You are on page 1of 3

TUGASAN TIDAK SEGERAK (TTS) MINGGU 1

PENDIDIKAN INKLUSIF UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS

TARIKH: 21/12/2020
KUMPULAN: PITO(MBK) AMBILAN JUN2020
SEMESTER / TAHUN : 1

CUBA HURAIKAN DASAR ANTARABANGSA YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN


INKLUSIF DALAM BENTUK PENGURUSAN GRAFIK ATAU PETA MINDA.

DASAR ANTARABANGSA YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Pada tahun 1944, Akta Pendidikan di United Kingdom


mengkategorikan kanak-kanak dan remaja dari segi
perubatan mengikut ketidakupayaan atau kecacatan badan
dan minda mereka
2. Laporan Warnock (1978) telah banyak membantu kanak-kanak
berkeperluan khas seperti:
 Kategori "cacat" dihapuskan dan digantikan
dengan berkeperluan pendidikan khas.
 Mengubah kefahaman berkeperluan khas berdasarkan model
perubatan.
 Melihat ketidakupayaan (dan masalah pembelajaran) sebagai
hasil daripada perkembangan sosial.
 Menyokong model keperluan pendidikan, iaitu ketidakupayaan
seseorang kanak-kanak dibandingkan dengan norma
perkembangan mengikut umur
3. Amerika Syarikat mendahului dengan
memperkenalkan Education for All Handicapped
Children Act 1975 yang kemudiannya dipinda kepada
Individuals with Disabilities Act {IDEA) pada tahun
1990
4. IDEA telah dikemas kini pada tahun 1997 untuk mempromosikan
inklusif melalui pendekatan "Seluruh Sekolah" (Evans dan Lunt,
2002).
5. Menurut Ainscow (2006), pendidikan inklusif hanya fokus
kepada kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran, tetapi
kini telah merangkumi kepada semua kanak-kanak. Pada
buIan Julai 1994, Council for Disabled Children (CDC) di United
Kingdom bersetuju dengan pernyataan dasar baharu
tentang inklusif, iaitu:

"The CDC believes that no child should be denied


inclusion in mainstream provision. Mainstream provision
should offer the full range of support and specialist
services necessary to give all children their full
entitlement to a broad and balanced education."

6. Pernyataan ini bermakna, murid-murid ini bukan sahaja


diinklusifkan dalam aliran perdana tetapi mereka juga perlu
diberi sokongan dan perkhidmatan yang diperlukan supaya
murid ini boleh menerima pendidikan yang seimbang.
7. Pernyataan dasar pendidikan inklusif dalam Melbourne Declaration on

Educational Goals for Young Australians mengumumkan bahawa:

"All Australian governments and all school sectors must


provide all students with access to high-quality schooling
thatis free from discrimination based on gender, language,
sexual orientation, pregnancy, culture, ethnicity, religion,
health or disability, socioeconomic background or geographic
location."

8. Pernyataan tersebut bermaksud semua murid di Australia diberi pendidikan di


sekolah-sekolah berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Mereka boleh ke
sekolah yang berhampiran tanpa berlaku diskriminasi.
9.

Policy Statement on Inclusion o f Children with Disabilities on


Early Childhood Program 2015 telah menentukan visi dan
mengesyorkannya kepada:

 Negeri-negeri
 Agensi pendidikan tempatan
 Sekolah-sekolah dan program awal kanak-kanak awam
 Kerajaan dari US Department of Education dan Health
and Human Services
10. Dua undang-undang terpenting untuk murid-murid tidak berupaya di Amerika
Syarikat yang membekalkan dua laluan penting untuk murid kurang upaya iaitu :
i. No Child Left Behind (NCLB)
ii. Individuals with Disabilities Acts (IDEA)

11. NCLB mempunyai empat prinsip yang berikut:

i. Akauntabiliti
ii. Pengajaran berdasarkan penyelidikan saintifik
iii. Penglibatan ibu bapa
iv. Kawalan tempatan yang lebih luas dan fleksibiliti

You might also like