You are on page 1of 91

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)

MODUL PENDIDIKAN KHAS PITO

PKBK2053P
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai JUN 2020.

1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan
komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH
OPSYEN (PITO).

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2020.


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

2
KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis


2
Hak Pengarang

Kandungan 4
5
Pengenalan
Panduan Pelajar 7

Agihan Tajuk dan Unit

ASAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


UNIT 1 14
PENDIDIKAN KHAS

SEKOLAH DAN PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN


UNIT 2 35
KHAS DI MALAYSIA

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN


UNIT 3 43
KHAS DI SEKOLAH SERTA ISU DAN CABARAN

ISU DAN CABARAN DALAM PENGURUSAN DAN


UNIT 4 75
PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

Bibliografi 89

Panel 28

Simbol 29

3
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran


agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran


yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
(PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di
mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan. Modul pembelajaran ini
dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka
diperuntukkan 60%. Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul
pembelajaran iaitu 40% termasuk dalam talian.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah
dan pelajar akan menentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam

4
talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK)
mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul pembelajaran ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima elemen
asas yang konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit


2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Refleksi/ Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada
sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran dilaksanakan berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Soalan peperiksaan adalah


berdasarkan tajuk-tajuk yang telah dijajarkan kepada pentaksiran hasil pembelajaran kursus
(HPK) dalam Maklumat Kursus (MK) secara interaksi bersemuka dan modul.

5
PENGENALAN

Modul ini membantu pelajar untuk mendapat maklumat tentang perkara yang berkaitan
pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas Masalah Pembelajaran di Malaysia serta isu
dan cabarannya meliputi asas pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas di sekolah dan
program-program pendidikan khas di Malaysia, pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas di sekolah, pengurusan bilik darjah pendidikan khas termasuk isu dan cabaran dalam
pendidikan khas.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Memperincikan asas pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas di sekolah dan


program-program pendidikan khas di Malaysia.
2. Mencadangkan penyelesaian bagi isu dan cabaran berkaitan pelaksanaan
pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Khas yang dinilai di sekolah
3. Memberikan justifikasi terhadap idea baharu yang dikemukakan bagi menyelesaian
isu dan cabaran berkaitan pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran Pendidikan
Khas.

6
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60%. Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar
melalui modul pembelajaran iaitu 40% termasuk dalam talian.

TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM PEMBELAJARAN TERADUN


(74 jam)
Pembelajaran Terarah
Bersemuka Tidak Bersemuka
(30 jam) (44jam)
e-pembela
K T Modul Jumlah
jaran
1. Asas Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Khas

 Definsi dan Konsep


 Dasar Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Khas
- Perundangan pendidikan khas 2 4 6
- Polisi dan akta pendidikan
- Laporan Jawatankuasa Kabinet
(Perakuan 1969)
- Akta Pendidikan 1996
- Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas 2013)

- Kod Amalan Pendidikan Khas


- Pekeliling yang berkaitan
- Dasar-dasar pendidikan terkini
 Model Pengurusan Pendidikan
Khas
- Model Itineran
- Model Konsultan
- Model Kelas Biasa
- Model Bilik Resos
3 9 12
- Model Kelas Khas
 Struktur dan Peranan Pentadbiran
dan Pengurusan Pendidikan Khas
- Kementerian Pendidikan
Malaysia
- Bahagian Pendidikan Khas,
KPM
- Jabatan Pendidikan Negeri
- Jabatan Pendidikan Daerah

7
- Sekolah
- Kelas

2. Sekolah dan Program-program


Pendidikan Khas di Malaysia
 Jenis-jenis Program Pendidikan
Khas
- Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional (SMVPK)
- Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas (SKPK)
- Program Prasekolah Pendidikan
Khas 2 4 6
- Program Pendidikan Khas
Intergrasi (PPKI)
- Program Pendidikan Inklusif
- Program Disleksia
- Program-program pendidikan
khas terkini (Contoh: Program
Buying Seat, Politeknik, Giat
MARA)

 Proses Penempatan Murid


- Pihak-pihak yang terlibat
1 3 4
- Kriteria penempatan

3. Pengurusan dan Pentadbiran


Pendidikan Khas di sekolah serta Isu
dan Cabaran
 Peranan Pentadbir
- Guru Besar
- Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas
- Guru Penyelaras
 Peranan Guru Pendidikan Khas
- Kurikulum
- Kokurikulum
- Hal Ehwal Murid
 Peranan Pembantu Pengurusan 4 8 12
Murid (PPM)
 Peranan Kumpulan Sokongan
- PIBG
- Kerajaan
- Bukan Kerajaan (NGO)
 Pengurusan Sumber Manusia
- Kerjaya dan profesion keguruan
- Kelayakan
- Latihan
- Ciri-ciri guru yang berkesan
 Pengurusan Kewangan
- Kumpulan wang kerajaan
8
- Wang SUWA (Sumber Wang
Awam)
 Pengurusan Infrastruktur

 Pengurusan Konflik dan


Komunikasi
 Sokongan Pengurusan Sekolah
- Kerjasama
- Kenaikan pangkat
- Penghargaan dan pengiktirafan
- Kebajikan
- Kerja berpasukan
 Pengurusan Bilik Darjah
Pendidikan Khas
- Model kelas
o Model Hewett
o Model Montesori
o Stesen
o Horse-shoe
o Modular
- Pengurusan kelas abad ke 21
 Model Pengajaran dan
Pembelajaran Murid
- Model I : 3 Kumpulan yang
berbeza
- Model II : Kumpulan 5 11 16
berkemahiran hampir sama
- Kaedah pengajaran kumpulan
dan individu
 Pengurusan Persekitaran Bilik
Darjah
- Susunan perabot
- Peralatan kelas
- Keceriaan
- Keselesaan
- Keselamatan
 Pengurusan Murid
- Tingkah laku
- Kebajikan
- Keperluan khas murid
 Pengurusan Sumber Pengajaran
dan Pembelajaran
- Buku
- Multimedia
- Bahan Bantu Belajar
 Khidmat Guru Pendamping dan
Guru Sumber
9
- Definisi dan kepentingan
- Kelayakan
- Peranan

4. Isu dan Cabaran dalam Pengurusan


dan Pentadbiran Pendidikan Khas
- Proses Penempatan Murid
o Prosedur
o Kelayakan murid 2 4 6
o Penilaian kemasukan
- Pelaksanaan pentadbiran dan
pengurusan sekolah
o Skop dan tugas

- Pelaksanaan pentadbiran dan


pengurusan program
Pendidikan Khas
o Kewangan
o Infrastruktur
o Sumber manusia
- Pelaksanaan pentadbiran dan
pengurusan bilik darjah
o persekitaran dalam dan luar
bilik darjah 3 9 12
o peralatan
o kemudahan asas
- Khidmat sokongan
o Penglibatan ibu bapa dan
komuniti
o Kumpulan pelbagai
sokongan
o Penglibatan warga sekolah

JUMLAH 10 20 12 32 74

10
UNIT 1 ASAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN
KHAS

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, pelajar akan didedahkan secara umum tentang definisi dan konsep
pengurusan dan pentadbiran, dasar pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas, model-
model pengurusan pendidikan khas serta struktur dan peranan bahagian-bahagian di
Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat dengan program Pendidikan Khas di
Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar akan dapat :


- Memperincikan dasar-dasar perundangan yang menjadi asas pengurusan
dan pentadbiran pendidikan khas di Malaysia
- Menganalisis kelebihan dan kekurangan model-model pengurusan pendidikan
khas yang digunakan dalam mengurus program pendidikan khas
- Memperincikan struktur dan peranan bahagian-bahagian di Kementerian
Pendidikan Malaysia yang berkaitan dengan pendidikan khas.

KERANGKA TAJUK
1.1 Definisi dan konsep pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Khas
1.2 Dasar Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas
1.3 Model Pengurusan Pendidikan Khas
1.4 Struktur dan Peranan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Khas

11
12
1.1 DEFINISI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Apa itu pengurusan dan pentadbiran?

Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan.
Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses
perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi
dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai
matlamat organisasi. Robbins & Coulter (2016) menjelaskan bahawa pengurusan ialah satu
proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli
dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling
berkesan. Jones & George (2018) pula menyatakan bahawa pengurusan melibatkan
proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli
organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi
mencapai matlamat organisasi.

Manakala pentadbiran pula merujuk kepada fungsi pengurusan yang terdapat dalam
sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan. Knezevich ( 1975) menjelaskan bahawa
pentadbiran adalah satu proses sosial yang memusat kepada identifikasi, penyelenggaraan,
pengawalan dan penyertaan sumber-sumber baik berupa tenaga manusia mahupun bahan
dalam satu sistem yang bersepadu yang dibentuk untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan.

Secara umumnya dapatlah difahamkan bahawa konsep pengurusan dan


pentadbiran adalah proses sosial melibatkan perancangan, pengurusan,serta pengawalan
yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan
sumber-sumber baik berupa tenaga manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang
bersepadu yang dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Melchar dan
Bosco (2010), mereka mendapati bahawa amalan pentadbiran dan pengurusan dalam
organisasi membantu penyesuaian terhadap pengurusan perubahan serta dapat
meningkatkan kecemerlangan organisasi. Pengurusan dan pentadbiran seorang ketua
jabatan merupakan suatu keperluan penting dalam proses pengurusan perubahan bagi
menggerakkan organisasi mencipta idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk
kecemerlangan organisasi (Ibrahim & Don, 2014).

13
1.1.1 Kepentingan Pengurusan dan pentadbiran

Pengurusan dan pentadbiran dalam sesuatu organisasi diketuai oleh seorang individu yang
dikenali sebagai pengurus atau pentadbir. Everard (1986) mendefinasikan pengurus atau
pentadbir sebagai:
(a) Orang yang tahu apa yang dikehendaki dan tahu penyebab sesuatu yang berlaku
(b) Orang yang bertanggung jawab mengawal sumber dan memastikan kegunaannya
untuk kebaikan
(c) Orang yang berusaha meningkatkan keberkesanan kerja yang sudah dilaksanakan
dan mencari cara bagi pembaikan secara berterusan
(d) Orang yang bertanggungjawab pada prestasi organisasi atau unit yang diuruskan
(e) Orang yang bertanggungjawab mewujudkan suasana yang sesuai yang
membolehkan individu melaksanakan tugas dengan cemerlang

Antara kepentingan pengurusan ialah:

(a) Memastikan matlamat organisasi tercapai


(b) Memastikan perjalanan sesuatu organisasi itu berjalan dengan lancar
(c) Memastikan segala sumber dan faktor pengeluaran dalam sebuah organisasi
dapat dikeluarkan
(d) Memastikan semua sumber atau faktor dapat diagihkan dengan sebaiknya
(e) Memastikan pembaziran (faktor pengeluaran) tidak akan berlaku

1.2 DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan dan Pentadbiran merujuk kepada proses merancang, menyusun,


mengorganisasi, memimpin, mengarah, mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi
dan menggunakan semua-sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi yang
ditetapkan. Pentadbiran atau pengurusan sangat penting dalam sesebuah organisasi. Hal ini
kerana pentadbiran dan pengurusan yang akan menggerakkan organisasi untuk mencapai
visi dan misi yang telah ditetapkan. Pengurusan dan pentadbiran yang cekap akan
memudahkan organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sekolah sebagai
organisasi pendidikan juga tidak terkecuali daripada pengurusan dan pentadbiran.
Pengurusan dan pentadbiran sekolah juga tidak banyak bezanya dengan organisasi lain.

Pelaksanaan program Pendidikan Khas di Malaysia adalah berdasarkan kepada


perkembangan Pendidikan Khas yang berlaku sama ada di dalam dan di luar negara.

14
Perkembangan Pendidikan Khas yang berlaku telah dijadikan sebagai asas untuk
menggubal dasar pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas yang ada ketika ini. Di
antara adalah:

1.2.1 Perundangan Pendidikan Khas

Perkembangan yang berlaku dalam pendidikan khas di peringkat antarabangsa


seperti deklarasi-deklarasi antarabangsa dan amalan pendidikan khas diluar negara seperi
Amerika, Jepun, Sepanyol, Great Britain telah dijadikan sebagai sumber rujukan
perundangan pendidikan khas di Malaysia. Negara-negara dibawah Persatuan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) telah bersetuju menerima dan melaksanakan hal-hal yang berkaitan
perundangan dan melaksanakannya mengikut kesesuaian negara masing-masing.

1.2.2 Polisi dan Akta Pendidikan

(a) Public Law 94-142

(PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan


oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta
Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All
Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak
daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah
dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya
dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh
kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat
pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom &
McEvoy 1988). PL telah ditambahbaik kepada Akta Pendidikan
Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act (IDEA) pada tahun
1990.

(b) IDEA telah memberikan penekanan terhadap:

- pendidikan untuk semua,


- persekitaran yang paling tidak mengehadkan (least restrictive
environment),
- pentaksiran yang tidak mendiskriminasi,
- penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan,

15
- hak ibu bapa yang membantah (due process) dan
- pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu

1.2.3 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

Mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan satu


titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas kepada
perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana tanggungjawab kementerian
tertentu adalah sebagaimana berikut :

(a) Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak


yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran( terencat akal )
yang boleh didik.
(b) Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan
kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk
serta kanak-kanak spastic.
(c) Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat
awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang
berisiko.
Selain daripada itu dalam Laporan jawatankuasa Kabinet, Akta Pelajaran 1961
telah disemak semula dan telah digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.

Bab VI - memberi fokus kepada pendidikan kanak-kanak cacat: “Dengan adanya


kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan
kanak-kanak cacat, adalah diperakukan kerajaan mengambil alih sepenuhnya
tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya
pada masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam
memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.”
Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169. Perakuan ini menyebut;
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab
terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah
mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak
persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh
badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah
terus digalakkan.

16
1.2.4 Akta Pendidikan 1996

Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan


ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan,
pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh
diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang
merangkumi:

(a) Kanak-kanak Down Syndrom


(b) Kanak-kanak Autistik Ringan
(c) Kanak-kanak kurang keupayaan mental
(d) Kanak-kanak bermasalah emosi
(e) Kanak-kanak bermasalah kesihatan
(f) Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan

1.2.5 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 yang


mendefinisikan Murid Berkeperluan Khas adalah murid yang diperakukan oleh pengamal
perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi, ahli psikologi mengikut mana-mana yang
berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang
mempunyai:

(a) Ketidakupayaan penglihatan;


(b) Ketidakupayaan pendengaran;
(c) Ketidakupayaan pertuturan;
(d) Ketidakupayaan fizikal;
(e) Masalah pembelajaran; atau
(f) Mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah,
yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e).

17
18
1.3 MODEL PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia dilaksanakan dengan pelbagai bentuk mengikut kategori


murid. Bagi murid berkeperluan khas kategori bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran, pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan di sekolah khas. Ada juga yang
dilaksanakan kelas khas integrasi. Bagi kategori bermasalah pembelajaran, pengurusan
dan pentadbiran dilaksanakan di kelas khas integrasi. Menjelang 2025, Kementerian
Pendidikan Malaysia mensasarkan bahawa semua sekolah di Malaysia melaksanakan
program Pendidikan Inklusif.

Banyak model boleh digunakan dalam mengurus pelaksanaan Pendidikan Khas.


Mengurus pelaksanaan Pendidikan Khas yang dimaksudkan di sini ialah bagaimana
sesuatu program Pendidikan Khas itu diuruskan dan dilaksanakan untuk mencapai
matlamat yang telah ditentukan. Banyak model pengurusan Pendidikan Khas yang boleh
diikuti. Penggunaan model-model ini bergantung pada kesesuaian keadaan yang melibatkan
tempat, masa, sumber, murid, kelengkapan dan lain-lain.

1.3.1 Model Itineran

Model ini berkaitan bagaimana mengurus pelaksanaan Pendidikan Khas yang menjurus
kepada penglibatan guru beredar dalam memberi khidmat pendidikan kepada guru, ibu
bapa dan juga murid berkeperluan khas. Guru beredar ini mempunyai kelayakan dan
kemahiran tertentu dalam bidang Pendidikan Khas. Mereka akan bergerak dari satu sekolah
ke sebuah sekolah mengikut jadual pergerakan. Mereka akan melawat dan memberi
perkhidmatan kepada kanak-kanak dan menyediakan perundingan dan sokongan kepada
guru atau ibu bapa kanak-kanak. Walaupun guru beredar dalam model ini boleh
berinteraksi dan bekerja dengan kanak-kanak, namun mereka juga bertanggungjawab
untuk membantu guru atau ibu bapa menyediakan Rancangan Pembelajaran Individu (RPI).

Kelebihan model ini ialah dapat memberi peluang yang luas kepada murid
berkeperluan khas menerima perkhidmatan pendidikan, peluang integrasi lebih tinggi ,
dapat meningkatkan kemahiran belajar bersama murid arus perdana, mengurangkan kos
pengajaran dan pembelajaran serta dapat berkongsi maklumat antara Ibu bapa dan guru
serta masyarakat.

19
Sila scan menggunakan QR scanner dan klik browse website atau klik

http://online.anyflip.com/zgff/vfze/mobile/index.html

https://flowto.it/knz7LKq8?fc=0

1.3.2 Model Konsultan

Model ini melibatkan personal perunding atau konsultan yang dianggap sebagai profesional
luaran contohnya bagi PPKI kaunselor sekolah yang dilibatkan untuk membantu sekolah
atau PPKI merancang program pendidikan serta membantu murid berkeperluan khas
melalui proses perundingan. Bagi program Pendidikan Inklusif pula, personal perunding atau
konsultan adalah dari guru pendidikan khas yang merangkumi dua kategori iaitu:

(a) Guru Konsultan-Langsung (Direct Consultant Teacher).

Bekerjasama dengan guru arus perdana untuk mengajar dan menyokong murid-murid yang
berkeperluan khas sama ada individu atau kumpulan terutamanya semasa di dalam kelas
inklusif.

(b) Guru Konsultan -Tidak Langsung (Indirect ConsultantTeacher)

Membantu guru arus perdana untuk mengubah suai persekitaran pembelajaran,


pengubahsuaian kurikulum, pengubahsuaian pengajaran bagi memenuhi keperluan murid
berkeperluan khas yang belajar di dalam kelas inklusif .

Konsultasi ini berlaku dalam beberapa keadaan dan tujuan. Contohnya perundingan dengan
individu lain bagi membantu meningkatkan lagi suasana pembelajaran dalam bilik darjah
dan sekolah. Contoh yang lain ialah untuk mengenalpasti dan mengatasi serta mengurus
sesuatu masalah dimana ianya memerlukan perundingan yang dihadiri oleh pihak-pihak
tertentu.

20
Antara perkhidmatan konsultasi yang boleh dijelmakan ialah :

(a) Dengan guru bilik darjah

Guru konsultan boleh menggunakan perundingan untuk membantu guru kelas perdana
untuk memahami tingkah laku murid tertentu yang bermasalah lalu merancang dan
melaksanakan strategi bilik darjah untuk memperbaiki tingkah laku murid tersebut.

(b) Dengan murid-murid berkeperluan khas

Kegiatan perundingan yang dijalankan oleh kaunselor berbentuk diagnosis dan


pembentukan program untuk meningkatkan tahap potensi tertentu. Contohnya dalam
konteks menyelesaikan masalah pertuturan minor; patalogis pertuturan hendaklah
menggalakkan pihak sekolah mengambil inisiatif yang positif diketuai oleh Guru Besar
sendiri, Penolong Kanan Pendidikan khas atau penyelaras dan guru Pendidikan Khas.

(c) Dengan ibu bapa

Kegiatan perundingan dijalankan oleh kaunselor sekolah dengan ibu bapa untuk
merapatkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka. Membantu ibu bapa memahami
makna interaksi dan dialog mereka dengan anak-anak mereka serta membantu
mendapatkan kemahiran berkomuniaksi dengan berkesan. Contohnya mengatur kursus
atau seminar keibubapaan yang ditawarkan di sekolah mereka.

1.3.2.1 Kebaikan Model Konsultan

(a) menyediakan persekitaran inklusif kepada murid-murid berkeperluan khas


(b) murid berkeperluan khas akan membawa nilai unik dan kekuatan dalam persekitaran
kelas
(c) murid-murid kelas perdana akan lebih peka kepada keperluan murid-murid
berkeperluan khas
(d) murid arus perdana diberi peluang belajar menghargai perbezaan individu
(e) murid berkeperluan khas akan belajar bersama murid kelas perdana dan menghargai
antara satu sama lain

21
1.3.3 Model Kelas Biasa

Model Kelas biasa ini meliputi Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar-pelajar dengan
berkeperluan khas di dalam kelas-kelas perdana di mana bantuan yang sesuai kepada
mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran
bersama rakan sebaya

1.3.3.1 Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dibahagikan kepada beberapa cabang model bagi memudahkan


pengelasan dan kategori-kategori pelaksanaan pendidikan.

Model A : Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan


pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan
pembelajaran.
Model B : Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat
khidmat nasihat bimbingan Guru Pendidikan Khas.
Model C : Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/Bilik
Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas.
Model D : Penempatan di Sekolah Khas (Base School) dan kelas “Satellite” di
sekolah biasa. (Octopus Model)
Model E : Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
Model F : Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

(a) Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

● Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
● Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
● Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru
Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi
pembelajaran atau tingkah-laku.
● Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik

22
(b) Pendidikan Inklusif Separa Masa

● Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu


sahaja
● Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
● Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.
● Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
● Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

1.3.4 Model Bilik Resos

Model ini dilaksanakan di sekolah harian biasa yang mempunyai Program Khas Integrasi.
Sebuah bilik atau kelas disediakan untuk tujuan tempat pengajaran dan pengukuhan
pembelajaran murid.

1.3.4.1 Fungsi dan Tanggungjawab Guru Resos

(a) Pengajaran Dan Pembelajaran

● Mengajar murid secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum/


serentak/ selepas masa pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa bagi
topik-topik tertentu yang sukar diikuti oleh murid berkeperluan khas selaras
dengan keperluan individu murid. Mendapatkan maklumat dari guru mata
pelajaran untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan pada murid semasa
pengajaran dan pembelajaran di Bilik Resos.
● Mengenalpasti, menyelaras dan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan
setiap perkembangan semasa dalam aspek keperluan kurikulum serta
pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid
● Menjalankan tugas sebagai guru pendamping di kelas biasa bagi aktiviti amali
dan fizikal untuk mata pelajaran dan topik tertentu.
● Mengajar kemahiran seperti kemahiran braille (murid masalah penglihatan)
kepada murid yang memerlukannya.
● Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru Resos boleh dianjakkan mengikut
keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukkan.

23
(b) Pengurusan Guru Resos di SKPK Masalah Penglihatan

● Membraille bahan-bahan cetakan biasa (buku-buku teks, soalan-soalan


ujian/peperiksaan, bahan tambahan) mengikut keperluan.
● Menulis pindah bahan-bahan Braille yang dihasilkan oleh murid untuk
diperiksa oleh guru mata pelajaran.
● Menyediakan gambar rajah timbul secara manual atau dengan bantuan
komputer.
● Menyediakan bahan-bahan cetakan besar dan gambar rajah khas untuk
murid penglihatan terhad (low vision).
● Merakamkan pelbagai bahan audio bagi membantu pengajaran dan
pembelajaran murid di luar masa belajar atau di rumah.
● Menyelenggarakan peralatan pendidikan khas.
● Bekerjasama dengan guru lain di sekolah untuk membantu murid bermasalah
penglihatan dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.

(c) Kelas Bimbingan Dan Aktiviti - Aktiviti Tambahan

● Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki


peperiksaan umum.
● Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan
komunikasi atau ICT.
● Membacakan bahan-bahan bercetak yang sesuai kepada murid.
● Mewujud dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Pembaca di sekolah.
● Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di dalam dan di luar
sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah penglihatan

1.3.4.2 Fungsi dan Peranan Guru Pendamping ( Program Pendidikan Inklusif)

Guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru biasa untuk menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan sesuai untuk murid.

Peranan Guru Pendamping:

● Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincangan


● Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas
● Menjalankan program yang berpusatkan murid.
● Meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas

24
● Memperkembangkan kebolehan murid dalam aspek akademik, sosial,
komunikasi, tingkah laku, psikomotor dan keterampilan diri.

1.4 STRUKTUR DAN PERANAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN

KHAS

Struktur organisasi program pendidikan khas di Malaysia dan peranannya meliputi


bahagian-bahagian yang ada di peringkat kementerian hinggalah di peringkat sekolah.
Ianya merangkumi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

Tahukah anda bahawa Pendidikan Khas memerlukan suatu pengurusan yang berlainan
dengan pengurusan murid normal. Dengan mengikuti tajuk ini anda akan mendapat
maklumat tentang apakah program-program khas yang telah dirancang oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dan bagaimana guru dapat melaksanakan program
tersebut dengan lebih berkesan.

Struktur organisasi didefinisikan sebagai corak perhubungan dan penyelarasan formal yang
direka oleh pihak pengurusan untuk menyambung tugas atau tanggungjawab individu dan
kumpulan dalam mencapai matlamat utama organisasi. Struktur menentukan bagaimana
pengagihan kerja (division of work), tanggungan, kerjasama (cooperation), perundingan
(consultation) dan peringkat keputusan perlu wujud dalam organisasi.

1.4.1 Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

Di peringkat awal perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia, tumpuan pendidikan adalah


terhadap menyediakan peruntukan bagi murid-murid yang bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan. Walaupun demikian kategori-kategori berkeperluan khas telah pun
bertambah berdasarkan ciri-ciri dan definisi-definisi yang digunakan. Untuk mendapatkan
peruntukan tersebut, murid-murid tertakluk kepada proses penaksiran yang mengesahkan
dan mengkategorikan murid-murid tersebut berdasarkan ketidakupayaannya. Melalui
amalan tersebut, pendidikan khas dilihat sebagai dunia asing dan tersendiri yang berusaha
untuk memenuhi keperluan pendidikan segelintir murid-murid yang dikategorikan sebagai
mengalami ketidakupayaan. Guru-guru pendidikan khas di dalam konteks demikian dilatih
secara khas dengan berasingan dengan sekolah-sekolah biasa. Keadaan pengasingan ini
dikukuhkan lagi berdasarkan hakikat bahawa kebanyakan sekolah-sekolah khas adalah di
bawah pengurusan badan-badan sukarela (Norani Mohd Salleh).

25
Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui:-

(a) Sekolah khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah


pendengaran
(b) Program pendidikan khas integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas,
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.
Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik / vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan
dan separa inklusif.

1.4.2 Bahagian Pendidikan Khas

Bahagian Pendidikan Khas merupakan bahagian yang bertanggung jawab terhadap


pendidikan bagi murid berkeperluan khas menerusi Program Pendidikan Khas. Program
pendidikan untuk murid berkeperluan khas bermula sejak sebelum merdeka bagi murid
berkeperluan khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Penglibatan kerajaan
dalam pendidikan murid berkeperluan khas masalah penglihatan bermula dengan
penubuhan Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat pada tahun 1948. Manakala penglibatan kerajaan bagi pendidikan
murid bermasalah pendengaran pula bermula dengan pembukaan Sekolah Kanak-kanak
Pekak Persekutuan di Pulau Pinang pada tahun 1954. Selepas merdeka, kerajaan telah
memperluas kan program pendidikan khas ke sekolah-sekolah biasa melalui Program
Pendidikan Khas Integrasi (dahulu dikenali sebagai Program Pencantuman).

Program Pendidikan Khas telah berkembang di bawah kelolaan Kementerian


Pelajaran Malaysia semenjak sistem pendidikan kebangsaan diwujudkan pada tahun 1957.
Satu unit khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas telah ditubuhkan pada tahun
1964, ditempatkan di Bahagian Sekolah KPM, sehinggalah diganti dengan Jabatan
Pendidikan Khas KPM mulai Oktober 1995. Dengan adanya Jabatan ini di peringkat KPM,
Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri (sekarang Jabatan Pelajaran Negeri) telah mewujudkan
Unit Pendidikan Khas di jabatan masing-masing. Dengan penstrukturan semula KPM,
Jabatan Pendidikan Khas kini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Khas.

Selepas penstrukturan semula KPM pada Mac 2008, nama Jabatan Pendidikan
Khas ditukar kepada Bahagian Pendidikan Khas dan diletakkan di bawah Sektor Operasi
Pendidikan KPM. BPKhas diterajui oleh seorang pengarah (JUSA C) dan dibantu oleh tiga
orang Timbalan Pengarah dan seorang Ketua Penolong Pengarah yang mengetuai empat

26
Cawangan iaitu Cawangan Perancangan dan Penilaian (CPP) Cawangan Program
Pendidikan Khas (CPPK), Cawangan Latihan Khidmat Bantu (CLKB) dan Cawangan
Pengurusan Perhubungan (CPH). Secara keseluruhanya BPKhas mempunyai lapan (8)
sektor dan dua puluh tujuh unit yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dalam
memberi perkhidmatan pendidikan kepada MBK.

Program Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan pendidikan di Sekolah


Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan di Program Pendidikan
Inklusif (PPI). Sehingga tahun 2015 terdapat 28 buah Sekolah Pendidikan Khas, 5 buah
Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan sebanyak 2,124 Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI).

Bahagian Pendidikan Khas juga telah diberi tanggungjawab menyediakan


perkhidmatan pendidikan kepada murid di Sekolah Dalam Hospital (SDH), Sekolah Integriti
(SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) di Malaysia. Selaras dengan hasrat KPM dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, BPKhas sangat menyokong
dalam melaksanakan aktiviti memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan murid dan mengoptimumkan kecekapan sistem pendidikan di
Malaysia.

1.4.2.1 Peranan Bahagian Pendidikan Khas

(a) Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada
Bahagian Pendidikan Khas dilaksanakan bertepatan serta selaras dengan dasar dan
FPK
(b) Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti yang berkaitan
dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah
murid pendidikan khas.
(c) Merancang, mengurus dan mengawal sumber dengan sempurna bagi memastikan
pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
(d) Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti
(e) Merancang dan mengurus persediaan pengoperasian institusi baru di bawah
Bahagian Pendidikan Khas.
(f) Menjadikan Bahagian Pendidikan Khas sebagai penanda aras Pendidikan Khas
dalam dan luar negara.
(g) Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang mantap dan berkualiti dengan pelbagai

27
agensi luar di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian Pelajaran.

1.4.2.2 Objektif BPK

(a) Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan


keperluan khas
(b) Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan
keperluan khas
(c) Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan
keperluan khas
(d) Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan
terkini
(e) Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang Pendidikan

Khas.

1.4.2.3 Fungsi dan Peranan BPK

(a) Perancangan dan pengurusan dasar


(b) Pengurusan kurikulum
(c) Pengurusan ko kurikulum
(d) Pengurusan murid
(e) Pembangunan
(f) Penyelenggaraan dan perolehan
(g) Latihan dan perkembangan staf
(h) Pengurusan dan pentadbiran
(i) Pengurusan kewangan murid OKU
(Sumber portal KPM: Bahagian Pendidikan Khas)

1.4.3 Jabatan Pendidikan Negeri Unit Pendidikan Khas

1.4.3.1 Peranan Jabatan Pendidikan Negeri Unit Pendidikan Khas

(a) Merancang, mengurus, melaksana, menyelia dan melapor pelaksanaan program dan
aktiviti Kokurikulum Pendidikan Khas.
(b) Merancang dan melaksanakan program antarabangsa Pendidikan Khas.
(c) Merancang, mengurus, melaksana, menyelia dan melapor pelaksanaan program
penyebaran maklumat pendidikan khas kepada pelaksana. (seminar/ kursus/ risalah)

28
(d) Merancang, mengurus melaksana, menyelia dan melapor program kolaborasi antara
agensi kerajaan dan bukan kerajaan (Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan Badan/ Persatuan Bukan Kerajaan) dalam aspek pertukaran
maklumat; khidmat kepakaran personal; penggunaan kemudahan; bantuan/ subsidi
perolehan peralatan khas untuk murid Pendidikan Khas
(e) Melaksanakan Perancangan Strategik
(f) Menentukan murid Pendidikan Khas menerima pendidikan yang sesuai dan wajar
dengan kepelbagaian keupayaan mereka.
(g) Mengekalkan pencapaian menjuarai program sukan dan permainan di peringkat
kebangsaan dan meningkatkan penyertaan dan kejayaan murid pendidikan khas di
peringkat antarabangsa.
(h) Peningkatan kualiti P&P guru-guru Pendidikan Khas sejajar dengan hasrat
meningkatkan potensi individu murid Pendidikan Khas bagi mencapai matlamat
kebolehpasaran pekerjaan dan kehidupan bermakna.
(i) Penerbitan bahan dan risalah bagi membantu semua pihak yang terlibat,
terutamanya pihak sekolah, dalam pelaksanaan program pendidikan khas.

1.4.4 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

1.4.4.1 Peranan

Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai


Pendidikan Daerah (KPPD) dalam membantu, merancang, menyelaras, melaksana dan
mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut :

(a) Pengurusan Pentadbiran Pendidikan Khas/ Pemulihan Khas


(b) Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan dan Kewangan Pendidikan
Khas
(c) Penyediaan Kemudahan Fizikal dan Peralatan Program Integrasi Pendidikan Khas
dan Pemulihan Khas
(d) Pengumpulan aduan-aduan dan maklum balas pelanggan
(e) Pengurusan Murid Pendidikan Khas / Pemulihan Khas

● Penempatan dan Pertukaran Murid Pendidikan Khas Dalam PPD


● Pemprosesan Temuduga bagi Penempatan Murid Pendidikan Khas
● Peningkatan Sahsiah Murid Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas

29
● Pengurusan Pemberian Elaun, Biasiswa dan Bantuan untuk Murid
Pendidikan Khas di Program Integrasi dan Arus Perdana
● Peningkatan Keilmuan murid-murid Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas

(f) Pengurusan Guru Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas

(g) Penempatan dan Pertukaran Guru Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas dalam
PPD
(h) Pelaksanaan Perkembangan Staf (Latihan) dan Guru Pendidikan Khas dan
Pemulihan Khas
(i) Pengurusan Data Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas
(j) Pemantau Pelaksanaan PdP Pendidikan Khas dan Pemulihan Kha

1.4.5 Struktur Organisasi Pendidikan Khas Peringkat Sekolah

Selain daripada program khas yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan suatu struktur dan organisasi
pendidikan khas di peringkat sekolah. Anda akan dapat memahami bentuk struktur yang
dinyatakan ini dengan meneliti carta yang diberikan.Berdasarkan carta di atas, adakah anda
dapat melihat perbezaan antara sekolah Pendidikan khas dengan sekolah normal?

PENGETUA/
GURU BESAR

Guru Penolong Kanan Guru Penolong Penyelaras


Hal Ehwal Murid Kanan Kurikulum Pendidikan Khas

Guru-guru Pendidikan
Guru Khas

Murid Murid

30
Tahniah ! Anda telah berjaya menghabiskan bacaan untuk tajuk ini. Semoga anda jelas.
Walaubagaimanapun bagi menambahkan input mengenai tajuk ini anda perlu
melaksanakan aktiviti bagi tugasan berikut.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

1. Tajuk Pembelajaran : Asas Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas


Malaysia
B. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran :
B1 - Model pengurusan pendidikan khas
B2 - Struktur dan peranan pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Khas

C. Masa : 3 jam

D. Langkah Pelaksanaan :

i. Pensyarah menyemak kehadiran pelajar dalam sesi dalam talian yang

telah ditetapkan

ii. Pensyarah memberikan penerangan berkaitan tajuk yang akan

dibincangkan.

iii. Pelajar dan pensyarah melaksanakan perbincangan berkaitan tajuk

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

31
2. Bincangkan hak Murid Berkeperluan Khas dalam pendidikan di negara ini
berdasarkan peruntukan perundangan yang ada.

3. Berdasarkan sumber internet, kumpulkan maklumat tentang pentadbiran dan


pengurusan pendidikan khas yang ada di luar negara terutamanya di negara-negara
ASEAN.

4. Jelaskan kefahaman anda tentang Model Kelas Khas.

5. Cari maklumat atau bahan-bahan yang berkaitan bagi mengukuhkan kefahaman


anda mengenai hal-hal yang berkaitan perundangan pendidikan khas di Malaysia.

6. Kumpulkan maklumat-maklumat penting berkaitan perundangan pendidikan khas


diMalaysia dari surat-surat pekeliling atau hebahan maklumat dari pihak-pihak yang
ada kaitan dengan pendidikan khas di Malaysia.

7. Bincangkan tiga dasar pendidikan terkini dan impaknya kepada pendidikan khas di
Malaysia

Tahniah!! Anda telah berjaya membaca dan melaksanakan tugasan yang


diberikan. Mari berehat sebentar sebelum meneroka bahan seterusnya.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Anda dilantik sebagai salah seorang panel penggubal Kod Amalan Pendidikan Khas.
Berdasarkan kod amalan pendidikan khas terkini, analisis dan sediakan satu atau lebih
cadangan penambahbaikan yang boleh memantapkan kod amalan sedia ada untuk di
bentangkan di dalam mesyuarat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cadangan penambahbaikan hendaklah dimuat naik ke dalam fail yang disediakan oleh
pensyarah anda.

32
33
UNIT 2 SEKOLAH DAN PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS DI MALAYSIA

SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai proses penempatan
murid. Perbincangan meliputi pihak-pihak yang terlibat dalam urusan penempatan murid.
Pelajar juga akan didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kriteria
penempatan murid ke penempatan yang sesuai mengikut kategori.

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar akan dapat :


- mengetahui proses penempatan murid bermula dari awal hingga diterima
sebagai murik berkeperluan khas yang layak mengikuti program pendidikan
khas
- mengetahui kriteria penempatan murid ke program pendidikan khas

KERANGKA TAJUK

2.1 Jenis-jenis Program Pendidikan Khas


2.2 Proses Penempatan Murid

2.1 JENIS-JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dikalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang
upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia
dinyatakan dalam Akta Murid-muri dan1961; iaitu´sekolah khas bermakna sekolah yang
menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Akta
Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan
pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis
murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah
Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran,

34
berhaluan, boleh menguruskan kehidupandan produktif. Program pendidikan khas di
Malaysia dilaksanakan melalui :

i. Sekolah khas
ii. Program Pendidikan Khas Integrasi ( pengasingan / inklusif )
iii. Pemulihan Khas
iv. Program disleksia
v. Pendidikan Vokasional sekolah khas / integrasi ( teknik/ vokasional )

Sila imbas kod QR ini dan mulakan pembacaan untuk meluaskan


pengetahuan anda

2.2 PROSES PENEMPATAN MURID PENDIDIKAN KHAS

Penempatan pendidikan merupakan satu konsep yang amat penting dalam menjayakan
pelaksanaan pendidikan khas. Semua pendidik, sama ada guru pendidikan aliran perdana
atau guru pendidikan khas, perlu memahami konsep tersebut.

2.2.1 TATACARA PENEMPATAN KEMASUKAN MURID PENDIDIKAN KHAS

(a) Berumur 7 tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun (sekolah menengah) pada tarikh

permohonan.

(b) Ibubapa pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan ke kelas khas.

Borang yang tidak lengkap dianggap GAGAL.

(c) Murid perlu disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dengan menggunakan borang

pemeriksaan doktor yang disediakan. Setiap butiran tepat dan menerima


pemeriksaan yang terperinci. (laporan doktor diwajibkan. Borang pemeriksaan boleh
didapati di Unit Khas JPN, Pejabat Pendidikan Daerah – U.P.: Pen. PPD Pendidikan
Khas ).

35
(d) Pemerosesan borang dilakukan oleh Unit Pend. Khas JPN dan calon yang layak

akan dihantar untuk di temuduga oleh ahli panel yang akan menentukan sama ada

calon layak atau tidak layak untuk ditempatkan ke Program Pendidikan Khas
Integrasi. (Prosedur ini terkecuali untuk calon bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan).

(e) Keputusan temuduga akan diserahkan ke JPN untuk urusan tawaran penempatan.

Tawaran penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja. Ciri-ciri
calon yang layak diterima adalah;

● Boleh urus diri tanpa bantuan orang lain.


● Tiada kecacatan fizikal yang teruk.
● Tidak mengalami masalah sikap / tingkah laku luar biasa seperti hiperaktif
(yang sukar dikawal), ganas atau masaalah mental yang teruk.
● Tidak mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan kronik,jantung
dan lain-lain.

(f) Pemerosesan borang dilakukan oleh Unit Pend. Khas JPN dan calon yang layak

akan dihantar untuk di temuduga oleh ahli panel yang akan menentukan sama ada
calon layak atau tidak layak untuk ditempatkan ke Program Pendidikan Khas
Integrasi. (Prosedur ini terkecuali untuk calon bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan).

(g) Bagi murid yang gagal di peringkat temuduga atau tempoh percubaan, boleh

memohon semula sekiranya murid tersebut telah melalui pemulihan seperti di Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau agensi swasta lain.

(h) Had umur pembelajaran murid di program integrasi adalah;

i. Sekolah rendah – 7 hingga 13 tahun.


ii. Sekolah menengah – 14 hingga 19 tahun.

Walau bagaimanpun prestasi bulanan setiap murid akan menentukan tempoh


pembelajarannya. Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid menunjukkan prestasi yang
menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah (guru dan rakan sebaya), maka murid

36
berkenaan boleh disarankan direhatkan / ditangguhkan bagi satu tempoh masa sehingga
murid berkenaan menunjukkan sikap, kelakuan dan minat yang positif.

2.2.2 Pihak-pihak Terlibat Dalam Proses Penempatan Murid

(a) Pegawai perubatan doktor perubatan atau pakar kanak- kanak


(b) Pakar perubatan sepesifik contoh pendengaran atau penglihatan
(c) uruterapi cara kerja
(d) Ibu bapa
(e) Pihak sekolah guru
(f) Panel pelbagai disiplin

2.2.3`Penempatan Murid Pendidikan Khas

(a) Langkah 1 : Mula

Kanak-kanak disyaki mengalami masalah pembelajaran oleh guru atau ibu bapa.

(b) Langkah 2 : Mengenalpasti

Mengenalpasti kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah kurang upaya.


Pengesahan murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan di hospital kerajaan,
pusat kesihatan atau klinik swasta bagi tujuan penempatan, dan mendapatkan
saringan awal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

(c) Langkah 3: Pendaftaran

Daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk


mendapatkan pendidikan bersesuaian. Juga daftarkan kanak-kanak kurang upaya
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan
bersesuaian.

(d) Langkah 4: Kelayakan

Kanak-kanak kurang upaya yang disahkan telah bersedia ke sekolah akan disaring
di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan penempatan.

37
Kanak-kanak yang disahkan belum bersedia ke sekolah, mempunyai kecacatan yang
serius, ataupun tidak layak syarat-syarat kemasukan Program Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia, akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam
Kommuniti (PDK).

(e) Langkah 5: Penempatan

Murid akan diberi peluang penempatan sama adalah Sekolah Pendidikan Khas atau
Program Pendidikan Khas Integrasi. Penempatan akan dibuat berdasarkan alamat
yang terdekat dengan sekolah atau Program Pendidikan Khas.

(f) Langkah 6 : Tempoh Percubaan

Murid yang ditempatkan dengan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan


Malaysia diberi tempoh percubaan selama 3 bulan.

(g) Langkah 7: Kekekalan

Selepas tempoh percubaan, murid yang berjaya mengikuti Program Pendidikan Khas
akan dikekalkan dalam program. Murid yang gagal mengikuti Program Pendidikan
Khas KPM akan dirujuk balik kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk
mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).

38
2.2.4 Tempoh Persekolahan Kanak-kanak Pendidikan Khas

(a) Tempoh persekolahan kanak-kanak khas adalah sama seperti murid biasa,
iaitu sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah selama 5 tahun tetapi
tambahan masa persekolahan diberikan sekiranya pencapaian pembelajaran kanak-kanak
berkenaan tidak memuaskan. Tempoh persekolahan tersebut dilanjutkan seperti berikut.
● Diberi tambahan 2 tahun ( boleh diambil di peringkat rendah sama ada 1 tahun atau
2 tahun ) atau tambahan di sekolah menengah

39
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Tajuk Pembelajaran : Sekolah dan program-program pendidikan khas di


Malaysia
B. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran :
B1 - Proses penempatan murid

C. Masa : 1 jam

D. Langkah Pelaksanaan :

i. Pensyarah menyemak kehadiran pelajar dalam sesi dalam talian yang

telah ditetapkan

ii. Pensyarah memberikan penerangan berkaitan tajuk yang akan

dibincangkan.

iii. Pelajar dan pensyarah melaksanakan perbincangan berkaitan tajuk

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

1. Sejauh manakah dasar pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas yang ada
selari dengan dasar Zero Reject Policy Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Buktikan dengan hujah yang relevan bahawa dasar Kementerian Pendidikan


Malaysia mengenai pendidikan khas telah dilaksanakan dengan berkesan.

3. Hasilkan satu infografik yang menunjukkan carta alir organisasi pengurusan dan
pentadbiran pendidikan khas di Malaysia serta maklumat kefungsiannya.

40
4. Berdasarkan pembacaan dan kefahaman anda, huraikan pertimbangan yang
diperlukan untuk mewujudkan Program Pendidikan Khas Integrasi yang efektif di
sesebuah sekolah.

41
UNIT 3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS
DI SEKOLAH SERTA ISU DAN CABARAN

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai pengurusan dan
pentadbiran pendidikan khas di sekolah serta isu dan cabarannya. Merangkumi aspek
sokongan pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah pendidikan khas, model pengajaran
murid, pengurusan persekitaran bilik darjah, pengurusan murid, pengurusan sumber
pengajaran dan pembelajaran serta khidmat guru pendamping dan guru sumber..

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar akan dapat :


- Mengetahui peranan pentadbir sekolah dalam mengurus dan mentadbir
sumber-sumber yang ada di sekolah
- Mengetahui dan sedar akan cabaran yang dihadapi dalam mengurus dan
mentadbir sumber-sumber yang ada di sekolah

KERANGKA TAJUK
3.1 Peranan Pentadbir
3.2 Peranan Guru Pendidikan Khas
3.3 Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
3.4 Peranan Kumpulan Sokongan
3.5 Pengurusan Sumber Manusia
3.6 Pengurusan Kewangan
3.7 Pengurusan Infrastruktur
3.8 Pengurusan Konflik dan Komunikasi
3.9 Sokongan Pengurusan Sekolah
3.10 Pengurusan Bilik Darjah Pendidikan Khas
3.11 Model Pengajaran dan Pembelajaran Murid
3.12 Pengurusan Persekitaran Bilik Darjah

42
3.13 Pengurusan Murid
3.14 Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
3.15 Khidmat Guru Pendamping dan Guru Sumber

3.1 PERANAN PENTADBIR

Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Guru Penyelaras merupakan
individu penting dalam mengurus dan mentadbir sekolah. Mereka ini bertanggungjawab
memastikan peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga berperanan
penting dalam merancang, mengelola, memimpin, mengawal sumber-sumber yang ada
untuvkmencapai sesuatu matlamat yang ditentukan.

3.2 PERANAN DAN TUGAS GURU PENDIDIKAN KHAS

3.2.1 Guru Panitia Mata Pelajaran

(a) Menganggotai Ahli Jawatan kuasa Panitia Pendidikan Khas dan juga Panitia arus
perdana
(b) Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku
Panduan, Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diguna pakai.
(c) Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing.
(d) Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian.
(e) Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan.
(f) Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian dan
menyerahkan markah-markah itu kepada guru kelas.
(g) Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
(h) Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatan kuasa Panitia Pendidikan
Khas.
(i) Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang
diajar.
(j) Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan
membentangkannya di dalam mesyuarat Jawatan kuasa Panitia Pendidikan Khas
supaya dapat diambilkira dalam ABM PPKI.

43
3.2.2 Setiausaha Panitia Pendidikan Khas

(a) Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh
mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu
bapa / penjaga.
(b) Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan
minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat
(c) Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam
fail-fail berkenaan.
(d) Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa
Panitia Pendidikan Khas,
(e) Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas.
(f) Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti PPKI pada akhir tahun dan
dihantar ke Unit Pendidikan Khas, JPWP KL.

3.2.3 bendahari Kelas Pendidikan Khas

(a) Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain.
(b) Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang
dari tabung PPKI (PIBG).
(c) Mengemaskini dan menghantar buku akaun tabung PPKI(PIBG) pada setiap hujung
bulan untuk semakan Penolong Kanan Pendidikan Khas.
(d) Membentangkan kedudukan kewangan tabung PPKI(PIBG) dalam setiap mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas.

3.2.4 Guru Disiplin PPKI

(a) Mengendalikan kes-kes disiplin murid.


(b) Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk mengadakan
perjumpaan bersama guru-guru pendidikan khas lain bagi membincang dan
menyelesaikan masalah tingkah laku murid pendidikan khas.
(c) Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas dan pihak pentadbir
sekolah untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa kepada murid
pendidikan khas yang menunjukkan masalah tingkah laku yang
membimbangkan.
(d) Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke
dalam Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas.

44
(e) Fail ini merekodkan tingkah laku murid-murid Pendidikan Khas yang serius dan
memerlukan satu kaedah pengubahsuaian tingkah-laku untuk membantunya.
Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :

● Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas,


● Biodata murid pendidikan khas yang dikenal pasti menghadapi masalah tingkah laku,
● Catatan jenis masalah tingkah laku, masa dan tarikh ia berlaku,
● Cadangan model pengubahsuaian tingkah laku untuk membantu murid tersebut,
● Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga,
● Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan
pengubahsuaian tingkah laku ke atas anak mereka,
● Rekod perkembangan semasa tingkah laku murid tersebut,
● Laporan akhir setelah masalah tingkah laku itu berjaya ditangani.

3.2.5 Guru Keceriaan Kelas Pendidikan Khas

(a) Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Home Base Pendidikan Khas.


(b) Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas.
(c) Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan.
(d) Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat
sekolah, daerah dan negeri.
(e) Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Home Base Pendidikan
Khas.

3.2.6 Guru Stok Pendidikan Khas

(a) Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai


bukti pembelian barangan dan serahkan kepada kerani pejabat dan juga
Penolong Kanan Pendidikan Khas.
(b) Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan
maklumat di dalam salinan invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan
barangan tersebut.
(c) Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli
atau diterima pada Kad Stok.
(d) Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima.
(e) Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan
hendaklah disimpan di dalam Fail Stok (Alatan dan Perabot),

45
(f) Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot) sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.
(g) Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan
dan akhir tahun.
(h) Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada
Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk disahkan sebelum diserahkan
kepada pejabat.

3.2.7 Guru Program Inklusif

Guru Program Inklusif bertanggung jawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program
Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :
(a) Jawatankuasa Program Inklusif,
(b) Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,
(c) Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
(d) Biodata murid yang diinklusifkan,
(e) Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
(f) Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
(g) Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
(h) Rekod prestasi murid,
(i) Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan

3.2.8 Setiausaha Peperiksaan/ PBS

(a) Memantau semua peperiksaan berjalan dengan lancer


(b) Memastikan analisis keputusan disiapkan oleh semua setiausaha
peperiksaan.
(c) Memastikan keperluan peperiksaan cukup dalam stok dan keperluan
semasa.
(d) Mengadakan mesyuarat dengan semua setiausaha ke arah meningkatkan
lagi prestasi pengurusan peperiksaaan.
(e) Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan dalam sekolah setelah
tarikhnya dipersetujui oleh pentadbir.
(f) Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan bagi guru-guru
(g) Menentukan penyelia soalan dan pemeriksa kertas jawapan dan tarikh
penyerahan markah kepada guru.
(h) Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi murid-murid.

46
(i) Mengurus dan menentukan pergerakan kertas soalan ( sebelum dan pada
tarikh peperiksaan dengan selamat
(j) Bertanggungjawab dalam semua hal berhubung dengan kelicinan
perjalanan Peperiksaan.
(k) Mengurus dan menentukan borang-borang markah telah diisi dan diserahkan
ke pejabat untuk tandatangan Guru Besar/ Penolong Kanan Pendidikan
Khas.
(l) Mengedar Jadual Peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan.
(j) Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan.

3.2.9 Guru skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

(a) Memastikan hanya murid warganegara Malaysia sahaja yang layak menerima SPBT.
(b) Mengumpul dan mengagih buku pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan pada
setiap hujung tahun.
(c) Memastikan setiap bekalan yang diterima daripada pembekal disemak.
(d) Memastikan guru-guru kelas menerima borang penerimaan buku dan 2 borang G
untuk dikemaskini.
(e) Guru-guru kelas dipertangungjawabkan tentang pengagihan buku teks kepada murid
dan disimpan di tempat yang selamat.
(f) Tugas-tugas terperinci terdapat dalam Buku Panduan Pengurusan SPBT.

3.2.10 Guru Rancangan Makanan Tambahan (RMT) & Projek Susu


Sekolah(PSS)

(a) Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan RMT/PSS


(b) Menguruskan murid yang mendapat RMT/PSS dengan memenuhi borang-borang
mengikut arahan PPD/ JPWP KL.
(c) Berurusan dengan pengusaha kantin mengenai penyediaan makanan kepada
murid-murid RMT
(d) Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan pada awal dan akhir tahun
(e) Mencatat berat dan tinggi murid RMT pada awal dan akhir tahun.
(f) Mengadakan mesyuarat jawatankuasa RMT
(g) Menyediakan jadual kedatangan harian RMT.
(h) Memilih menu RMT.
(i) Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu, berada dalam kualiti yang

47
baik dan kuantiti yang mencukupi dengan jumlah muid RMT.
(j) Memaklumkan dengan segera jika ada keracunan makanan kepada pihak pentadbir.
(k) Memilih dan merekod murid simpanan (reserve) jika ada murid tidak hadir.
(l) Menyediakan buku RMT untuk mengambil kedatangan murid dan murid simpanan.
(m) Menghantar buku RMT untuk semakan pihak pentadbir pada setiap hujung bulan.

3.3 PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS DARI ASPEK PENGURUSAN


KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID

3.3.1 Pengurusan Dokumen

(a) Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari.
(b) Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini
maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarangperubahan pada bilangan
murid di dalam kelas pendidikan khas.
(c) Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa
dikemaskini.
(d) Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap.
(e) Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat
rawatan, surat panggilan mesyuarat dan lain-lain.

3.3.2 Pengurusan Hal Ehwal Murid

(a) Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi


bersama-sama PPM.
(b) Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama
sebelum dan selepas rehat.
(c) Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin
murid-murid pendidikan khas di kelasnya.
(d) Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru
dalam Buku Daftar Kemasukan.
(e) Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid
pendidikan khas baru di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan 3
bulan.
(f) Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid yang
akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau berhenti sekolah.

48
(g) Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya
yang akan menduduki peperiksaan awam bersama guru SPBT.
(h) Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika
berlaku sebarang kesulitan.
(i) Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas bersama
Ahli Jawatan Kuasa.

3.3.3 Pengurusan Data

(a) Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penolong Kanan


Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada
setiap bulan adalah tepat.
(b) Memasukkan dan mengemaskini maklumat murid dalam APDM dan juga
pengoperasian Pendidikan Khas.
(c) Memastikan murid Pendidikan Khas ditagging sebagai murid OKU di dalam sistem
APDM.

3.3.4 Pengurusan Kewangan

(a) Menguruskan hal-hal berkaitan dengan bayaran tambahan murid dan mengeluarkan
resit.
(b) Menguruskan buku-buku latihan dan buku kerja yang bersesuaian.
(c) Menyerahkan kutipan bayaran kepada penyelaras yang ditetapkan.

3.3.5 Pengurusan Kelas

(a) Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria.


(b) Menyedia dan mempamerkan visi, misi, jadual waktu kelas dan sebagainya.
(c) Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan
mempamerkan carta tersebut.
(d) Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas.
(e) Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

49
3.3.6 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

(a) Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya di lengkapkan


sebelum diserahkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas seterusnya kepada
ibu bapa untuk ditandatangani.
(b) Mengenal pasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang
berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penolong
Kanan Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut.

3.3.7 Pengurusan Hal Ehwal Murid

(a) Memastikan nama murid Pendidikan Khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku
Daftar Kemasukan Murid.
(b) Memastikan murid Pendidikan Khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai
(bersama dengan semua guru Pendidikan Khas) dan keputusannya dicatatkan
dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan seterusnya dihantar ke
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak,
(c) Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah,
(d) Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat,
(e) Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid
Pendidikan Khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh
tutup,
(f) Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas
diuruskan dengan cekap,
(g) Memastikan murid Pendidikan Khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang
diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
(h) Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke
luar negeri dan memastikan dokumen murid ini dihantar ke sekolah barunya.
(i) Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil
Berhenti Sekolah.

50
3.4 PERANAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

3.4.1 Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid PPKI


Pembantu Pengurusan murid bertanggung jawab menjalankan tugas-tugas membantu guru
di kelas-kelas akademik pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia. PPKI bertanggung jawab dalam :

(a) Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas


(b) Pengurusan bilik darjah/ Bangunan Pendidikan Khas
(c) Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
(d) Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran, pengurusan/ pergerakan
dan aktiviti murid Pendidikan Khas (Mobiliti)
(e) Tugas sewaktu cuti sekolah

3.4.2 Skop Fungsi Dan Bidang Tugas PPKI

Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti


berikut:-

3.4.2.1 Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas

● Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru


● Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/
semasa urusan ke hospital.
● Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
● Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.
● Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur
bahasa dan keemasan diri.
● Membantu menguruskan murid baru.
● Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat.
● Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.

3.4.2.2 Pengurusan Bilik Darjah/ Bangunan Pendidikan Khas

● Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam


keadaan terurus sebelum dan selepas P&P.

51
● Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
● Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.
● Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain.
● Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan
Pendidikan Khas.
● Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari
semasa ke semasa.
● Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
● Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
● Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api
masih boleh digunakan.

3.4.2.3 Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas

● Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.
● Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
● Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
● Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
● Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.

3.4.2.4 Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran

● Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum
sesi P & P7.2 Membantu mengurus masalah tingkah-laku murid semasa P&P
sekiranya perlu.
● Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.
● Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.

3.4.2.5 Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti )

● Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk
ke sesuatu tempat .
● Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda,
senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.
● Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti kokurikulum.
● Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.

52
3.4.2.6 Tugas Sewaktu Cuti Sekolah

a. Cuti Penggal

● Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan
selamat.
● Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
● Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga
dengan baik.
● Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya
diperlukan untuk tindakan segera.

b. Cuti Akhir Tahun


● Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan
selamat.
● Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak
● Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga
dengan baik.
● Menyemak stok dan inventori.
● Melabel dan mengemaskini sistem fail.
● Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.
● Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru
Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

3.4.2.7 Pembantu Pengurusan Murid ( PPM )

Bertanggungjawab melaksanakan segala tugas rasmi yang diarahkan dari semasa


ke semasa oleh pihak pengurusan.

3.5 PENGURUSAN KONFLIK DAN KOMUNIKASI

Komunikasi adalah satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih
manusia untuk menghasilkan tindak balas yang diharapkan. Bentuk komunikasi terbahagi
kepada empat bahagian iaitu :
(a) Sehala berkomunikasi tanpa memerlukan maklum balas
(b) Dua hala penerima memberi maklum balas kepada penghantar mesej
(c) Komunikasi ke atas maklumat dari orang bawahan kepada pihak pengurusan

53
(d) Komunikasi ke bawah arahan, informasi penting

3.5.1 Komunikasi Berkesan di Sekolah

Menurut Wan Izuddin (1991) komunikasi berkesan bergantung kepada tiga komponen
iaitu:
(a) Pemberi mesej dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan baik,
(b) Media yang digunakan untuk menyampaikan mesej tidak menjejaskan
mesej yang disampaikan dan
(c) Penerima mesej dapat menerima mesej sebagaimana disampaikan, dapat
memproses mesej dan memberi respon yang sewajarnya.

3.5.2 Pelaksanaan Elemen Komunikasi Berkesan bagi Membentuk pasukan Kerja


yang Dinamik

Merujuk kepada usaha melaksanakan elemen berkomunikasi berkesan bagi membentuk


pasukan kerja yang dinamik, sebanyak 10 cara boleh digunakan oleh guru besar atau
pengetua iaitu:
(a) Menangani gangguan komunikasi,
(b) Menggunakan teknologi terkini,
(c) Melibatkan pengurus atasan,
(d) Pertemuan secara tidak rasmi,
(e) Menggunakan perantara atau orang ketiga,
(f) Kebebasan mengemukakan pandangan,
(g) Menstruktur semula organisasi,
(h) Menambah baik hubungan interpersonal,
(i) Memperbaiki saluran komunikasi tidak rasmi dan
(j) Menetapkan polisi dan prosedur.

3.6 SOKONGAN PENGURUSAN SEKOLAH

54
3.7 PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDIDIKAN KHAS

3.7.1 Teori & Model Pengurusan Kelas Khas

Pengurusan kelas ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang
terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Pengurusan bertujuan untuk
memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan
efisien.

Guru perlu menstrukturkan ruang fizikal bilik darjah supaya dapat


meminimumkan masa murid tidak menumpukan perhatian terhadap
pembelajaran. Bilik darjah yang paling berkesan ialah dimana hanya 5 –
13% daripada masa keseluruhan di gunakan untuk persediaan bahan
bantu mengajar.

Levin dan Nolan (2004) :

Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek


arahan dan pengurusan merupakan proses yang
mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap
guru itu bertindak untuk memudahkan objektif
yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri
dalam pengajaran dan pembelajaran
TEORI
PENGURUSAN
KELAS Kounin (1970) :

Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat


duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus
pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal
disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran
Penyusunan fizikal bilik dapat berjalan dengan lancar. Pengurusan kelas
darjah boleh menunjukkan terdapatnya perubahan
mempengaruhi tingkah tumpuan daripada menekankan strategi
laku dan pembelajaran disiplin kepada strategi pengurusan bilik
murid
darjah secara proaktif atau preventif.

55
56
3.7.2 Model HEWETT

Model ini memberi keutamaan kepada keperluan murid untuk bertindak


balas terhadap sesuatu yang tidak diketahui (menyiasat, menganalisis,
dan menjelaskan). Kaedah pengajaran menggunakan model ini dapat
membantu meningkatkan motivasi murid-murid untuk mengikuti
pengajaran dengan bantuan internet dan bahan interaktif yang menarik.

Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker& Shea (1995) tingkah laku
seseorang itu, sama ada terhadap dirinya dan juga orang lain adalah dipengaruhi oleh
beberapa faktor, iaitu:

(a) Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar dan
kurang mesra
(b) Kepercayaan kepada khurafat/tahyul atau keperluan untuk bertindak balas
terhadap sesuatu yang tidak diketahui.
(c) Kepercayaan kepada sains, atau keperluan menyiasat, menganalisis, dan
menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui.
(d) Perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing, mengawal dan
mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik

3.7.2.1 Kebaikan model :

(a) Penggunaan internet atau bahan interaktif yang lebih menarik dan boleh
membina motivasi murid
(b) Menggalakkan murid membuat penerokaan dalam pencarian sumber
maklumat
(c) Menggalakkan murid mahir dalam penggunaan ICT
(d) Pengumpulan bahan maklumat dari pelbagai sumber

3.7.2.2 Kelemahan model

(a) Guru yang tidak mahir dalam penggunaan "online teaching" akan mengambil
masa yang lama
(b) Murid akan meneroka laman sesawang yang tidak sesuai jika tiada
pengawasan

57
3.7.3 Model Montessori

Montessori diasaskan oleh Maria Montessori (1870-1952). Pengalaman mengenai


pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Beliau menghabiskan masa selama 2 tahun
bagi melatih guru-guru dalam pendidikan kanak-kanak terencat akal

3.7.3.1 Matlamat Pendidikan Montessori :-

(a) penumpuan
(b) kemahiran membuat pemerhatian
(c) kesedaran dari segi susunan dan urutan
(d) kesedaran dari segi tanggapan, kemahiran amali
(e) koordinasi
(f) konsep matematik
(g) kemahiran bahasa
(h) kemahiran menulis dan membaca
(i) kebiasaan dari segi seni kreatif
(j) kefahaman tentang alam semula jadi
(k) pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian
masalah
(l) pengalaman dalam memahami sains dan sosial

3.7.3.2 Aspek penting dalam Model Montessori

(a) Persekitaran
• Kawasan luas dan murid boleh bergerak dengan bebas
• Dilengkapi dengan taman permainan
• Menarik dan menyeronokan
• Alatan permainan yang menarik
• Bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan belajar
• Bilik darjah dihiasi gambar yang boleh menarik perhatian murid

(b) Murid-murid
• Bebas memilih mana-mana aktiviti atau projek yang mereka sukai

58
• Aktiviti biasanya dilakukan di tikar atau meja, mengikut arahan kendiri bekerja
bersendirian atau berpasangan
• Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati
dan meniru rakan-rakan yang lebih tua

(c) Guru
• Kawalan guru yang sangat minima, dengan memerhatikan murid dari jauh dan
melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada murid-murid tentang
bagaimana menggunakan alat atau bahan baharu
• Guru tidak memuji murid-murid kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapatkan
“self-rewarding” ,motivasi intristik.

(d) Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran


• Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu keselamatan dan kegunaan untuk mengajar
pelajaran tertentu
• Berbentuk self correcting dan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak
dalam menyempurkanan tugas berdasarkan bahan tersebut.
• Bahan dibina daripada mudah ke sukar dan bahan-bahan dibina dengan cermat
daripada bahan semulajadi

Kurikulum model ini adalah berdasarkan:-


(a) aktiviti kehidupan harian seperti mengenakan butang baju, mengikat tali kasut,
menggilap kasut, menyikat rambut, menyiram pokok, mencuci tingkap, menyapu
sampah serta mengelap meja
(b) aktiviti berkaitan penggunaan deria untuk mengembangkan kemahiran kanak-kanak
seperti menggunakan kiub pelbagai bentuk, berwarna dan objek yang berbunyi.
(c) aktiviti bercorak akademik

3.7.4 Model Pengurusan Kelas Khas : Stesen

Pembelajaran kaedah Stesen merupakan satu pendekatan alternatif yang di


gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid –murid bermasalah
pembelajaran. Dari segi sejarah kaedah ini telah dimulakan pada tahun 2002 dengan projek
perintis di beberapa buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri
Selangor.

Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) Stesen


Pembelajaran ialah bilik atau sudut dimana berlakunya proses pengajaran dan

59
pembelajaran yang sistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif. Murid-
murid di beri peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar sambil
bermain.

Pendekatan pembelajaran memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut


tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat dan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada murid.

Empat belas buah stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran disediakan


berasaskan empat bidang dalam Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
iaitu :

(a) Bidang Pengurusan Hidup

(b) Bidang Akademik Berfungsi

(c) Bidang Kerohanian dan Nilai Murni

(d) Bidang Sosial,Riadah dan Kerohanian

Bagi memastikan keberkesanan kaedah stesen pembelajaran, kerjasama dari Guru


Besar sekolah , Penyelaras program, guru pendidikan khas dan ibu bapa diperlukan. Dalam
konteks ini ,guru besar merupakan orang yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan
untuk mewujudkan suatu suasana kerja yang kondusif.

Guru pendidikan khas dipertanggungjawabkan menguruskan dan menceriakan


stesen dengan menyediakan bahan sokongan yang sesuai untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran di laksanakan dengan berkesan.

Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil


bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen pembelajaran. Lebih banyak
aktiviti di kendalikan di peringkat sekolah rendah berbanding dengan peringkat sekolah
menengah.

Kajian yang telah di laksanakan oleh Berliner (1983) di beberapa buah sekolah
rendah telah mengenal pasti antara 11 dan 53 jenis aktiviti yang berlainan dijalankan dalam
stesen–stesen pembelajaran seperti pengajaran guru, bacaan, kerja kumpulan,
pembelajaran koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video, permainan,
pertandingan, projek seni dan sains.

60
Reith dan Evertson (1988) berpendapat penyusunan stesen
pembelajaran boleh membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran
dan mempromosikan mobiliti murid secara teratur. Ia boleh mengurangkan
gangguan dan kebisingan, memperbaiki kualiti interaksi sosial murid dan
menambah peratusan masa murid menumpukan perhatian terhadap tugasan akademik.
Penyusunan bilik secara stesen boleh juga mempengaruhi keupayaan guru memerhati
tingkah laku murid semasa mereka menjalankan tugas.

3.7.5 Model Pengurusan Kelas Khas : Horse-shoe

Bentuk Horse-shoe mempunyai kelebihan yang sama seperti menggunakan bentuk


bulatan, sama ada disusun satu atau lebih meja . Ia menyediakan ruang untuk guru
bergerak dengan mudah di kalangan pelajar dan memudahkan guru menumpukan perhatian
murid pada papan putih atau skrin tanpa perlu menukar tempat duduk.

3.7.5.1 Kelebihan

(a) susunan Horse Shoe membolehkan kedudukan meja setiap orang pelajar
disusun mengelilingi meja guru dan ini memudahkan kawalan kelas
(b) Susunan bentuk Horse Shoe ini menggalakkan interaksi dua hala dan
interaksi pelbagai hala.
(c) Susunan bentuk ini adalah sesuai untuk aktiviti perbincangan di antara guru
dan murid
(d) Guru dan murid dapat melihat secara langsung

3.7.5.2 Susun Atur Horse-shoe

Scan me….

3.7.6 Model Modular


Pendekatan modular merupakan satu model pembelajaran dan pembelajaran (PdP)
alternatif yang boleh digunakan dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan khas.
Penyampaian kandungan melalui pendekatan modularadalah bersifat fleksibel dengan
objektif pembelajaran yang jelas dan mudah difahami oleh murid. Model pembelajaran ini
membolehkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah mengikut kebolehan dan perkembangan murid. Guru boleh melaksanakan
pendekatan modular melalui konsep adaptability dan flexibility mengikut persekitan lokaliti

61
sekolah. Di samping itu, murid dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Antara kelebihan menggunakan
pendekatan modular:
(a) Memendek dan menjimatkan masa PdP
(b) Guru mudah mengawal pembelajaran murid
(c) pendekatan ini membolehkan guru menilai penguasaan murid dalam pengajaran
(d) Murid belajar dalam persekitaran setempat dan situasi semasa
(e) Murid menggunakan modul secara individu, kumpulan kecil atau kumpulan besar

Pendekatan modular akan mengintegrasikan domain kognitif, efektif dan kemahiran


psikomotor murid dengan lebih baik berbanding dengan kaedah konvensional.

Imbas kod QR
dan luaskan bacaan anda...

3.7.7 Model Pengurusan Kelas Khas : Kiosk

Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence. Teori ini
menyatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini
merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri
seseorang individu.

Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap
kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya
dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu.

Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan


persekitaran. Sehubungan dengan konsep kepelbagaian, kecerdasan telah diaplikasikan
dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pendidikan khas. Melalui pendekatan
kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mudah apabila minda murid
tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat. Dalam sebuah kelas boleh
dibina lapan kiosk iaitu:

(a) Kiosk Visual/Ruang di mana guru mengajar menggunakan persepsi tentang


alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar.

62
(b) Kiosk matematik adalah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan
mena’akul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik.

(c) Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar – mengajar yang menggunakan


interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka
bertutur.

(d) Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan
badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

(e) Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan
badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

(f) Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan
persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P.

(g) Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta
bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan.

(h) Kiosk Intrapersonal adalah ruang belajar-mengajar secara individu.

Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah


Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan. Ini kerana murid
PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran. Pendekatan Kiosk juga
memberi peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta kreativiti
mereka.

Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran akan menarik minat murid untuk
belajar. Murid –murid pendidikan khas yang agak lambat dalam memahami pembelajaran
akademik mungkin lebih cenderung kepada kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.

3.7.7.1 Kelebihan Kiosk

(a) murid-murid pendidikan khas merasai peluang belajar dalam pelbagai


suasana
(b) menarik minat murid untuk belajar
(c) memberi peluang kepada guru untuk mengaplikasi kemahiran serta kreativiti
masing-masing

63
3.7.8 PENGURUSAN KELAS ABAD KE 21

Kedudukan tempat duduk murid adalah amat penting untuk suasana pembelajaran yang
kondusif. Keadaan tempat duduk dan ruang yang baik memberi keselesaan kepada
murid untuk belajar.
Hal ini membantu murid memberikan tumpuan serta melaksanakan aktiviti dengan
lancar. Selain daripada untuk kemudahan murid, kedudukan tempat duduk yang
bersesuaian juga dapat menggalakkan komunikasi antara murid dan kolaboratif sesama
mereka.
Dalam merencanakan pendidikan abad ke 21 dan pembelajaran abad ke 21, kedudukan
murid yang dapat merangsang elemen 4K adalah amat dititikberatkan. 4K tersebut
adalah: Komunikatif, Kolaboratif, Kritis dan Kreatif.

64
3.8 MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID

3.8.1 Model 3 Kumpulan Yang Berbeza

(a) Model I : Kumpulan Mengikut Pelbagai Kebolehan

● Kumpulan mengikut pelbagai kebolehan boleh dilakukan setelah murid-murid


dapat menguasai kemahiran asas. Melalui kumpulan mengikut pelbagai
kebolehan, murid-murid yang cerdas diminta membantu murid-murid yang
lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat dapat dibina melalui
aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi, dan
sebagainya. Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan
mengembangkan bakat kepimpinan. Perkembangan sahsiah yang sihat
dapat juga dibina. Begitu juga halnya dengan pemupukan semangat
kerjasama, mengukuhkan sikap bertimbang rasa, bertanggung jawab,
bertolak ansur, dan sebagainya. Selain itu, semangat pertandingan yang
sihat antara kumpulan juga boleh diadakan

● Kumpulan mengikut kebolehan harus dibentuk berdasarkan penilaian guru,


sama ada pemerhatian atau ujian. Kebolehan murid-murid berbeza-beza
mengikut mata pelajaran serta aspek-aspek tertentu dalam satu-satu mata
pelajaran. Kebolehan mereka berubah-ubah dari semasa ke semasa. Oleh
itu, ahli satu-satu kumpulan tidak semestinya sama sepanjang masa.
Perhatian diberi kepada individu-individu hendaklah juga dijalankan.

Pada amnya, guru boleh membentuk 3 kumpulan iaitu:

● kumpulan cerdas (2 kelompok)


● kumpulan sederhana (5 kelompok)
● kumpulan lemah (1 kelompok)

Guru harus menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok
masing-masing.

65
(b) Model II : Kumpulan Mengikut Kebolehan

● Kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan
mereka. Mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan
penilaian.
● Pengumpulan murid-murid mengikut kebolehan biasanya digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran seperti lisan, membaca, dan menulis.

● Ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan murid yang
hampir-hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu-satu kemahiran.

● Guru dapat merancang jenis pemeringkatan bahan mengikut kebolehan murid-murid


dalam kumpulan berkenaan.

(c) Pengajaran Secara Kumpulan

● Pengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-


murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan
adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan
pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara
berkelompok.

● Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan
mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama
taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan
ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua, ialah
kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan.

Apa Dia Pengajaran Secara Kumpulan?

● strategi pengajaran berpusatkan murid,

● murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut


kebolehan ,

● dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan


dengan kebolehan mereka,

● dua cara membentuk kumpulan ,

66
● berdasarkan kebolehan/pencapaian yang sama, dan

● kedua kumpulan pelbagai kebolehan/pencapaian

Pengajaran individu

● Kaedah mengajar seorang guru dan seorang pelajar,

● Untuk mengatasi kelemahan mengajar secara seluruh kelas

● Sebuah kelas mempunyai pelajar yang berbagai kebolehan dan keupayaan,

● kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar sahaja dan tidak semua
individu, maka kaedah individu perlu,

● belajar untuk mengembangkan kebolehan individu

● guru harus mengenal potensi murid-murid mereka, mengenalpasti masalah


pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran berasaskan
kebolehan individu.

3.9 PENGURUSAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH

Persekitaran pembelajaran merujuk kepada suasana dan keadaan fizikal tempat di mana
MBK masalah pembelajaran belajar dan guru mengajar. Ia merupakan antara elemen
penting dalam pendidikan khas dan perlu dirancang supaya persekitaran pembelajaran yang
interaktif dan kondusif dapat diwujudkan. Persekitaran pembelajaran yang baik dapat
menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin,
perhubungan guru-murid yang aktif dan menjamin keseronokan untuk MBK belajar.

3.9.1 Susunan Perabot

Aspek fizikal bilik darjah yang disusun dengan berkesan dapat:


(a) Membolehkan aktiviti dijalankan dengan terancang
(b) Mengurangkan kebisingan dan gangguan.
(c) Memupuk interaksi murid
(d) Membolehkan guru memantau aktiviti murid.

67
Cara penyusunan bilik darjah membolehkan :
● Guru dan murid bergerak tanpa halangan
● Memudahkan guru untuk mendapatkan bahan bantu mengajar
● Guru dapat menumpukan perhatian kepada semua murid.

3.9.2 Peralatan khas

(a) Papan buletin / maklumat


(b) Bahan-bahan cetak / carta
(c) OHP
(d) APD
(e) Rak buku
(f) Rak kasut
(g) Komputer dll.

3.9.3 Keceriaan

(a) Hias Bilik Darjah darjah dengan hiasan yang menarik supaya murid berada dalam
keadaan seronok utuk belajar
(b) Hias Bilik Darjah darjah dengan bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran.
Jangan hias Bilik Darjah darjah sehingga menjadi suram.

3.9.10 Keselesaan

Stesen-stesen pembelajaran disediakan bagi memudahkan :


(a) Penilaian dan RPI dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan berfokus
(b) Disiplin murid lebih terkawal
(c) Jadual waktu lebih bermakna
(d) Isi P&P dapat diseragamkan di peringkat sekolah

3.9.11 Keselamatan

Sediakan peraturan bilik darjah seperti :


(a) Aktiviti keluar masuk kelas
(b) Menggunakan alatan / bahan yang dikongsi - Almari, rak dan lain-lain
(c) Ke kawasan-kawasan seperti tandas, kantin dan lain-lain
(d) Meninggalkan tempat duduk

68
(e) Menyerah kerja yang telah siap
(f) Menjaga kebersihan bilik darjah

3.10 PENGURUSAN MURID

3.10.1 Tingkah Laku

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Setiap guru pasti ada satu bentuk sistem
pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing
tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negative dan bebas gangguan.

3.10.2 Kebajikan Murid Pendidikan Khas

Kebajikan murid pendidikan khas melihat kepada setiap peranan guru pendidikan khas
dalam melaksanakan aktiviti kebajikan mereka. Antaranya ialah
(a) Membantu murid pendidikan khas yang mempunyai masalah kewangan dengan
mengurus kewangan mereka khususnya Elaun Murid Khas (EMK)
(b) Membantu murid menyediakan kelengkapan peralatan sekolah.
(c) Sentiasa melakukan aktiviti ziarah ke rumah murid MBK
(d) Membantu murid MBK ketika menghadapi masalah berkaitan dengan keluarga dan
bertindak sebagai kaunseling.
(e) Sentiasa memaklumkan kepada sekolah dan PIBG sekiranya murid MBK
mempunyai masalah keluarga atau kewangan

3.10.3 Keperluan Khas Murid

Keperluan murid khas menumpukan kepada aspek-aspek di bawah :

(a) EMK kewangan


(b) Peralatan Pembelajaran
(c) SistemSokongan

69
3.11 PENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sumber pengajaran merujuk kepada bahan-bahan pengajaran dan pembebelajaran (P&P)


yang perlu digunakan oleh guru bagi mengerakkan proses P&P yang ditetapkan Jamaludin
et.al (2000): Merujuk sumber pengajaran kepada teknologi pendidikan. Teknologi
pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu
bahan bagi melaksanakan proses P&P. (Teknologi pengajaran – satu sistem yang meliputi
alat dan bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik dan organisasi yang digunakan
secara terancang dan teratur (proses dan produk) bagi menghasilkan kecekapan di dalam
proses pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.

3.11.1 Kepentingan Sumber Pengajaran


(a) Menjadikan pendidikan lebih produktif
(b) P&P berjalan lancar
(c) Beban guru berkurang Pendidikan yang lebih seimbang
(d) Pelajar belajar melalui rakaman peristiwa luar dari pengetahuan dan
pengalaman
(e) Dapat mendekatkan jurang antara dunia luar dengan alam persekitaran
sekolah
(f) Pengajaran bersifat individual
(g) Guru berpeluang guna pelbagai teknik Pengajaran berasaskan kajian saintifik
(h) Guru perlu membuat kajian dan penyelidikan agar sumber yang dibina sesuai
dan melancarkan proses p&p Pengajaran bersemangat dan berharga
(i) Sumber yang diguna dapat merangsang persekitaran p&p Contoh : peristiwa
jauh di bawa dalam bentuk filem

3.11.2 Contoh Sumber Pengajaran

● Bahan Cetak - Buku-buku, Mashaf-mashaf, kitab tafsir, buku teks, buku rujukan,buku
latihan, kamus, atlas, buku-buku fiksyen/ bukan fiksyen, ensiklopedia,autobiografi
dan lain-lain
● Terbitan berkala – Pelbagai akhbar harian, mingguan, bulanan – Majalah terbitan
bulanan, tahunan dwi tahunan, keluaran khas
● Gambar foto – Gambar yang menunjukkan keadaan asas atau semulajadi – Contoh
: gambar pemandangan, masjid, kaabah

70
● Atan long (1981) membahagikan alat bantu mengajar (ABM) kepada tiga kumpulan,
iaitu:-
○ Alat pendengaran,
○ Alat pandangan
○ Alat pandang dengar.
● Noraziah abdul hamid (1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu:-
○ Media elektronik
○ Media bukan elektronik,
● Hanapiah sudin (1979) menggolongkan kepada dua, iaitu:
○ Bahan- bahan software
○ Bahan-bahan hardware

3.11.3 Kriteria pemilihan sumber pengajaran

● Pemilihan sumber pengajaran harus diperolehi dengan perbelanjaan yang rendah


dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat Alat bantu mengajar
(ABM) dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama
untuk menyediakannya.
● disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan
disimpan. Alat bantu mengajar (ABM) yang terlalu berat dan besar akan
mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid.
● Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang
tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang tidak
sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata atau menggunakan bahan-
bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

3.11.4 Sumber peralatan pembelajaran murid MBK ( Masalah Penglihatan )

(a) Mesin braille


(b) Buku teks braille
(c) Cctv
(d) Duxbury
(e) Slate and stylus
(f) Audio book
(g) Kit suara
(h) Headphone

71
3.11.5 Kepentingan sumber pembelajaran
(a) Penggunaan sumber dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan
tenaga pengajar kekurangan masa.
(b) Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pembelajaran
(c) Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar.
(d) Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang
diajar.
(e) Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.
(f) Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap
pembelajaran.

3.12 KHIDMAT GURU PENDAMPING DAN GURU SUMBER

Menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6 yang dikeluarkan pada tahun 2007 oleh
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, guru resos ialah Guru Pendidikan Khas yang
ditempatkan di sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Integrasi. Manakala bilik resos merupakan bilik yang disediakan untuk menjayakan
Program Pendidikan Khas Integrasi.
Bilik resos digunakan sebagai tempat pengajaran dan pengukuhan pembelajaran
murid, menyimpan peralatan dan bahan pendidikan khas serta tempat di mana guru-
guru resos menjalankan tugasan mereka.

3.12.1 Peranan Guru Resos Sebagai Guru Pendamping

● Guru pendamping ialah guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru
biasa untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan
sesuai untuk murid
● Guru pendamping khusus merupakan guru yang memiliki pengetahuan yang khusus
dalam masalah yang dihadapi oleh murid
● Guru kelas biasa yang memiliki pengetahuan dan pengalaman untuk membantu
kanak-kanak mempelajari sesuatu
● Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincangan
● Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas.
● Menjalankan program yang berpusatkan murid

72
● Mendampingi guru kelas dalam menyiapkan kegiatan yang berkaitan dgn bahan unit
mengajar
● Mendampingi murid dalam menyelesaikan tugasan dan beri arahan yang tepat, jelas
● Memilih dan melibatkan rakan sebaya untuk kegiatan sosialisasi

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Tajuk Pembelajaran : Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas di Sekolah


Serta Isu dan Cabaran
B. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran
B1 - Sokongan pengurusan sekolah
B2 - Pengurusan bilik darjah pendidikan khas
B3 - Model pengajaran dan pembelajaran murid
B4 - Pengurusan persekitaran bilik darjah
B5 - Pengurusan murid
B6 - Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran
B7 - Khidmat guru pendamping dan guru sumber

C. Masa : 5 jam

D. Langkah Pelaksanaan

i. Pensyarah menyemak kehadiran pelajar dalam sesi dalam talian yang

telah ditetapkan

ii. Pensyarah memberikan penerangan berkaitan tajuk yang akan

dibincangkan.

iii. Pelajar dan pensyarah melaksanakan perbincangan berkaitan tajuk

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

73
1. Kementerian Pelajaran Malaysia giat melaksanakan Transformasi Sekolah 2025
(TS25). Anda dikehendaki mencari maklumat di laman sesawang berkaitan pendidikan khas
di Malaysia dan jelaskan status pendidikan Khas di Malaysia dalam memastikan murid-
murid berkeperluan khas tidak ketinggalan dalam arus pendidikan semasa.

74
UNIT 4 ISU DAN CABARAN DALAM PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

SINOPSIS

Tajuk ini memberi maklumat kepada pelajar tentang pengurusan dan pentadbiran
pendidikan khas serta isu dan cabaran yang dihadapi dalam mengurus dan mentadbir yang
meliputi proses penempatan murid, pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan program
pendidikan khas, pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran bilik darjah dan khidmat
sokongan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar akan dapat :


- Mengetahui isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam mengurus hal yang berkaitan
pendidikan khas di sekolah
- Memberi cadangan menangani isu dan cabaran yang dihadapi dalam mengurus dan
mentadbir hal-hal berkaitan

KERANGKA TAJUK

4.1 Proses Penempatan Murid


4.2 - Pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan sekolah
4.3 Pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan program Pendidikan Khas
4.4 Pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan bilik darjah
4.5 Khidmat sokongan

Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) jelas senada dengan Falsafah Pendidikan
Negara(FPN) iaitu untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari
potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif.

75
Walaupun program pendidikan khas di negara ini berkembang dengan pesat,
namun masih ada dan sentiasa ada isu dan cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani
terutamanya dari aspek pengurusan dan pentadbirannya. Cabaran yang ada sentiasa
berubah mengikut keadaan dan tuntutan semasa. Apakah isu-isu yang menjadi cabaran dan
mengapakah isu-isu tersebut wujud dan yang penting ialah bagaimana untuk mencari jalan
penyelesaiannya. Banyak cabaran dalam mengurus pelaksanaan program Pendidikan
Khas ini di pelbagai peringkat. Antaranya ialah :

4.1 PROSES PENEMPATAN MURID

Bagaimana proses penempatan murid dilakukan. Adakah proses pemilihan ini


dilakukan mengikut prosedur yang telah digariskan. Perkara ini boleh dilihat dari aspek
bagaimana penilaian itu dilakukan. Kekurangan kepakaran menjalankan dan membuat
keputusan penempatan itu menyebabkan berlakunya salah penempatan. Contohnya ada
sesetengah murid yang sepatutnya berada di program arus perdana tetapi berada dalam
program PPKI. Harus dilihat semula bagaimana prosedur, penilaian, dan kelayakan
kemasukan dilakukan. Asas untuk meneliti semula perkara ini perlu dikenalpasti. Data-data
yang menyokong penelitian perkara ini perlu dikenalpasti.

4.1 - Bincangkan isu dan cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas berkaitan perkara-perkara berikut.
- prosedur pemilihan MBK
- pengesahan kelayakan murid sebagai MBK
- proses penilaian untuk penempatan murid ke program pendidikan
khas
4.2 - Cadangkan usaha yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu dan
cabaran-cabaran tersebut.

76
4.2 PELAKSANAAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS

Pelbagai perkara perlu dilihat dalam mengurus dan mentadbir program Pendidikan
Khas di sekolah terutamanya hal-hal kewangan. Pengurusan kewangan perlu dilakukan
dengan berintegriti untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan sekolah dan proses
pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Peruntukan wang kerajaan sebahagian
besarnya disalurkan melalui bantuan per kapita (PCG). Bantuan per kapita ini diberikan
mengikut bilangan pelajar. Secara umumnya ia digunakan bagi keperluan pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu sekolah juga menerima wang daripada punca-punca kewangan lain
ataupun dikenali sebagai wang SUWA. Antara punca wang SUWA ialah seperti yuran
pelajar, derma, sumbangan orang ramai,sewa kantin, dewan, kedai buku dan juga pelbagai
hasil daripada projek-projek sekolah. Selain itu sumber kewangan lain ialah dari
Rancangan Makanan Tambahan (untuk murid-murid miskin), sumbangan daripada PIBG,
sumbangan sukarela daripada agensi dan individu serta sumbangan lain yang diperolehi
melalui kelulusan daripada pihak yang berkenaan. Sumber kewangan yang diperolehi itu
perlu diurus dengan baik dan perlu diakaunkan mengikut peraturan.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan PPKI menengah rendah juga
ada menerima bantuan PCG seperti murid lain. Anda boleh merujuk Surat Pekeliling
Kewangan Bil.5 Tahun 2002: Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah
KP.1573/17/Jld.14(4) bertarikh 16 Oktober 2002. Menjadi tanggungjawab pihak sekolah
untuk memastikan bahawa peruntukan tersebut benar-benar digunakan untuk membantu
meningkatkan perkembangan diri murid berkeperluan khas ini dari semua aspek. Selain itu
pemantauan penggunaan elaun murid perlu dilakukan. Kerajaan telah memperuntukkan
bajet yang tinggi ini bagi memastikan keperluan pendidikan murid dapat dipenuhi.
Persoalannya adakah peruntukan elaun murid benar-benar digunakan mengikut objektifnya.
Perancangan yang teliti yang bagi mengurus keperluan murid perlu dilakukan sebaiknya.
Beberapa perkara perlu diberi perhatian semasa menguruskan perbelanjaan kewangan
Pendidikan Khas seperti penyelaras dan guru pendidikan khas perlu membuat perancangan
yang teliti untuk kegunaan pengajaran dan pembeljaran serta kebajikan murid-murid khas,
jumlah sebenar peruntukan perlu diketahui oleh penyelaras dan guru-guru pendidikan khas
supaya dapat dimanfaatkan dengan optimum dan perlu diingat untuk audit pengurusan
kewangan.

77
Keselesaan pembelajaran berkait rapat dengan infrastruktur. Kesesuaian tempat,
saiz kelas, peralatan dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan akan mempengaruhi
keberkesanan program pendidikan khas. Ruang pembelajaran perlu sesuai dengan bilangan
murid. Gangguan yang berkaitan audio dan visual perlu dielakkan. Jika anda
berpengalaman dengan program pendidikan khas, anda akan dapat menilai sendiri apa
sebenarnya yang berlaku. Kemudahan-kemudahan lain juga perlu dilihat seperti kemudahan
padang, gelanggang permainan, peralatan dari segi kesesuaiannya. Bagi murid bermasalah
penglihatan dan bermasalah pendengaran; adakah kemudahan-kemudahan yang
disediakan ini memenuhi keperluan mereka.

Sumber manusia merupakan keperluan yang amat penting dalam menentukan


kejayaan program pendidikan khas. Bilangan guru pendidikan khas yang benar-benar
terlatih dalam sesuatu bidang masih kurang. Contohnya kepakaran dalam bidang autisme,
sindrom down dan lain-lain. Kekurangan guru arus perdana dalam disiplin pendidikan khas
akan menjejaskan keberkesanan program pendidikan inklusif. Beberapa opsyen boleh
difikirkan dalam menangani permasalahan ini. Contohnya melatih lebih ramai guru arus
perdana supaya mempunyai kepakaran dalam pedagogi yang berkaitan murid pendidikan
khas. Oleh itu masalah kekurangan guru yang pakar dapat diatasi. Dalam situasi lain pula,
kekurangan pakar dalam bidang-bidang tertentu seperti audiologi, visual, pelbagai terapi
seperti pertuturan, aroma, cara kerja, psikologi pendidikan, dan lain-lain harus ditangani
dengan segera. Menjelang tahun 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia mensasarkan
bahawa program Pendidikan Inklusif dilaksanakan disesemua sekolah (PPPM, 2013-2015).
Mengapakah perkara ini menjadi cabaran dalam Pendidikan Khas?

4.1 - Bincangkan isu dan cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas berkaitan perkara-perkara berikut.
- pengurusan elaun MBK dan peruntukan PCG
- kesesuaian persekitaran dalam bilik darjah
- peningkatan profesionalisme dan bidang tugas sumber manusia

78
4.2 - Cadangkan usaha yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu dan
cabaran-cabaran tersebut.

4.3 PELAKSANAAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran? Pengaruh persekitaran memberi kesan


yang besar dalam mencorak tingkah laku seseorang. Begitu juga dengan persekitaran
murid. Murid akan berinteraksi dengan apa yang ada dipersekitaran mereka sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah. Dari aspek fizikal, kawasan dalam bilik darjah meliputi segala
ruang yang ada. Bagi program PPKI contohnya, ruang pembelajaran, ruang bermain, bilik
urus diri, dapur dan lain-lain ruang biasanya berada dalam bangunan yang sama. Masalah
yang ketara ialah dari segi saiz ruang yang sempit dan kurang selesa untuk aktiviti
pembelajaran. Bilangan murid yang ramai menyebabkan gangguan bising berlaku. Saiz
kelas yang kecil juga menyebabkan susun atur meja belajar murid kurang sesuai.
Pergerakan murid akan terhad. Pengudaraan, pencahayaan dan suhu juga akan
mempengaruhi pembelajaran murid. Persekitaran luar bilik darjah juga perlu diambilkira.
Banyak aspek perlu diberi perhatian seperti keselamatan, keceriaan, kawasan untuk
bermain, ruang aktiviti untuk amali kemahiran hidup dan lain-lain lagi. Sebagai contoh,
adakah kawasan tandas yang ada menjamin keselamatan murid. Adakah murid selamat
menggunakan peralatan dan bebas dari sebarang gangguan ketika berada di dalam
tandas.

Peralatan dan kemudahan asas juga perlu diurus dengan baik mengikut prosedur
dan kesesuaiannya. Pengurusan dari segi pemerolehan, penyimpanan, penggunaan dan
penyelenggaraan bahan harus dirancang dengan baik. Sebagai contoh, bahan-bahan
seperti bahan multimedia dan bahan bukan multimedia perlulah diurus dengan berkesan.
Pengurusan ini juga meliputi lokasi penyimpanan, maklumat dan rekod penggunaan, dan
juga keselamatan.

79
Tugasan 4
4.1 - Bincangkan isu dan cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas berkaitan perkara-perkara berikut.
- aspek keselamatan persekitaran dalam dan luar bilik darjah
- kesesuaian peralatan bagi membantu perkembangan diri murid
berkeperluan khas
- kesesuaian kemudahan asas yang disediakan pihak sekolah

4.2 - Cadangkan usaha yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu dan
cabaran-cabaran tersebut.

4.4 KHIDMAT SOKONGAN

Perkembangan khidmat sokongan bermula sekitar tahun 1970an apabila ahli-ahli psikologi
percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an khidmat
sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook & Friend,1991a). Beliau
juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara
langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat
keputusan untuk mencapai matlamat yang sama dalam memberikan perkhidmatan
sokongan, bantuan, pertolongan untuk kebaikan kedua-dua pihak. Menurut Sher dan Baur
(1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah
yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas, guru, ibu bapa dan murid-
murid lain dalam kelas biasa. Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan
dalam kalangan guru-guru khas, guru-guru biasa, ibu bapa, murid dan agensi khidmat
masyarakat. Penglibatan keluarga menjadi agenda yang penting dalam tahun 1990an
hingga sekarang.

80
4.4.1 Kepentingan Khidmat sokongan

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid khas dapat dikurangkan sekiranya wujud
kerjasama daripada pelbagai pihak. Perkhidmatan sokongan ini akan dapat membantu ibu
bapa dan pihak sekolah dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna, sesuai dan menyeronokkan. Sebagai contoh, dalam khidmat sokongan, salah
satu peranan kumpulan pelbagai disiplin ialah berperanan mengenalpasti masalah murid,
memastikan murid mendapat penempatan yang adil dan sesuai mengikut tahap kecacatan,
keperluan, minat dan latar belakang mereka.

4.4.2 Penglibatan Ibu bapa dan Komuniti

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap
sekolah. Keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sesebuah
sekolah dan guru-guru di sekolah tersebut. Jika PIBG tidak dapat berfungsi dengan baik,
hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang pasti akan
terganggu. Terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG di sekolah.

Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi
kebaikan anak-anak mereka. Contohnya, setiap ibu bapa akan menyumbang wang untuk
digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan. Selain itu, ibu bapa juga dapat berjumpa dan
bertanya khabar dalam perjumpaan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam perjumpaan
atau mesyuarat agung yang dijalankan, ibu bapa boleh memberikan cadangan atau
membuat aduan tentang sesuatu perkara demi kebaikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang
sudi menghadiri program PIBG akan memberikan gambaran kepada anak-anak tentang
sikap ibu bapa yang prihatin terhadap diri mereka.

PIBG juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa
dengan guru-guru. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu
ke arah kecemerlangan pelajar. Contohnya, pihak PIBG perlu mengadakan program-
program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka.
Antara program-program yang boleh diadakan ialah Majlis Hari Terbuka dan Majlis Hari
Kecemerlangan Pelajar. Jika hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru baik, maka para
pelajar akan berasa gembira kerana ibu bapa dan guru-guru mereka mengambil berat
tentang kemajuan pelajaran mereka.

81
Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu
program yang dirancang oleh pihak sekolah. Terdapat pelbagai program yang dirancang
oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak sedangkan kewangan
pihak sekolah adalah terhad.

Pihak PIBG boleh membantu pihak sekolah untuk menyediakan kemudahan asas
dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah sememangnya boleh meminta peruntukan
daripada kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah.
Namun demikian kadangkala peruntukan ini kurang mencukupi dan bantuan daripada PIBG
amat diharapkan. Oleh itu, antara kemudahan yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah
pondok bacaan pelajar dan pondok menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan daripada PIBG
kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak PIBG dengan pihak
sekolah.

Di samping itu, pihak PIBG juga boleh menjadi orang tengah dalam sesuatu masalah
yang berlaku antara ibu bapa dengan guru. Kerjaya guru memang penuh dengan cabaran
dan kadang-kadang guru boleh hilang kesabaran dalam berhadapan dengan pelajar yang
bermasalah. Dalam sesetengah kes, ada pihak ibu bapa yang marah dengan guru yang
mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka. Terdapat juga kes disiplin pelajar yang
dilaporkan kepada pihak polis yang sedang menunggu tindakan mahkamah diambil. Dalam
menghadapi masalah ini, pihak PIBG boleh memainkan peranan bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan baik.

Umum mengetahui pentingnya PIBG diwujudkan kerana banyak faedah yang


diperolehi terutama dalam membantu pihak sekolah mencapai objektif yang dirancang..
Namun apa yang menjadi cabaran ialah adakah penglibatan setiap ibu bapa dan guru-guru
berada dalam tahap yang terbaik.

Ibu bapa boleh memberi banyak sumbangan untuk memperbaiki sistem pendidikan
kerana mereka adalah orang yang paling hampir dengan anak. Oleh yang demikian mereka
sepatutnya diberi peluang untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam pendidikan
anak mereka. Gabungan dan kerjasama pelbagai pihak dapat menyediakan pendidikan
yang lebih bermakna dan berkesan.

Khidmat bimbingan dan sokongan untuk murid-murid berkeperluan khas perlu


diperluaskan supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas dan

82
masyarakat umumnya tahu cara memberi bimbingan dan sokongan ini boleh mengatasi
masalah emosi ibu bapa yang mempunyai anak-anak khas iaitu dengan memberi nasihat
dan panduan pendidikan keibubapaan untuk diri sendiri dan anak mereka. Tujuan
pendidikan ini adalah untuk menghindarkan emosi negatif dan menggalakkan emosi positif
ibu bapa.

Kerjasama dan kolaborasi antara ibu bapa, keluarga, masyarakat, pihak kerajaan
dan badan-badan NGO telah menjayakan program yang dianjurkan bagi kanak-kanak
berkeperluan khas. Kerjasama pihak kerajaan dan badan-badan NGO ini diharapkan akan
terus membantu meringankan bebanan ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak-anak
berkeperluan khas.

4.4.3 Kumpulan Pelbagai Sokongan

Kumpulan pelbagai sokongan atau lebih dikenali sebagai pasukan pelbagai disiplin adalah
terdiri dari personal yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar
perubatan, pakar terapi dan pekerja sosial. Mereka memainkan peranan penting dalam
membantu membangunkan perkembangan diri mereka yang berkeperluan khas.

Antara perkhidmatan yang diberikan oleh pakar perubatan adalah seperti


perkhidmatan audiologi, perkhidmatan terapi pertuturan, perkhidmatan pediatrik,
perkhidmatan neorologi, perkhidmatan oftamologi dan lain-lain lagi. Bagi pakar terapi pula,
antara perkhidmatan yang diberikan ialah terapi pertuturan, psikologi klinikal, fisioterapi, juru
pulih cara kerja dan lain-lain perkhidmatan terapi. Perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja
sosial pula ialah seperti memberi perkhidmatan kaunseling, khidmat nasihat, sokongan
kerjaya, dan juga membantu memudahkan urusan-urusan yang lain.

Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai


mengalami kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu pendekatan
perubatan terhadap kanak-kanak ini ialah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang
dialami. Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih
pendengaran dan melatih mereka untuk bertutur. Begitu juga usaha perubatan yang
dilakukan ke atas kanak-kanak buta adalah untuk memulihkan penglihatan mereka dengan
menggunakan pendekatan teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun dari
semasa ke semasa. Pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan
peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak
berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan

83
kepada ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di
sekolah biasa atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan.

Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau


kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan
kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau
kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan
diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah
perubatan dengan tujuan untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada
seseorang itu tidak bertambah teruk. Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat
memberi pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada
murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada
seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat dan berjaya dalam
pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang
memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak
berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai
keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah.
Terdapat enam pakar perubatan yang terlibat dalam pendidikan khas iaitu pediatrik,
neurologi, terapi pertuturan, terapi fizikal, audiologi dan oftomologi. Pediatrik
bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dengan
mengesan punca masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut seperti genetik,
kewarisan, prenatal dan postnatal. Pakar neurologi pula mendiagnostik dan mengubati
penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Ia juga mengawal
hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan ubat “ Ritalin” untuk
mengawal kanak-kanak hiperaktif. Pakar oftomologi akan menaksir penglihatan pelajar.
Sekiranya mereka mempunyai masalah penglihatan yang berbeza daripada kanak-kanak
normal mereka memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak normal.
Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran pula akan dirujuk
kepada pakar audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran kanak-kanak tersebut. Terapi
pertuturan pula diadakan untuk mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan
bahasa kanak-kanak.Terapi pertuturan ini akan menggunakan pelbagai pendekatan, teknik
dan cara untuk membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan kanak-kanak yang
mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. Terapi fizikal pula adalah untuk menaksir
fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak, melatih kemahiran hidup serta
kemahiran untuk membantu diri.

84
4.4.4 Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan

Antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menawarkan khidmat sokongan di negara
ini ialah :

(a) Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia berperanan penting dalam membantu murid berkeperluan


khas dalam hal-hal yang berkaitan pendidikan melalui bahagian-bahagian tertentu seperti
yang ada dalam struktur organisasi kementerian. KPM menyediakan perkhidmatan
sokongan terus seperti menyediakan prasarana, peralatan, kewangan, tenaga pengajar,
kemudahan fizikal dan lain-lain keperluan murid berkeperluan khas dengan mengamalkan
konsep pendidikan untuk semua.

(b) Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia pula menyediakan perkhidmatan yang berkaitan kesihatan


murid berkeperluan khas seperti program-program imunisasi, program kesihatan sosial dan
lain-lain perkhidmatan kesihatan untuk memastikan kesihatan murid berada pada tahap
yang baik.

(c) Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat

Kementerian ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat secara amnya memberi


perkhidmatan seperti perkhidmatan pendaftaran murid berkeperluan khas, mewujudkan
program pemulihan dalam komuniti, pemberian geran kepada pertubuhan sukarela, hal
berkaitan sukan untuk golongan OKU dan lain-lain aktiviti di bawah kementerian ini.

(d) Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi bantuan dari segi perkhidmatan kepada
orang kurang upaya yang bersesuaian dengan syarat yang ditetapkan. Mereka
menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang mendaftar dengan mereka sahaja. JKM
juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya. Jabatan
Kebajikan Masyarakat telah memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai
kemudahan bagi membolehkan OKU bergerak bebas. “ Kod Amalan Akses Bagi Orang
Kurang Upaya Ke bangunan Awam” dirangka bagi mewajibkan bangunan baru mempunyai

85
kemudahan akses kepada OKU. Antaranya termasuklah laluan yang bersesuaian dengan
kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan
sebagainya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan pelbagai program untuk


menjaga, membantu dan menyediakan kemudahan untuk membolehkan orang kurang
upaya menjalani yang normal kehidupan. Mengadakan bantuan alat tiruan seperti anggota
tiruan, tongkat, kaki palsu, tangan palsu, kalipers, kerusi roda , alat pendengaran, cermin
mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan
berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Usaha
telah diambil untuk menyediakan lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya
seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemudahan bebas dari
halangan.

Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengadakan Elaun Pekerja


Cacat (EPC). Elaun insentif kepada OKU yang bekerja dan berpendapatan kurang daripada
RM750 sebulan bagi individu untuk menggalakkan mereka berminat bekerja. Skim ini
bertujuan menggalakkan OKU berdikari dan penyenggaraan pendapatan dapat memenuhi
keperluan asas kehidupan OKU dan tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang
lain. OKU yang bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif dan
untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam
masyarakat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan faedah seperti pemeriksaan


kesihatan, pemberian ubat dan kemudahan wad di hospital kerajaan secara percuma,
potongan tambang perjalanan, pengecualian cukai jalan, dokumen perjalanan percuma,
tambahan pelepasan cukai pendapatan, potongan duti eksais bagi pembelian kenderaan
nasional dan potongan harga bagi pembelian rumah kos rendah. Latihan pemulihan seperti
latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama, rekreasi dan aktiviti
luar diberikan kepada individu orang kurang upaya kategori terencat akal sehingga ke tahap
sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan
diberi kepada orang kurang upaya yang mengalami kecacatan yang teruk.

(e) Agensi Bukan Kerajaan

Terdapat beberapa pusat yang ditubuhkan oleh agensi bukan kerajaan seperti Malaysian
Care, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, Persatuan

86
Orang Buta Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Cleft Lip and Palate Association of
Malaysia, NURY, TASPUTRA PERKIM dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
(NASOM)

Peranan badan-badan bukan kerajaan ialah untuk mengesan dan menjalankan


rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak berkerperluan khas. Mereka juga
memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak berkerperluan khas serta
mereka juga memberi penerangan kepada ibu bapa, para profesional dan orang ramai.
Mereka juga berperanan untuk memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkerperluan
khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental. Kanak-kanak ini diberi latihan mental dan
fizikal. Badan-badan bukan kerajaan juga menganjurkan program-program terapi pertuturan
bagi murid-murid sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat
sokongan kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Mereka juga membantu
murid berkeperluan khas seperti murid-murid sindrom down mendapat pelajaran serta
latihan kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. Badan
kerajaan ini juga menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan
dirujuk. Mereka juga menjalankan program tindakan awal ‘early intervention’, program pra
sekolah, program penglihatan terhad dan memberi nasihat kepada ibu bapa.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

UNIT 4: Isu dan Cabaran dalam Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas

A. Tajuk Pembelajaran : Isu dan Cabaran dalam Pengurusan dan Pentadbiran


Pendidikan Khas
B. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran
B1 - Pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan bilik darjah.
B2 - Pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan bilik darjah
B3 - Khidmat sokongan

C. Masa : 3 jam

D. Langkah Pelaksanaan

i. Pensyarah menyemak kehadiran pelajar dalam sesi Dalam Talian yang

87
telah ditetapkan

ii. Pensyarah memberikan penerangan berkaitan tajuk yang akan

dibincangkan.

iii. Pelajar dan pensyarah melaksanakan perbincangan berkaitan tajuk

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

Tahniah !!! Anda telah berjaya berjaya melengkapkan bacaan dengan tekun dan sabar.
Pemahaman anda mengenai tajuk ini akan lebih mantap sekiranya anda melaksanakan
tugasan yang telah disediakan di bawah ini.

4.1 - Bincangkan isu dan cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas berkaitan perkara-perkara berikut.

- penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti pendidikan khas


- pelaksanaan perkhidmatan kumpulan pelbagai disiplin
- penglibatan warga sekolah dalam program pendidikan inklusif

4.2 - Cadangkan usaha yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu dan
cabaran-cabaran tersebut.

TAHNIAH! KERANA ANDA TELAH BERJAYA MEMBACA SEPENUHNYA MODUL INI


DAN MENYEMPURNAKAN TUGASAN YANG DIBERI. SEMOGA BERJAYA.

BOLEH MINUM KOPI DAN SELAMAT BERISTIREHAT

88
BIBLIOGRAFI

Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic Press: USA.

Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers’ Attitude to Change. PhD
thesis. University of Exerter. Unprinted.

Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. PhD
thesis. University of Warwick. Unprinted.

K.A.Razhiyah (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.

Shahabuddin Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategi dan teknik
mengajar berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Abdul rashid. (1999). Profesionalisme motivasi pengurusan bilik darjah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sang M. S. (1991). Pedagogi 2 : Strategi pengajaran dan pengajaran mikro. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam : Falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran
pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sang M. S. (2008). Pengurusan hal ehwal murid. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

PENYELARAS MODUL PITO (PENDIDIKAN KHAS)

Bil. Nama Pegawai Akademik

1 Siti Nabilah binti Kasdi Bidang Pendidikan Khas

PANEL PENGGUBAL PDPP

PKBK2053P
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Bil. Nama Kelayakan Akademik

Sarjana Sains (Pentadbiran Pendidikan) UPM


Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) UKM
1 Mohd Israfi bin Sayati
Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran) BPG-IPIK

89
90
91

You might also like