu memupuk
perpaduan negara. Berdasarkan pengetahuan anda, beri justifikasi berkaitan penyataan di
atas.

Jawapan :

Media massa memainkan peranan yang amat penting dalam pemupukan perpaduan negara
kerana ia mempunyai kuasa dan impak yang besar terhadap para penduduk. Media cetak,
media elektronik atau media digital serta media dalam talian banyak menyumbang dan
memberi kesan positif dalam menanam perpaduan dalam jiwa rakyat. Antara peranannya
ialah, dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan hubungan antara pelbagai etnik di
Malaysia. Kesedaran dalam kalangan masyarakat amat perlu bagi menanam nilai-nilai murni
dalam diri masyarakat supaya menghormati etnik dan agama lain. Sebagai contohnya, siaran
tayangan yang menyiarkan perpaduan antara etnik kaum. Selain itu, peranan media massa
ialah pembentukkan nilai dan sikap perpaduan antara kalangan masyarakat. Media massa
perlu merancangan setiap program atau siaran maklumat yang berkaitan perpaduan. Ia secara
tidak langsungnya dapat mengubah fikiran dan pendapat masyarakat mengenai perpaduan.
Secara tidak langsungnya ia akan menanam sikap integriti dan perpaduan dalam jiwa rakyat.
Seterusnya, pemaparan berita-berita yang benar dan tidak meminggung mana-mana etnik
oleh pihak media massa amat penting dalam membantu memupuk perpaduan negara. Berita-
berita yang tidak sensitif atau berita yang mungkin tidak disenangi oleh etnik-etnik tertentu
diabaikan bagi mengelak sebarang kekecohan. Dalam konteks ini,media massalah merupakan
satu-satunya saluran yang dapat memupuk perpaduan. Tambahan pula, tindakan media massa
yang menyokong dan mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan juga memainkan peranan
penting dalam memupuk perpaduan di negara kita. Sebagai contoh, mewar-warkan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan yang meliputi pelbagai kaum seperti “Integriti Run”, gotong royong,
rumah terbuka serta aktivi-aktiviti yang dapat memupuk perpaduan negara kita. Perkara-
perkara seperti ini menunjukkan peranan yang dipikul oleh media massa yang berkesan untuk
membantu memupuk perpaduan negara kita.

You might also like