You are on page 1of 5

KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYAH

Dasar-dasar yang diperkenalkan khalifah menjadikan Kerajaan Abbasiyah maju


dalam pelbaai aspek:

i. Aspek pentadbiran
o Mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang diketuai oleh
khalifah
o Keperluan dan bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dari semasa ke
semasa agar bersesuaian dengan keperluan
o Diwujudkan beberapa jabatan baru seperti Dewan Al-Mazalim
(Jabatan Kehakiman), Dewan Al-Zimam (Jabatan Audit dan
Kawalan

ii. Aspek ekonomi
o Khalifah mengambil beberapa inisiatif bagi menggiatkan sektor
pertanian seperti menaik taraf saliran dan tali air dan mengurangkan
cukai tanah
o Kepelbagaian barangan keluaran serta berkualiti tinggi dapat
meningkatkan sektor perdagangan ke peringkat antarabangsa.
o Kota Baghdad muncul sebagai pusat perdagangan yang menjadi
tumpuan pedagang dari Barat dan Timur

iii. Aspek kebajikan
o Kekayaan yang diperoleh melalui aktiviti ekonomi dimanfaatkan untuk
menyediakan infrastruktur fizikal dan mental kepada rakyat seperti
hospital, sekolah, perpustakaan, pusat ernagaan, hotel dan lain-lain.
o Kesannya, pencapaian umat Islam dalam bidang fardhu ain dan
fardhu kifayah meningkat

iv. Aspek pertahanan
o Keanggotaan tentera dibuka kepada bangsa bukan Arab seperti
Parsi dan Turki untuk membina integrasi antara pelbagai kaum
o Dasar pertahanan negara diubah daripada memberi tumpuan
kepada peluasan kuasa kepada aktiviti membendung
pemberontakan dari dalam terutama daripada pihak Syiah dan
penyembah berhala




Faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah:

i. Kestabilan politik
o Kerajaan abbasiyah memberi perhatian kepada pembasmian
pemberontakan dan perbalahan puak

ii. Dasar politik kerajaan abbasiyah
o Kerajaan abbasiyah memberi layan yang adil kepada semua rakyatnya
tanpa mengira bangsa dan keturunan
o Kerajaan abbasiyah juga menjalin hubungan diplomatic yang baik
dengan negara-negara luar

iii. Kedudukan Baghdad yang strategik
o Kedudukan Baghdad yang terletak di tengah-tengah laluan para
pedagang Timur dan Barat telah memajukan kerajaan abbasiyah
terutama dalam bidang perdagangan
o Sungai Dajlah telah menjadi laluan utama kapal-kapal perdangan
o Baghdad juga menjadi tempat pertemuan sarjana dari Timur dan
Barat

iv. Perpaduan antara kaum
o Kerajaan abbasiyah memberi layanan yang adil kepada bangsa Arab,
Parsi dan Turki. Mereka diberi peluang untuk menjawat jawatan-
jawatan penting dalam kerajaan.
o Orang bukan Islam juga diberi layanan yang baik selagi mereka tidak
mengkhianti kerajaan Islam abbasiyah. Mereka bebas melaksanakan
ajaran agama dan kepercayaan masing-masing

v. Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat
o Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang
muamalat menurut pandangan Islam
o Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari
cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan
islam dalam konsep muamalat tanpa sebarang keraguan

Iktibar daripada sejarah kegemlangan keajaan abbasiyah
o Banyak kemajuan sains dan teknologi eropah di ambil dari zaman
kegemilangan abbasiyah melalui tentera salib
o Ciri-ciri kubu pertahanan dan ketenteraan eropah menyamai reka bentuk
kubu-kubu pertahanan orang Islam di Syria.



Faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah

i. Kelemahan pemerintahan kerajaan abbasiyah
o Pemerintah ketika itu Al-Wathiq, tidak melakukan sebarang
pembaharuan.
o Beliau hanya berghantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk
menjalankan polisi pemerinntahan yang diwarisi oleh ayahnya.
o Saudara Al-Wathiq iaitu Al-mutawakkil mengmbil alih pemerintahan
dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah
tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki dan parsi
o Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi
begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah

ii. Perpecahan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan Kerajaan Abbasiyah
o Pada akhir kurun ke-9 masihi, kuasa khalifah semakin terbatas
o Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan seperti menteri, gabenor
dan panglima tentera banyak dipegang oleh pegawai-pegawai Parsi
dan Turki.
o Kesannya, pegawai-pegawai Turki dan Parsi ini telah membentuk
kerajaan sendiri seperti Kerajaan Al-Tahiriah, Al-Buwaihiah, Al-
Tuluniah dan Al-Sujuqiah
o Perpecahan ini telah melemahkan kekuasaan serta kedaulatan
kerajaan abbasiyah.

iii. Berlaku perebutan kuasa
o Khalifah Al-Mutawakkil mempunyai tiga orang putera iaitu Al-
Muntasir, Al-Mutaz, dan Al-Muayyid dan melantik mereka sebagai
putera mahkota (wall Al-Ahdi)
o Baginda memilih Al-Mutaz iaitu puteranya yang kedua sebagai bakal
penggantinya dengan mengenepikan putera sulungnya Al-Muntasir,
ini menyebabkan berlakunya perbalahan antara Al- Muntasir dan Al-
Mutaz
o Pada tahun 247 H bersamaan 861 masihi, AlMuntasir merampas
kuasa daripada ayahandanya.
o Kesannya, jawatan khalifah sering menjadi rebutan dan bertukar
tangan. Ini melemahkan institusi khalifah dan memberi banyak
peluang kepada menteri-menteri, panglima-panglima dan pegawai-
pegawai Parsi serta Turki untuk bertindak sebagai penguasa sebenar
kerajaan.





iv. Kegawatan ekonomi
o Kerajaan abbasiyah mula mengalami kegawatan ekonomi pada
penggal ketiga.
o Rusuhan dan pemberontakan sering kali berlaku mengganggu aktiviti
perekonomianmenyebabkan pedagang luar taut untuk datang ke
Baghdad akhirnya dana yang terdapat dalam Bitulal berkurangan dan
tidak dapat menampung keperluan

v. Perselisihan aliran fahaman keagamaan
o Puak Syiah dan Khawarij sering mengadakan pemberontakan
o Mereka beriktikad bahawa jawatan khalifah hanya layak
dilangsungkan oleh pemimpin-pemimpin daripada kalangan mereka.
o Pemberontakan daripada golongan-golongan tersebut menjejaskan
suasana dan ketenteraman awam

vi. Faktor serangan dari luar
o Kerajaan abbasiyah sering diserang oleh musuh dari utara, barat dan
timur. Pihak Utaratediri daripada orang Georgia dan Armenia
menyerang Azerbaijan dan kawsan sekitarnya hingga menyebabkan
beribu-ribu umat Islam dibunuh dan harta benda mereka dirampas
o Dari sebelah Barat kerajaan abbasiyah berhadapan dengan ancaman
tentera salib. Pada awalnya, serangan tentera salib dapat ditangkis
oleh kerajaan abbasiyah.
o Peperanngan tersebut menyebabkan kerajaan abbasiyah menjadi
semakin lemah. Terdapat banyak wilayah kecil yang terdapat di
bawah kerajaan abbasiyah menuntut kemerdekaan. Umat Islam di
Andalus telah diusir keluar. Ini memberi peluang kepada Mongul dari
Timur yang dipimpin oleh Hulagu Khan untuk menawan Kota
Baghdad pada tahun 655H/1258 M. Tentera Moghul yang ganas dan
kejam itu telah membakar segala khazanah ilmu yang dihasilkan oleh
umat Islam.

Iktibar daripada kemerosotan kerajaan abbasiyah
o Pentingnya nilai perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum
o Peranan khalifah semasa mentadbir negara perlu ditingkatkan dan bukan
berharap kepada orang bawahan semata-mata.

You might also like