You are on page 1of 30

BAB 1

PENGENALAN
PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF
HASIL PEMBELAJARAN

• Menerangkan sejarah pendidikan inklusif


• Menghuraikan objektif pendidikan inklusif
• Menerangkan dasar antarabangsa dan kebangsaan
pendidikan inklusif
• Menghuraikan Program Pendidikan Khas KPM

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 3
PENGENALAN

• Pendidikan inklusif ialah istilah yang bermaksud, semua


murid ke sekolah dan dialu-alukan oleh sekolah untuk
menyertai kelas perdana yang mengandungi murid sebaya
dan disokong untuk belajar, menyumbang dan melibatkan
diri dalam semua aspek kehidupan di sekolah tersebut.
• Inclusion dalam pendidikan ialah satu pendekatan untuk
mendidik murid-murid berkeperluan khas, iaitu mereka
melibatkan diri sepenuhnya dalam semua aktiviti yang
dijalankan sama ada di dalam atau luar bilik darjah.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 4
PENGENALAN (sambung…)

• Pada tahun 1990, World Conference on Education for All


mencabar paradigma pendidikan sedia ada yang melihat ramai
kanak-kanak seluruh dunia dieksklusifkan daripada akses kepada
pendidikan yang sesuai dengan kanak-kanak tersebut.
• Program dan pedagogi tersebut akan membenarkan semua
murid akses kepada pendidikan, tanpa mengira kumpulan etnik,
agama, jantina, latar belakang sosioekonomi atau kebolehan.
• Empat tahun kemudian, Pernyataan Salamanca (UNESCO, 1994)
melanjutkan konsep ini dengan mempromosikan idea bahawa
semua murid sepatutnya menerima pendidikan di dalam kelas
perdana dalam sekolah-sekolah tempatan atau sekolah yang
berdekatan dengan tempat tinggal mereka.
SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 5
ASAS DAN SEJARAH PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF
• 1893: sekolah-sekolah khas dibina untuk kanak-kanak buta dan
pekak.
• 1899: sekolah-sekolah khas ditubuhkan untuk memberikan
pendidikan kepada kanak-kanak kurang upaya fizikal.
• 1945: League of Nations menerima pakai Universal Declaration of
Human Rights. Dalam bidang pendidikan, Artikel 26 dalam
deklarasi tersebut menyatakan hak setiap rakyat kepada
pendidikan yang sesuai tanpa mengambil kira jantina, bangsa,
warna dan agama.
• 1958: Kongres Amerika Syarikat meluluskan dua undang-undang:
PL 85-905 (membenarkan perkhidmatan untuk perfileman untuk
orang pekak) dan PL85-926 (menyokong latihan guru untuk kanak-
kanak yang mengalami kecacatan mental).
SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 6
ASAS DAN SEJARAH PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF (sambung…)

• 1978: Laporan Warnock telah terhasil. Laporan ini


menyatakan semua murid perlu diajar dalam arus perdana.
Mereka tidak seharusnya dididik secara berasingan.
• 2007: Department of Education and Science (DES)
mengeluarkan suatu garis panduan bernama Post Primary
Guidelines for Inclusion (DES, 2007). Garis panduan ini
diperakukan pendekatannya oleh seluruh sekolah ke arah
inklusif (whole–school approach to inclusion). Garis
panduan ini membekalkan panduan berguna tentang
peranan, tanggungjawab dan kolaborasi kakitangan dan
personal untuk pendidikan inklusif serta strategi amalan
terbaik di dalam bilik darjah untuk individu murid/pelajar.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 7
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
PENDIDIKAN INKLUSIF

1) Matlamat Program Pendidikan Inklusif (PPI):


• Untuk meningkatkan penyertaan dan memberikan
peluang kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK)
menyertai program akademik dan bukan akademik
bersama-sama murid normal mengikut arus perdana.
• Memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya tidak
menafikan potensi MBK dan percaya bahawa
ketidakupayaan mereka boleh diminimumkan jika diberi
peluang yang sama.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 8
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
PENDIDIKAN INKLUSIF (sambung…)

2) Objektif pendidikan inklusif:


• Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata
untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan.
• Membina keyakinan diri MBK bagi mencapai
potensi yang optimum.
• Memastikan MBK dapat menyesuaikan diri
dengan murid arus perdana bagi meningkatkan
kemahiran kehidupan harian mereka.
• Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga
sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian
keupayaan MBK.
SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 9
RASIONAL
PENDIDIKAN INKLUSIF
• Hak kemanusiaan menjadi asas kepada rasional
pendidikan inklusif.
• Pendidikan merupakan hak asasi kemanusian
dalam Universal Declaration of Human Rights
(United Nation, 1948).
• Pengasingan pendidikan adalah melanggar hak
tersebut yang akan mengehadkan keupayaan
mereka untuk mendapat manfaat daripada
peluang pendidikan pada masa hadapan.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 10
RASIONAL PENDIDIKAN
INKLUSIF (sambung…)
• Perundangan dan persetujuan hak kemanusiaan
antarabangsa termasuk yang berikut:
 Salamanca Statement and Framework for Action
(UNESCO, 1994)
 UN Standard Rules on the Equalization of Opportunities
for Persons with
 Disabilities (United Nation, 1993)
 UN Convention on the Rights of the Child (United
Nation, 1989)
 Dakar Framework for Action (UNESCO, 2000)

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 11
PRINSIP DAN AMALAN
PENDIDIKAN INKLUSIF
Prinsip 1
Mengikut Salamanca Statement dan Framework for Action on Special
Needs Education (1994), prinsip inklusif yang digariskan adalah seperti
yang berikut:
• Semua kanak-kanak mempunyai hak asas kepada pendidikan.
• Setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri, minat, kebolehan dan keperluan
pembelajaran yang unik.
• Sistem pendidikan perlu mengakomodasi kepelbagaian dalam semua
murid.
• Kanak-kanak berkeperluan khas mesti mendapat akses kepada sekolah-
sekolah biasa yang perlu mengakomodasi mereka dengan menggunakan
pedagogi berpusatkan kanak-kanak supaya keperluan berlainan
dipenuhi.
• Sekolah-sekolah biasa yang berorientasikan inklusif adalah yang paling
berkesan untuk melawan sikap diskriminasi, boleh membina masyarakat
inklusif dan mencapai matlamat “Pendidikan Untuk Semua”
SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 12
PRINSIP DAN AMALAN PENDIDIKAN
INKLUSIF (sambung…)

Prinsip 2
Mengikut Ainscow et. al (2006) lagi, terdapat tujuh prinsip
untuk pendidikan inklusif, iaitu:
•Mengajar semua murid
•Meneroka identiti pelbagai
•Menghalang prasangka
•Mempromosikan keadilan sosial
•Memilih bahan-bahan yang sesuai
•Pengajaran dan pembelajaran tentang budaya dan agama
•Adaptasi dan integrasi pengajaran secara berpatutan
SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 13
PRINSIP DAN AMALAN PENDIDIKAN
INKLUSIF (sambung…)
Prinsip 3
Di United Kingdom pula, prinsip-prinsip perkhidmatan Pendidikan
Inklusif (Education Act, 1996) adalah seperti yang berikut:
• Inklusif merupakan suatu proses yang melibatkan sekolah-sekolah,
pihak berkuasa pendidikan tempatan dan lain-lain pihak yang
berkenaan membangunkan budaya, dasar dan amalan mereka untuk
menginklusifkan murid-murid.
• Dengan latihan, strategi dan sokongan yang betul, hampir kesemua
kanak-kanak berkeperluan khas boleh diinklusifkan dengan jayanya
dalam pendidikan aliran perdana.
• Perkhidmatan pendidikan inklusif membekalkan pilihan dan
kecemerlangan serta menggabungkan pandangan ibu bapa dan anak-
anak mereka.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 14
PRINSIP DAN AMALAN
PENDIDIKAN INKLUSIF (sambung…)

• Minat semua murid mesti dijaga.


• Sekolah, pihak berkuasa pendidikan tempatan serta orang-orang
berkepentingan lain sepatutnya cuba menghapuskan halangan-
halangan kepada pembelajaran dan penglibatan.
 Semua kanak-kanak perlu mempunyai akses kepada pendidikan
yang sesuai yang boleh memberi mereka peluang mencapai
potensi kendiri mereka.
 Pendidikan aliran perdana tidak akan sentiasa sesuai untuk
semua kanak-kanak pada setiap masa. Hal ini bermakna kanak-
kanak dihentikan dari diinklusifkan dengan jayanya pada
peringkat seterusnya.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 15
PRINSIP DAN AMALAN
PENDIDIKAN INKLUSIF (sambung…)
Amalan
Booth dan Ainscow (2003) telah mengenal pasti langkah-langkah yang
diperlukan untuk menjayakan inklusif:
•Menghargai semua murid dan staf.
•Meningkatkan penglibatan murid dan mengurangkan pengasingan
mereka daripada budaya, kurikulum dan komuniti sekolah tempatan.
•Menstrukturkan semula budaya, dasar dan amalan di sekolah-sekolah
supaya mereka respons kepada kepelbagaian murid di tempat itu.
•Mengurangkan halangan kepada pembelajaran dan penglibatan semua
murid, bukan sahaja mereka yang tidak berupaya tetapi kepada mereka
yang dikategorikan sebagai berkeperluan pendidikan khas.
•Melihat perbezaan antara murid-murid sebagai sumber untuk
menyokong pembelajaran, dan bukan sebagai masalah untuk diatasi.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 16
PRINSIP DAN AMALAN
PENDIDIKAN INKLUSIF (sambung…)
• Belajar daripada percubaan untuk mengatasi halangan
kepada akses dan penglibatan pelajar tertentu; untuk
berubah; dan untuk memanfaatkan semua murid.
• Mengakui hak murid kepada pendidikan di tempat
mereka.
• Memperbaik sekolah untuk staf dan murid.
• Menegaskan peranan sekolah dalam membina komuniti
dan membentuk nilai serta meningkatkan pencapaian.
• Menggalakkan perhubungan dua-hala antara sekolah
dan komuniti secara berkekalan.
• Mengakui inklusif dalam pendidikan merupakan salah
satu aspek inklusif dalam masyarakat.
SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 17
PRINSIP DAN AMALAN
PENDIDIKAN INKLUSIF (sambung…)

Beberapa perkara perlu diamalkan tentang pendidikan inklusif,


iaitu:
•Memahami bahawa pendidikan inklusif ialah suatu proses dan
bukan suatu peristiwa.
•Memperkukuh dan mengekalkan penglibatan semua murid, guru,
ibu bapa dan ahli komuniti di sekolah yang terbabit.
•Menstrukturkan semula budaya, polisi dan amalan di sekolah-
sekolah berkenaan untuk respons kepada diversiti murid-murid
dalam kawasan itu.
•Membekalkan kurikulum yang mudah diakses dan program latihan
yang sesuai untuk semua (guru dan murid).
•Mengenal pasti dan membekalkan sokongan untuk semua
kakitangan serta murid.
SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 18
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
INKLUSIF DALAM DAN LUAR NEGARA

• Pada tahun 1944, Akta Pendidikan di United Kingdom


mengkategorikan kanak-kanak dan remaja dari segi
perubatan mengikut ketidakupayaan atau kecacatan
badan dan minda mereka.
• Pada tahun 1970, Akta Pendidikan (Kanak-kanak Cacat)
telah memindahkan tanggungjawab kanak-kanak kepada
pihak berkuasa pendidikan, justeru memberikan peluang
kepada kanak-kanak tersebut menerima pendidikan.
• Laporan Warnock 1978 dan Akta Pendidikan 1981,
pemikiran dan dasar terhadap Pendidikan Khas berubah.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 19
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN INKLUSIF
DALAM DAN LUAR NEGARA (sambung…)

Laporan Warnock (1978) telah banyak membantu kanak-kanak


berkeperluan khas seperti:
•Kategori “cacat” dihapuskan dan digantikan dengan
berkeperluan pendidikan khas.
•Mengubah kefahaman berkeperluan khas berdasarkan model
perubatan.
•Melihat ketidakupayaan (dan masalah pembelajaran) sebagai
hasil daripada perkembangan sosial.
•Menyokong model keperluan pendidikan, iaitu ketidakupayaan
seseorang kanak-kanak dibandingkan dengan norma
perkembangan mengikut umur (Norwich, 2002).

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 20
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN INKLUSIF
DALAM DAN LUAR NEGARA (sambung…)

• Amerika Syarikat mendahului dengan


memperkenalkan Education for All Handicapped
Children Act 1975 yang kemudiannya dipinda kepada
Individuals with Disabilities Act (IDEA) pada tahun
1990.
• IDEA telah dikemas kini pada tahun 1997 untuk
mempromosikan inklusif melalui pendekatan “Seluruh
Sekolah” (Evans dan Lunt, 2002).
• Menurut Ainscow (2006), pendidikan inklusif hanya
fokus kepada kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran, tetapi kini telah merangkumi kepada
semua kanak-kanak.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 21
DASAR ANTARABANGSA DAN
KEBANGSAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

• Pada bulan Julai 1994, Council for Disabled Children (CDC)


di United Kingdom bersetuju dengan pernyataan dasar
baharu tentang inklusif, iaitu:
“The CDC believes that no child should be denied inclusion in mainstream
provision. Mainstream provision should offer the full range of support and
specialist services necessary to give all children their full entitlement to a
broad and balanced education.”
• Pernyataan ini bermakna, murid-murid ini bukan sahaja
diinklusifkan dalam aliran perdana tetapi mereka juga perlu
diberi sokongan dan perkhidmatan yang diperlukan supaya
murid ini boleh menerima pendidikan yang seimbang.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 22
DASAR ANTARABANGSA DAN
KEBANGSAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
(sambung…)
Terdapat beberapa justifikasi kepada polisi atau dasar
yang dibincangkan. Antaranya seperti yang berikut:

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 23
DASAR ANTARABANGSA DAN
KEBANGSAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
(sambung…)
• Pernyataan dasar pendidikan inklusif dalam
Melbourne Declaration on Educational Goals for Young
Australians mengumumkan bahawa:
“All Australian governments and all school sectors must provide all
students with access to high-quality schooling thatis free from
discrimination based on gender, language, sexual orientation,
pregnancy, culture, ethnicity, religion, health or disability,
socioeconomic background or geographic location.”
• Pernyataan tersebut bermaksud semua murid di Australia
diberi pendidikan di sekolah-sekolah berdekatan dengan
tempat tinggal mereka. Mereka boleh ke sekolah yang
berhampiran tanpa berlaku diskriminasi.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 24
DASAR ANTARABANGSA DAN
KEBANGSAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
(sambung…)

• Policy Statement on Inclusion of Children with


Disabilities on Early Childhood Program 2015 telah
menentukan visi dan mengesyorkannya kepada:
 Negeri-negeri
 Agensi pendidikan tempatan
 Sekolah-sekolah dan program awal kanak-kanak awam
 Kerajaan dari US Department of Education dan Health
and Human Services
• Untuk meningkatkan inklusif bayi, kanak-kanak dan
kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas dalam
program awal kanak-kanak berkualiti tinggi.
SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 25
DASAR ANTARABANGSA DAN
KEBANGSAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
(sambung…)

• No Child Left Behind (NCLB) dan Individuals with Disabilities


Acts (IDEA) di Amerika Syarikat mewakili dua undang-
undang terpenting untuk murid-murid tidak berupaya di
sana. Kedua-dua undang-undang tersebut membekalkan
dua laluan penting untuk murid tidak berupaya.
• NCLB mempunyai empat prinsip yang berikut:
 Akauntabiliti
 Pengajaran berdasarkan penyelidikan saintifik
 Penglibatan ibu bapa
 Kawalan tempatan yang lebih luas dan fleksibiliti

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 26
DEFINISI
PENDIDIKAN INKLUSIF
Definisi Pentakrif Definisi Pentakrif

Bagaimanakah kita mengendali bencana dan mengendali kelainan? Forest dan Pearpoint, 1992

Suatu set prinsip yang menjamin murid tidak berupaya dipandang sebagai ahli Uditsky, 1993
komuniti sekolah yang dihargai dan diperlukan dalam semua sudut.
pergerakan ke arah meluaskan skop sekolah biasa supaya boleh memasukkan lebih Clark et.al, 1995
kanak-kanak yang pelbagai.
Sekolah yang menyampaikan kurikulum kepada murid melalui pengurusan yang lain di Rouse dan Florian,
sekolah yang mengasingkan beberapa orang murid dari kelas biasa. 1990
Keahlian penuh terdiri daripada umur sama dalam sekolah tempatan mempelajari Hall, 1996
benda yang sama. Kehadiran penuh adalah penting. Rakan sebaya juga wujud di luar
bilik darjah.
Proses di mana sekolah cuba respons kepada semua murid sebagai individu dengan Sebba, 1996
melihat kembali pengurusan dan persediaan kurikulum. Sekolah-sekolah
Sekolah-sekolah yang menerima semua murid. Thomas, 1997
Inklusif merujuk peluang untuk orang tidak berupaya melibatkan diri sepenuhnya Florian, 2005
dalam semua aktiviti pendidikan, kerjaya, rekreasi, komuniti dan domestik yang
dilakukan oleh ahli masyarakat.
SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 27
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

• Program Pendidikan Khas KPM berkembang semenjak


tahun 1957 lagi.
• Sekolah KPM. Ia telah digantikan dengan Jabatan
Pendidikan Khas KPM mulai Oktober 1995.
• Pendidikan khas dikendalikan di bawah beberapa program
seperti melalui:
 Sekolah Pendidikan Khas
 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
 Program Pendidikan Inklusif (PPI)

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 28
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
KPM (Sambung…)

• Sekolah khas ialah bagi murid bermasalah penglihatan dan


pendengaran.
• Semua sekolah rendah pendidikan khas menawarkan
pendidikan dalam aliran akademik dan sekolah menengah
pula dua aliran, iaitu akademik dan vokasional.
• Kerajaan memulakan Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) pada tahun 1962.
• Pada mulanya PPKI dikenali sebagai Rancangan
Percantuman bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan
di sekolah rendah dan menengah arus perdana terpilih.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 29
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
KPM (Sambung…)
• Program Pendidikan Inklusif (PPI) ialah program pendidikan
bagi murid berkeperluan khas yang dihadiri bersama-sama
murid lain di dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan
atau sekolah bantuan kerajaan.
• Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan
penyertaan dan memberikan peluang kepada MBK untuk
mengikuti program akademik dan bukan akademik
bersama-sama murid dalam kelas arus perdana.

SPG Pendidikan Inklusif All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 1– 30

You might also like