You are on page 1of 10

Bab 2 :

Peningatan
Tamadun
Peluasan
kuasa
Tamadun
Yunani
 Permulaan agenda penaklukan oleh pemerintah Yunani telah bermula
sejak tahun 800 s.m.

 Dimulakan oleh Philip II dari Macedonia yang telah menyatukan


semua bahagian Yunani untuk menjadi sebuah negara.

 Kemudian usaha penaklukan ini diteruskan oleh anaknya iaitu Alexander the
Great. Beliau merupakan seorang jeneral yang terkenal dalam sejarah dunia
dan menaiki takhta pada tahun 336 s.m.

 Semasa zaman pemerintahannya, beliau telah berjaya menguasai Parsi, Mesir,


Turkistan dan Samarkand. Akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean berada
di bawah kekuasaannya.
 Semasa era pemerintahannya memperlihatkan penyebaran Kebudayaan
Hellinstik ke seluruh timur. Kebudayaan Hellinstik ini ialah campuran
kebudayaan Yunani, Parsi, dan kebudayaan timur yang lain. Syracuse,
Iskandar dan Antioch merupakan antara tempat yang menerima
kebudayaan ini.
 Kegemilangan empayar Yunani ini tamat apabila kematian Alexander the
Great dan bermulanya kemunculan Rom.
TAMADUN
ROM
Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu
pada period pemerintahan Agustus Caesar.

Agustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak


saudara kepada Julius Caesar. Semasa pemerintahannya,
beliau telah menjalankan pemerintahan diktator.

Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan


tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang
telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan
Cleoparta dalam peperangan Actium ( 31 S.M ).

Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem


empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya,
iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan.

Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian,


Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam,
Pergunungan Altas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki
dan Palestin.
Peningkatan
Ekonomi
Tamadun Yunani

Hampir semua negara kota dalam tamadun Yunani memberi tumpuan


kepada perdagangan, kecuali Sparta. Ini kerana keadaan bentuk muka
buminya yang bergunung ganang dan tidak sesuai untuk pertanian.

Akibat kekurangan tanah untuk pertanian, Athens dan Corinth menghadapi


masalah kekurangan makanan. Ini menyebabkan negara kota di Yunani
terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari luar
.
Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan
Laut Hitam. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barangan keperluan
yang datang dari Timur.

Kegiatan perdagangan di negara kota dikenakan cukai dan ini


menyebabkan kenaikan harga barangan. Akibatnya ramai orang Yunani
berpindah ke tempat- tempat lama seperti Alexandria pada zaman Graeco-
Roman, iaitu pada tahun 300 s.m.

Zaman Graeco-Roman ini dikenali juga sebagai Zaman Hellenstik. Zaman


ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakat Rom.
Aspek
sosial
Pendidikan

Athens
a)Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari
segi aspek rohani dan jasmani
b)Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan
mental dan fizikal.
c)Manusia yang cemerlang juga dapat memberi sumbangan kepada
kesejahteraan hidup manusia.
d)Untuk melahirkan masyarakat cemerlang, pendidikan sukan, muzik,
kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menulis, menghafal amat
dititikberatkan.

Sparta
e)Pendidikan bertujuan melahirkan anggota tentera yang gagah, sempurna dan
taat setia kepada negara kota.
f) Pendidikan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata lebih diutamakan
daripada
pendidikan mental.
Kesan pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan di Yunani telah
tertubuhnya beberapa buah sekolah falsafah seperti di Athens, Thabes, Elea dan
Miletus.
Athens dikenali sebagai pusat cendiakawan Yunani yang penting semasa era
pemerintahan Pericles. Sekolah-sekolah ini telah ramai melahirkan sejarawan seperti
Thucydides dan Herodatus, di samping ramai pemikir dalam bidang sains dan
Falsafah

-Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara
berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan
yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar mereka.
-Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato.

-Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan


melalui kaedah soal jawab tentang kehidupan masyarakat bahagia dan beliau
dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan
meminum racun.

-Plato adalah pengikut Socrates dan falsafahnya ialah masyarakat yang


sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.
-Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens.

-Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan
falsafah dan hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic,metafizik, etika,
politik,fizik, sains tabii,astronomi dan geologi.
-Merupakan guru Alexander the Great.
-Karya utama ialah Republic.
-Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan
demokrasi.

-Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of Persian
Wars
digelar Bapa Sejarah.

-Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of


the Peloponnesian War yang ditulis berteraskan penyelidikan.
Sains dan teknologi

-Peningkatan berlaku dalam bidang matematik, astronomi,perubatan


serta teknologi membuat perahu dan kertas.
-Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
-Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras.
-Ahli sains terkenal seperti Hippocrates terkenal sebagai
Bapa Perubatan.
-Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik telah
menyumbangkan teori berhubung dengan isi padu air dan graviti.
- Ptolemy merupakan tokoh bidang astronomi .

Seni bina

-Acropolis dibina untuk keagamaan.


-Merupakan pusat pentadbiran di Athens
-Didalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater
serta bangunan
yang menarik iaitu Parthenon.
-parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati
kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.
-Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan
menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
Bahasa dan Kesusasteraan

-Bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan


kawasan takluk Alexander The Great.
-Tokoh sastera ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua
buah buku puisi iaitu
Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan
dua buah epik iaitu
Illiad dan Odyssey.

Sistem Sosial

-Di Yunani, Athens – penduduk terbahagi kepada tiga


kumpulan iaitu pertama warganegara, kedua bukan
warganegara dan ketiga hamba.
-Golongan pertama mempunyai hak dalam politik tetapi
golongan lain tidak.
-Di Sparta pula kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen,
kedua ialah pekerja, artisan dan pedagang dan kelas ketiga
ialah Helot (golongan majoriti yang mengusaha tanah)
Tamadun
Pendidikan di Rom menitikberatkan ;
rom
a) Apilikasi ilmu yang praktikal
b) Kesetiaan kepada Rom.

Pada tahap awal, unsur dari Yunani diserapkan dalam


pendidikan
Rom. Pusat-pusat pendidikan ini telah melahirkan ;
c)Jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan
dan jalan raya
d)Ahli falsafah
e) Sejarawan

falsafah
-Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme
yang menekankan keadilan, tanggungjawab,
keberanian dan perikemanusiaan.
Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan
nasib seseorang bergantung kepada hubungannya dengan alam

Sains dan teknologi

-Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan


matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.
Seni bina

-Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.


-Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam
tanah dan dalam pintu gerbang.
-Teknologinya berasaskan sistem gravity.
- Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan
Rom bertarung dan sebagai teater.

Bahasa dan kesusteraan

-Terdapat dua orang penyajak terkenal iaitu Cicero


dan Virgil.
-Karya sastera bertujuan meningkatkan semangat
patriotisme.
- Sastera Rom mencapai zaman keagungan pada
zaman Agustus Caesar

Sistem sosial

You might also like