You are on page 1of 1

iii.

LINUS Pendidikan Khas

Semua murid berkeperluan khas tahun 1, di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) di seluruh Negara akan menjalani saringan LINUS Pendidikan Khas pada bulan
Jun setiap tahun

Mengembangkan potensi murid dengan mencungkil bakat dan minat murid. Guru membuat
penilaian melalui aktiviti-aktiviti P&Pyang bersesuaian dengan bakat dan minat murid. Guru juga
perlu berkongsi dengan ibu bapa tentang bakat dan minat murid yang ditunjukkan di rumah untuk
guru menggabungjalinkan aktiviti P&P dalam bilik darjah.

Menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dan terkini kepada MBK. Aktiviti P&P yang sesuai perlu
perancangan yang rapi dan mengambil kira tahap pencapaian, minat dan kebolehan murid.
Walaupun secara asasnya MBK terutama murid masalah pembelajaran belajar melalui pengalaman
seperti memperkenalkan benda-benda maujud terlebih dahulu, tetapi kaedah P&P menggunakan
komputer perlu didedahkan seperti penggunaan e-bahan, e-pembelajaran dan lain-lain teknologi
komputer terkini mengikut kesesuaian.

Meningkatkan kemahiran bersosial MBK bersama murid arus perdana. Murid berkeperluan khas
perlu diintegrasikan secara terancang bersama-sama murid arus perdana, contohnya di kantin,
tempat perhimpunan, tempat rehat, bilik sumber dan dalam aktiviti atau program sekolah. Buddy
System boleh diamalkan untuk peringkat permulaan sosial. Murid berkeperluan khas boleh
digandingkan dengan murid arus perdana melalui pelbagai aktiviti seperti lawatan sambil belajar,
berkhemah dan lain-lain aktiviti luar yang sesuai.

You might also like