You are on page 1of 21

MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM

AHLI-AHLI KUMPULAN MOHD AMRAN B. MANINING AL-SHARO LIA CAMALIA BINTI SAHAR

KONSEP KURIKULUM
Merupakan dokumentasi khas dan panduan. Memberi tumpuan kepada kaedah Memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran Konsep yang tersirat

Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.

DEFINISI KURIKULUM
Kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur- unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya.

(Kementerian Pelajaran Malaysia)

DEFINISI KURIKULUM

Ia berasal daripada perkataan Latin currere maksud race course atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud jelmaan.

DEFINISI KURIKULUM
Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.

Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan.

DEFINISI KURIKULUM

Pembangunan kurikulum pula adalah perihal pembinaan dan


pembentukan kurikulum. Setelah kurikulum dibentuk, ianya akan melalui tahap penyebaran, tahap pelaksanaan, tahap penilaian, tahap pembaharuan yang akan membawakepada pembentukan

dan pembinaan kurikulum yang baru pula


(Razali Arof,1996)

DEFINISI KURIKULUM
4 SOALAN ASAS KURIKULUM i.Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah? ii.Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin dapat mencapai tujuan tersebut? iii.Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara berkesan?

iv.Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh


dicapai atau sebaliknya?

MODEL-MODEL KURIKULUM
TYLER
TABA STENHOUSE

MODEL TYLER (1950)


Berasaskan

kepada OBJEKTIF dan PROSES Objektif pelajaran hendaklah merangkumi 2 aspek:

(a) Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar (b) Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar

MODEL TYLER (1949)

Kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah,dirancang, dikelola & dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Kurikulum merangkumi objektif pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar. Menegaskan penggunaan objektif dalam perkembangan pendidikan dianggap alat untukmencapai suatu tujuan. Menurut Tyler (1949), tujuan sebenar pendidikan adalah untuk membawa perubahan dalam tingkahlaku murid-murid

MODEL TYLER
Kurikulum meliputi

Aktiviti yg harus dilakukan oleh guru

Topik dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah disenaraikan

T/laku & Obj.perkembangan hendaklah dinyatakan dalam setiap topik

Obj.pelajaran hendaklah dinyatakan dlm btk obj.eksplisit

MODEL TABA (1945)

Berlandaskan kepada Kurikulum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA Objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah pragmatism yang mengandungi logik penyelesaian masalah malalui aktiviti inkuiri-penemuan. Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatan pelajar sebagai objektif- objektif utama.
Taba mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan mantap iaitu:

MODEL TABA (1945)


Diagnosis atas permintaan kurikulumnya
Ringkasan objektif-objektif kurikulum Pemilihan isi kandungan kurikulum Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih Pemilihan Pengalaman Pembelajaran Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih Pengukuran dan Penilaian

MODEL TABA (1945)


Komponen Utama Pelaksanaan Kurikulum di Sekolah (Digubal oleh Jawatankuasa Kajian Kurilukum (1933-1941) USA

Pengenalpastian objektifobjektif kurikulum.

Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum

Penilaian untuk pencapaian objektif.

Organisasi kaedah dan strategi.

MODEL STENHOUSE (1975)

Berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajran sebagai komponen utama dalam sesuatu kurikulum Model Stenhouse merangkumi AKTIVITI:
Yang membolehkan pelajar membuat keputusan dan refleksinya sendiri
Yang memerlukan pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran Yang membolehkan pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing Yang memerlukan pelajar menggunakan pengamatan dan daya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru, serta aplikasi dalam suatu proses intelek

MODEL STENHOUSE (1975)


Samb..
Yang melibatkan pelajar dan guru dalam penanggungan risiko kejayaan atau kegagalan

Yang melibatkan pelajar dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau disiplin

MODEL STENHOUSE (1975)


Samb..

Model ini banyak bergantung kepada kemahiran guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Kejayaan perlaksanaan kurikulum amat bergantung kepada kemahiran guru yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti P&P berdasarkan garis panduan aktivitiaktiviti yang disenaraikan. Guru memainkan peranan sebagai penyelidik, mengkaji masalah pendidikan dari masa ke semasa, untuk mempertingkatkan kualiti dan kemahiran mereka dalam perancangan serta pelaksanaan aktiviti P&P dengan lebih berkesan

KURIKULUM TREND TERKINI


Dikenali sebagai Kurikulum Emergent Merupakan kurikulum yang dinamik kerana perkembangan ICT diperkenalkan dalam kurikulum sekolah. Perkembangan dan pembangunan pendidikan yang semakin canggih muncul (emerge) dan mempengaruh situasi persekolahan akan membawa kesan ke atas matlamat dan rancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Faktor-faktor yang mempengaruhi kurikulum emergent ialah a) Perkembangan politik (ideologi & nasionalisme) b) Ekonomi (sumber-sumber pendapatan) c) Falsafah, sosiologi dan psikologi Contoh pengubahsuaian dalam kurikulum emergent ialah i) Penerapan unsur-unsur sains & teknologi maklumat yang diterapkan dalam kurikulum akibat banyak inovasi pembaharuan berlaku dalam era ICT dan globalisasi ii) KBSR & KBSM sentiasa dinilai dan diubahsuai dari masa ke semasa iii) PPSMI

KURIKULUM TREND TERKINI

Kesimpulan: Kurikulum Trend Terkini ialah kurikulum dinamik dan mempunyai ciri fleksibiliti yang dapat mengakomodasikan segala tuntutan keperluan dari masa ke semasa

TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA

SEKIAN DAN TERIMA KASIH

You might also like