Professional Documents
Culture Documents
1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan
komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kandungan 4
5
Pengenalan
Panduan Pelajar 7
Bibliografi 89
Panel 28
Simbol 29
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
(PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di
mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan. Modul pembelajaran ini
dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka
diperuntukkan
60%. Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran iaitu 40%
termasuk dalam talian.
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah
dan pelajar akan menentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam
talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK)
mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
Modul pembelajaran ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima elemen asas
yang konsisten:
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media
yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada
sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
Modul ini membantu pelajar untuk mendapat maklumat tentang perkara yang berkaitan
pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas Masalah Pembelajaran di Malaysia serta isu
dan cabarannya meliputi asas pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas di sekolah dan
program-program pendidikan khas di Malaysia, pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas di sekolah, pengurusan bilik darjah pendidikan khas termasuk isu dan cabaran dalam
pendidikan khas.
HASIL PEMBELAJARAN
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60%. Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar
melalui modul pembelajaran iaitu 40% termasuk dalam talian.
8
- Wang SUWA (Sumber Wang
Awam)
Pengurusan Infrastruktur
JUMLAH 10 20 12 32 74
10
UNIT 1 ASAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN
KHAS
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, pelajar akan didedahkan secara umum tentang definisi dan konsep
pengurusan dan pentadbiran, dasar pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas, model-
model pengurusan pendidikan khas serta struktur dan peranan bahagian-bahagian di
Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat dengan program Pendidikan Khas di
Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
1.1 Definisi dan konsep pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Khas
1.2 Dasar Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas
1.3 Model Pengurusan Pendidikan Khas
1.4 Struktur dan Peranan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Khas
11
1.1 DEFINISI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan.
Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses
perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi
dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai
matlamat organisasi. Robbins & Coulter (2016) menjelaskan bahawa pengurusan ialah satu
proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli
dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling
berkesan. Jones & George (2018) pula menyatakan bahawa pengurusan melibatkan
proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli
organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi
mencapai matlamat organisasi.
Manakala pentadbiran pula merujuk kepada fungsi pengurusan yang terdapat dalam
sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan. Knezevich ( 1975) menjelaskan bahawa
pentadbiran adalah satu proses sosial yang memusat kepada identifikasi, penyelenggaraan,
pengawalan dan penyertaan sumber-sumber baik berupa tenaga manusia mahupun bahan
dalam satu sistem yang bersepadu yang dibentuk untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
Pengurusan dan pentadbiran dalam sesuatu organisasi diketuai oleh seorang individu yang
dikenali sebagai pengurus atau pentadbir. Everard (1986) mendefinasikan pengurus atau
pentadbir sebagai:
(a) Orang yang tahu apa yang dikehendaki dan tahu penyebab sesuatu yang berlaku
(b) Orang yang bertanggung jawab mengawal sumber dan memastikan kegunaannya
untuk kebaikan
(c) Orang yang berusaha meningkatkan keberkesanan kerja yang sudah dilaksanakan
dan mencari cara bagi pembaikan secara berterusan
(d) Orang yang bertanggungjawab pada prestasi organisasi atau unit yang diuruskan
(e) Orang yang bertanggungjawab mewujudkan suasana yang sesuai yang
membolehkan individu melaksanakan tugas dengan cemerlang
Pendidikan Khas di Malaysia dilaksanakan dengan pelbagai bentuk mengikut kategori murid.
Bagi murid berkeperluan khas kategori bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran, pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan di sekolah khas. Ada juga yang
dilaksanakan kelas khas integrasi. Bagi kategori bermasalah pembelajaran, pengurusan dan
pentadbiran dilaksanakan di kelas khas integrasi. Menjelang 2025, Kementerian Pendidikan
Malaysia mensasarkan bahawa semua sekolah di Malaysia melaksanakan program
Pendidikan Inklusif.
Model ini berkaitan bagaimana mengurus pelaksanaan Pendidikan Khas yang menjurus
kepada penglibatan guru beredar dalam memberi khidmat pendidikan kepada guru, ibu bapa
dan juga murid berkeperluan khas. Guru beredar ini mempunyai kelayakan dan kemahiran
tertentu dalam bidang Pendidikan Khas. Mereka akan bergerak dari satu sekolah ke sebuah
sekolah mengikut jadual pergerakan. Mereka akan melawat dan memberi perkhidmatan
kepada kanak-kanak dan menyediakan perundingan dan sokongan kepada guru atau ibu
bapa kanak-kanak. Walaupun guru beredar dalam model ini boleh berinteraksi dan bekerja
dengan kanak-kanak, namun mereka juga bertanggungjawab untuk membantu guru atau
ibu bapa menyediakan Rancangan Pembelajaran Individu (RPI).
Kelebihan model ini ialah dapat memberi peluang yang luas kepada murid
berkeperluan khas menerima perkhidmatan pendidikan, peluang integrasi lebih tinggi , dapat
meningkatkan kemahiran belajar bersama murid arus perdana, mengurangkan kos
pengajaran dan pembelajaran serta dapat berkongsi maklumat antara Ibu bapa dan guru
serta masyarakat.
Sila scan menggunakan QR scanner dan klik browse website atau klik
http://online.anyflip.com/zgff/vfze/mobile/index.html
https://flowto.it/knz7LKq8?fc=0
Model ini melibatkan personal perunding atau konsultan yang dianggap sebagai profesional
luaran contohnya bagi PPKI kaunselor sekolah yang dilibatkan untuk membantu sekolah
atau PPKI merancang program pendidikan serta membantu murid berkeperluan khas
melalui proses perundingan. Bagi program Pendidikan Inklusif pula, personal perunding atau
konsultan adalah dari guru pendidikan khas yang merangkumi dua kategori iaitu:
Bekerjasama dengan guru arus perdana untuk mengajar dan menyokong murid-murid yang
berkeperluan khas sama ada individu atau kumpulan terutamanya semasa di dalam kelas
inklusif.
Konsultasi ini berlaku dalam beberapa keadaan dan tujuan. Contohnya perundingan dengan
individu lain bagi membantu meningkatkan lagi suasana pembelajaran dalam bilik darjah dan
sekolah. Contoh yang lain ialah untuk mengenalpasti dan mengatasi serta mengurus sesuatu
masalah dimana ianya memerlukan perundingan yang dihadiri oleh pihak-pihak tertentu.
Antara perkhidmatan konsultasi yang boleh dijelmakan ialah :
Guru konsultan boleh menggunakan perundingan untuk membantu guru kelas perdana
untuk memahami tingkah laku murid tertentu yang bermasalah lalu merancang dan
melaksanakan strategi bilik darjah untuk memperbaiki tingkah laku murid tersebut.
Kegiatan perundingan dijalankan oleh kaunselor sekolah dengan ibu bapa untuk merapatkan
hubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka. Membantu ibu bapa memahami makna
interaksi dan dialog mereka dengan anak-anak mereka serta membantu mendapatkan
kemahiran berkomuniaksi dengan berkesan. Contohnya mengatur kursus atau seminar
keibubapaan yang ditawarkan di sekolah mereka.
Model Kelas biasa ini meliputi Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar-pelajar dengan
berkeperluan khas di dalam kelas-kelas perdana di mana bantuan yang sesuai kepada
mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran
bersama rakan sebaya
● Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
● Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
● Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru
Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi
pembelajaran atau tingkah-laku.
● Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik
(b) Pendidikan Inklusif Separa Masa
Model ini dilaksanakan di sekolah harian biasa yang mempunyai Program Khas Integrasi.
Sebuah bilik atau kelas disediakan untuk tujuan tempat pengajaran dan pengukuhan
pembelajaran murid.
Guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru biasa untuk menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan sesuai untuk murid.
KHAS
Struktur organisasi program pendidikan khas di Malaysia dan peranannya meliputi bahagian-
bahagian yang ada di peringkat kementerian hinggalah di peringkat sekolah. Ianya
merangkumi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.
Tahukah anda bahawa Pendidikan Khas memerlukan suatu pengurusan yang berlainan
dengan pengurusan murid normal. Dengan mengikuti tajuk ini anda akan mendapat
maklumat tentang apakah program-program khas yang telah dirancang oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dan bagaimana guru dapat melaksanakan program
tersebut dengan lebih berkesan.
Struktur organisasi didefinisikan sebagai corak perhubungan dan penyelarasan formal yang
direka oleh pihak pengurusan untuk menyambung tugas atau tanggungjawab individu dan
kumpulan dalam mencapai matlamat utama organisasi. Struktur menentukan bagaimana
pengagihan kerja (division of work), tanggungan, kerjasama (cooperation), perundingan
(consultation) dan peringkat keputusan perlu wujud dalam organisasi.
Selepas penstrukturan semula KPM pada Mac 2008, nama Jabatan Pendidikan Khas
ditukar kepada Bahagian Pendidikan Khas dan diletakkan di bawah Sektor Operasi
Pendidikan KPM. BPKhas diterajui oleh seorang pengarah (JUSA C) dan dibantu oleh tiga
orang Timbalan Pengarah dan seorang Ketua Penolong Pengarah yang mengetuai empat
24
Cawangan iaitu Cawangan Perancangan dan Penilaian (CPP) Cawangan Program
Pendidikan Khas (CPPK), Cawangan Latihan Khidmat Bantu (CLKB) dan Cawangan
Pengurusan Perhubungan (CPH). Secara keseluruhanya BPKhas mempunyai lapan (8)
sektor dan dua puluh tujuh unit yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam
memberi perkhidmatan pendidikan kepada MBK.
(a) Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada
Bahagian Pendidikan Khas dilaksanakan bertepatan serta selaras dengan dasar dan
FPK
(b) Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti yang berkaitan
dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah
murid pendidikan khas.
(c) Merancang, mengurus dan mengawal sumber dengan sempurna bagi memastikan
pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
(d) Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti
(e) Merancang dan mengurus persediaan pengoperasian institusi baru di bawah
Bahagian Pendidikan Khas.
(f) Menjadikan Bahagian Pendidikan Khas sebagai penanda aras Pendidikan Khas
dalam dan luar negara.
(g) Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang mantap dan berkualiti dengan pelbagai
agensi luar di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian Pelajaran.
1.4.2.2 Objektif BPK
Khas.
(a) Merancang, mengurus, melaksana, menyelia dan melapor pelaksanaan program dan
aktiviti Kokurikulum Pendidikan Khas.
(b) Merancang dan melaksanakan program antarabangsa Pendidikan Khas.
(c) Merancang, mengurus, melaksana, menyelia dan melapor pelaksanaan program
penyebaran maklumat pendidikan khas kepada pelaksana. (seminar/ kursus/ risalah)
(d) Merancang, mengurus melaksana, menyelia dan melapor program kolaborasi antara
agensi kerajaan dan bukan kerajaan (Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan Badan/ Persatuan Bukan Kerajaan) dalam aspek pertukaran
maklumat; khidmat kepakaran personal; penggunaan kemudahan; bantuan/ subsidi
perolehan peralatan khas untuk murid Pendidikan Khas
(e) Melaksanakan Perancangan Strategik
(f) Menentukan murid Pendidikan Khas menerima pendidikan yang sesuai dan wajar
dengan kepelbagaian keupayaan mereka.
(g) Mengekalkan pencapaian menjuarai program sukan dan permainan di peringkat
kebangsaan dan meningkatkan penyertaan dan kejayaan murid pendidikan khas di
peringkat antarabangsa.
(h) Peningkatan kualiti P&P guru-guru Pendidikan Khas sejajar dengan hasrat
meningkatkan potensi individu murid Pendidikan Khas bagi mencapai matlamat
kebolehpasaran pekerjaan dan kehidupan bermakna.
(i) Penerbitan bahan dan risalah bagi membantu semua pihak yang terlibat,
terutamanya pihak sekolah, dalam pelaksanaan program pendidikan khas.
1.4.4.1 Peranan
(g) Penempatan dan Pertukaran Guru Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas dalam
PPD
(h) Pelaksanaan Perkembangan Staf (Latihan) dan Guru Pendidikan Khas dan
Pemulihan Khas
(i) Pengurusan Data Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas
(j) Pemantau Pelaksanaan PdP Pendidikan Khas dan Pemulihan Kha
Selain daripada program khas yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan suatu struktur dan organisasi pendidikan
khas di peringkat sekolah. Anda akan dapat memahami bentuk struktur yang dinyatakan ini
dengan meneliti carta yang diberikan.Berdasarkan carta di atas, adakah anda dapat melihat
perbezaan antara sekolah Pendidikan khas dengan sekolah normal?
PENGETUA/
GURU BESAR
Guru-guru Pendidikan
Guru
Murid Murid
Tahniah ! Anda telah berjaya menghabiskan bacaan untuk tajuk ini. Semoga anda jelas.
Walaubagaimanapun bagi menambahkan input mengenai tajuk ini anda perlu melaksanakan
aktiviti bagi tugasan berikut.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
C. Masa : 3 jam
D. Langkah Pelaksanaan :
telah ditetapkan
dibincangkan.
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
7. Bincangkan tiga dasar pendidikan terkini dan impaknya kepada pendidikan khas di
Malaysia
Anda dilantik sebagai salah seorang panel penggubal Kod Amalan Pendidikan Khas.
Berdasarkan kod amalan pendidikan khas terkini, analisis dan sediakan satu atau lebih
cadangan penambahbaikan yang boleh memantapkan kod amalan sedia ada untuk di
bentangkan di dalam mesyuarat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cadangan penambahbaikan hendaklah dimuat naik ke dalam fail yang disediakan oleh
pensyarah anda.
UNIT 2 SEKOLAH DAN PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS DI MALAYSIA
SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai proses penempatan
murid. Perbincangan meliputi pihak-pihak yang terlibat dalam urusan penempatan murid.
Pelajar juga akan didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kriteria
penempatan murid ke penempatan yang sesuai mengikut kategori.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dikalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang
upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia
dinyatakan dalam Akta Murid-muri dan1961; iaitu´sekolah khas bermakna sekolah yang
menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Akta
Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan
pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis
murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah
Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, boleh menguruskan kehidupandan produktif. Program pendidikan khas di
Malaysia dilaksanakan melalui :
i. Sekolah khas
ii. Program Pendidikan Khas Integrasi ( pengasingan / inklusif )
iii. Pemulihan Khas
iv. Program disleksia
v. Pendidikan Vokasional sekolah khas / integrasi ( teknik/ vokasional )
Penempatan pendidikan merupakan satu konsep yang amat penting dalam menjayakan
pelaksanaan pendidikan khas. Semua pendidik, sama ada guru pendidikan aliran perdana
atau guru pendidikan khas, perlu memahami konsep tersebut.
(a) Berumur 7 tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun (sekolah menengah) pada tarikh
permohonan.
(b) Ibubapa pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan ke kelas khas.
(c) Murid perlu disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dengan menggunakan borang
(d) Pemerosesan borang dilakukan oleh Unit Pend. Khas JPN dan calon yang layak
akan dihantar untuk di temuduga oleh ahli panel yang akan menentukan sama ada
calon layak atau tidak layak untuk ditempatkan ke Program Pendidikan Khas
Integrasi. (Prosedur ini terkecuali untuk calon bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan).
(e) Keputusan temuduga akan diserahkan ke JPN untuk urusan tawaran penempatan.
Tawaran penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja. Ciri-ciri
calon yang layak diterima adalah;
(f) Pemerosesan borang dilakukan oleh Unit Pend. Khas JPN dan calon yang layak
akan dihantar untuk di temuduga oleh ahli panel yang akan menentukan sama ada
calon layak atau tidak layak untuk ditempatkan ke Program Pendidikan Khas
Integrasi. (Prosedur ini terkecuali untuk calon bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan).
(g) Bagi murid yang gagal di peringkat temuduga atau tempoh percubaan, boleh
memohon semula sekiranya murid tersebut telah melalui pemulihan seperti di Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau agensi swasta lain.
Kanak-kanak disyaki mengalami masalah pembelajaran oleh guru atau ibu bapa.
Kanak-kanak kurang upaya yang disahkan telah bersedia ke sekolah akan disaring di
peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan penempatan.
Kanak-kanak yang disahkan belum bersedia ke sekolah, mempunyai kecacatan yang
serius, ataupun tidak layak syarat-syarat kemasukan Program Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia, akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam
Kommuniti (PDK).
Murid akan diberi peluang penempatan sama adalah Sekolah Pendidikan Khas atau
Program Pendidikan Khas Integrasi. Penempatan akan dibuat berdasarkan alamat
yang terdekat dengan sekolah atau Program Pendidikan Khas.
Selepas tempoh percubaan, murid yang berjaya mengikuti Program Pendidikan Khas
akan dikekalkan dalam program. Murid yang gagal mengikuti Program Pendidikan
Khas KPM akan dirujuk balik kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk
mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).
2.2.4 Tempoh Persekolahan Kanak-kanak Pendidikan Khas
(a) Tempoh persekolahan kanak-kanak khas adalah sama seperti murid biasa,
iaitu sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah selama 5 tahun tetapi
tambahan masa persekolahan diberikan sekiranya pencapaian pembelajaran kanak-kanak
berkenaan tidak memuaskan. Tempoh persekolahan tersebut dilanjutkan seperti berikut.
● Diberi tambahan 2 tahun ( boleh diambil di peringkat rendah sama ada 1 tahun atau 2
tahun ) atau tambahan di sekolah menengah
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
C. Masa : 1 jam
D. Langkah Pelaksanaan :
telah ditetapkan
dibincangkan.
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
1. Sejauh manakah dasar pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas yang ada selari
dengan dasar Zero Reject Policy Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Hasilkan satu infografik yang menunjukkan carta alir organisasi pengurusan dan
pentadbiran pendidikan khas di Malaysia serta maklumat kefungsiannya.
4. Berdasarkan pembacaan dan kefahaman anda, huraikan pertimbangan yang
diperlukan untuk mewujudkan Program Pendidikan Khas Integrasi yang efektif di
sesebuah sekolah.
UNIT 3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS
DI SEKOLAH SERTA ISU DAN CABARAN
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai pengurusan dan
pentadbiran pendidikan khas di sekolah serta isu dan cabarannya. Merangkumi aspek
sokongan pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah pendidikan khas, model pengajaran
murid, pengurusan persekitaran bilik darjah, pengurusan murid, pengurusan sumber
pengajaran dan pembelajaran serta khidmat guru pendamping dan guru sumber..
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
3.1 Peranan Pentadbir
3.2 Peranan Guru Pendidikan Khas
3.3 Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
3.4 Peranan Kumpulan Sokongan
3.5 Pengurusan Sumber Manusia
3.6 Pengurusan Kewangan
3.7 Pengurusan Infrastruktur
3.8 Pengurusan Konflik dan Komunikasi
3.9 Sokongan Pengurusan Sekolah
Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Guru Penyelaras merupakan
individu penting dalam mengurus dan mentadbir sekolah. Mereka ini bertanggungjawab
memastikan peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga berperanan
penting dalam merancang, mengelola, memimpin, mengawal sumber-sumber yang ada
untuvkmencapai sesuatu matlamat yang ditentukan.
(a) Menganggotai Ahli Jawatan kuasa Panitia Pendidikan Khas dan juga Panitia arus
perdana
(b) Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku
Panduan, Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diguna pakai.
(c) Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing.
(d) Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian.
(e) Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan.
(f) Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian dan
menyerahkan markah-markah itu kepada guru kelas.
(g) Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
(h) Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatan kuasa Panitia Pendidikan
Khas.
(i) Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang
diajar.
(j) Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan
membentangkannya di dalam mesyuarat Jawatan kuasa Panitia Pendidikan Khas
supaya dapat diambilkira dalam ABM PPKI.
3.2.2 Setiausaha Panitia Pendidikan Khas
(a) Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh
mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu
bapa / penjaga.
(b) Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan
minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat
(c) Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam
fail-fail berkenaan.
(d) Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa
Panitia Pendidikan Khas,
(e) Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas.
(f) Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti PPKI pada akhir tahun dan
dihantar ke Unit Pendidikan Khas, JPWP KL.
(a) Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain.
(b) Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang
dari tabung PPKI (PIBG).
(c) Mengemaskini dan menghantar buku akaun tabung PPKI(PIBG) pada setiap hujung
bulan untuk semakan Penolong Kanan Pendidikan Khas.
(d) Membentangkan kedudukan kewangan tabung PPKI(PIBG) dalam setiap mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas.
42
(f) Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot) sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.
(g) Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan
dan akhir tahun.
(h) Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada
Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk disahkan sebelum diserahkan
kepada pejabat.
Guru Program Inklusif bertanggung jawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program
Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :
(a) Jawatankuasa Program Inklusif,
(b) Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,
(c) Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
(d) Biodata murid yang diinklusifkan,
(e) Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
(f) Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
(g) Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
(h) Rekod prestasi murid,
(i) Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan
43
(i) Mengurus dan menentukan pergerakan kertas soalan ( sebelum dan pada
tarikh peperiksaan dengan selamat
(j) Bertanggungjawab dalam semua hal berhubung dengan kelicinan
perjalanan Peperiksaan.
(k) Mengurus dan menentukan borang-borang markah telah diisi dan diserahkan
ke pejabat untuk tandatangan Guru Besar/ Penolong Kanan Pendidikan
Khas.
(l) Mengedar Jadual Peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan.
(j) Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan.
(a) Memastikan hanya murid warganegara Malaysia sahaja yang layak menerima SPBT.
(b) Mengumpul dan mengagih buku pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan pada
setiap hujung tahun.
(c) Memastikan setiap bekalan yang diterima daripada pembekal disemak.
(d) Memastikan guru-guru kelas menerima borang penerimaan buku dan 2 borang G
untuk dikemaskini.
(e) Guru-guru kelas dipertangungjawabkan tentang pengagihan buku teks kepada murid
dan disimpan di tempat yang selamat.
(f) Tugas-tugas terperinci terdapat dalam Buku Panduan Pengurusan SPBT.
44
(i) Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu, berada dalam kualiti yang
baik dan kuantiti yang mencukupi dengan jumlah muid RMT.
45
(j) Memaklumkan dengan segera jika ada keracunan makanan kepada pihak pentadbir.
(k) Memilih dan merekod murid simpanan (reserve) jika ada murid tidak hadir.
(l) Menyediakan buku RMT untuk mengambil kedatangan murid dan murid simpanan.
(m) Menghantar buku RMT untuk semakan pihak pentadbir pada setiap hujung bulan.
(a) Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari.
(b) Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini
maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarangperubahan pada bilangan
murid di dalam kelas pendidikan khas.
(c) Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa
dikemaskini.
(d) Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap.
(e) Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat
rawatan, surat panggilan mesyuarat dan lain-lain.
(a) Menguruskan hal-hal berkaitan dengan bayaran tambahan murid dan mengeluarkan
resit.
(b) Menguruskan buku-buku latihan dan buku kerja yang bersesuaian.
(c) Menyerahkan kutipan bayaran kepada penyelaras yang ditetapkan.
(a) Memastikan nama murid Pendidikan Khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku
Daftar Kemasukan Murid.
(b) Memastikan murid Pendidikan Khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai
(bersama dengan semua guru Pendidikan Khas) dan keputusannya dicatatkan dalam
Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan seterusnya dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak,
(c) Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah,
(d) Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat,
(e) Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid
Pendidikan Khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh
tutup,
(f) Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas
diuruskan dengan cekap,
(g) Memastikan murid Pendidikan Khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang
diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
(h) Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke
luar negeri dan memastikan dokumen murid ini dihantar ke sekolah barunya.
(i) Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil
Berhenti Sekolah.
3.4 PERANAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
● Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.
● Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
● Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
● Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
● Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.
● Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum
sesi P & P7.2 Membantu mengurus masalah tingkah-laku murid semasa P&P
sekiranya perlu.
● Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.
● Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.
● Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk
ke sesuatu tempat .
● Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda,
senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.
● Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti kokurikulum.
● Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.
3.4.2.6 Tugas Sewaktu Cuti Sekolah
a. Cuti Penggal
● Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan
selamat.
● Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
● Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga
dengan baik.
● Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya
diperlukan untuk tindakan segera.
Komunikasi adalah satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih
manusia untuk menghasilkan tindak balas yang diharapkan. Bentuk komunikasi terbahagi
kepada empat bahagian iaitu :
(a) Sehala berkomunikasi tanpa memerlukan maklum balas
(b) Dua hala penerima memberi maklum balas kepada penghantar mesej
(c) Komunikasi ke atas maklumat dari orang bawahan kepada pihak pengurusan
(d) Komunikasi ke bawah arahan, informasi penting
Menurut Wan Izuddin (1991) komunikasi berkesan bergantung kepada tiga komponen iaitu:
(a) Pemberi mesej dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan baik,
(b) Media yang digunakan untuk menyampaikan mesej tidak menjejaskan
mesej yang disampaikan dan
(c) Penerima mesej dapat menerima mesej sebagaimana disampaikan, dapat
memproses mesej dan memberi respon yang sewajarnya.
Pengurusan kelas ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang terus
membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Pengurusan bertujuan untuk memupuk dan
memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien.
Guru perlu menstrukturkan ruang fizikal bilik darjah supaya dapat meminimumkan
masa murid tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Bilik
darjah yang paling berkesan ialah dimana hanya 5 – 13% daripada masa
keseluruhan di gunakan untuk persediaan bahan bantu mengajar.
Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker& Shea (1995) tingkah laku seseorang
itu, sama ada terhadap dirinya dan juga orang lain adalah dipengaruhi oleh beberapa
faktor, iaitu:
(a) Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar dan
kurang mesra
(b) Kepercayaan kepada khurafat/tahyul atau keperluan untuk bertindak balas
terhadap sesuatu yang tidak diketahui.
(c) Kepercayaan kepada sains, atau keperluan menyiasat, menganalisis, dan
menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui.
(d) Perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing, mengawal dan
mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik
(a) Penggunaan internet atau bahan interaktif yang lebih menarik dan boleh
membina motivasi murid
(b) Menggalakkan murid membuat penerokaan dalam pencarian sumber
maklumat
(c) Menggalakkan murid mahir dalam penggunaan ICT
(d) Pengumpulan bahan maklumat dari pelbagai sumber
(a) Guru yang tidak mahir dalam penggunaan "online teaching" akan mengambil
masa yang lama
(b) Murid akan meneroka laman sesawang yang tidak sesuai jika tiada
pengawasan
3.7.3 Model Montessori
(a) penumpuan
(b) kemahiran membuat pemerhatian
(c) kesedaran dari segi susunan dan urutan
(d) kesedaran dari segi tanggapan, kemahiran amali
(e) koordinasi
(f) konsep matematik
(g) kemahiran bahasa
(h) kemahiran menulis dan membaca
(i) kebiasaan dari segi seni kreatif
(j) kefahaman tentang alam semula jadi
(k) pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian
masalah
(l) pengalaman dalam memahami sains dan sosial
(a) Persekitaran
• Kawasan luas dan murid boleh bergerak dengan bebas
• Dilengkapi dengan taman permainan
• Menarik dan menyeronokan
• Alatan permainan yang menarik
• Bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan belajar
• Bilik darjah dihiasi gambar yang boleh menarik perhatian murid
(b) Murid-murid
• Bebas memilih mana-mana aktiviti atau projek yang mereka sukai
• Aktiviti biasanya dilakukan di tikar atau meja, mengikut arahan kendiri bekerja
bersendirian atau berpasangan
• Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati
dan meniru rakan-rakan yang lebih tua
(c) Guru
• Kawalan guru yang sangat minima, dengan memerhatikan murid dari jauh dan
melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada murid-murid tentang
bagaimana menggunakan alat atau bahan baharu
• Guru tidak memuji murid-murid kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapatkan
“self-rewarding” ,motivasi intristik.
Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil bahagian
secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen pembelajaran. Lebih banyak aktiviti di
kendalikan di peringkat sekolah rendah berbanding dengan peringkat sekolah menengah.
Kajian yang telah di laksanakan oleh Berliner (1983) di beberapa buah sekolah
rendah telah mengenal pasti antara 11 dan 53 jenis aktiviti yang berlainan dijalankan dalam
stesen– stesen pembelajaran seperti pengajaran guru, bacaan, kerja kumpulan,
pembelajaran koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video, permainan,
pertandingan, projek seni dan sains.
Reith dan Evertson (1988) berpendapat penyusunan stesen
pembelajaran boleh membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran
dan mempromosikan mobiliti murid secara teratur. Ia boleh mengurangkan
gangguan dan kebisingan, memperbaiki kualiti interaksi sosial murid dan
menambah peratusan masa murid menumpukan perhatian terhadap tugasan akademik.
Penyusunan bilik secara stesen boleh juga mempengaruhi keupayaan guru memerhati
tingkah laku murid semasa mereka menjalankan tugas.
3.7.5.1 Kelebihan
(a) susunan Horse Shoe membolehkan kedudukan meja setiap orang pelajar
disusun mengelilingi meja guru dan ini memudahkan kawalan kelas
(b) Susunan bentuk Horse Shoe ini menggalakkan interaksi dua hala dan
interaksi pelbagai hala.
(c) Susunan bentuk ini adalah sesuai untuk aktiviti perbincangan di antara guru
dan murid
(d) Guru dan murid dapat melihat secara langsung
Scan me….
Imbas kod QR
dan luaskan bacaan anda...
Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence. Teori ini
menyatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini
merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri
seseorang individu.
Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap
kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya
dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu.
(d) Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan
badan dalam menjalankan aktiviti P & P.
(e) Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan
badan dalam menjalankan aktiviti P & P.
(f) Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan
persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P.
(g) Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta
bahan- bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan.
Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran akan menarik minat murid untuk
belajar. Murid –murid pendidikan khas yang agak lambat dalam memahami pembelajaran
akademik mungkin lebih cenderung kepada kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.
Kedudukan tempat duduk murid adalah amat penting untuk suasana pembelajaran yang
kondusif. Keadaan tempat duduk dan ruang yang baik memberi keselesaan kepada
murid untuk belajar.
Hal ini membantu murid memberikan tumpuan serta melaksanakan aktiviti dengan
lancar. Selain daripada untuk kemudahan murid, kedudukan tempat duduk yang
bersesuaian juga dapat menggalakkan komunikasi antara murid dan kolaboratif sesama
mereka. Dalam merencanakan pendidikan abad ke 21 dan pembelajaran abad ke 21,
kedudukan murid yang dapat merangsang elemen 4K adalah amat dititikberatkan. 4K
tersebut adalah: Komunikatif, Kolaboratif, Kritis dan Kreatif.
3.8 MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID
Guru harus menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok
masing-masing.
(b) Model II : Kumpulan Mengikut Kebolehan
● Kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan
mereka. Mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan
penilaian.
● Pengumpulan murid-murid mengikut kebolehan biasanya digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran seperti lisan, membaca, dan menulis.
● Ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan murid yang
hampir-hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu-satu kemahiran.
● Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan
mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama taraf
kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian
atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua, ialah kumpulan
mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan.
Pengajaran individu
● kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar sahaja dan tidak semua
individu, maka kaedah individu perlu,
Persekitaran pembelajaran merujuk kepada suasana dan keadaan fizikal tempat di mana
MBK masalah pembelajaran belajar dan guru mengajar. Ia merupakan antara elemen
penting dalam pendidikan khas dan perlu dirancang supaya persekitaran pembelajaran yang
interaktif dan kondusif dapat diwujudkan. Persekitaran pembelajaran yang baik dapat
menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin,
perhubungan guru-murid yang aktif dan menjamin keseronokan untuk MBK belajar.
3.9.3 Keceriaan
(a) Hias Bilik Darjah darjah dengan hiasan yang menarik supaya murid berada dalam
keadaan seronok utuk belajar
(b) Hias Bilik Darjah darjah dengan bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran.
Jangan hias Bilik Darjah darjah sehingga menjadi suram.
3.9.10 Keselesaan
3.9.11 Keselamatan
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Setiap guru pasti ada satu bentuk sistem
pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing
tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negative dan bebas gangguan.
Kebajikan murid pendidikan khas melihat kepada setiap peranan guru pendidikan khas
dalam melaksanakan aktiviti kebajikan mereka. Antaranya ialah
(a) Membantu murid pendidikan khas yang mempunyai masalah kewangan dengan
mengurus kewangan mereka khususnya Elaun Murid Khas (EMK)
(b) Membantu murid menyediakan kelengkapan peralatan sekolah.
(c) Sentiasa melakukan aktiviti ziarah ke rumah murid MBK
(d) Membantu murid MBK ketika menghadapi masalah berkaitan dengan keluarga dan
bertindak sebagai kaunseling.
(e) Sentiasa memaklumkan kepada sekolah dan PIBG sekiranya murid MBK
mempunyai masalah keluarga atau kewangan
● Bahan Cetak - Buku-buku, Mashaf-mashaf, kitab tafsir, buku teks, buku rujukan,buku
latihan, kamus, atlas, buku-buku fiksyen/ bukan fiksyen, ensiklopedia,autobiografi
dan lain-lain
● Terbitan berkala – Pelbagai akhbar harian, mingguan, bulanan – Majalah terbitan
bulanan, tahunan dwi tahunan, keluaran khas
● Gambar foto – Gambar yang menunjukkan keadaan asas atau semulajadi – Contoh :
gambar pemandangan, masjid, kaabah
● Atan long (1981) membahagikan alat bantu mengajar (ABM) kepada tiga kumpulan,
iaitu:-
○ Alat pendengaran,
○ Alat pandangan
○ Alat pandang dengar.
● Noraziah abdul hamid (1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu:-
○ Media elektronik
○ Media bukan elektronik,
● Hanapiah sudin (1979) menggolongkan kepada dua, iaitu:
○ Bahan- bahan software
○ Bahan-bahan hardware
Menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6 yang dikeluarkan pada tahun 2007 oleh
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, guru resos ialah Guru Pendidikan Khas yang
ditempatkan di sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Integrasi. Manakala bilik resos merupakan bilik yang disediakan untuk menjayakan
Program Pendidikan Khas Integrasi.
Bilik resos digunakan sebagai tempat pengajaran dan pengukuhan pembelajaran
murid, menyimpan peralatan dan bahan pendidikan khas serta tempat di mana guru-
guru resos menjalankan tugasan mereka.
● Guru pendamping ialah guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru
biasa untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan sesuai
untuk murid
● Guru pendamping khusus merupakan guru yang memiliki pengetahuan yang khusus
dalam masalah yang dihadapi oleh murid
● Guru kelas biasa yang memiliki pengetahuan dan pengalaman untuk membantu
kanak-kanak mempelajari sesuatu
● Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincangan
● Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas.
● Menjalankan program yang berpusatkan murid
● Mendampingi guru kelas dalam menyiapkan kegiatan yang berkaitan dgn bahan unit
mengajar
● Mendampingi murid dalam menyelesaikan tugasan dan beri arahan yang tepat, jelas
● Memilih dan melibatkan rakan sebaya untuk kegiatan sosialisasi
C. Masa : 5 jam
D. Langkah Pelaksanaan
telah ditetapkan
dibincangkan.
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
SINOPSIS
Tajuk ini memberi maklumat kepada pelajar tentang pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas serta isu dan cabaran yang dihadapi dalam mengurus dan mentadbir yang meliputi
proses penempatan murid, pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan program pendidikan
khas, pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran bilik darjah dan khidmat sokongan.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) jelas senada dengan Falsafah Pendidikan
Negara(FPN) iaitu untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari
potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif.
Walaupun program pendidikan khas di negara ini berkembang dengan pesat, namun
masih ada dan sentiasa ada isu dan cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani terutamanya
dari aspek pengurusan dan pentadbirannya. Cabaran yang ada sentiasa berubah mengikut
keadaan dan tuntutan semasa. Apakah isu-isu yang menjadi cabaran dan mengapakah isu-
isu tersebut wujud dan yang penting ialah bagaimana untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Banyak cabaran dalam mengurus pelaksanaan program Pendidikan Khas ini di pelbagai
peringkat. Antaranya ialah :
4.1 - Bincangkan isu dan cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas berkaitan perkara-perkara berikut.
- prosedur pemilihan MBK
- pengesahan kelayakan murid sebagai MBK
- proses penilaian untuk penempatan murid ke program pendidikan
khas
4.2 - Cadangkan usaha yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu dan
cabaran-cabaran tersebut.
4.2 PELAKSANAAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS
Pelbagai perkara perlu dilihat dalam mengurus dan mentadbir program Pendidikan
Khas di sekolah terutamanya hal-hal kewangan. Pengurusan kewangan perlu dilakukan
dengan berintegriti untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan sekolah dan proses
pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Peruntukan wang kerajaan sebahagian
besarnya disalurkan melalui bantuan per kapita (PCG). Bantuan per kapita ini diberikan
mengikut bilangan pelajar. Secara umumnya ia digunakan bagi keperluan pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu sekolah juga menerima wang daripada punca-punca kewangan lain
ataupun dikenali sebagai wang SUWA. Antara punca wang SUWA ialah seperti yuran
pelajar, derma, sumbangan orang ramai,sewa kantin, dewan, kedai buku dan juga pelbagai
hasil daripada projek-projek sekolah. Selain itu sumber kewangan lain ialah dari
Rancangan Makanan Tambahan (untuk murid-murid miskin), sumbangan daripada PIBG,
sumbangan sukarela daripada agensi dan individu serta sumbangan lain yang diperolehi
melalui kelulusan daripada pihak yang berkenaan. Sumber kewangan yang diperolehi itu
perlu diurus dengan baik dan perlu diakaunkan mengikut peraturan.
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan PPKI menengah rendah juga ada
menerima bantuan PCG seperti murid lain. Anda boleh merujuk Surat Pekeliling Kewangan
Bil.5 Tahun 2002: Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah KP.1573/17/Jld.14(4)
bertarikh 16 Oktober 2002. Menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan
bahawa peruntukan tersebut benar-benar digunakan untuk membantu meningkatkan
perkembangan diri murid berkeperluan khas ini dari semua aspek. Selain itu pemantauan
penggunaan elaun murid perlu dilakukan. Kerajaan telah memperuntukkan bajet yang tinggi
ini bagi memastikan keperluan pendidikan murid dapat dipenuhi. Persoalannya adakah
peruntukan elaun murid benar-benar digunakan mengikut objektifnya. Perancangan yang
teliti yang bagi mengurus keperluan murid perlu dilakukan sebaiknya. Beberapa perkara
perlu diberi perhatian semasa menguruskan perbelanjaan kewangan Pendidikan Khas
seperti penyelaras dan guru pendidikan khas perlu membuat perancangan yang teliti untuk
kegunaan pengajaran dan pembeljaran serta kebajikan murid-murid khas, jumlah sebenar
peruntukan perlu diketahui oleh penyelaras dan guru-guru pendidikan khas supaya dapat
dimanfaatkan dengan optimum dan perlu diingat untuk audit pengurusan kewangan.
4.1 - Bincangkan isu dan cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas berkaitan perkara-perkara berikut.
- pengurusan elaun MBK dan peruntukan PCG
- kesesuaian persekitaran dalam bilik darjah
- peningkatan profesionalisme dan bidang tugas sumber manusia
4.2 - Cadangkan usaha yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu dan
cabaran-cabaran tersebut.
4.3 PELAKSANAAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
Peralatan dan kemudahan asas juga perlu diurus dengan baik mengikut prosedur
dan kesesuaiannya. Pengurusan dari segi pemerolehan, penyimpanan, penggunaan dan
penyelenggaraan bahan harus dirancang dengan baik. Sebagai contoh, bahan-bahan seperti
bahan multimedia dan bahan bukan multimedia perlulah diurus dengan berkesan.
Pengurusan ini juga meliputi lokasi penyimpanan, maklumat dan rekod penggunaan, dan
juga keselamatan.
Tugasan 4
4.1 - Bincangkan isu dan cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas berkaitan perkara-perkara berikut.
- aspek keselamatan persekitaran dalam dan luar bilik darjah
- kesesuaian peralatan bagi membantu perkembangan diri murid
berkeperluan khas
- kesesuaian kemudahan asas yang disediakan pihak sekolah
4.2 - Cadangkan usaha yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu dan
cabaran-cabaran tersebut.
Perkembangan khidmat sokongan bermula sekitar tahun 1970an apabila ahli-ahli psikologi
percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an khidmat
sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook & Friend,1991a). Beliau
juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara
langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat
keputusan untuk mencapai matlamat yang sama dalam memberikan perkhidmatan
sokongan, bantuan, pertolongan untuk kebaikan kedua-dua pihak. Menurut Sher dan Baur
(1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang
melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas, guru, ibu bapa dan murid-murid
lain dalam kelas biasa. Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan dalam
kalangan guru-guru khas, guru-guru biasa, ibu bapa, murid dan agensi khidmat masyarakat.
Penglibatan keluarga menjadi agenda yang penting dalam tahun 1990an hingga sekarang.
4.4.1 Kepentingan Khidmat sokongan
Pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid khas dapat dikurangkan sekiranya wujud
kerjasama daripada pelbagai pihak. Perkhidmatan sokongan ini akan dapat membantu ibu
bapa dan pihak sekolah dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna, sesuai dan menyeronokkan. Sebagai contoh, dalam khidmat sokongan, salah
satu peranan kumpulan pelbagai disiplin ialah berperanan mengenalpasti masalah murid,
memastikan murid mendapat penempatan yang adil dan sesuai mengikut tahap kecacatan,
keperluan, minat dan latar belakang mereka.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap
sekolah. Keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sesebuah
sekolah dan guru-guru di sekolah tersebut. Jika PIBG tidak dapat berfungsi dengan baik,
hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang pasti akan
terganggu. Terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG di sekolah.
Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi
kebaikan anak-anak mereka. Contohnya, setiap ibu bapa akan menyumbang wang untuk
digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan. Selain itu, ibu bapa juga dapat berjumpa dan
bertanya khabar dalam perjumpaan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam perjumpaan
atau mesyuarat agung yang dijalankan, ibu bapa boleh memberikan cadangan atau
membuat aduan tentang sesuatu perkara demi kebaikan anak-anak mereka. Ibu bapa
yang sudi menghadiri program PIBG akan memberikan gambaran kepada anak-anak
tentang sikap ibu bapa yang prihatin terhadap diri mereka.
PIBG juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa
dengan guru-guru. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu
ke arah kecemerlangan pelajar. Contohnya, pihak PIBG perlu mengadakan program-
program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka.
Antara program- program yang boleh diadakan ialah Majlis Hari Terbuka dan Majlis Hari
Kecemerlangan Pelajar. Jika hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru baik, maka
para pelajar akan berasa gembira kerana ibu bapa dan guru-guru mereka mengambil berat
tentang kemajuan pelajaran mereka.
Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu
program yang dirancang oleh pihak sekolah. Terdapat pelbagai program yang dirancang
oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak
sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad.
Pihak PIBG boleh membantu pihak sekolah untuk menyediakan kemudahan asas
dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah sememangnya boleh meminta peruntukan
daripada kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah.
Namun demikian kadangkala peruntukan ini kurang mencukupi dan bantuan daripada PIBG
amat diharapkan. Oleh itu, antara kemudahan yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah
pondok bacaan pelajar dan pondok menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan daripada PIBG
kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak PIBG dengan pihak
sekolah.
Di samping itu, pihak PIBG juga boleh menjadi orang tengah dalam sesuatu masalah
yang berlaku antara ibu bapa dengan guru. Kerjaya guru memang penuh dengan cabaran
dan kadang-kadang guru boleh hilang kesabaran dalam berhadapan dengan pelajar yang
bermasalah. Dalam sesetengah kes, ada pihak ibu bapa yang marah dengan guru yang
mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka. Terdapat juga kes disiplin pelajar yang
dilaporkan kepada pihak polis yang sedang menunggu tindakan mahkamah diambil. Dalam
menghadapi masalah ini, pihak PIBG boleh memainkan peranan bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan baik.
Ibu bapa boleh memberi banyak sumbangan untuk memperbaiki sistem pendidikan
kerana mereka adalah orang yang paling hampir dengan anak. Oleh yang demikian mereka
sepatutnya diberi peluang untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam pendidikan
anak mereka. Gabungan dan kerjasama pelbagai pihak dapat menyediakan pendidikan yang
lebih bermakna dan berkesan.
Kerjasama dan kolaborasi antara ibu bapa, keluarga, masyarakat, pihak kerajaan dan
badan-badan NGO telah menjayakan program yang dianjurkan bagi kanak-kanak
berkeperluan khas. Kerjasama pihak kerajaan dan badan-badan NGO ini diharapkan akan
terus membantu meringankan bebanan ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak-anak
berkeperluan khas.
Kumpulan pelbagai sokongan atau lebih dikenali sebagai pasukan pelbagai disiplin adalah
terdiri dari personal yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar
perubatan, pakar terapi dan pekerja sosial. Mereka memainkan peranan penting dalam
membantu membangunkan perkembangan diri mereka yang berkeperluan khas.
Antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menawarkan khidmat sokongan di negara
ini ialah :
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi bantuan dari segi perkhidmatan kepada
orang kurang upaya yang bersesuaian dengan syarat yang ditetapkan. Mereka
menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang mendaftar dengan mereka sahaja. JKM
juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya. Jabatan
Kebajikan Masyarakat telah memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai kemudahan
bagi membolehkan OKU bergerak bebas. “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya
Ke bangunan Awam” dirangka bagi mewajibkan bangunan baru mempunyai kemudahan
akses
kepada OKU. Antaranya termasuklah laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas
dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
Terdapat beberapa pusat yang ditubuhkan oleh agensi bukan kerajaan seperti Malaysian
Care, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, Persatuan
Orang Buta Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Cleft Lip and Palate Association of
Malaysia, NURY, TASPUTRA PERKIM dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
(NASOM)
82
Peranan badan-badan bukan kerajaan ialah untuk mengesan dan menjalankan
rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak berkerperluan khas. Mereka juga
memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak berkerperluan khas serta
mereka juga memberi penerangan kepada ibu bapa, para profesional dan orang ramai.
Mereka juga berperanan untuk memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkerperluan
khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental. Kanak-kanak ini diberi latihan mental dan
fizikal. Badan-badan bukan kerajaan juga menganjurkan program-program terapi pertuturan
bagi murid-murid sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat
sokongan kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Mereka juga membantu
murid berkeperluan khas seperti murid-murid sindrom down mendapat pelajaran serta
latihan kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. Badan
kerajaan ini juga menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan
dirujuk. Mereka juga menjalankan program tindakan awal ‘early intervention’, program pra
sekolah, program
penglihatan terhad dan memberi nasihat kepada ibu bapa.
UNIT 4: Isu dan Cabaran dalam Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas
C. Masa : 3 jam
D. Langkah Pelaksanaan
telah ditetapkan
ii. Pensyarah memberikan penerangan berkaitan tajuk yang akan
dibincangkan.
iii. Pelajar dan pensyarah melaksanakan perbincangan berkaitan tajuk
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
Tahniah !!! Anda telah berjaya berjaya melengkapkan bacaan dengan tekun dan sabar.
Pemahaman anda mengenai tajuk ini akan lebih mantap sekiranya anda melaksanakan
tugasan yang telah disediakan di bawah ini.
4.1 - Bincangkan isu dan cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas berkaitan perkara-perkara berikut.
4.2 - Cadangkan usaha yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu dan
cabaran-cabaran tersebut.
Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic Press: USA.
Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers’ Attitude to Change. PhD
thesis. University of Exerter. Unprinted.
Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. PhD
thesis. University of Warwick. Unprinted.
K.A.Razhiyah (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Kuala Lumpur.
Shahabuddin Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategi dan teknik
mengajar berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Rahim Abdul rashid. (1999). Profesionalisme motivasi pengurusan bilik darjah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sang M. S. (1991). Pedagogi 2 : Strategi pengajaran dan pengajaran mikro. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam : Falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran
pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sang M. S. (2008). Pengurusan hal ehwal murid. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Senarai semak.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).
Bahan Pembelajaran
Media Sosial