You are on page 1of 40

PENGENALAN ROGRAM

PENDIDIKAN INKLUSIF

BADRUL
BADRUL HISHAM
HISHAM BIN BIN MOKHTAR
MOKHTAR : JABATAN
: JABATAN ILMU PENDIDIKAN
ILMU PENDIDIKAN : INSTITUT
: INSTITUT PENDIDIKAN
PENDIDIKAN GURU
GURU KAMPUS KAMPUS
TAWAU SABAH TAWAU
VIDEO
PENGENALAN PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF
Asas dan sejarah Program Pendidikan Inklusif

 Anjakan minda

Semua kanak-kanak di Malaysia mempunyai hak dan


peluang untuk mendapat pendidikan dan
mengembangkan potensinya termasuk kanak-kanak
berkeperluan khas (Kesedaran/kefahaman komuniti)

 Murid berkeperluan khas (MBK) yang mempunyai


potensi belajar akan ditempatkan dalam kelas
perdana bersama-sama murid normal tanpa
halangan bagi mencapai
 Definisi Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

“Suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan


pendidikan khas yang dihadiri oleh murid
berkeperluan pendidikan khas bersama-sama
dengan murid normal lain dalam kelas yang sama

di aliran perdana sekolah


kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan.”
“ Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan
khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama
murid-murid normal di aliran perdana dengan
mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan
sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu
oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).”

“ Kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai


potensi belajar akan ditempatkan dalam kelas
perdana bersama-sama murid normal di bawah
bimbingan seorang guru resos yang akan
bekerjasama dengan guru biasa.”
 Definisi ‘Murid berkeperluan khas’

Murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan,


ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut
mana yang berkenaan, samada dalam perkhidmatan
kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai :

(a) ketidakupayaan penglihatan;


(b) ketidakupayaan pendengaran;
(c) ketidakupayaan pertuturan;
(d) masalah pembelajaran;
(e) ketidakupayaan fizikal; atau
(f) mana-mana kombinasi; perenggan (a) hingga (e)

di atas
 Definisi ‘Pendidikan Khas’

Pendidikan bagi murid berkeperluan khas di sekolah


khas atau di sekolah yang menjalankan Program
Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan
Inklusif pada peringkat :

  (a) pendidikan prasekolah;


  (b) pendidikan rendah;
  (c) pendidikan menengah; dan
  (d) pendidikan lepas menengah
Pelaksanaan Pendidikan Khas’

 Menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas


 Menggunakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
 Seorang guru boleh membuat pengubahsuaian
mengikut keperluan kurikulum Pendidikan Kas
terhadap:

i. kaedah atau teknik pengajaran dan


pembelajaran;
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti;
iii. susunan aktiviti; dan
iv. bahan bantu mengajar.
Senario Semasa

 Kualiti perkhidmatan pendidikan dan khidmat


sokongan
- Kos tinggi (infrastruktur) - kurang prasarana
- Kaedah PdPc tidak berkesan
- Pusat perkhidmatan dan Sekolah Pendidikan
Khas = Kekurangan pakar & peralatan khas

 Pendidikan Inklusif = mengoptimumkan potensi dan


meminimumkan halangan
Dasar Peringkat Kebangsaan

 Perlembagaan Persekutuan Persekutuan


Perkara 12 : Hak Berkenaan Pendidikan
Menegaskan bahawa semua orang tidak kira
agama, ras, keturunan atau tempat lahir
mempunyai hak untuk pendidikan
 Akta Orang Kurang Upaya (2008)
menegaskan peluang pendidikan saksama bagi
semua (konsep kebajikan kepada konsep hak
asasi)

Seksyen 28 (1) :
Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi
kanak-kanak kurang upaya
“ Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan
daripada sistem pendidikan umum atas asas
ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya
tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan
prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas
asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak
upaya, termasuk latihan vokasional dan
pembelajaran sepanjang hayat”
 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
2013

“Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid


berkeperluan khas di sekolah khas atau di sekolah
yang menjalankan Program Pendidikan Khas
Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada
peringkat:

(a) pendidikan prasekolah;


(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah; dan
(d) pendidikan lepas menengah
 Akta Pendidikan 1996
Seksyen 40
Menetapkan kuasa menteri untuk mengadakan
pendidikan khas sama ada di sekolah khas atau
di mana-mana sekolah rendah atau menengah

Seksyen 41
Menetapkan tempoh pendidikan dan kurikulum
yang sesuai dengan kategori keperluan murid yang
menerima pendidikan khas
Dasar Peringkat Luar Negara

 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UN, 1948)


Artikel 26 :
Menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak
pendidikan. Pendidikan asas sepatutnya wajib dan
diberikan secara percuma

 Konvensyen Hak Kanak-kanak (UN, 1989)


Artikel 28 :
Menetapkan hak kanak-kanak untuk mendapatkan
pendidikan
 Mencadangkan sekolah rendah diwajibkan,
sekolah menengah dibina dan pendidikan tinggi
diberikan akses kepada semua

 Artikel 29 :
Menekankan pendidikan untuk perkembangan
personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal
kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi,
perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa terhadap
kanak-kanak dan semua kaum
 Deklarasi Dunia terhadap Pendidikan untuk
Semua (UNESCO. 1990)
Setiap orang (kanak-kanak, remaja dan dewasa
akan mendapat manfaat daripada peluang
pendidikan sesuai dengan keperluan
pembelajaran asasi mereka

 Kenyataan Salamanca dan Rangka Kerja untuk


Tindakan Pendidikan Keperluan Khas (UNESCO,
1994)
Resolusi Salamanca :
i. Hak semua kanak-kanak termasuk kanak-
kanak yang terpinggir dan kelainan upaya
untuk belajar di sekolah dalam komuniti
mereka dalam kelas inklusif
ii. Hak semua kanak-kanak untuk terlibat
dalam kualiti pendidikan berpusatkan
pelajar yang bermakna kepada mereka
dan yang memenuhi keperluan individu
masing-masing

iii. Pengayaan dan manfaat kepada semua


melalui pelaksanaan pendidikan inklusif

iv. Pendidikan inklusif mampu membentuk


masyarakat yang lebih inklusif dan
demokratik seterusnya menghasilkan
keberkesanan kos
 Rangka Kerja untuk Tindakan Dakar
(UNESCO, 2000 : Perakuan :

Dakar Framework for Action (2000) Article 7(i): Expanding and improving
comprehensive early childhood care and education for the most vulnerable
and disadvantaged children
`
i. Memperluas dan meningkatkan secara
komprehensif penjagaan dan pendidikan awal
kanak-kanak terutama bagi kanak-kanak yang
paling memerlukan perlindungan dan yang
tidak beruntung.

ii. Memastikan pada 2015 semua kanak-kanak


terutama golongan minoriti mempunyai akses
kepada pendidikan berkualiti, wajib dan
percuma
iii Memastikan segala aspek kualiti pendidikan
dan memastikan kecemerlangan semua dan
memperlihatkan hasil pembelajaran yang boleh
dikenal pasti dan diukur

 Rangka Kerja untuk Tindakan Biwako Millenium


United Nations Economic and Social Commision
for Asia Pasific (UNESCAP, 2002) :

i. Pengesahan awal, intervensi awal dan


pendidikan bagi kanak-kanak dengan
ketidakupayaan
ii. Mempromosikan pendekatan berasaskan hak
asasi manusia dalam isu berkaitan
ketidakupayaan

 Konvensyen Hak Orang dengan Ketidakupayaan

‘Convention on the Rights of Persons with


Disabilities’ (UNESCO, 2006):

“persons with disabilities have the right to


indiscriminatory education and equal opportunity to
inclusive education at every level of learning and
long life learning”
i. Pendidikan pada setiap peringkat, dari usia
seawal mungkin dilakukan dengan sikap hormat
terhadap hak orang kurang upaya

ii. Kanak-kanak dengan ketidakupayaan mempunyai


akses dengan kanak-kanak lain untuk terlibat
dalam permainan, rekreasi dan senggang serta
aktiviti sukan termasuk aktiviti sekolah

iii. Orang kurang upaya mempunyai hak kepada


pendidikan tanpa diskriminasi dan sepatutnya
diberi peluang saksama terhadap pendidikan
inklusif di setiap peringkat dan pembelajaran
sepanjang hayat
 Tranformasi Pendidikan :
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013 – 2025)

Inisiatif no. 34 :
Peningkatan Enrolmen Dalam Program
Pendidikan Inklusif Bagi MBK

“ Kementerian beriltizam menggalakkan lebih


ramai MBK ke dalam program pendidikan inklusif
dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara
keseluruhan. ”
Bab 4: Muka surat 16-
20
Matlamat Program Pendidikan Inklusif KPM
 Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang
kepada MBK mengikuti program akademik dan
bukan akademik bersama-sama murid di arus
perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK
dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh
diminimakan jika diberi peluang yang sama.

Objektif Program Pendidikan Inklusif KPM


 Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal
tentang kanak-kanak berkeperluan khas bahawa
mereka juga adalah sebahagian daripada ahli
masyarakat.
 Memberi peluang kanak-kanak khas untuk
menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal

dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka

 Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-


kanak khas yang setanding dengan kanak-kanak
normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka
 Mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam
pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan
oleh Kementerian Pelajaran.

 Membantu kanak-kanak berkeperluan khas agar


dapat menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua
aspek kemansyarakatan supaya mereka lebih
berupaya dan mampu berdikari dan menjadi anggota
masyarakat yang menyumbang kepada bangsa dan
negara.

 Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata


untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan
One - Minute - Notes
Bab 4 PPPM 2013-2025 berkaitan
pembelajaran murid menggariskan,
murid berkeperluan khas boleh memilih
satu daripada 3 opsyen persekolahan
yang diberikan oleh KPM …
Sekolah Pendidikan Khas

 Sekolah Pendidikan Khas dengan semua murid


diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti
masalah penglihatan dan pendengaran)

 Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas


(JPK), KPM

 Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk


murid bermasalah pendengaran dan penglihatan
(rendah dan menengah).
 Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional

Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala


JPK bertanggungjawab terhadap perkara-perkara
berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran


vokasional atau elektif mata pelajaran vokasional
(MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah
menengah pendidikan khas atau sekolah menengah
teknik.
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

 Disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas


bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran
dan bermasalah penglihatan.

 Diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan


menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional
yang menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran secara pengasingan dan separa
inklusif
 Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN)

 Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian


biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid
biasa dan tidak rasa terpinggir.
Program Pendidikan Inklusif (PPI):
 Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu
hingga lima murid berkeperluan khas dalam setiap
kelas arus perdana

 Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996)


Peraturan (2)
mengakui hak murid berkeperluan khas untuk
diinklusifkan dalam kelas biasa.

PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif


bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama
dengan murid-murid biasa.
 PPI ditadbir oleh JPN

 Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal


dalam kelas biasa dan diajar oleh guru aliran
perdana serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan
Khas.

 Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan


memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan
semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu
dan hidup bermasyarakat

 Terdapat 2 jenis PI:


Inklusif Penuh
Inklusif Separa/Separuh Inklusif
Program Pendidikan Inklusif
Struktur Pelaksanaan Program Pendidikan Khas
UJI MINDA
Bincangkan secara kritis bersama
pasangan anda menggunakan teknik
pembelajaran Rally Table

1. Apakah maksud Program Pendidikan Inklusif


(PPI)?

2. Apakah pendekatan yang digunakan oleh


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam melaksanakan PPI?

3. Apakah objektif PPI?


BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR : JABATAN ILMU PENDIDIKAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU SABAH

You might also like