You are on page 1of 41

SJHK3033: PERSOALAN-PERSOALAN

DI DALAM HIKAYAT ABDULLAH


NAMA AHLI KUMP : NOR ATIRAH MOHD REDZUAN
NURUN SYAZWANI MD RADZI
NUR AIN KAHARUDDIN
MAISARAH KAMARUZZAMAN
GOH YING YI
THIAN SZE LAY
KOH TUCK KEONG
Soalan Perbincangan

Bahaskan persoalan-persoalan pembinaan jati diri bangsa, pembentukan


masyarakat, kritikan sosial, pendidikan, pemikiran dan peranan wanita dalam karya
agung, Hikayat Abdullah.
SEKILAS PANDANG

Hikayat Abdullah, 1849 karya Abdullah Munsyi merupakan penceritaan


beliau mengenai kehidupan keluarga beliau, sahabat-sahabat serta
pengalamannya semasa di Melaka. (ayis
Hikayat ini merupakan karya sastera sejarah dan sebagai sebuah
catatan kehidupan Abdullah yang menjadi seorang jurutulis dan
pembantu kepada Stamford Raffles semasa di Melaka dan Singapura.
Hikayat Abdullah juga dikenali dengan nama Hikayat Abdullah bin
Abdul Kadir 1849 yang menceritakan kisah pengembaraan Abdullah.
SKOP PENGKHUSUSAN KAJIAN KARYA

Pembinaan jati diri

Hikayat
bangsa
Pembentukan masyarakat
Kritikan sosial

Abdullah Pendidikan
Pemikiran
Peranan wanita
a) Aspek pembinaan jati diri bangsa
Abdullah lahir di tengah-
tengah masyarakat Melaka
Zaman pada zaman kependudukan
British British, 1824.
Orang Melayu cuba
mengekalkan jati diri bangsa.

Masyarakat Melayu Melaka


mempercayai adat yang pelik.
Percaya kepada adat resam yang
jahat dan mundur dan taat
Adat kepada raja walaupun raja itu
warisan zalim. (Kassim Ahmad, 2004
dalam Nota Pensejarahan
Malaysia)
Adat menjual anak/ kesan nama
kepada kesihatan

Percaya
perkara Peristiwa perobohan Kota Melaka
oleh British.
mistik & Peristiwa menangkap gajah.

magis
Nasib
orang
Konservatif Realistik
Masyarakat Melayu
Melayu & Jati diri Abdullah yang
pada zaman ini Jati diri dalam diri Bahasa mengenangkan nasib
bersifat konservatif Abdullah yang orang Melayu yang
dan masih terikat realistik. mundur dalam ilmu
dengan tradisi lama. pengetahuan.

Jati diri orang Melayu


masih kekal kepada Jati diri Abdullah yang
Beliau membantu
kepercayaan adat dan cinta akan bahasa
menterjemah Kitab
tertutup kepada Melayu dan mahu
Injil ke dalam bahasa
perubahan yang mewujudkan nahu
Melayu.
berlaku pada waktu bahasa Melayu.
itu.
b) Aspek pembentukan masyarakat
Hi d up n
i. ma
a za
pad ubahan
per
Perubahan daripada zaman feudal Melayu
zaman kolonial British.
Zaman Berlaku pertembungan aliran ilmu (Barat
perubahan
Vs Tradisi)
(transisi)
Orang Melayu cuba mengekalkan
kehidupan lama mereka.
Inggeris cuba untuk menjadikan penduduk
Prasangka menganut agama Kristian.
kepada Masyarakat tempatan tidak bersetuju
Inggeris dengan cara Inggeris kerana ia bersalahan
dari segi agama.
a rakat
asy
ii. M
n erima
me idikan
d
pen al.
form

Pendudukan tentang
Inggeris sebarkan Tertubuhnya sekolah
Usaha paderi Tuan
mubaligh iaitu
ilmu bahasa Inggeris Mine & Tuan
Anglo-Chinese
kepada anak Thomsen.
College.
mereka.

Pembentukan Hasilnya, perubahan


sekolah tersebut kepada
Iaitu perubahan
pembentukan
telah membentuk feudal kepada
masyarakat yang
masyarakat baru di kolonialisme.
mendapat
era transisi. pendidikan formal.
iii. Golongan imigran
s y a rakat
Ma p ura
Sin g a Pembentukan masyarakat Singapura didominasi oleh imigran
Cina.

Kongsi gelap

Golongan imigran ini membawa budaya kongsi gelap ke


Singapura yang dinamakan Tien Ti Hui.

Aktiviti kongsi gelap

Terdapat upacara pembakaran nazar, meminum darah di


hadapan berhala dan seksaan kepada ahli yang melanggar
peraturan kongsi gelap.

Undang-undang

Berkaitan dengan larangan perjudian dan menanam candu.


Sikap prasangka masyarakat tempatan terhadap Inggeris telah
ditulis Abdullah dalam Hikayatnya seperti berikut:

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini


disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-
anak Melayu supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca
dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris. Maka
oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan
Inggeris, tiadalah ia mau datang. Karena fikiran mereka itu
dengan kekerasan nanti ditangkap, dimasukkan Inggeris. Maka
beberapa kali sudah aku ingatkan agar mereka itu serta
memberitau akan mereka itu bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu
hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang
empunya diri tiada suka
Bapa Abdullah iaitu Abdul Kadir bersetuju dengan
pandangan masyarakat tempatan yang menganggap
cara Inggeris adalah bersalah dari segi agama. Catat
Abdullah:

Aku tiada suka engkau pergi belajar bahasa Inggeris


dan suratnya, karena seorang pun orang Islam tiada
belajar itu. Dan lagi, banyaklah orang mengatakan
pekerjaan itu tiada baik, merosotkan agama
Masyarakat Menerima Pendidikan
Formal Pembentukan sekolah
Pendudukan tentang Inggeris
sebarkan ilmu bahasa tersebut telah membentuk
Inggeris kepada anak masyarakat baru di era
mereka transisi

Usaha paderi Tuan Mine & Iaitu perubahan feudal


Tuan Thomsen kepada kolonialisme

Hasilnya, perubahan
Tertubuhnya sekolah kepada pembentukan
mubaligh iaitu Anglo- masyarakat yang
Chinese College mendapat pendidikan
formal
Keunikan Hikayat Abdullah dalam Aspek Pendidikan

Berdasarkan penulisan Abdullah dalam hikayatnya, aspek


pendidikan adalah merupakan aspek terpenting yang
menjadi asas dalam kehidupan Abdullah.

Semenjak kecil, beliau dididik dengan ilmu pengetahuan


dan apabila besarnya pula menjadi guru, penterjemah,
penulis dan pengkaji, bidang-bidang kehidupan yang tidak
lari daripada pendidikan.

Selain itu, Abdullah juga mengemukakan pelbagai kritikan


dan saranan mengenai pendidikan orang Melayu yang
dilihat jauh ketinggalan pada zaman tersebut, selain sikap
tertutup orang Melayu yang menolak ilmu-ilmu moden dari
Barat.

Keunikan Hikayat Abdullah dalam Aspek
Pendidikan
Berdasarkan penulisan Abdullah dalam hikayatnya, aspek
pendidikan adalah merupakan aspek terpenting yang menjadi asas
dalam kehidupan Abdullah.

Semenjak kecil, beliau dididik dengan ilmu pengetahuan dan apabila


besarnya pula menjadi guru, penterjemah, penulis dan pengkaji,
bidang-bidang kehidupan yang tidak lari daripada pendidikan.

Selain itu, Abdullah juga mengemukakan pelbagai kritikan dan


saranan mengenai pendidikan orang Melayu yang dilihat jauh
ketinggalan pada zaman tersebut, selain sikap tertutup orang
Melayu yang menolak ilmu-ilmu moden dari Barat.

Keunikan Hikayat Abdullah
dalam Aspek Pendidikan

Disebabkan latar belakang keluarga Abdullah yang mempunyai ilmu


pengetahuan yang tinggi, Abdullah telah dibesarkan dalam situasi yang
mementingkan pelajaran.

Menurut Siti Aisah Murad (1996), zaman kanak-kanak Abdullah telah


dihabiskan bersama neneknya di sekolah. Abdullah telah menjelaskan
perkara ini di dalam hikayatnya seperti berikut:

Maka barang apa-apa pengajarannya kepada budak-budak itu semuanya


kuturut sahaja, itulah menjadi permainanku: dari bangun pagi sehingga
pukul enam petang tiadalah bunyi apa lain lagi melainkan riuh bunyi
belajar dan mengaji sahaja.
Keunikan Hikayat Abdullah dalam
Aspek Pendidikan

Abdullah sejak umurnya tujuh tahun telah mula ditekankan dengan ilmu
pengetahuan apabila dirinya dihadiahkan dengan sekeping papan loh dan
kalam resam menjadi alat permainannya. Melalui papan itu jugalah beliau
mula belajar melakar dan membentuk perkataan dalam bentuk garis kasar.

Bapa Abdullah adalah seorang pendisiplin ilmu yang keras (Kassim Ahmad,
2004). Disebabkan sikap bapanya yang tegas terhadap pelajaran Abdullah,
akhirnya beliau mampu untuk khatam al-Quran, memperoleh kemahiran
membaca dan menulis dengan baik.

Pembudayaan ilmu dalam diri Abdullah telah menyebabkan beliau menjadi


seorang yang gemar mencari ilmu. Antaranya, beliau telah berguru dengan
dua orang ahli bahasa Melayu yang terkemuka di Melaka pada ketika itu
iaitu Datuk Sulaiman dan Datuk Astur.
Keunikan Hikayat Abdullah dalam
Aspek Pendidikan

Melalui gurunya, beliau telah dapat menguasai pengetahuan


bahasa Melayu dalam simpulan perkataan, ikatan perkataan,
rangkai perkataan, kuasa perkataan dan tujuan perkataan.
(Siti Aisah Murad, 1996: 5)

Menurut Kassim Ahmad (2004), selain mempelajari ilmu bahasa


Melayu, Abdullah juga telah bertindak mempelajari pelbagai
bahasa pertuturan di Melaka pada ketika itu seperti bahasa
Tamil, Hindi, Cina dan Inggeris.
Keunikan Hikayat Abdullah
dalam Aspek Pendidikan

Seterusnya, sikap Abdullah dalam pendidikan ialah beliau bukan sahaja


berminat dalam mempelajari sesuatu ilmu, akan tetapi turut sama
menyebar ilmunya dan berusaha mengembangkan lagi ilmu tersebut.

Misalnya, semenjak kecil, Abdullah telah muncul sebagai seorang guru


al-Quran kepada supai-supai Benggali beragama Islam yang mengawal
Kota Melaka. Kemudiannya, Abdullah menjadi guru bahasa Melayu
kepada orang-orang Eropah termasuklah dua orang paderi iaitu Tuan
Milne dan Tuan Keasberry.

Abdullah bukan sahaja menjadi seorang guru kepada bahasa Melayu,


tetapi bercita-cita tinggi mengembangkan lagi ilmu bahasa Melayu ke
suatu tahap yang lebih tinggi.
Keunikan Hikayat Abdullah dalam
Aspek Pendidikan

Misalnya, Abdullah telah mengkritik masyarakat Melayu yang langsung tidak


mempunyai sebuah sekolah untuk belajar bahasa Melayu. Kritik Abdullah
dalam hikayatnya:

...adalah sebesar-besar hairan dalam hatiku sebab melihat hal adat orang-
orang kita Melayu itu, yang tiada diperbuat-buat oleh bangsa yang lain-lain
dalam dunia ini diperbuatnya! Adakah segala bangsa manusia dalam dunia ini
membuangkan bahasanya sendiri, tiada bertempat belajar bahasanya itu,
melainkan yang kulihat orang Melayulah yang tiada mengendahkannya.

Berdasarkan kritikan Abdullah ini, kita dapat lihat bagaimana tidak wujud
inisiatif dalam kalangan masyarakat Melayu untuk membina dan mewujudkan
sebuah sekolah bagi mempelajari bahasa Melayu iaitu bahasa pertuturan
masyarakat Melayu itu sendiri.
Keunikan Hikayat Abdullah dalam
Aspek Pendidikan

Abdullah di dalam hikayatnya turut menjelaskan betapa pentingnya


menguasai bahasa sendiri dalam kehidupan masyarakat sehari-hari.
Catat Abdullah dalam karyanya:

Syahadan dapat tiada kalau ada suatu bangsa yang besar itu, maka
bahasanya pun besarlah, kerana sekalian perkara yang ada dalam
dunia dan akhirat itu semuanya terbit daripadanyalah, menjalankan
pekerjaan dan memberi nama tiap-tiap suatu itu dengan bahasa, dan
mendatangkan kekayaan dan kemuliaan kebesaran bagi manusia itu
pun daripada bahasa datangnya. Maka bahasa itulah yang amat
besar gunanya bagi manusia ini dunia akhirat adanya. Maka patutkah
ia itu tiada engkau endahkan?
Keunikan Hikayat Abdullah dalam
Aspek Pendidikan

Berdasarkan sikap Abdullah terhadap ilmu bahasa Melayu, beliau telah menekankan
peri pentingnya bahasa Melayu baik sebagai panduan di dunia mahupun di akhirat.

Selain menekankan mengenai perlunya ada sebuah sekolah mengajar bahasa dan
menekankan pentingnya untuk mempelajari bahasa, Abdullah turut menekankan
tentang keperluan mewujudkan sebuah kitab nahu bahasa Melayu yang menjadi
panduan kepada masyarakat Melayu. Keluh Abdullah dalam hikayatnya:

....Bermula bahasa Melayu ini bukankah seperti hutan rimba besar keadaannya,
penuh dengan semak samun dan duri pun berceracangan dan akar pun
bersengkarut, dan kayu pun lintang-pukang dan lorongnya pun simpang-siur dan
tanahnya pun tinggi rendah? Maka daripada zaman adanya bahasa itu sampai
sekarang ini adakah seorang yang bernafsu hendak membetulkan atau
mengaturkan jalannya atau hukumnya?
Keunikan Hikayat Abdullah dalam
Aspek Pendidikan

Seterusnya, sikap Abdullah terhadap ilmu begitu tinggi. Beliau


cukup menghargai ilmu pengetahuan yang dimilikinya seperti yang
dijelaskan beliau dalam hikayatnya:

Kupohonkan kepada Allah SWT agar memberikan kerahmatan,


kesejahteraan dan kebajikan kepada guru-guruku yang telah
memberikan ilmu pengetahuan sehingga aku tidak terkena emas
lancungan atau perak lancungan, dan intan disangka batu kelikir.
Kebanyakan orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan, tidak
akan menyedari sama ada sesuatu perkara itu baik jahat ataupun
salah benar.
Catat Abdullah mengenai undang-undang yang dibuat Raffles:

Maka adalah daripada masa surat itu sudah ditampalkan,


maka segala hukum dan adat dalam negeri Singapura pun
tetaplah, maka segala bangsa pun terlalulah sukacita sebab
mendengarkan hukum dan adat yang diadakan oleh Tuan
Raffles itu; melainkan orang Cina juga tiada yang suka, sebab
dalam undang-undang itu menegahkan tiada boleh bermain
judi, maka sebab itu kebanyakkan orang-orang Cina yang
mengempas dan menarik nafas panjang, maka adalah masing-
masing mereka itu dengan masam mukanya, serta mengumpat
dan memaki akan Tuan Raffles sebab menegahkan orang
daripada bermain judi itu.
Masyarakat yang Mengekalkan Amalam
Perhambaan
Penggunaan
Institusi
Perhambaan
Dalam
Masyarakat
Catatan Abdullah mengenai hamba yang telah dibawa
oleh orang Bugis:

Hatta setelah keesokan harinya, pagi-pagi aku


turunlah ke laut hendak pergi melihatkan itu. Maka
kulihat penuh sesek dengan hamba. Ada kira-kira tiga
ratus orang: laki-laki, perempuan, budak-budak. Ada
yang bunting hampir beranak, yakni bunting sarat. Maka
terlalu kasihan hatiku melihat akan dia. Maka sebentar
lagi kulihat orang-orang Cina datang beratus-ratus
hendak membeli itu
Menurut Kassim Ahmad (2004)

Abdullah bukan sahaja merupakan seorang


penulis Melayu yang agung, malah beliau juga
merupakan seorang mujaddid dan ahli pemikir
1. Pemikiran Rasionalis
Terpengaruh melalui pergaulan dgn tokoh2 Inggeris (Stamford Raffles dan
William Farquhar)
Dapat dilihat melalui kritikan terhadap kepercayaan khurafat dalam
masyarakat Melayu seperti yang digambarkan melalui petikan berikut:
Segala hantu syaitan yang tersebut itu pun halnya kudapati bohong dan tipu
dan perdaya dan silap mata. Maka sebab itulah berani aku bersumpah
menyebut nama Allah mengatakan bukannya benar; hanya semata-mata
kejahatan dalamnya dunia dan akhirat. Maka adapun orang yang percaya dan
orang yang berbuat dan orang yang membenarkan pekerjaan itu sama
hukumnya menduakan Allah, sekali-kali tiada yang lain daripada Allah yang
boleh memberi baik atau jahat, dan yang mematikan dan menghidupkan, dan
yang mendatangkan sesuatu bahaya atau kesukaran di atas hamba-Nya
2. Pemikiran Humanis

Juga dipengaruhi oleh tokoh2 Inggeris


Dilihat melalui kritikannya ke atas kezaliman raja ke atas masyarakat Melayu
pada waktu itu, dicatatkan dalam hikayatnya seperti yang berikut:
sebab aku mengatakan zalim dan aniaya perintah raja-rajanya kerana
sentiasa tabiat raja Melalyu itu, iaitu menghinakan rakyatnya, seolah-olah
pada pemandangannya akan rakyat itu seperti binatang, adanya. Maka sebab
itulah apabila rakyatnya itu bertemu dengan dia dapat tiada hendaklah ia
dapat duduk di tanah, baik di becak, baik di kotor. Dan lagi, apabila raja-raja
itu menghendaki baik anak-anak perempuan, atau barang suatu harta benda
rakyatnya, diambilnya sahaja tanpa menjadi suatu kesusahan atau takut
kepada Allah
3. Pemikiran kecintaan terhadap bahasa Melayu, Inggeris dan
ilmu pengetahuan

Abdullah telah mencatatkan mengenai kepentingan bahasa


Inggeris seperti yang berikut:
sudah beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta
memberitau akan mereka itu bahawa sekali-kali Inggeris hendak
memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang emunya
diri tiada suka, melainkan supaya kamu boleh belajar dan
mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris, kelak nanti di
belakang banyak gunanya. Kalau sudah pandai, engkau sekalian
boleh mencari kehidupan dengan mudahnya.
4. Pemikiran penuh dengan keterbukaan

Sebagai contoh, Abdullah telah bertindak membantu Tuan


Thomsen menterjemah kitab Injil Matius ke dalam bahasa
Melayu (Siti Aisah Murad, 1996: 7)
Keadaan ini menyebabkan Abdullah dihina dan dipulau oleh
masyarakat Melaka dan digelar sebagai Abdullah Paderi
disebabkan tindakannya yang dilihat menyalahi agama
ASPEK PENDIDIKAN

Sejak kecil telah dititik beratkan mengenai ilmu. Abdullah menjadi


guru, penterjemah, penulis dan pengkaji bidang pendidikan.
Abdullah mengemukakan kritikan dan saranan mengenai pendidikan
Tradisi ilmu orang Melayu yang ketinggalan zaman dan sikap tertutup orang
Melayu yang menolak ilmu moden Barat.

Abdullah dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang


berilmu. Bapanya sendiri iaitu Abdul Kadir merupakan ahli bahasa,
Didikan daripada jurutulis dan khatib serta ahli perniagaan yang berjaya.

keluarga Peri Achi-nenek kepada Abdullah. Merupakan guru besar di Kg. Pali.
Beliau mengajar murid membaca, menulis dan mengaji al-Quran.

Zaman kanak- Zaman kanak-kanak beliau dihabiskan bersama neneknya di sekolah.


7 tahun- dihadiahkan papan loh dan kalam resam menjadi alat
kanak permainannya.
Bapa Abdullah merupakan pendisiplin ilmu.
Bapanya bersikap tegas terhadap pelajaran
Tauladan Abdullah sehingga menyebabkan beliau
mampu khatam al-Quran dan dapat
bapa membaca dengan baik.

Abdullah merupakan seorang insan yang


gemar membudayakan ilmu. Beliau berguru
Pembudayaan dengan 2 orang ahli bahasa Melayu iaitu
Datuk Sulaiman dan Datuk Astur.

ilmu Beliau juga dapat menguasai hampir 4


bahasa asing yang masa itu digunakan di
Melaka.
Sejak kecil beliau telah menjadi guru al-Quran
Penyebaran kepada supai Benggali yang beragama Islam.
Beliau juga menjadi guru bahasa Melayu

ilmu
kepada orang Eropah dan juga berani
mengkritik orang Melayu yang pada masa ini
tidak mempunyai sekolah bagi mempelajari
bahasa Melayu.

Abdullah menekankan kepentingan untuk


mewujudkan kitab nahu bahasa Melayu untuk

Kitab nahu menjadi panduan kepada masyarakat Melayu.


e) Aspek Pemikiran

Rennaisance Abdullah melalui pergaulannya bersama tokoh besar


Inggeris seperti Stamford Rafles dan William Farquhar
telah membawanya untuk terpengaruh dengan idea
rennaisance.
Abdullah + rasionalis= secara terang-terangan menolak
sebarang bentuk khurafat, tahyul dan kepercayaan karut
yang pada masa ini begitu sebati dengan pemikiran
orang Melayu.
Abdullah kritik kepercayaan khurafat dalam masyarakat
Melayu.
Pemikiran Abdullah mengkritik atas kezaliman raja
humanis kepada masyarakat Melayu.

Pemikiran Abdullah kaya dengan islah


Islah (pembaharuan) yang mengkritik secara terbuka
kepada raja Melayu dan orang Melayu.
Kecintaan Pemikiran yang sarat dengan kecintaan
kepada terhadap bahasa Melayu, Inggeris dan ilmu
ilmu pengetahuan.
Nenek kepada Abdullah.
ASPEK PERANAN WANITA Nenek beliau merupakan guru
besar di SK Kg. Pali.
Sekolah ini mengajar membaca,
menulis & mengaji al-Quran.
Menunjukkan wanita pada zaman
Isteri Tuan Raffles berperanan Abdullah ini memainkan peranan
dalam menunjukkan citra Peri Achi dalam menjadi tenaga pendidik
seorang wanita barat yang dalam kalangan masyarakat
berpekerti tinggi dan sesuai Melayu.
dengan statusnya sebagai isteri
seorang pegawai Inggeris. Isteri Tuan
Salamah
Raffles

Ibu kepada Abdullah.


Karya beliau menggambarkan
bahawa ibunya seorang yang
penyayang dan sentiasa
menyokong tindakan suaminya
serta sering menasihati Abdullah.
KRITIKAN SOSIAL
Kritikan Kepada Raja Melayu
Sikap malas raja melayu yang hanya tahu menerima tanpa berusaha.(m/s 184-186)

Tuan Raffles menawarkan kepada Sultan Husin untuk berdagang

tetapi ditolaknya atas alasan bukan adat raja-raja untuk berniaga

dan ianya sesuatu yang mengaibkan.

Pemikiran raja yang cetek tentang kepentingan berilmu.(m/s 204-206)

Sultan Husin menolak tawaran Tuan Raffles untuk menghantar

anaknya ke Benggala untuk belajar bahasa inggeris, menulis

Inggeris, belajar kira-kira dan berbagai-bagai jenis ilmu.


Raja melayu mudah termakan dengan janji-janji tanpa memikirkan kesannya.(m/s 265
- 268)

Sultan Husin membuat perjanjian dengan Tuan Crawfurd untuk

menyerahkan Singapura apabila Tuan Crawfurd berjanji untuk

menyerahkan sejumlah wang kepadanya.

Raja yang bersikap zalim. (m/s 268-269)

Dua puluh tujuh orang budak-budak perempuan datang membuat

aduan kepada polis tentang kezaliman yang dilakukan oleh Sultan

Husin dan isterinya Encik Perempuan.


Kritikan Kepada Orang Melayu

Mengkritik masyarakat melayu yang percaya akan perkara tahayul. (m/s 121-127)

Penulis mengatakan masyarakat pada zaman itu kurang cerdik

kerana mempercayai perkara-perkara tahayul seperti penanggal,

polong, pontianak dan sebagainya lagi.

Kritik masyarakat melayu yang tidak mahu belajar berbahasa dan menulis. (m/s
135)

Masyarakat menolak tawaran itu kerana mereka fikirkan bahawa

orang Inggeris akan memaksa mereka untuk menganuti agama

Inggeris.
Rujukan
Ahmad Yani Salleh. (n.d.). Kesusasteraan melayu moden STPM [Web log comment]. Retrieved from http://
ayisgc65.blogspot.my/2009/07/bahagian-sejarah-kesusasteraan-melayu.html

Anonymous. (n.d.). Pembelaan Wanita Melayu. Retrieved from http://studentsrepo.um.edu.my/617/7/BAB6.pdf

Hamzah Hamdani. (2007). Hikayat abdullah. Batu Caves, Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hasnah Hussiin. (n.d.). Isu pendidikan wanita melayu dalam akhbar dan majalah melayu, 1920-ab hingga 1940-
an. Jurnal Sejarah, 136-151. http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25272/Article__ 6.PDF

Hazman Azhar. Wacana karya-karya agung [PDF documents]. Retrieved from Lecture Notes Online Web site: http
://ml.scribd.com/doc/140534760/Nota-SJH3102Bab-3-Keunikan-Karya-Agung#scribd

Pauzi Isa. (2010, June 22). Abdullah bin abdul kadir (Munsyi Abdullah) [Web log comment]. Retrieved from http
://cgpauzi.blogspot.my/2010/06/abdullah-bin-abdul-kadir-munsyi_22.html

Rashid Idris. (2013, May 30). Karya agung melayu [Web log comment]. Retrieved form http
://ilmukaryaagungmelayu.blogspot.my/2013/05/abdullah-munsyi.html

You might also like