You are on page 1of 29

SJHK 3013

SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU


SEHINGGA AWAL ABAD KE-20

KUMPULAN 4:
TAJUK: Kemerosotan dan Kejatuhan Melaka
-Faktor luar & Faktor dalaman
-Kesan terhadap pemerintah dan kepada masyarakat

Ahli kumpulan:
Nama pensyarah: Miss Phun Lee Lee Shuying
Mastura
Wong
KESULTANAN MELAYU
MELAKA
• Melaka merupakan sebuah nama
yang penuh dengan nilai sejarah dan
perjalanan yang berlaku dalam
tamadun dunia.
• Bermula dengan kehadiran putera
raja dari Palembang iaitu
Parameswara yang terlibat di dalam
peperangan merebut takhta kerajaan
Majapahit pada akhir abad ke-14
melarikan diri setelah ditumpaskan
lalu mencari perlindungan di Temasik
yang pada ketika itu dikuasai oleh
Siam.
• Setelah diusir oleh ,Siam pada tahun
1396, beliau dan pengikut-
pengikutnya melarikan diri ke Muar
dan kemudian ke Sungai Ujong
sebelum singgah ke Bertam
berdekatan dengan muara sungai
Melaka.
FAKTOR KEMEROSOTAN DAN
KEJATUHAN MELAKA
• Melaka mencapai puncak
kegemilangannya pada zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah
(1459-1477).
• Melaka mula mengalami zaman
kemerosotan hingga tahun 1511
apabila ditawan oleh Portugis
semasa zaman pemerintahan Sultan
Mahmud Syah.
• Terdapat beberapa faktor yang telah
menyumbang kepada kemerosotan
Melaka.
Faktor Kemerosotan Melaka

1.Faktor Dalaman

2. Faktor Luaran
FAKTOR DALAMAN
1. Kelemahan pemerintah Melaka

 Sistem pemerintahan yang lemah semasa pemerintahan


Kesultanan Melaka merupakan faktor yang pertama dilihat
menjurus kepada kejatuhan Melaka.

 Sultan Mahmud (1488-


1511) pengganti kepada ayahnya Sultan Allauddin (1477-
1488) tidak mampu memberi tumpuan kepada pentadbiran
negeri dan gagal mengawal tindakan pembesar-
pembesarnya yang lebih berkuasa terhadap rakyatnya.

 Ketokohan Sultan Allaudin yang dikenali sebagai seorang


yang perkasa, tegas, alim, berani dan adil tidak mampu
diwarisi oleh Sultan Mahmud yang zalim, suka berfoya-
foya dan berpelesaran,
leka dengan ilmu agama sehingga mengabaikan
pentadbiran tidak adil dan kurang bertimbangrasa.
2. Pengganti Bendahara yang tidak berwibawa

 Bendahara-bendahara yang mengganti Tun


Perak tidak mempunyai ketokohan sehebat
beliau.
 Adiknya Tun Perpatih Putih adalah orang
yang boros dan anak saudaranya Tun Mutahir
cenderung mencari laba dan kekayaan
sebanyak yang mampu lalu memperagakan
kekayaan dan kedudukan beliau tanpa segan
silu.
 Kekayaan dan kesejahteraan yang melimpah-
ruah telah menyebabkan kepimpinan leka dan
lemah serta mengabaikan negara.
3. Perbalahan pembesar- 4. Kelemahan kuasa tentera
pembesar Istana
 Pasukan militer menjadi semakin
Pembesar-pembesar kembali lemah dengan kehilangan tokoh-
berpuak-puak, bukan sahaja tokoh seperti Hang Tuah dan
puak melayu dan India Muslim, Hamzah Datuk Bongkok.
malah puak tua (berpihak  Tun Mat Paduka Tuan yang
kepada Sultan Mahmud) dan menggantikan Tun Mutahir
puak muda (bersama Sultan (setelah ia dibunuh) sudah tua dan
Ahmad Syah). tepok.
Pepecahan begini melemahkan  Beliau tidak berkuasa
kaum bangsawan sebagai meningkatkan tenaga tentera bagi
pentadbir dam pemimpin menghadapi sebarang
negara. kemungkinan.
5. Cukai yang
tinggi
• Para pedagang dan saudagar
pula semakin dikenakan cukai
yang berlebihan.
• Suasana ini kurang disenangi
oleh mereka
• Pedagang dan saudagar-
saudagar ini berpaling arah
mencari pelabuhan lain seperti
Acheh, Bantam, Patani dan
Brunei yang lebih murah
cukainya.
• Pembesar-pembesar tidak lagi
turut berdagang tetapi
meninggalkan untuk
menyandang jawatan-jawatan
di istana.
6. Kelemahan dan kucar-kacir di
istana
e • Kelemahan Raja Melaka yang selalu meninggalkan istana kerana berundur diri menyebabkan ada
pihak-pihak berebut inginkan takhta kerajaan.
• Sikap pembesar seperti Tun Mutahir yang sombong dan sentiasa berlagak memang tidak
menghiraukan kerabat diraja, menjadi salah satu punca perpecahan di istana.
• Pada suatu ketika, Sultan Mahmud ingin mengahwini anaknya Tun Fatimah yang cantik itu pun
tidak dihiraukannya sedangkan ketika itu Sultan Mahmud kematian permaisuri.
• Fitnah yang menimpa Tun Mutahir dan keluarganya mengakibatkan terhapusnya suatu keluarga
yang terkuat dan berpengaruh di Melaka.
 Walaupun agama Islam merupakan agama
utama di Melaka, namun pegangan dan
penghayatan agama oleh pembesar dan
rakyat adalah sangat lemah.
 Hal ini mengakibatkan penyalahgunaan kuasa,
kezaliman, ketidakadilan, dan penindasam
terhadap masyarakat.
 Amalan rasuah dan fitnah-memfitnah
berleluasa.
 Sultan sendiri sering melakukan kegiatan
maksiat.
 Melaka mengecap kegemilangan dari sudut
kebendaan tetapi rapuh dari sudut rohani.
Faktor Luaran
1. Penemuan Tanjung Harapan
• Aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur
dengan penemuan Tanjung Pengharapan pada tahun
1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat
dengan tapak-tapak perdagangan di Timur.
• Pelayar-pelayar Portugis juga mendapat galakan
daripada Raja Portugal, iaitu Putera Henry.
• Keinginan Portugis untuk menguasai
pelabuhan Melaka atas faktor
memonopoli dagangan rempah,
menyekat penguasaan dagangan
pedagang-pedagang Islam dan
menyebarkan agama
Kristian.
2. Pengkhianatan dalam kalangan Pembesar

Ini memberikan kesan yang amat buruk


untuk pemtadbiran kerajaan Melaka.
Pengkhianatan berlaku disebabkan
pembesar yang tidak mempunyai rasa cinta
akan negara.
Seperti dikatakan,pembesar yang
membuatkan pengkhianatan itu tersebut
ialah Utimutiraja.
Beliau seorang pemimpin Jawa yang
membelot dengan askarnya bagi pihak
Portugis.
Dengan ini juga,berlakunya perisikan
dan intipan yang dilakukan oleh pihak
Portugis sehingga pelan pertahanan
Melaka dapat diketahui oleh pihak
Portugis.
3. Portugis menyerang Melaka pada tahun
1509 dan 1511

Dalam serangan pertama Melaka menewaskan


Portugis walaubagaimanapun Portugis tidak
menyerah kalah dan membuat serangan kali kedua
dengan sistematik menyebabkan kota Melaka
diserang oleh Portugis.
Serangan kali kedua diketuai oleh Alfonso
deAlbuquerque dengan angkatannya yang
terdiri daripada 1400 orang tentera dan 19
buah kapal perang menyebabkan Melaka
dikalahkan.
 Kekalahan Melaka menyebabkan Portugis
telah melakukan keganasan dan
pembunuhan yang kejam terhadap orang
Melaka terutamanya yang beragama
Islam.
 Mereka banyak merampas khazanah yang
terdapat dalam istana Sultan Ahmad dan
 Harta tersebut dibawa ke negara Sultan Mahmud serta rumah-rumah
mereka. pembesar.
Keluasan jajahan takluknya semakin merosot kerana satu demi satu
tanah jajahannya menjadi kerajaan atau negeri yang bebas.
Menjelang kurun ke-17, kerajaan Melayu Melaka telah diganti oleh
kerajaan Johor dan kerajaan Perak.
Sultan Alauddin Riayat Shah mengasaskan kerajaan Johor dari
tahun 1528 hingga 1564.
Baginda membina ibu negerinya di Kota Tinggi dan berusaha untuk
merampas kembali Melaka dari Portugis.
Mudzaffar Syah menyambung warisan Kesultanan Melayu Melaka di
Perak dengan gelaran Sultan Mudzaffar Syah.
Hal ini menyebabkan keutuhan kerajaan serta kegiatan
perdagangan turut terjejas .
Kegiatan perdagangan turut terjejas digambarkan ketika sistem
cukai yang sedia ada digantikan dengan kadar cukai yang tinggi.
Akibatnya , pedagang asing memilih untuk berniaga di perlabuhan
yang mengenakan kadar cukai yang lebih rendah , contohnya di
Acheh , Bantam , Patani dan Brunei .
1, Apakah antara faktor yang menyebabkan kemerosotan dan kejatuhan Melaka?
Penemuan Tanjung Harapan
Pengkhianatan dalam kalangan pembesar.
Portugis menyerang Melaka pada tahun 1500 hingga 1511.

2. Pelayar Portugal mendapat galakkan daripada siapa untuk berdagang di Tanjung Harapan?
Putera Henry

3. Mengapakah perkhianatan berlaku dalam kalangan pembesar?


Pembesar tidak mempunyai rasa cinta terhadap negara

4. Kota Melaka diperoleh pada bila ?


1509 dan1511

You might also like