You are on page 1of 1

2.

0 ANALISIS KERTAS KERJA SEMINAR TENTANG PELUANG DAN CABARAN GURU


UNTUK MENGATASI KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, konsep ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan,
pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau
kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Manakala,
ketaksamaan peluang di dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk
mengembangkan potensi dirinya. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Yong, Sharifah Fakhriah
Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid, ketaksamaan peluang pendidikan ialah pandangan,
pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik
dengan kumpulan etnik yang lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan,
peluang kerjaya dan sebagainya (A.Rashid, 2011). Persoalannya ialah, apakah peluang dan
cabaran guru untuk mengatasi ketaksamaan peluang pendidikan?

Peta minda di bawah menunjukkan peluang dan cabaran guru dalam mengatasi
ketaksamaan peluang pendidikan yang dibentangkan oleh penceramah dalam seminar Warisan
Zaman Berzaman.

You might also like