You are on page 1of 3

Dalam menjalin hubungan antarabangsa, Malaysia sering menghadapi cabaran-

cabaran globalisasi seperti ekonomi, sosial dan politik. Dalam kajian ini, kita akan menilai
tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Malaysia dalam menghadapi cabaran-cabaran
globalisasi tersebut.

Dari aspek ekonomi, Malaysia alah sebuah ekonomi terbuka dan sangat bergantung
kepada perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, teknologi luar dan pelancongan.
Kedudukan Malaysia dalam SENARAI 25 NEGARA PERDAGANGAN UTAMA DI DUNIA
menjadi bukti kekuatan negara dalam perdagangan, walaupun Malaysia sebuah negara
yang kecil. Memandangkan pasaran tempatan yang kecil, untuk mengembangkan industri
tempatan dan menambah peluang pekerjaan kepada rakyat, negara perlu banyakkan
eksport dan menarik lebih banyak pelaburan asing. Pada ketika ini, pelaburan Malaysia di
luar negara mengatasi pelaburan asing di Malaysia. Syarikat-syarikat Malaysia seperti
PETRONAS, UEM, AXIATA, CIMB dan banyak lagi mempunyai pelaburan besar di luar
negara. Bagi menghadapi cabaran ini, Malaysia telah berunding untuk menandatangani
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas,
terbuka kepada kesemua 21 negara-negara ahli APEC. TPPA berbeza dengan FTA biasa
kerana ia lebih menyeluruh dengan skop-skop yang tidak terkandung dalam FTA yang
disertai Malaysia sebelum ini seperti perolehan kerajaan, buruh, alam sekitar dan syarikat
hak milik kerajaan. Tindakan ini dapat menjimatkan kos kewangan dalam perdagangan hasil
daripada kerjasama negara-negara ASEAN.

Seterusnya, cabaran sosial terbahagi kepada aspek pendidikan, kesihatan dan


sebagainya. Dari segi kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pelan
Strategik 2011-2015 telah menyenaraikan beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh
sektor kesihatan seperti cabaran peningkatan kos penjagaan kesihatan lebih pantas
daripada kadar inflasi am, cabaran krisis kesihatan akibat serangan virus
Nipah, Enterovirus, Severe Acute Respiratory Syndrom (SARS) serta krisis kesihatan
berikutan bencana alam dan sebagainya. Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia
adalah seperti menambah bilangan Klinik 1 Malaysia. Tindakan ini amat saksama dan
bersesuaian kerana ia dapat mengurangkan beban rakyat dengan kos rawatan RM1 sahaja
untuk semua pesakit tanpa mengira agama dan bangsa serta memberi peluang kepada
rakyat untuk menerima rawatan kesihatan dengan segera kerana rakyat tidak perlu
menghabiskan masa yang panjang untuk pergi ke klinik tersebut.

Berikutnya, Malaysia juga menghadapi cabaran dalam pendidikan seperti cabaran


dalam Menghadapi Arus Perubahan Dasar, pembelajaran berterusan, pembentukan jati diri
murid dan sebagainya. Bagi menghadapi cabaran tersebut, kerajaan telah mengadakan
Program Pertukaran Pelajar. Program ini amat berkesan kerana ia dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk mempelajari cara pembelajaran di luar negara, serta memupuk
kemahiran komunikasi pelajar secara efektif di samping dapat menjalin serta mengekalkan
hubungan diplomatik antara negara dan menyebarkan kebudayaan Malaysia ke luar negara.

Akhir sekali, dalam menghadapi cabaran politik iaitu mengekalkan hubungan


diplomatik yang baik dengan negara lain, Malaysia bertindak mengamalkan prinsip
rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
Contohnya, YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan selama
empat hari dalam usaha menjalin hubungan dua hala yang lebih mesra dan akrab antara
kedua-dua buah negara. Semasa pertemuan YAB Perdana Menteri dengan Presiden
Uzbekistan, kedua-dua belah pihak telah bersepakat untuk mengukuhkan kerjasama politik
dan meningkatkan kerjasama ekonomi. YAB Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat
delegasi dan pemeteraian dua memorandum persefahaman berkaitan kerjasama dalam
bidang sains dan teknologi serta pengajian dengan Uzbekistan. Tindakan yang dilakukan
tersebut dapat menjanakan ekonomi negara kita dan seterusnya memajukan negara kita
dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi. Secara tidak langsung, kualiti kehidupan
rakyat juga dapat dipertingkatkan.

. Kesimpulannya, Malaysia sentiasa berubah mengikut keadaan dan inovatif bagi


menghadapi cabaran globalisasi pada abad ke-21 ini supaya negara kita sentiasa aman,
maju dan makmur.
Rujukan

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI MALAYSIA. (2016).


TPPA Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. Jawapan kepada Kebimbangan, salah
faham & Tuduhan. Kuala Lumpur: MITI 2016.

MOHD YUNUS ABDULLAH. (2008). PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER DI MALAYSIA


Cabaran, Prospek dan Implikasi dalam latihan dan Penyelidikan Perubatan serta
Sains Kesihatan di Universiti Putra Malaysia. Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia

NIK NOR AHMARIZAM NIK AHMAD. (2015, Mac 12). Pendidikan kelas abad ke-21. Sinar
Online. [Diakses: 5 August 2017]. Melalui URL:
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/pendidikan-kelas-abad-ke-21-
1.367783

NajibRazak.com. (2015, September 14). LANGKAH-LANGKAH PRO-AKTIF EKONOMI.


[Diakses: 5 August 2017]. Melalui URL:
https://www.najibrazak.com/bm/blog/langkah-langkah-pro-aktif-ekonomi/

Portal 1 Klik. (2017, September 9). HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA. [Diakses: 5


August 2017]. Melalui URL:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-
negeri/2486-hubungandiplomatik-malaysia.html

You might also like