You are on page 1of 71

SJHK 3013 SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU

SEHINGGA ABAD KE -20


BAB 2: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka
- Perhubungan Luar
- Undang-undang
- Perkembangan Agama Islam
- Perluasan Kuasa
Nama Pensyarah: En. Megat Saadan Megat Salleh
Disediakan Oleh: Chui Jia Wei
:Teh Jie Min (Q8)
Perhubungan
Luar
Hubungan Awal Dengan Kerajaan China

Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming),


baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan
pengaruh China ke luar negeri.
Tahun 1403,
Utusan rasmi dari China yang diketuai oleh Yin Ching telah
sampai ke Melaka.
Parameswara telah mengambil kesempatan ini untuk
mendapatkan perlindungan terus daripada kerajaan China bagi
menghadapi beberapa ancaman luar iaitu ancaman dari Siam
dan Majapahit.
Tahun 1406,
Satu lagi utusan rasmi dari China ke Melaka dan rombongan
tersebut telah memberi beberapa hadiah kepada Parameswara
seperti sebuah cap mohor, sepasang pakaian sutera dan payung
kuning.
Hal ini membuktikan bahawa Melaka mendapat pengikhtirafan
rasmi daripada China.
Tahun 1409,

Laksamana Cheng Ho telah datang ke Melaka untuk mengeratkan


lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.

Tahun 1411,
Parameswara membuat rombongan balas ke China untuk
merapatkan hubungan antara kedua-dua kerajaan iaitu pada
Pedagang-pedagang China telah menjadikan Melaka sebagai
tempat persinggahan atau menunggu pertukaran angin
sebelum bertolak ke India.
Hubungan Persahabatan

Dijalinkan dengan kerajaan yang sama taraf dengan Melaka.


Melaka pernah mengadakan hubungan persahabatan dengan
kerajaan Siam.
Siam menjadi ancaman Melaka kerana semasa Parameswara di
Temasik baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam.
Pada mulanya, Parameswara telah tunduk dan akur dengan
kekuasaan Siam sehingga Melaka mendapat perlindungan
daripada China.
Siam mula menyerang Melaka apabila China tidak lagi
memberi perlindungan kepada Melaka pada tahun 1430 tetapi
serangan Siam itu gagal.
Melaka mahu menjalinkan semula hubungan yang baik dengan
Siam demi kepentingan ekonomi
Hal ini kerana Siam telah membekalkan beras, bahan makanan
dan kayu jati
Hubungan Melalui Perkahwinan

Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Parameswara (1414-


1424) mengahwini puteri Pasai .
Melalui perkahwinan tadi, Melaka dapat menarik tumpuan
para pedagang Islam tersebut untuk tertumpu ke Melaka dan
akhirnya Melaka dapat berkembang dengan maju melalui
aktiviti perdagangan.
Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai
menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar
pembesar dan tenteranya.
Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan
hormat-menghormati dan tolong menolong.
Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah
mendapat bekalan seperti:

a. Beras, makanan dan rempah


dari Jawa
b. Lada hitam, beras dan emas
dari Pasai
Hubungan Dengan Negeri-negeri Naungan

negeri-negeri
yang menerima
taraf naungan

negeri-negeri negeri-negeri
takluk anugerah
Negeri taraf Negeri
Negeri takluk
naungan anugerah
Patani Siak Inderagiri
Kedah Kampar Siantan
Beruas Pahang (hadiah yang
(bernaung di Terengganu diberikan
bawah (terpaksa oleh Betara
kekuasaan membayar Majapahit)
Melaka) ufti)
Hubungan Melaka dengan negeri naugan sangat penting .
Merupakan sebahagian daripada hasil pendapatan tahunan
Melaka.
Selain itu, Siam terpaksa menghadapi pertahanan Melaka di
negeri-negeri naungannya terlebih dahulu apabila meyerang
Melaka kerana dapat dijadikan sebagai penampan daripada
serangan tersebut.
Hubungan Perdagangan

Pertambahan pedagang-pedagang islam dan bukan islam dari


Gugerat,Bengala, Coromandel, Burma, Siam, China, Ryukyu,
Filipina dan Kepulauan Melayu datang untuk berkunjung dan
berdagang di pelabuhan Melaka kerana keamanan dan
kestabilan politik di pelabuhannya.
Sebagai sebuah pusat perdagangan Antarabangsa yang
terkenal.
Perkembangan perdagangan yang pesat di perlabuhan Melaka
dan perkembangan Islam di Nusantara ini telah menarik minat
pedagang-pedagang dari Eropah untuk datang terus berdagang
di Melaka.
Terutamanya, pedagang-pedagang Portugis.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk menguasai
perdagangan rempah di rantau Asia Tenggara, serta ingin
menggugat kedudukan para pedagang Islam yang telah
mendahului mereka.
Undang-undang
KEBERKESANAN UNDANG-UNDANG MELAKA

Undang-
Hukum Kanun
undang Laut
Melaka
Melaka

digubal untuk menjamin keamanan dalam negeri serta


melicinkan urusan di pelabuhan
Dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka .
Disusun dan ditulis pada zaman Sultan Muzaffar Syah
berdasarkan daripada Sejarah Melayu supaya segala peraturan
itu dihimpunkan.
Mempunyai 44 fasal.
Menyentuh tentang bidang kuasa raja dan pembesar, pantang
larang dalam kalangan anggota masyarakat, hukuman
terhadap kesalahn jenayah awam dan undang-undang Melaka.
Antara kandungan yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka
termasuklah:
1.Tanggungjawab raja dan pembesar
2. Pantang larang dalam kalangan anggota
masyarakat
3. Undang-undang keluarga
4. Hukuman kesalahan awam dan jenayah
5. Permasalahan ibadat dan muamalat
6. Hukum perhumaan
Beberapa fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka
adalah pengaruh undang-undang Islam dalam pemerintahan
Melaka.
Menjadikan hukum syarak sebagai panduan kerana semua
bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam .
Antara pengaruh Islam yang jelas adalah hukum hudud seperti
hukum potong tangan kepada pencuri.
Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka
dan pencuri

contoh: hukuman mati dikenakan kepada sesiapa


yang mengingkari perintah sultan dan membunuh
tanpa kebenaran sultan.
Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas
kerajaan sultan.

Contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip


cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah
dan mendirikan penjara.
Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-
undang

Contoh sivil : menyentuh perkara-perkara


berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba.
Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan
jenayah mencuri, merompak.
Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke
atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya.
Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.
Hukum Kanun Melaka sungguh penting kerana menjadi
panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka.
Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan
kesejahteraan dalam negara serta menjamin keselamatan
rakyat.
Dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan
Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut.
Berkaitan hukum dan peraturan di laut seperti tatacara,
undang-undang pelayaran dan perkapalan.
Undang-undang Laut Melaka juga mengandungi peraturan dan
tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah di
kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi
serta anak kapal.
Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan
urusan pedagangan di Selat Melaka.
Hal ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari
luar untuk terus berdagang di Melaka.
Undang-undang Laut Melaka mempunyai 25 fasal di mana 24
daripadanya menyentuh soal perdagangan dan perkapalan.
Antara peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang Laut
Melaka yang bersabit dengan hal di laut termasuklah:

1.Tugas pegawai kapal


2. Hukuman yang dijalankan di atas kapal
3. Hukum-hukum perniagaan
Perkembangan Agama
Islam
Pedagang Perkahwinan
Islam

Kedatangan Agama
Islam

Sifat Agama Pendakwah


Islam Arab
Pendahuluan tentang kedatangan Agama Islam ke
Melaka
Perkahwinan Sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan
Puteri Raja Pasai yang memeluk Islam.
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam
disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh
Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja,
pembesar dan rakyat Melaka.
Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke
Melaka melalui kegiatan dakwah.
Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi
semua aspek kehidupan
Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam
1. Melalui perdagangan
Menjadi pusat perdagangan dan mencapai taraf perdagangan
antarabangsa.
Pedagang Islam telah memperkenalkan agama suci kepada
penduduk tempatan.
Ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka dan
menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.
2. Melalui peranan tentera upahan
Misalnya, tentera upahan dari Jawa yang memeluk agama Islam di
Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.
3. Melalui penaklukan
Sebagai negara penakluk di Nusantara pada zaman Bendahara Tun Perak.
Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan
negeri dan menunjukkan taat setia kepada Sultan Melaka.
Keberkesanan Melaka di dalam meluaskan empayarnya telah membantu
penyebaran agama Islam.
4. Sebagai Pusat Keilmuan
Minat pemerintah menggalakkan kehadiran ramai ulama.
Seperti Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadhi Yusuf dan lain-lain.
Sultan Mansur Syah telah menghantar ulama ke daerah pengaliran Sungai Kampar untuk
mengembangkan ajaran Islam.
5. Peranan pendakwah, ulama dan ahli agama (sufi)
Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimatan, dan selatan
Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan.

6. Melalui perkahwinan politik


Putera dan puteri Melaka dengan putera dan puteri kerajaan lain.
Contohnya, puteri Sultan Mansur shah berkahwin dengan putera
Raja Pasai.
7.Peranan pemerintah Melaka
Contoh teladan yang dilakukan oleh pemerintah selalunya diikuti
oleh rakyat. Maka pengislaman pemerintah Melayu bermakna
pengislaman keluarga dan rakyatnya.
Dalam buku Sejarah China berjudul Hsing Cha Shang-lan
menyebutkan kisah Sultan Mahmud Syah yang sanggup bersama-
sama rakyat jelata mempelajari ilmu pengetahuan Islam.
Pemerintah berminat untuk memperdalamkan pengetahuan yang
berkaitan Islam.
Melaka Sebagai Pusat Keilmuan
Sultan-sultan dan pembesar-pembesar Melaka pada zaman itu
berminat mempelajari ilmu pengetahuan, khususnya ilmu
pengetahuan Islam.
Mereka menghormati dan memberi layanan yang baik kepada
golongan ulama.
Menggalakkan pembesar dan rakyat berguru kepada ulama.
Mubaligh-mubaligh Islam asing datang ke Melaka untuk
berdakwah dan mengajar ilmu pengetahuan Islam.
Terdapat mubaligh-mubaligh datang untuk mendalami ilmu
pengetahuan Islam.
Istana Sebagai Pusat Pengajian
Peranan istana sultan atau rumah pembesar sebagai institusi
pengajian ilmu pengetahuan Islam.
Sultan-sultan dan pembesar sendiri telah memberikan galakan
supaya orang-orang Islam menuntut ilmu pengetahuan.
Juga menjadi pusat dakwah ulama-ulama dan mubaligh-mubaligh
bagi menyebarkan Islam di rantau.
Sebagai pusat pendidikan anak-anak raja dan golongan bangsawan
biasanya dibiayai oleh pihak istana.
Tempat menterjemah dan menyimpan kitab-kitab seperti Hikayat
Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
Masjid Sebagai Pusat Pengajian
Peranan masjid selain sebagai tempat ibadah juga berperanan
sebagai tempat perbincangan mengenai perkara-perkara
untuk kepentingan umum.
Pendidikan yang bercorak formal diteruskan di masjid dan
diajar oleh guru-guru tertentu.
Merupakan institusi Islam yang pertama mengajar ilmu
pengetahuan Islam.
Menjadi pusat pengajian kanak-kanak untuk mempelajari
bacaan al-Quran termasuklah pelajaran ilmu qasidah.
Sistem Perundangan Islam
Perundangan Islam untuk menjaga kepentingan semua pihak,
pemerintah dan rakyat serta mencari keredhaan Allah.
Perundangan Islam adalah bersumberkan dua sumber penting
seperti Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma, Qias, Istibsan, Istilah dan Urf.
Kerajaan Melayu Melaka di dalam zaman kegemilangannya telah
mengamalkan undang-undang Islam.
Pelaksanaan undang-undang Islam di dalam sistem perundangan
Kesultanan Melayu Melaka ini dapat dilihat di dalam Hukum Kanun
Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Hukum Kanun Melaka
Dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka atau Risalat
Hukum Kanun.
Bukan sahaja digunakan terhad di Melaka, tetapi juga tersebar luas
ke negeri-negeri yang menjadi jajahan takluknya.
Mengandungi undang-undang yang berunsur Islam seperti undang-
undang jenayah, muamalah, undang-undang keluarga, undang-
undang keterangan dan acara dan sebagainya.
Mengandungi undang-undang bagi menjaga hak-hak dan
keistimewaan raja dan kaum kerabatnya.
Berkuasa penuh dan bertanggungjawab melantik pembesar.
Undang-undang Laut Melaka
Merupakan suatu undang-undang mengenai pelayaran di laut
dalam Empayar Melayu Melaka.
Mengandungi 44 fasal yang pada keseluruhannya
menggariskan pembahagian tugas pegawai-pegawai kapal,
menentukan peraturan penggunaan perairan dan hukuman
terhadap kesalahan yang dilakukan di laut.
Pengaruh Islam Di Dalam Sistem Perundangan
Melaka
Undang-undang Jenayah
a) Hukum Qisas
b) Hukuman Hudud
c) Hukum Diat
d) Hukuman Tazir
Undang-undang Muamalah
Undang-undang Keluarga
Undang-undang Keterangan Acara
Pengaruh Dalam Bidang Politik Dan Pentadbiran
Pertukaran sistem dan konsep raja dalam agama Hindu-Buddha
kepada sistem dan konsep Sultan dalam Islam.
Sultan adalah ketua negara yang mutlak dalam menjalankan
undang-undang, pentadbiran, menegakkan keadilan dan
melindungi hak-hak rakyat.
Menjadi ketua agama dan adat istiadat Melayu atau tempatan.
Agama Islam telah dijadikan agama negara.
Agama Islam mendapat segala keistimewaan di dalam pentadbiran
dan juga pelaksanaan.
Pengaruh dalam Sosial
Nilai-nilai persamaan taraf, persaudaraan dan perpaduan Islam
sejagat ialah pembaharuan yang diterapkan ke dalam cara hidup.
Komunikasi dapat dijalin menerusi sifat hormat-menghormati,
bergotong-royong, bantu-membantu dan bekerjasama.
Faham dengan hak anak, isteri, bapa, ibu, orang miskin, fakir dan
sebagainya.
Nilai-nilai akhlak di dalam Islam adalah merupakan asas
pembinaan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Pengaruh Dalam Ekonomi
Agama Islam telah mendorong perkembangan ekonomi kerana
ajaran Islam sangat menggalakkan penganut-penganutnya
supaya berusaha mencari kemajuan ekonomi.
Memperkenalkan masyarakat Melayu dengan sistem zakat.
Islam adalah mengharamkan riba kerana sistem riba boleh
mewujudkan penindasan dan jurang perbezaan.
Menggalakkan penganut-penganutnya supaya bekerja kuat
untuk keluar daripada kancah kemiskinan.
Pengaruh Dalam Bidang Ilmu Pengetahuan
Menimbulkan semangat berlumba-lumba untuk mencari ilmu
pengetahuan, melahirkan satu sistem pelajaran dan pendidikan
yang akhirnya membawa satu zaman baru dalam sejarah Tamadun
Melayu.
Berjaya mengubah cara berfikir mereka kepada yang lebih posotif
dan rasional dan telah mempercepatkan kemajuan mereka di
dalam berbagai bidang kehidupan.
Melahirkan satu sistem pelajaran agama yang diselaraskan dengan
pelajaran akademik dari peringkat rendah hinggalah ke universit.
Pengaruh Dalam Bahasa Dan Kesusasteraan
Berjaya memperkukuh dan memperkayakan lagi bahasa dan
kesusasteraan Melayu.
Bahasa Melayu telah banyak membawa pengaruh kepada
bahasa dan kesusasteraan Melayu di rantau ini.
Tulisan Jawi juga digunakan di dalam penulisan-penulisan ilmu
pengetahuan Islam dan juga karya-karya.
Seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah.
Pengaruh Dalam Kesenian
Bentuk-bentuk bangunan masjid seperti kubah, mimbar,
mihrab, menara azan, relung dan lain-lain.
Seni bina Islam yang popular yang sering digunakan pada
rumah-rumah persendirian ialah bentuk relung.
Corak hiasan pada bangunan diukirkan dengan bentuk
kesenian Islam yang disebutkan arabesque. (bunga-
bunga)
Ukiran yang berbentuk kaligrafi yang mengandungi ayat-ayat
al-Quran, atau nama Allah atau Nabi Muhammmad.
Membawa seni suara dan seni muzik seperti marbaban dan
qasidah.
Seni Muzik
a) Nasyid
b) Naban
c) Dikir
d) Ghazal
e) Hadrah
Perluasan
Kuasa
Cara-cara Perluasan Kuasa
1. Penaklukan
2. Perkahwinan
3. Memberi bantuan kepada kerajaan lain
4. Kerelaan raja negeri lain menjadi naungan Melaka
Penaklukan
Menjamin Keselamatan, kemakmuran dan keutuhan kerajaan
Melaka.
Seperti Kampar dan Pahang.
Faktor Kejayaan
a. Kebijaksaan Sultan Melaka mengatur strategi
b. Bantuan askar yang berani dan sanggup berkorban
Perkahwinan
Berkahwin dengan putera dan puteri raja negeri lain
Contoh- Pahang, Kelantan dan Siak
Perkahwinan dapat mengukuhkan hubungan persaudaraan
antara kedua-dua kerajaan
Memberi bantuan kepada kerajaan lain
Pernah membantu Raja Pasai, Sultan Zainal Abidin yang
hendak digulingkan daripada takhta.
Pernah membantu Raja Pasai mengalahkan kerajaan Aru yang
mengancam Pasai dan Melaka.
Kekuasaan Melaka diakui oleh Pasai walaupun kedua-duanya
sama taraf.
Kerelaan Raja Negeri Lain Menjadi Naungan Melaka
Sperti Jambi dan Lingga
Raja-raja berada di bawah naungan Melaka biasanya
ditabalkan oleh raja Melaka.
Kebijaksaan Pemimpin
1. Sultan Muzaffar
Memulakan perluasan kuasa
Berjaya menguasai Pahang, Inderagiri dan Kampar
Menghantar Tun Perak menentang serangan Siam ke atas
Melaka
Menjalin hubungan diplomatik dengan China
Bijak menyelesaikan masalah antara orang Melayu dan India-
Muslim
2. Sultan Mansor Shah
Berjaya menguasai Bernam, Perak dan Siak.
Berjaya menghalang Pahang, Kampar dan Inderagiri bebaskan
diri dari Melaka
3. Sultan Alauddin Riayat Shah
Warak dan sangat mementingkan pentadbiran negara
Gagah
Sangat menambil berat keamanan dan keselamatan dalam
negeri
4. Bendahara Tun Perak
Bekas penghulu Klang dan berjaya menghalang serangan Siam
Siam akhirnya berundur kerana menyangka tentera Melaka sangat
ramai
Berjaya menguasai Pahang
Sangat setia kepada Sultan kerana tidak menuntut bela atas
kematian anaknya yang dibunuh oleh Raja Muhammad
Tindak-tanduknya menjamin keamanan dan mengekalkan taat
setia.
Klang, Bernam, Perak dan Jugra
40 000 Calains setahun

Kampar, Inderagiri dan Pahang


40 kati emas setahun

Lingga, Rokan, Tunggal dan Rupat


40 buah perahu dan lancara bersama
hulubalang
Kesimpulan

Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan pada


abad ke-15. Empayar Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung
Tanah Melayu dan sebahagian Timur Sumatera. Melaka turut
menjalankan hubungan ufti, persahabatan dan perdagangan dengan
negeri-negeri luar rantau seperti China, India, Siam, Timur Tengah
dan Kepulauan Melayu. Oleh Itu, Melaka telah mencapai
kegemilangan dalam pelbagai aspek.
Rujukan
Lisa Yip Shukye & Jais Bin Abdul Hamid. (2012). Sejarah Politik
Malaysia Sehingga Awal Abad ke-20. Selangor: Penerbitan
Multimedia
Mohd Jamil Mukmin. (1994). Melaka Pusat Penyebaran Islam Di
Nusantara. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Dancy Jimmy. (2012). Kegemilangan Melaka. Diakseskan pada 8
Julai 2015, dari http://www.slideshare.net/DancyJimmy/sejarah-
tingkatan-1-bab-5-kegemilangan-melaka?next_slideshow=1
Owez Cheah. (2012). Faktor-faktor kegemilangan melaka. Dimuat
turun pada 21 July 2017 daripada
http://sitinursollehahmelawie.blogspot.com/2012/05/faktor-faktor-
kegemilangan-melaka.html

Siti Fironika Hj Abd Rahman. (2013). Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-


undang-undang. Dimuat turun pada 21 July 2017 daripada
http://www.slideshare.net/ctfironika/141154510-
notasjh3102bab4pensejarahanberbentukundangundang
Sekian, Terima Kasih

You might also like