You are on page 1of 7

Tugasan 1 (Individu) 60%

Secara individu anda diminta memilih mana-mana tajuk dari DSKP Sejarah sekolah rendah.
Rancang dan laksanakan kajian dengan menggunakan pendekatan sejarah lisan. Sediakan
laporan akhir dengan memperincikan pelaksanaan pengumpulan data sejarah lisan seperti
mengenalpasti orang sumber, proses pengumpulan sumber, kaedah yang digunakan dan
soalan-soalan yang dikemukakan kepada orang sumber serta dapatan kajian anda.

Pengenalan
Saya telah memilih tajuk dari DSKP Sejarah Tahun 4. Tajuk yang saya pilih adalah berikut:
Tajuk 1: Mari belajar sejarah
1.3 Sejarah Sekolah
Saya telah membuat kajian tentang perkembangan, perubahan yang pernah berlaku dan
suasana sekolah rendah SJK(C) Tanjung Karang, yang merupakan sekolah rendah yang dulu saya
belajar. Sebab saya memilih tajuk ini adalah kerana sepanjang sesebuah sekolah diusahakan,
banyak perubahan akan berlaku dan perubahan ini dapat membantu dalam perkembangan
sesebuah sekolah tanpa perubahan tanpa sekolah itu sekarang. Saya pilih untuk mengkaji tentang
SJK (C) Tanjung Karang kerana sekolah ini merupakan sekolah yang pernah saya belajar
sehingga saya menamatkan persekolahan rendah saya. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1934
dan kini telah mencecah 82 tahun, lebih tua daripada nenek saya. Nenek saya, ibu saya dan
abang serta kakak saya dan juga saya telah belajar di SJK (C) Tanjung Karang. Hebatnya SJK (C)
Tanjung Karang berdiri teguh sehingga hari ini dan tidak dapat dinafikan bahawa SJK (C) Tanjung
Karang telahpun mengalami banyak perubahan.
Matlamat kajian

: Untuk mengetahui perubahan yang berlaku, perkembangan yang


dapat dilihat antara tahun 1967 hingga sekarang yang berlaku pada
SJK(C) Tanjung Karang.

Objektif kajian

: Menghasilkan kajian yang meliputi perkembangan yang boleh lihat


(kawasan sekolah) dan pengurusan, pentadbiran sekolah
SJK (C) Tanjung Karang.

Saya menggunakan pendekatan sejarah lisan untuk melaksanakan kajian saya.

Proses
Dalam sesuatu projek pendokumentasian sejarah lisan, sebuah perancangan yang teliti adalah
kunci kejayaan.(Nadzan Haron, 2012) Oleh itu, untuk menjayakan kajian saya pada kali ini, saya
telah merancang dan membuat persiapan sebaik mungkin. Perancangan dan persiapan yang telah
saya buat termasuk 5 proses:

Persediaan
yang baik

Mengatur
wawancara
dengan baik

Merakamkan
wawancara
dengan baik

Menggunakan
teknik
wawancara
yang baik

Memproses
rakaman
mengikut
kaedah
tertentu

Rajah 1 Proses perancangan dan persiapan pendokumentasian sejarah lisan


Prosedur saya melaksanakan projek pendokumentasian saya dalam tugasan ini, saya telah
mengikut kelima-lima proses yang dinyatakan tersebut. Saya mula dengan membuat persediaan
yang baik. Dalam hal ini, sesebuah persediaan yang baik merangkumi empat aspek iaitu
Pemilihan tajuk projek dan penentuan skop, penyelidikan latar belakang, pemilihan interviewee
dan diteruskan dengan penyediaan panduan wawancara. Saya telah mengkajikan DSKP Sejarah
sekolah rendah selama dan saya berasa bahawa tajuk yang paling saya berminat dan saya
berkeupayaan untuk membuat kajian merupakan tajuk yang saya pilih iaitu Tajuk 1 dalam DSKP
Tahun 4, Sejarah Sekolah. Saya berminat untuk mengambil tahu tentang perkembangan dan
perubahan yang berlaku pada SJK (C) Tanjung Karang yang mana merupakan sekolah rendah
yang saya telah belajar selama 6 tahun. Segala perubahan dan perkembangan mewujudkan rupa
SJK (C) Tanjung Karang sekarang.
Persediaan kajian diteruskan dengan penyelidikan segala latar belakang yang berkaitan
dengan SJK (C) Tanjung Karang yang dapat membantu saya untuk mempunyai serba sedikit idea
dan turut membantu saya menyediakan projek pendokumetasian sejarah lisan saya buat kali ini.
Saya dapat mencari web sekolah SJK (C) Tanjung Karang yang mempunyai agak banyak
maklumat tetapi ianya tidak diperbarui sejak tahun 2004. Selain itu, saya juga telah berkunjung ke
pusat sumber SJK (C) Tanjung Karang pada 6 Mac 2016 untuk tujuan mendapatkan maklumat
yang berkaitan dengan sejarah sekolah. Dengan bantuan cikgu di sana, saya menjumpai sebuah
majalah sekolah yang lengkap dengan kronologi sejarah SJK (C) Tanjung Karang tetapi majalah
tersebut dikeluarkan pada tahun1995 dan menurut kata guru di sana, sekolah ini tidak lagi
menghasilkan sebarang majalah sekolah. Walaupun semua sumber yang boleh saya dapat tidak
baru, namun saya masih dapat mengetahui latar belakang sekolah ini dengan mengkaji kedua-dua
sumber yang saya dapat itu.

Dalam aspek pemilihan interviewee, saya telah berkunjung ke sekolah tersebut pada 8 Mac
2016 dan membuat tinjauan tentang guru ataupun kakitangan yang telah bekerja di SJK (C)
Tanjung Karang melebihi 10 tahun. Berikut merupakan hasil tinjauan saya:
Bil
.
1
2

Tahun berada
di SJK (C) Tg.
Krg.

Nama
Cik

Mah

Khong
Puan
Gan

Moon
Bee

Hong

Puan Tee Pek Har

Encik Hoh Mu Huat


Encik Ong Kian

5
6

Guan
Puan Tan Lay Har

Pembantu Pejabat

39 tahun

Cikgu Bahasa Cina

20 tahun

Cikgu

Bahasa

Melayu
Cikgu Matematik

Piliha
n

18 tahun
17 tahun

Cikgu Sains

17 tahun

Cikgu Bimbingan dan


Kauseling

16 tahun

Setelah berbincang dengan individu-individu yang dinyatakan, atas sebab-sebab yang


tertentu (ramai cikgu sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak dapat meluangkan masa untuk
menerima wawancara saya), saya telah memilih Cik Mah Moon Khong dan Puan Tan Lay Har
sebagai interviewee saya. Selepas memastikan interviewee, langkah seterusnya merupakan
penyediaan bantuan wawancara. Saya telah menyediakan bantuan wawancara untuk memberi
satu idea yang umum bagi interviewee terhadap wawancara saya. Tujuan menyediakan panduan
wawancara juga untuk mengelakkan ulangan pada masa wawancara. Saya telah menyediakan
dua set bantuan wawancara yang berbeza kepada dua orang interviewee saya.
Persediaan yang telah saya buat itu baik dan dapat membantu saya dalam projek saya.
Perlaksanaan kajian saya diteruskan dengan proses kedua iaitu mengatur wawancara dengan
baik. Kedua-dua orang interviewee saya merupakan golongan bukan elit, masa mereka tidak
dikongkong oleh temu janji yang terlalu banyak. Hal ini memudahkan saya untuk mengatur tarikh
dan masa mengadakan sesi wawancara dengan mereka. Saya telah mengadakan sesi
prapertemuan dengan Cik Mah dan Cikgu Tan pada 9 Mac 2016 untuk sesi perkenalan dan
berbual-bual dengan mereka. Saya berbuat demikian untuk mewujudkan hubungan yang lebih
baik dengan orang sumber sebelum wawancara dijalankan. Saya telah menetapkan masa untuk
mengadakan wawancara dengan kedua-dua orang sumber saya iaitu pada 18 Mac 2016 dengan
Cik Mah dan 19 Mac 2016 dengan Cikgu Tan.
Lantaran itu, sesuatu projek pendokumentasian lisan akan menghasilkan dua bentuk hasil
iaitu rakaman dan transkrip. Sesebuah transkrip yang baik bergantung kepada rakaman yang baik.
Oleh itu, rakaman wawancara harus dipastikan kualitinya untuk mewujudkan hasil projek yang
5

lebih berkualiti. Walaubagaimanapun, saya hanya dapat alat rakam tidak berjenama dan mikrofon
bina dalam (built in microphone) kerana tidak dapat mendapat sebarang alat yang lebih baik lagi.
Namun begitu, saya telah menjalankan latihan menggunakan alat perakam saya di rumah berkalikali untuk memastikan ianya dalam keadaan baik dan berfungsi lancar. Pada hari mengadakan
wawancara, saya telah memilih tempat yang lebih sunyi tetapi rakaman saya diganggu oleh bunyi
kipas. Bunyi kipas angina telah menjejaskan kualiti rakaman saya, tetapi nasib baik segala
maklumat dalam rakaman masih kedengaran jelas.
Rentetan itu, pada masa wawancara dijalankan, saya rasa bahawa saya telah
menggunakan teknik wawancara yang betul. Saya memulakan wawancara saya dengan soalan
terbuka yang membolehkan interviewee bercerita panjang lebar dan tidak mempunyai jawapan
tetap iaitu mengenali latar belakang interviewee saya. Interviewee dapat menghilangkan perasaan
kurang selesa ketika mula manjawab soalan pertama mengenai biodata sendiri.
Saya menyediakan bateri yang lebih dan sepanjang masa wawancara dijalankan, saya
sentiasa memastikan alat perakam saya berfungsi untuk mendapatkan rakaman yang lebih baik.
Dalam konteks ini, saya juga elakkan daripada menggangu interviewee dengan soalan ketika
beliau memberi keterangan, sekiranya ada sebarang pertanyaan, saya mencatat untuk perjelasan
kemudian. Saya mengemukakan soalan terbuka dan soalan jawapan spesifik dan terhad dalam
wawancara itu, namun melebihi 80% soalan saya merupakan soalan terbuka. Pendek kata,
wawancara saya berjalan dengan amat lancar dan berkesan.
Dalam prosedur memproses rakaman,transkrip yang tepat dan baik akan dihasilkan. Saya
membuat catatan sepanjang masa kedua-dua wawancara tersebut dijalankan, dengan cacatan
tersebut dan rakaman, saya telah menghasilkan transkrip yang pertama. Saya mengeditkan
transkrip saya sebanyak dua kali dengan mendengar kepada rakaman sambil membuat
perbandingan dengan transkrip pertama saya. Seperti yang dikatakan dua kali bacaan telah saya
lakukan untuk memastikan ketepatan transkrip saya. Saya hanya dapat mengemelkan transkrip
yang saya hasilkan kepada interviewee untuk menjalankan semakan atas sebab saya tidak dapat
membuat pertemuan dengan interviewee. Saya telah membetulkan transkrip mengikut semakan
akhir yang dilakukan oleh interviewee dan hasilkan transkrip akhir bagi projek pendokumentasian
sejarah lisan saya buat kali ini.
Dengan inilah saya mengumpulkan data-data yang saya perlukan. Saya menganalisis data
yang saya dapati itu dengan merumuskan apa yang diterangkan oleh dua orang orang sumber
saya.

Soalan-soalan yang dikemukakan


Soalan-soalan saya lebih fokus kepada mengetahui tentang perubahan dan perkembangan yang
disaksi oleh orang sumber saya, suasana sekolah sekarang serta pencapaian sekolah. Melalui
soalan-soalan yang saya kemukakan itu, saya dapat memahami segala tentang sekolah ini dan
dapat mencapai matlamat kajian saya. Contoh soalan yang dikemukakan:
1. Bolehkah Cik Mah menerangkan serba sedikit tentang perubahan pentadbiran sekolah ini
dari dulu hingga sekarang?
2. Bolehkah puan bercerita tentang pentadbiran sekolah ini? Dan menurut informasi yang
saya dapat, SJK (C) Tanjung Karang mempunyai sebuah sekolah cawangan di Bagan
Tengkorak, harap cikgu dapat menerangkan tentang sekolah cawangan tersebut juga.
3. Adakah banyak perbezaan yang wujud di sekolah ini berbanding dengan masa cikgu
belajar?
4. Hubungan ibu bapa dengan guru pula bagaimana?
5. Saya ingin mengetahui bahawa pada pendapat Cik Mah, pada masa cik balik bekerja di
sini, apakah perubahan yang paling ketara berbanding dengan zaman cik belajar di sini?
6. Bolehkah cik memberitahu saya tentang projek pembesaran yang pernah SJK (C) Tanjung
Karang melalui pada pengetahuan cik?
7. Bagaimanah suasana pembelajaran pelajar sekarang?
8. Pada pengetahuan cikgu, apakah pencapaian yang dicapai oleh pelajar SJK (C) Tanjung
Karang yang terbilang?

Dapatan Kajian
Melalui kajian ini, saya telah mengetahui bahawa SJK (C) Tanjung Karang tidak lagi
mempunyai kelas petang sejak tahun 1988 kerana bilik darjah yang baru digunakan dan bilangan
bilik darjah di SJK (C) Tanjung Karang dapat menampung bilangan pelajar. Sekolah ini melalui 4
kali projek pembesaran kawasan sekolah. Kali pertama telah menggabungkan kantin dengan
pejabat guru. Kali kedua telah membina sebuah blok tingkat dua yang baru dan pejabat dipindah
dari tingkat bawah, blok yang lama kepada tingkat atas blok yang baru. Dalam blok yang baru itu,
terdapat 2 buah bilik darjah yang baru. Semasa menjalankan projek ini, banyak pokok di sekolah
ini ditebang. Kali ketiga pula, asrama guru dihapuskan dan bina bilik darjah yang baru pada tapak
tersebut. Dan selepas itu, dibina lagi blok bilik darjah tiga tingkat. Kali ketiga ini merupakan projek
pembesaran yang agak besar. Pada sekitar 2003, projek pembesaran yang terbesar dijalankan.
Bilik darjah yang lama dihapuskan untuk membina dewan besar. Semua projek pembesaran yang
dilakukan adalah untuk membekalkan bilik darjah yang mencukupi dan kawasan pembelajaran
yang selesa bagi pelajar. Namun, bilangan pelajar semakin kurang mulai tahun 1995.
SJK (C) Tanjung Karang mempunyai sebuah sekolah cawangan di Bagan Tengkorak.
Kawasan sekolah di situ amat baik tetapi malangnya, semakin kurang pelajar yang belajar di sana.
Bagan Tengkorak dikatakan lebih terpencil dan tidak ramai penduduk kerana semua penduduk di
sana merupakan nelayan.
Dapat megetahui juga bahawa ibu bapa sekarang amat mementingkan keputusan anak
mereka, banyak ibu bapa telah menghantar anak mereka ke pusat tuisyen. Begitu juga, ibu bapa
selalunya memberi kerjasama yang penuh kepada pihak sekolah.
Sebagai kesimpulan, perubahan yang paling ketara yang berlaku di SJK (C) Tanjung
Karang ialah pertama, bangunan-bangunan lama yang wujud sejak pertubuhan sekolah tidak lagi
wujud dan diganti dengan bangunan-bangunan yang baru dan selesa. Kedua, bilangan murid
semakin kurang, pada masa paling banyak ramai telah mencecah 689 orang murid tetapi
sekarang, tidak sampai 400 orang.

Rumusan
Secara tuntasnya, saya telah mengetahui cara untuk mengendalikan sesebuah kajian
dengan menggunakan pendekatan sejarah lisan dalam proses-proses saya melaksanakan
8

pendokumentasian sejarah lisan. Saya mengetahui bahawa persiapan yang baik dapat
menjayakan sesuatu projek pendokumentasian sejarah lisan.

You might also like