You are on page 1of 7

Isi Kandungan

Pengenalan & Objektif 1

Nilai Jati Diri dalam Filem Nujum Pak Belalang 2

Kesetiaan pada Sultan 2

Ketaatan kepada Ibu Bapa 3

Nilai Jati Diri Pada Hari Ini3

Sumbangan Tamadun Melayu 4

Analisis Sumbangan Tamadun Melayu pada Zaman Nujum Pak Belalang 4

Contoh Babak Filem yang Menunjukkan Sumbangan Tamadun Melayu 5

Pengajaran Filam Nujm Pak Belalang 5

Pengajaran berasaskan nilai-nilai negatif filem 5

Pengajaran berasaskan nilai-nilai positif filem 5

Kaitan antara pengajaran tersebut dengan suasana hari ini 5

Bibliography 6

0
Pengenalan & Objektif

Filem Nujum Pak Belalang adalah sebuah filem Malaysia yang diarah dan dilakon oleh pelakon
terkenal Malaysia, P. Ramlee, pada tahun 1959 (IMDb, 2020). Filem yang berunsurkan pelbagai
komedi ini juga mempunyai pelbagai unsur budaya masyarakat Melayu pada zaman 50-an yang
masih bermakna untuk masyarakat kita pada hari ini. 

Antara unsur-unsur budaya masyarakat Melayu yang boleh didapati pada zaman tersebut juga
termasuklah pelbagai aspek tamadun Melayu yang masih wujud dalam masyarakat Malaysia
kini. Melalui filem ini juga kita akan menjumpai nilai-nilai murni yang patut kita patuhi, seperti
nilai yang kita akan bincangkan dalam projek ini, iaitu nilai jati diri.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), nilai jati diri boleh difahami sebagai sifat atau ciri
unik dan istimewa seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya. Ciri-ciri, sama ada dari
segi adat, bahasa,agama, budaya atai lain-lain, membentuk teras, keperibadian dan identiti diri
kita dan masyarakat. Boleh dikatakan bahawa nilai jati diri ini penting untuk masyarakat kita
menjadi lebih maju, lebih patriotik dan banyak lagi.

Dalam projek ini, kita akan membincangkan isi-isi yang berikut:

Nilai Jati Diri Tamadun Melayu Pengajaran Filem

Nilai jati diri dalam Analisis sumbangan Pengajaran


filem Nujum Pak tamadun Melayu berasaskan nilai-
Belalang pada zaman Nujum nilai negatif filem
Pak Belalang
Nilai jati diri yang Pengajaran
masih wujud pada berasaskan nilai-
hari ini Contoh babak filem nilai positif filem
yang menunjukkan
sumbangan yang
dikatakan Kaitan antara
pengajaran tersebut
dengan suasana hari
ini

Carta 1: Objektif projek ini

1
Nilai Jati Diri dalam Filem Nujum Pak Belalang

Kesetiaan kepada Sultan

Pak Belalang mematuhi arahan Sultan Shahrul Nizam


Pak Belalang berusaha untuk memulangkan harta istana setelah menjumpainya
Badan dan Nyawa masih cuba untuk membantu Sultan Masai yang telah
kehilangan negaranya

Ketaatan kepada Ibu Bapa

Belalang tidak mengadu walaupun ayahnya pemalas


Belalang meminta ayahnya bersembunyi di gua Bukit Tunggal, lalu membawa
makanan kepada ayahnya
Belalang cuba untuk melindungi ayahnya walaupun sudah dibawa ke hadapan
Sultan

Carta 2: Nilai jati diri dalam filem Nujum Pak Belalang

Kesetiaan pada Sultan


Filem Nujum Pak Belalang mempunya bahagian-bahagian di mana Pak Belalang, Belalang,
Badan dan Nyawa dibawa ke hadapan sultan mereka. Di sinilah mereka menunjuk bahawa mereka taat
dan setia kepada pemimpin negeri mereka, sama ada ia Negeri Beringin Rendang ataupun Negeri Masai.

Walaupun Pak Belalang tidak mengetahui apa-apa pun, dia tetap menghadapi Sultan Shahrul Nizam
apabila dipanggili, dan cuba untuk membantu Sultan tersebut mencari harta istananya semula. Memang
sah bahawa Pak Belalang takut, kerana dia sebenarnya bukan ahli nujum dan tak berupaya untuk
membantu sultan tersebut.

Oleh itu, Pak Belalang berasa takut dan cuba melarikan diri. Tetapi, apabila dia menjumpai harta benda
istana,dia terus mencari Sultan untuk memberitahunya tentang perkara tersebut. Pak Belalang tidak sekali
pun cuba menuntut harta tersebut sebagai harta diri sendiri. Sifat kejujuran juga memainkan peranan
dalam aksi Pak Belalang dalam senario tersebut, tetapi akhirnya, aksi-aksinya menunjukkan bahawa Pak
Belalang setia kepada Sultannya dan berusaha untuk membantunya.

Dalam senario yang lain pula, filem ini juga mempunyai dua watak yang boleh kita katakana sebagai
watak antagonis, iaitu Badan dan Nyawa. Dua-dua watak ini memang ternyata adalah pencuri, tetapi
sampai ke akhir filem, mereka tetap cuba untuk menggembalikan Masai kepada sultan mereka.

2
Badan dan Nyawa telah memberikan cadangan kepada Sultan Masai untuk menculik Tuan Puteri Si Bujur
Sirih dan menyembunyikannya supaya Sultan Shahrul Nizam akan menggembalikan negara Nasai
kepadanya. Walaupun Badan dan Nyawa boleh dikatakan sebagai watak-watak yang jahat, mereka tetap
taat dan setia kepada negara dan sultan mereka.

Selain daripada sifat jati diri yang terdiri daripada sifat ketaatan kepada sultan, filem ini juga
menunjukkan jati diri beberapa watak yang berbentuk sifat ketaatan kepada ibu bapa.

Ketaatan kepada Ibu Bapa


Watak yang paling menunjukkan sifat ketaatan kepada ibu bapa semestinya termasuklah ketaatan
kepada bapanya, Pak Belalang. Contoh pertama termasuklah apabila Belalang saban membantu Pak
Belalang membuat kerja rumah, bekerja dan seterusnya.

Pak Belalang adalah salah satu watak yang dikenali untuk sifat pemalasnya. Dalam permulaan
file mini, sudah ternyata bahawa jiran-jiran Pak Belalang juga ketahui tentang sifat malasnya dan
bersimpati dengan Belalang yang perlu bekerja untuk membantu keluarganya.

Namun, tidak sekali pun kita melihat Belalang berkata buruk tentang ayahnya, mengadu tentang
sifat pemalasnya, atau menunjukkan bahawa dia tidak mahu membantu Pak Belalang.

Apabila Sultan Shahrul Nizam memerintah Pak Belalang untuk mencari semula hartanya, Pak
Belalang sudah ingin melarikan diri kerana dia tidak mampu mendapatkan hartanya kembali dalam 3 hari.
Pada masa ini, Belalang membantu ayahnya dengan cadangan untuk menyembunyi di gua Bukit Tunggal.
Dia juga cuba untuk membawa makanan kepada ayahnya supaya tidak lapar. Belalang melakukan semua
ini walaupun dia mungkin ditangkap dan dihukum oleh Sultan.

Apabila Belalang akkirnya dibawa ke hadapan Sultan Shahrul Nizam, dia tetap cuba untuk
melindungi ayahnya, kerana dia ketahui bahawa ada kemungkinan ayahnya akan dibunuh jika tidak
mampu mencari semula harta istana.

Semangat Belalang ini masih boleh kita jumpai dalam masyarakat moden kini, dan kita bincang
tentang nilai jati diri pada hari ini di seksyen di bawah.

Nilai Jati Diri Pada Hari Ini


Pada zaman ini, masyarakat Malaysia masih taat kepada Sultan dan negara. Kita menyambut Hari
Kemerdekaan dan menyemat semangat patriotisma dalam setiap lapisan masyarakat.

3
Di sekolah, kita belajar subjek sejarah dan sumbangan setiap pemimpin negara kita. Pada masa
perhimpunan, kita melafazkan lima prinsip rukun negara yang termasuklah kesetiaan kepada raja dan
negara, keluhuran pelembagaan dan kedaulatan undang-undang. Nilai-nilai ini sudah kita belajar dari
awal.

Nilai jati diri yang berasaskan budaya menghormati dan ketaatan kepada ibu bapa juga masih kita
jumpai pada hari ini. Kita tetap menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa. Dari kecil, kita belajar Pendidikan
Moral dan Pendidikan Islam untuk belajar tentang nilai-nilai murni yang patut kita amalkan setiap hari.

Perayaan di Malaysia seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali juga menyambut
keharmonian keluarga yang hanya boleh dicapai dengan ketaatan kepada ahli keluarga.

Sumbangan Tamadun Melayu


Seterusya, kita berbincang tentang unsur-unsur sumbangan tamadun Melayu yang dapat kita
perhatikan dalam filem Nujum Pak Belalang. Sebagai ringkasan, sumbangan-sumbangan ini termasuklah:

Bahasa Istana
Adat-adat dalam Istana Adat majlis perasmian

Tarian Tradisional Lagu Ketipang Payung


Melayu Penggunaan gendang & gemelan

Unsur-unsur Bahasa Teka-teki


Melayu Puisi & peribahasa

Carta 3: Sumbangan Tamadun Melayu dalam Filem Nujum Pak Belalang

Analisis Sumbangan Tamadun Melayu pada Zaman Nujum Pak Belalang


Lataran dalam istana memang tidak kurang dalam filem ini.

4
Contoh Babak Filem yang Menunjukkan Sumbangan Tamadun Melayu

Pengajaran Filam Nujm Pak Belalang

Pengajaran berasaskan nilai-nilai negatif filem

Pengajaran berasaskan nilai-nilai positif filem

Kaitan antara pengajaran tersebut dengan suasana hari ini

Jurnal Reflektif Berasaskan Filem Nujum Pak Belalang

5
Bibliography
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Retrieved March 1, 2020, from Pusat Rujukan Persuratab Melayu:
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jati+diri

IMDb. (2020). Retrieved March 1, 2020, from IMDb: https://www.imdb.com/title/tt0277929/

You might also like