You are on page 1of 4

Tugasan 3: Ulasan Kritis

Bahaskan kewajaran pindaan Perlembangaan 1993 mengenai isu kekebalan


Raja-Raja Melayu dan Perlembangan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong merupakan salah satu komponen Parlimen bersama dengan
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tugas baginda terbahagi kepada dua iaitu merasmikan
sidang baru Parlimen setiap tahun dan kedua memperkenankan rang undang-undang untuk
menjadi undang-undang, tanpa perkenan daripada baginda undang-undang tersebut tidak
boleh diwartakan sehingga ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai undang-undang
kerajaan. Berdasarkan Penyata Rasmi Parlimen Malaysia, Dewan Rakyat (Parlimen
Kelapan), Penggal Kedua, satu kontroversi telah berlaku antara kerajaan pimpinan Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Raja-Raja Melayu pada 18 Januari 1993.
Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa yang dianggap
sebagai kekebalan atau imuniti raja-raja,iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah
biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan. Pindaan ini dibuat kerana
difikirkan pengecualian raja-raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai lagi
dengan aliran zaman. Hal ini telah menghilangkan imuniti undang-undang dalam kalangan
raja-raja Melayu serta kerabatnya melalui pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Pindaan ini adalah wajar dipindakan kerana kedudukan raja tidak perlu ada dalam politik
dan hanya boleh menjadi penasihat kepada sesuatu pendapat atau keputusan.

Penubuhan Mahkamah khas raja-raja merupakan tindakan yang wajar dilaksanakan


pada masa tersebut oleh Tun Dr Mahathir. Sebelum 1993, raja diberi keutamaan lebih dari
rakyat biasa dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.
Secara langsungnya, kita sebagai rakyat biasa tidak boleh menuduhkan raja kerana tiada
undang-undang yang membenarkan kita bersuara terhadap raja. Semunya bermula sekitar
Disember 1992, apabila berlaku kes dakwa yang membabitkan kerabat diraja Johor.
Dilaporkan kononnya Douglas Gomez, jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar di
Johor telah membuat laporan polis mendakwa dipukul oleh kerabat diraja Johor. Dicatatkan
perkara itu tercetus rentetan kekalahan Johor kepada Perak dalam satu kejohanan hoki.
Peristiwa itu mendapat perhatian rakyat ketika itu yang mempersoalkan kekebalan raja-raja
Melayu serta kerabat diraja. Tanpa disangka, satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan
pada 10 Disember 1992 dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba
mengemukakan usul supaya langkah diambil untuk menyekat kekebalan kerabat diraja.
Selepas Pindaan Perlembangaan 1993, kerajaan telah menubuhkan Mahkamah Khas Raja-
raja di mana semua masalah atau tuduhan terhadap raja boleh dikemukakan dalam
mahkamah tersebut. Kuasa mahkamah khas ini adalah sangat tinggi dan merangkumi
semua mahkamah termasuk Mahkamag Tinggi dan Mahkamah Persekutuan. Dengan itu,
pindaan Perlembangaan membentuk perlembangan yang sistem berparlimen di mana
memberikan hak sama rata kepada rakyat dan raja serta tidak mengira jawatan atau
kedudukan.

Pada masa yang sama Tun Mahathir Mohamad telah mendapatkan persetujuan 6
daripada raja untuk menggubal undang-undang Perlembangan. Pindaan Perlembangaan
1993 telah membawa banyak impak kepada Raja-raja Melayu selepas pindaan tersebut.
Antaranya ialah raja tidak boleh lantik EXCO Negeri. Hal ini menjelaskan bawa Yang di
Pertua Agong memegang jawatan yang tertinggi dalam institusi negara dalam sistem
berparlimen. Tetapi baginda masih terikat dengan perlembangan dan hampir semua kuasa
pentadbiran negara telah dberikan kepada pihak kerajaan kecuali hal-hal yang melibatkan
hak orang Melayu dan agama Islam serta kelulusan sesuatu undang-undang baru. Dengan
ini, semua rang undang-undang harus ditandatangani oleh Yang diPertua Agong. Secara
ringkasnya, proses ini bermula dengan mendapat kelulusan dari Dewan Rakyat, kemudian
di Dewan Negara dengan mendapat suara majoriti dua per tiga dan akhir sekali dapatkan
cop mohor Agong sebelum dijadikan sebagai undang-undang negara. Jika Yang diPerttua
Agong tidak mengambil tindakan dalam masa 30 hari, rang undang-undang akan dijadikan
sebagai undang-undang negara dalam Perlembangan Malaysia. Secara ringkasnya,
pindaan ini adalah wajar dilaksanakan kerana tidak perlu menunggu sehingga mendapatkan
kelulusan daripada Yang dipertua Agong selama-lamanya.

Melalui pindaan perlembangan ini juga perhubungan antara raja dengan rakyat
menjadi lebih teratur apabila kedua-dua pihak mempunyai hakk-hak tertentu di bawah
undang-undang yang jelas dan bukan lagi ditentukan oleh adat yang mudah disalah erti dan
disalah tafsir. Rakyat tidak lagi berasa marah terhadap raja kerana apa-apa yang dilakukan
oleh raja adalah terhad berdasarkan peruntukkan di bawah undang-undang. Sebaliknya, jika
rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap raja, maka pengadil atau hakim dalam
mahkamah khas akan menentukan hukum dan menguatkuasakan undang-undang biasa.
Dalam hal ini, raja tidak lagi berkuasa dalam menyelesaikan permasalahan terhadap
sesuatu individu. Dengan itu, jelasnya bahawa pindaan Perlembangaan 1993 memberikan
kesan yang positif kepada raja dan juga rakyat.

Selain itu, setiap badan di bawah Perlembangaan mempunyai tugasan masing-


masing. Selepas pindaan Perlembangaan 1993, memutuskan bahawa raja tidak dibenarkan
telibat dalam hal politik. Pada zaman kesultanan Melaka, semua kuasa pentadbiran telah
dikendalikan oleh raja. Ketika itu, raja masih mempunyai kuasa tetapi masih mendengar
nasihat penjajah pada masa tersebut. Selepas kemerdekaan Agong berkhidmat untuk
negara, sultan berkhidmat untuk negeri manakala Perdana Menteri dan Menteri Besar
mewakili Dewan Rakyat di mana mereka diperlukan untuk menasihati Agong dalam hal
ehwal negara. Maka, negara kita sudah tentu mempunyai suatu sistem yang sistematik dan
berkaitan antara satu sama lain. Dengan itu, ketiga-tiga badan diberi keutamaan iaitu badan
Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman. Berdasarkan pindaan
Perlembangan, sultan tidak boleh masuk campur tangan dalam hal politik. Hal ini kerana
kedudukan mereka lain daripada rakyat biasa malah rakyat memilih wakil rakyat ke Dewan
Rakyat bukannya raja-raja Melayu. Raja –raja Melayu boleh mencampur tangan dalam hal
politik tetapi hanya boleh memberikan nasihat kepada Perdana Menteri. Contohnya, isu
sekarang iaitu Menteri Besar Johor telah meletakkan jawatan. Oleh itu, Perdana Menteri Tun
Dr. Mahatir telah membincang dan memilih seorang untuk mengisi tempat tetapi Sultan
Johor tidak mahu membuat demikian. Ini merupakan salah satu kontrovesi yang berlaku
antara kerajaan dengan sultan. Oleh demikian, pindaan Perlembangan 1993 adalah wajar
kerana perlembangan ini telah mengelakkan raja atau sultan mengambil kuasa yang mutlak
kepada rakyat.

Secara kesimpulannya, negara Malaysia dibentuk mengikut satu perlembangan yang


bertulis. Semua rakyat memegang jawatan masing-masing mengikut peruntukan
perlembangan termasuk raja-raja. Penerimaan undang-undang ini bermakna semua pihak
meletakkan diri mereka di bawah undang-undang. Oleh itu, isu tentang raja-raja mengatasi
undang-undang tidak wujud dan tidak pernah ada. Proses pindaan Perlembangaan pula
boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu melalui proses yang teliti
dan telah dibahaskan dengan mendalam seperti Tun Dr Mahathir bahaskan dalam Parlimen
kelapan pada 18 Januari 1993. Melalui cara ini, tidak ada mana-mana individu yang dapat
mengatasi ketertinggian perlembangan dan hal ini memberikan hak yang sama rata kepada
semua pihak untuk menikmati hidup aman dan damai dalam negara yang berdaulat.
RUJUKAN

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra
Malaysia. Serdang.

International Law Book Services. Perlembangan Persekutuan.

Penyata Rasmi Parlimen Malaysia. Dewan Rakyat (Parlimen Kelapan). Penggal Kedua. 18
Januari 1993. Jilid II Bil 67.

Syed Ismail Syed Mustapa, Pushpavalli A.Rengasamey, Meor Aris Meor Hamzah & Rosly
Mohd.Sani. (2017). Perkembangan Perlembangan Malaysia. Selangor Darul
Ehsan. Sasbadi Sdn Bhd.

http://www.utusan.com.my/80-tahun-utusan/sejarah-utusan/krisisperlembagaan-1993-
hilangnya-imuniti-raja-raja-melayu-1.877268#ixzz5kmKOYSOI. Diakases pada 3
April 2019

https://soscili.my/mahathir-raja-sultan-agong-krisis-perlembagaan-1993/. Diakses pada 3


April 2019.

You might also like