You are on page 1of 2

TUGASAN 1:

ULASAN KRITIS

Munsyi Abdulah bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi merupakan
seorang penulis sejarah melayu yang hidup dalam era penjajahan barat dan berkawan baik
dengan Stamdford Raffles. Abdullah Munsyi pernah bekerja dengan Stamford Raffles dan
beliau juga pernah menjadi penterjemah kepada paderi Thomson di mana beliau merupakan
penterjemah kitab bible yang pertama di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, tidak menjadi satu
kehairanan apabila penulisan beliau lebih kearah barat dan penulisan beliau bercanggah
dengan penulisan klasik yang lain. Zubir Usman di dalam buku Anas Haji Ahmad berpendapat
bahawa Abdullah ialah pengarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama. Beliau
mengubah dari menceritakan perkara ghaib kepada cerita yang nyata.

Beliau mula menulis mengenai sejarah melayu berdasarkan pengalaman beliau atas
dorongan dari Stamford Raffles sendiri. Maka lahirkan sebuah karya yang dikenali sebagai
hikayat Abdullah Munsyi yang sarat dengan peristiwa sejarah berdasarkan pengalaman hidup
beliau ketika beliau berada di Melaka dan Singapura. Menurut T. Iskandar di dalam buku yang
telah deselenggara oleh (Mohamad daud Mohamad, 1987) suatu keistimewaan ialah Abdullah
bin Abdul Kadir Munsyi yang sangat teliti mengarang riwayat hidupnya sendiri hingga tidaklah
berapa payah untuk mendapatkan gambaran yang memuaskan tentang pengarang ini dan
masanya. Watak yang terdapat di dalam karya penulisan Abdullah Munsyi sememangnya hidup
dan tempat-tempat yang wujud berbanding watak yang terdapat dalam karya klasik.
Kebiasaannya watak dan tempat yang terdapat dalam karya klasik hanya berbentuk mitos dan
lagenda seperti yang terdapat di dalam Salalatus Salatin dan Tuhfat Al-Nafis.

Abdullah Munsyi dapat dilihat telah mewujudkan unsur berat sebelah dalam karya
penulisannya di mana beliau lebih memihak kepada pihak barat. Abdullah Munsyi telah
mengkritik masyarakat melayu yang tidak berusaha untuk memajukan diri dalam bidang
pendidikan dan masih berada di tampuk yang lama. Mereka tidak cuba untuk mempelajari ilmu
matematik, ilmu pendawaian dan bahasa inggeris bahkan sebaliknya telah menuduh orang
yang mempelajari bahasa inggeris telah keluar dari agama islam. Masyarakat melayu pada
ketika itu melarang anak-anak mereka dari mempelajari bahasa penjajah. Selain itu juga,
masyarakat melayu pada ketika itu masih mempercayai dan taksub terhadap adat resam dan
kepercayaan karut marut yang menyebabkan Abdullah Munsyi mengkritik mereka dalam
karyanya. Namun begitu, selain mengkritik beliau juga ada menasihati supaya anak-anak tidak
menderhakai ibu bapa mereka dalam karyanya.

Selain itu juga, Abdullah Munsyi juga berani mengkritik golongan pemerintah secara
terbuka dalam karyanya. Ini jelas bertentangan dengan gaya penulisan tradisional yang mana
kritikan dilontarkan melalui sindiran. Menurut (Syed Halim,1985) dalam penulisannya, beliau
ada menyebut bahawa Tun Sri Lanang juga tidak ketinggalan menyampaikan beberapa kritikan
halus terhadap golongan raja. Tetapi kritikan itu dalam bentuk sindiran. Golongan raja pada
ketika itu memiliki satu sikap di mana rakyat tidak boleh mengatasi kekayaan golongan raja.
Rakyat akan di hukum sekiranya didapati mencuba mengatasi kekayaan raja. Hal ini
meyebabkan rakyat pada ketika itu menjadi malas dan bekerja hanya untuk sekadar keperluan.
Sebagai contoh, rakyat perlu mendapatkan kebenaran dari raja sekiranya ingin memakai
barangan kemas. Hal ini jelas menunjukkan tentang kekejaman raja pada ketika itu yang
membawa kepada kritikan Abdullah Munsyi. Rakyat juga perlu mentaati raja dan bekerja untuk
raja.

Kesimpulannya Abdullah Munsyi telah memperkenalkan pembaharuan dalam penulisan


sejarah di mana penulisannya berdasarkan perkara dan watak yang sememangnya wujud.

You might also like