You are on page 1of 2

AKTA PENDIDIKAN

1996
Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab
Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah
pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang
dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang
dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat
manfaat pendidikan formal yang merangkumi:

(a) Kanak-kanak Down Syndrom


(b) Kanak-kanak Autistik Ringan
(c) Kanak-kanak kurang keupayaan mental
(d) Kanak-kanak bermasalah emosi
(e) Kanak-kanak bermasalah kesihatan
(f) Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan
 
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 2013

• Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan


Khas) 2013 yang mendefinisikan Murid Berkeperluan Khas adalah
murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli
optik, ahli audiologi, ahli psikologi mengikut mana-mana yang
berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta
sebagai murid yang mempunyai:

• (a) Ketidakupayaan penglihatan;


• (b) Ketidakupayaan pendengaran;
• (c) Ketidakupayaan pertuturan;
• (d) Ketidakupayaan fizikal;
• (e) Masalah pembelajaran; atau
• (f) Mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan
dan masalah, yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e).

You might also like