You are on page 1of 8

   Kerajaan Chih Tu

1.     Menurut I-Ching, Chih-Tu bermaksud Tanah Merah.

2.     Diasaskan oleh Raja Gautama

3.     Diketuai oleh seorang raja berkuasa mutlak.

4.     Raja dibantu  3 orang menteri

5.     Sistem pemerintahan ikut corak Srivijaya

6.    Menerima pengaruh Hindu.

Menurut catatan sejarah, kerajaan chih tu dikatakan wujud pada awal abad sebelum

Masihi lagi. kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Manakala menurut sumber catatan china

tentang semenanjung tanah Melayu dianggarkan wujud pada awal abad ke 17 lagi hasil

daripada satu perutusan ke kerajaan chih tu . Maklumat tentang ekspedisi ini diperoleh

daripada catatan Ch’ih-t’u Kuo chi. Walaupun catatan ini sudah tidak lagi wujud tetapi bahan

penulisannya masih lagi terdapat dalam perenggan-perenggan dalam Sui-shu, Pei-shih dan

T’ai-p’ing yun Lan.

Kerajaan Chih tu adalah sebahagian daripada Empayar Funan , Kerajaan Chih tu

berada di laut Selatan yang mengambil masa 100 hari untuk sampai jika melalui jalan laut.

Mengikut catatan daripada sumber China Tanah di sekitar kerajaan chih tu kebanyakkan

merah atau bertanah liat. Di sebelah timur kerajaan Chih tu adalah kerajaan Po-lo-la.

Bahagian utara kerajaan Chih tu adalah lautan. Raja diberi gelaran Chu tan dan nama

sebenar Raja ketika itu adalah Li-fu-To-Se. Baginda ketika itu tidak tahu tentang kerajaan

yang jauh seperti Kerajaan China. Raja Chih tu bersemayam di tempat bernama Seng-chih,

di mana ia mempunyai tiga tembok setiap satunya mempunyai jarak yang seratus langkah

kaki. Di setiap tembok tersebut pula mempunyai lukisan yang berkaitan dengan semangat

terbang, bodhisattvas dan roh abadi dan tembok itu digantung dengan bunga emas dan

loceng. Pada setiap pintu tembok terdapat 4 orang pegawai yang berada di sebelah pagoda
buddha. Semua bangunan yang terdapat di istana raja terdiri daripada balai yang berbilang

dan pintu berada di sebelah utara.

           

Dalam kerajaan Chih tu adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap rakyatnya  menindik

telinga mereka dan memotong rambut dalam sebuah perayaan keagamaan. Hal ini adalah

bertujuan untuk mengagungkan buddha tetapi penghormatan yang tertinggi diberi kepada

para brahmin. Para perempuan perlu mengikat rambut  mereka. Kerajaan chih tu

mengamalkan ajaran buddha dalam kerajaan mereka, ini dapat dilihat dari struktur bangunan

dan struktur masyarakat chih tu yang meletakkan golongan brahmin pada kedudukan yang

istimewa. Masyarakat chih tu juga menjalankan upacara perkahwinan. Bagi mengadakan

upacara perkahwinan hari yang dianggap bertuah dipilih. Lima hari sebelum upacara

perkahwinan dijalankan, Keluarga sebelah perempuan akan menyediakan bahan untuk

upacara dan setelah upacara perkahwinan selesai harta perkahwinan akan dibahagikan serta

pasangan pengantin akan tinggal di rumah berasingan. Bagi upacara kematian pula, bapa atau

abang kepada si mati perlu mencukur kepala mereka dan berpakaian preman dam mereka

perlu melakukan upacara kematian saudara mereka itu sendiri.

http://sejarahasiatenggara.blogspot.my/2014/12/kerajaan-chih-tu.html.

Temasik

The name “Temasek” is probably derived from the same root as the word tasek, which means

“lake” in Malay. Tasek implies a reference to a piece of land surrounded by water. Early

documents that mention the name Temasek include: a Vietnamese eulogy for a deceased

prince dated 1330;[1] Dao yi zhi lue ("Description of the Barbarians of the Isles") by Wang

Dayuan in 1349; and the Desawarnana or Nagarakrtagama by Prapanca, a courtier of

Majapahit, in 1365.[2] The name also appears in sources related to the Zheng He voyages of
the early 15th century. The Pararaton (“Book of Kings”) contains a Javanese poem written in

the 16th century that purports to recount events at the courts of Singhasari and Majapahit in

east Java. Temasek appears in the book in a list of countries in the Southeast Asian

archipelago that the prime minister of Majapahit, Gajah Mada, swore to conquer.[3]

The name Singapura is given as the name of a place in India in the Jataka tales, which is a

collection of stories about the previous lives of Buddha. Singapura means “lion city” in

Sanskrit. The lion has been used as a symbol of Buddha in Indian art since the period of King

Asoka. In Southeast Asia, the first place to be named Singapura was in the area of Tra Kieu,

central Vietnam, in the fourth century. The name was later used for a place in central

Thailand during the Angkorian Empire (13th century) and is known as Singburi in Thai. A

place called Singapura appears in a list of Majapahit’s vassals in an inscription found in

Surodakan, Java, dated 1369 Saka or AD 1447.[4] This Singapura could refer to a kingdom in

west Java, which plays an important role in the Cariosan Prabhu Siliwangi, the tale of a

heroic figure living in the 15th century.

The name “Temasik” appears twice in the Sejarah Melayu (Malay Annals). The first occurs

in the story of Raja Chulan, a great king of India, who set out to conquer China. The Chinese

managed to intercept him at Temasik. The second is in the context of Sri Tri Buana’s

discovery of the island of Temasik, which he renamed “Singapura”. It is difficult to specify

the date when the name actually changed. All 14th-century sources used “Temasik”. The

Portuguese in 1511 mentioned only Singapore; Temasik seems to have been forgotten by that

time. It is possible that the name was changed around 1392 when Parameswara (who is

omitted from the Malay Annals) arrived on the island and killed the local ruler. However,

Chinese sources continued to use “Temasik” in the 15th century because Chinese authors and
editors often retained old place names even after these had gone out of use in their original

locations.

The motivation for the change in name could have been to strengthen the claim to legitimacy

over the island by Parameswara, the usurper from Sumatra. He might have intended to

replace the Malay name, which had only local significance, with a Sanskrit name in order to

re-contextualise Singapore as a cosmopolitan trading port, which was then part of the

international maritime trade network.

Tomé Pirés, a Portuguese apothecary and author of the early 16th century, mentioned

Singapore but did not think it had much importance.[5] Emanuel Godinho de Erédia, who

was then the commander of the Portuguese naval forces in Malacca, was attracted by the

island’s military potential, but never obtained control of the island. St. Francis Xavier, a

Roman Catholic missionary, managed to post letters from Singapore in 1551.[6] He probably

wrote them on board a ship anchored in the port.

Singapore appears on the Mao Kun map of the Ming Dynasty as Temasek (Danmaxi). A

Portuguese map compiled by de Erédia in the late 16th century lists several place names such

as Tanah Merah, Sungei Bedok, Tanjung Rhu, and Belakang Mati (now known as Sentosa),

places which still exist today. De Erédia’s map also shows a Xabandaria or harbourmaster’s

post on the island’s south coast, indicating that the Johor sultanate maintained an official

presence on the island until about 1600.

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu - Hindu Lama yang hilang dan ada
disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang
pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia. Para penyelidik mempercayai bahawa
kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I
dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan
sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh
anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai
keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.

Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai aspek
termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk
membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.

Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca Buddha
abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan
Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas.

Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain
mengatakan Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Khmers dari Kemboja.

Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari
abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding
(Manjong), sekitar kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di
tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga
Negara berubah-ubah.

Berdasarkan taburan artifak-artifak purba yang ditemui dan pengaliran cabang Sungai Perak,
kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung
Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.

Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas dipersetujui
penyelidik sejarah pada masa kini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di
bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan
beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan
negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.

Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.

Isi kandungan
 1 Asal
 2 Sejarah
 3 Arkifak
o 3.1 Pokok Beruas
 4 Lihat juga
 5 Rujukan
 6 Pautan luar

Asal
[[Imej: GanggaNegaraStatue001.jpg|thumb|180px|Gambar dari Muzium Sejarah Nasional
Kuala Lumpur. Patung gangsa abad ke-8 / 8 patung Avalokitesvara Buddha berdiri bertangan
8 dijumpai di lombong bijih Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ketinggian 79
cm.]]

Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari
Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal. Kambuja merupakan
puak Aryan India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya tempatan di Pamir dan
Badakshan. Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia
Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Kepulauan Melayu di
Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll. Pakar
sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor
(Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand dan
Kemboja.

Sejarah
Menurut kajian yang dijalankan oleh Tuan Haji Abdul Hamid Zamburi, berdasarkan buku
Geographike Huphegesis yang ditulis oleh Ptolemy sekitar 150M ada menyebut tentang
sebuah tempat bernama Coconagara yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung
Emas; merujuk kepada Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutan Coconagara seakan-akan
menyamai sebutan Gangga Negara. G. Coedes dalam The Indianized States of Southeast Asia
berpendapat bahawa Coconagara itu terletak di tebing Sungai Dinding, sementara Kolonel
Low pula mencadangkan ianya terletak di Sungai Dinding dan Beruas. Jika perkara ini tepat,
maka ketamadunan Melayu di Beruas telah wujud sekurang-kurang sejak abad kedua tahun
Masihi, iaitu merujuk kepada tahun penulisan Ptolemy. [1] Menurut catatan Hikayat Merong
Mahawangsa, Gangga Negara telah diasaskan oleh anakanda Merong Mahawangsa yang
bernama Raja Ganjil Sarjuna. Kerajaan ini terletak di kawasan Beruas, sekitar selatan
Gunung Bubu, ke arah timur Bukit Segari dan di tepi Sungai Dendang. Kerajaan ini turut
merangkumi kawasan Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Bidor, Tanjung Rambutan dan
Sungai Siput ,selain berubah-ubah dipercayai ekoran perubahan aliran sungai.Gangga Negara
merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu. Gangga Negara dipercayai sempena nama Sungai
Ganges di India, manakala Negara bererti negeri dalam bahasa Sanskrit. Empayar Gangga
Negara musnah ekoran serangan dan penjarahan Raja Rajendra Chola Deva I dari
Coromandel, India sekitar 1025-1026. Dipercayai bahawa Raja Gangga Negara, iaitu Raja
Gangga Shah Johan terkorban dalam peperangan tersebut.

Arkifak
Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada
tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan
Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak
dapat menentukan dengan pasti tapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah
menemui artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas
mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan
artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh
semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang,
keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan
tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh), Lembah
Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas.
Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali.
Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.

Pokok Beruas

Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai
bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari Aceh, Sumatra berehat
di bawah pokok Beruas, Namanya Malikul Mansur. Sejarah Pasai ada menyebut
mengenai Malikul Mansur yang dibuang oleh Sultan Malikul Mahmud. Kini pokok
beruas telahpun pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di
Pengkalan Baru dan Batang Kubu.

Sejarah ada mengatakan terdapat beberapa buah kerajaan kuno di negeri Perak,
Malaysia. Buktinya nama-nama penempatan ataupun kerajaan kuno itu ada tercatat
di dalam buku-buku pengembaraan pengembara silam sama ada dari Yunani, Arab,
Itali, China mahupun India. Antara kerajaan kuno tersebut adalah Beruas. Cerita-
cerita mengenai keagungan dan kehebatan Beruas sebagai kerajaan Melayu tertua
di pesisir pantai negeri Perak telah lama kedengaran. Kehebatan mengenai perkara
itu telah membuatkan beberapa orang pengkaji mula mencari kesahihannya. Kajian
yang dibuat oleh Col. James Low pada tahun 1840 menunjukkan kerajaan ini wujud
tetapi sukar untuk dipastikan lokasi sebenarnya. Kerajaan Beruas telah wujud sekitar
abad ke-13 Masihi. Ini bermakna kerajaan ini wujud tidak jauh bezanya dengan
kemunculan kerajaan Melayu Melaka iaitu pada abad ke-14 Masihi. Dalam
manuskrip lama ada mengatakan kerajaan Beruas ini pernah berdagang dengan
kerajaan Melayu Melaka. Namun sebelum wujudnya kerajaan Beruas, telah ada
beberapa buah kerajaan yang lebih kuno di negeri Perak antaranya ialah Gangga
Negara. Kemunculan kerajaan ini sezaman dengan kerajaan Kedah Tua, Jambi,
Chaiya dan beberapa buah kerajaan lagi. Merujuk kepada bukti-bukti sejarah,
dipercayai kerajaan Gangga Negara muncul sekitar awal tahun Masihi, iaitu abad
ke-2 Masihi. Pada ketika itu, kerajaan kuno Gangga Negara meliputi daerah Beruas,
Dinding dan Manjung di negeri Perak. Salah seorang daripada raja yang memerintah
kerajaan itu ialah raja Shah Johan. Para penyelidik percaya bahawa kerajaan kuno
Gangga Negara berpusat di Beruas dan ia musnah selepas diserang oleh Raja
Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026.
Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang
juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh
anak Merong Mahawangsa iaitu raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan
berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain atau keluarga diraja Khmer sekitar
abad ke-2 lalu. Pada tahun 1991, penelitian secara mendalam telah dilakukan oleh
pihak Muzium Negara Malaysia dengan kerjasama daripada beberapa buah agensi
lain untuk mencari tapak-tapak petempatan atau bekas-bekas kerajaan kuno
tersebut dalam usaha untuk membina semula sejarah Malaysia. Kajian ini diketuai
oleh Dato' Profesor Emeritus Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dari
Universiti Kebangsaan Malaysia. Matlamat kajian ini adalah untuk menjejak
penempatan manusia pada zaman silam dan mencari siapakah pengasasnya.
Selain itu pengkajian ini juga cuba untuk meneliti corak dan sistem pemerintahan
yang diamalkan serta faktor-faktor pendorong yang menyebabkan sesuatu
penempatan itu menjadi mundur dan ditinggalkan. Menurut Profesor Emeritus, lokasi
sebenar kerajaan kuno Gangga Negara masih lagi tidak dapat disahkan. Banyak
sarjana masih berdebat mengenai perkara ini namun berdasarkan kepada
keterangan naskhah Sejarah Melayu, lokasi itu berada di daerah Dinding (sekarang
ini dikenali sebagai Manjung) di kawasan selatan Gunung Bubu iaitu ke arah timur
Bukit Segari. Jika dilihat secara topografi, mungkin kawasan ini berada di tebing
sungai Dendang, Beruas. Lantaran itu, berdasarkan penemuan arca-arca seperti
patung dewa, seramik dan penelitian terhadap pengaliran cabang Sungai Perak,
Profesor Emeritus membuat kesimpulan bahawa kerajaan Gangga Negara
dipercayai pernah berpusat di beberapa tempat antaranya Pangkalan (Ipoh),
Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput. Mengikut gambaran
kasar, kerajaan Gangga Negara berkait rapat dengan kerajaan Srivijaya.
Berkemungkinan besar, kerajaan Gangga Negara terletak di bawah jajahan takluk
kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang. Penelitian terhadap patung dewa
Avalokitesvara yang ditemui di Perak terdapat kulit harimau yang dililitkan di
pinggangnya. Gambaran ukiran itu seolah-olah seperti samping. Keadaan yang
sama juga terdapat pada patung-patung Hindu yang ditemui di Palembang,
Sumatra. Penggunaan lambang kulit harimau ini menunjukkan maksud kekuatan.
Walaupun kerajaan Srivijaya dipengaruhi oleh agama Hindu, sementara di Gangga
Negara pula berkemungkinan Buddha namun sesuatu yang agak mirip antara
keduanya adalah penggunaan elemen kulit harimau. Keadaan ini memberi
gambaran berkemungkinan Gangga Negara serta kerajaan-kerajaan lain seperti
Kedah Tua dan Chaiya berada di bawah jajahan takluk kerajaan Srivijaya.

You might also like