You are on page 1of 6

PENDAHULUAN

Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar.
Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Setelah mencapai
kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik
yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan
Tanah Melayu. Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan
Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan
Brunei. Idea penbentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat
oleh Perdana Menteri Persekutuan, Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman di Singapura.

Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey, iaitu
Pengarah Syarikat Borneo Utara. Beliau mencadangkan agar Kerajaan British
menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri-Negeri Melayu dan
Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1948 pula Sir Malcolm MacDonald yang merupakan
Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949 – 1952), mencadangkan supaya Sarawak, Sabah,
Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan. Pada tahun 1956, Dato’
Onn Ja’afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
dinamai Malaysia kerana menurut beliau pada suatu masa nanti British akan
menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Selain itu, terdapat juga cadangan daripada pemimpin Singapura, iaitu Lim Yew
Hock, diikuti oleh David Marshall pada tahun 1955 dan kemudiannya oleh Lee Kuan Yew
pada tahun 1959. Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku
Abdul, Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
Idea ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku
ketidakseimbangan penduduk. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui
gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari
anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. Beliau menyuarakan
harapannya supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu kedudukan politik
yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Dengan ini kerjasama dalam bidang ekonomi
dan sosial dapat diwujudkan. Menurut beliau lagi, pembentukan negara Malaysia
memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.
Cadangan pembentukan Malaysia yang diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di
Singapura telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalam negeri dan di kalangan negara luar.
Pada keseluruhannya, rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat persekutuan Malaysia
sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota. Pengalaman
Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka menjadi aset yang boleh

1
digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan. Kebanyakan parti politik
Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang
pelaksanaannya. Contohnya, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis
meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu di kalangan penduduk Persekutuan
Tanah Melayu manakala UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan
Brunei tanpa Singapura. Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas
cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini.
Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia
walaupun pada Peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan
kemerdekaan terlebih dahulu.

KEWAJARAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Cadangan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah


terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan
pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara. Oleh itu, tindakan kerajaan British
adalah wajar kerana ia merupakan salah satu langkah untuk memerdekakan Sabah dan
Sarawak daripada ancaman komunis walaupun Tanah Melayu telah dimerdekakan pada
tahun 1957. Tindakan British telah berjaya berdasarkan faktor-faktor yang relevan terhadap
pembentukan Malaysia.

Memberi kemerdekaan
Mengelakkan ancaman Perkongsian faedah
kepada Sabah, Sarawak,
dan Pengaruh Komunis ekonomi
Brunei dan Singapura

Membela masyarakat Menjaga kepentingan


bumiputera di dan hak kaum
Sabah Dan Sarawak. Bumiputera

Rajah 1 : Tindakan British berjaya berdasarkan faktor-faktor yang relevan terhadap


Pembentukan Malaysia.

2
Faktor pertama ialah mengelakkan ancam dan pengaruh komunis di Singapura,
Sabah dan Sarawak. Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama
Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula
menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti
Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin
kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin
oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil. Pada tahun 1961
bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di
Singapura. Pengaruh komunis yang aktif sejak tahun 1950-an telah merebak ke Sarawak.
Misalnya, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Sarawak
dipengaruhioleh anasir-anasir komunis. Mereka telah dihasut untuk menentang British.
Selain itu, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah terpengaruh dengan ideologi
komunisme. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau
khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam
keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat
menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.1

Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, sabah dan Sarawak dan Singapura


akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Dalam perancangan
penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang
dua tahun. Kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi
kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahanya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan
wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka kerana suasana ekonomi dan
politiknya yang kurang memuaskan. Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan
Sarawak dalam gagasan Malaysia akan mempercepatkan lagi kemerdekaan kedua-dua
negeri ini. Selain itu, pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan mengelakkan
penyebaran ideologi komunis. Ini kerana sekiranya kemerdekaan tidak diberikan dengan
cepat, pihak British khuatir negara tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan
menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan
datang. Di samping itu, terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia
yang berminat terhadap Sabah, Sarawak dan Brunei. Natijahnya, tindakan British adalah
wajar kerana penyatuan Sabah dan Sarawak merupaka salah satu kekuatan kepada
Malaysia dari segi ekonomi, sosial dan politik.

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan


kerjasama ekonomi dan perdagangan. Negara-negara anggota yang kaya dengan sumber

1 Ruslan Zainudin et. al.(2005), Kenegaraan Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., hal 165.

3
ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber
ekonomi. Ini bermaksud Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi ekonomi akan
dibantu oleh Tanah Melayu, Singapura dan Brunei. Manakala Tanah Melayu, Singapura
dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana
Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber
minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya
menyertai Persekutuan Malaysia.

Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di


wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama
golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah
tersebut dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam
sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar
3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia,
Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah
dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kebanyakan jawatan dan kegiatan
ekonomi di Sabah dan Sarawak dipegang oleh bangsa asing. Manakala penduduk peribumi
hanya terlibat dalam sektor pertanian.

Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga daif, infrastrukturnya masih


bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara. Adalah sukar untuk mewujudkan
perhubungan darat secara besar-besaran. Selain itu, golongan Bumiputera di kedua-dua
wilayah ini juga tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan British manakala
orang-orang luar yang datang ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap pendidikan,
penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di
kalangan orang luar. Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit
dan faktor ini membataskan peluang mereka untuk menjawat sebarang jawatan dalam
kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa hak bumiputera dapat dipelihara melalui Perkara 20
semasa Pembentukan Malaysia.

Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu


menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya
terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura
sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura
mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk
Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan

4
masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana
anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang
2
Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum
Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%.
Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam,
kemasukkan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal
sebagai kumpulan terbesar. Oleh itu, tindakan kerajaan British adalah sangat wajar kerana
faktor-faktor pembentukan Malaysia telah memberi kebaikan kepada masyarakat dan dapat
menjaga hak bumiputera supaya dapat menjadi negara yang aman dan harmoni.
Pada awalnya, wujud banyak penentangan sehingga lahir bebrapa buah parti politik
yang meluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia. Parti politik pertama di
Sabah lahir pada bulan Ogos 1961 dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah
Bersatu (United National Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald
Stephens. Parti ini secara jelas menentang pembentukan Malaysia, malah mula
memperjuangkan kemerdekaan Sabah. Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun
Kebangsaan Borneo Utara yang dipimpin oleh G.S. Sundang telah ditubuhkan untuk
memperjuangkan kemerdekaan Sabah. Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
(United Sabah National Organization – USNO) yang dipimpin oleh Tun Mustapha Datu
Harun sahaja yang menyokong idea penubuhan ini.3 Namun menjelang lewat tahun 1962
dan awal 1963, sebahagian besar penduduknya mula berubah fikiran setelah menerima
penerengan mengenai pembentukan Malaysia.
Parti Negara Sarawk (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti
Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party – SNAP) secara jelas menentang cadangan
peggabungan ini. SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee
Hui. Manakal SNAP diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan. Hanya Barisan Rakyat Jati
Sarawak (Berjaya) sahaja yang menyokong cadangan tersebut. Penduduk Singapura
berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew
menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan kurang mendapat
sambutan daripada rakyat Singapura sendiri. Sementara parti-parti lain seperti Parti Buruh
Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai suatu yang sukar untuk
dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysia kerana
berpendapat ia merupakan rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.

2 Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin, Pengajian Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2004, hal 65-67.
3 http://siangmalam46.blogspot.my/2014/10/bab-6-pembentukan-malaysia.html

5
KESIMPULAN

Selepas pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun


Singapura bersetuju untuk menyertau Malaysia, namun hal-hal yang terkandung di dalam
percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura.
Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura
mula retak. Banyak perselisihan mula timbul. Antara isu yang menjadi perdebatan hangat
ialah soal ekonomi, parti dan perkauman. Antaranya ialah Tanah Melayu, Sabah, dan
Sarawak bersetuju untuk memajukan sektor perindustian dan perkilangan
bersama. Barang-barang yang dihasilkan akan digunakan dalam negeri dan bukannya
untuk dieksport. Keuntungan ekonomi akan dikongsi bersama. Tetapi apabila Malaysia
ditubuhkan tidak banyak kemajuan ekonomi dicapai. Ini telah menyebabkan Singapura
berasa kecewa. Seterusnya, Parti Tindakn Rakyat cuba untuk untuk bertanding dengan
Parti Perikatan. PAP cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu untuk
membangun dan memajukan orang Cina dan Singapura memperjuangkan persamaan hak
dan melancarkan kempen ‘Malaysia untuk Orang Malaysia’. Singpura telah ,e,bentuk United
Opposition Front yang kuat untuk memperjuangkan konsep persamaan hak dan Malaysia
untuk Orang Malaysia.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan
keadaan, tetapi tidak berjaya. Akhirnya pada bulan Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan
dari Malaysia. Rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah
Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya telah berjaya dilaksanakan pada
16 September 1963 tanpa kemasukan Brunei. Namun Singapura telah keluar daripada
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965. penubuhan Malaysia telah memberikan
banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun,
pembentukan Malaysia merupakan tindakan daripada kerajaan British tetapi ia telah
membawa kebaikan kepada rakyat sehingga kini.

You might also like