You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Nilai-nilai jati diri dalam filem Nujum Pak Belalang 4–5

3.0 Analisis sumbangan tamadun Melayu pada zaman dahulu 6

4.0 Pengajaran daripada filem nilai-nilai positif dan negatif 7

5.0 SmartArt 8–9

6.0 Kesimpulan 10

7.0 Jurnal Refleksi 11 – 12

8.0 Rujukan 13
1.0 PENDAHULUAN

Tamadun Islam dan Tamadun Asia bertujuan untuk memperkenalkan tamadun


manusia yang bermula sejak 10,000 S.M. yang bermula di Timur Tengah pada zaman Hassuna
Ware hingga ke tamadun yang lebih maju seperti tamadun Mesir (Saba’ dan Samarra’),
Babylon, Yunan, Romawi, Byzantium dan Parsi, China, India dan Semenanjung Arab.
Tamadun secara umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan, kemajuan, dan
peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Tamadun asia terbahagi
kepada tiga tamadun iaitu tamadun Islam, tamadun Melayu, tamadun India dan tamadun
China.

Tamadun Melayu adalah bersumberkan bangsa Melayu yang berteraskan agama


Islam, kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu. Kewujudan tamadun Melayu adalah sebelum
kedatangan Islam yang dirujuk kepada keagungan Kota Melaka. Kedatangan Islam selepas
abad ke-15M telah mematangkan tamadun Melayu dan lebih dikenali dengan
kegemilangannya. Sumbangan dan pencapaian tamadun Melayu kepada peradaban dunia
dapat dilihat dari tiga aspek iaitu agama dan kepercayaan, keilmuan dan kebendaan.

Filem ini merupakan lakonan Allahyarham P. Ramlee, satu nama yang tidak asing dan
terulung di tanah air. Filem arahan dan lakonan Allahyarham P.Ramlee ini mendapat
sanjungan dari semua lapisan masyarakat tidak mengira umur dan bangsa. Beliau juga telah
memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa melalui filem-filem genre komedi.
Allahyarham P. Ramlee telah membawa kesedaran kepada kita melalui penguasaan ilmu yang
terdapat dalam filem yang dilakonkan malah karya-karyanya masih diminati oleh semua
golongan masyarakat sehingga hari ini.

Oleh itu, dengan pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia tugasan ini
diberi berdasarkan filem Nujum Pak Belalang. Rujukan primer adalah berdasarkan laman
sesawang dan buku MPU3323. Objektif tugasan ini untuk membincangkan mengenai
sumbangan dan hasil pencapaian tamadun Melayu kepada masyarakat. Selain itu,
perbincangan nilai-nilai jati diri dalam filem dan perbandingan dengan nilai-nilai jati diri pada
hari ini serta sumbangan tamadun Melayu pada zaman dahulu yang dapat dilihat dalam filem
tersebut memberi pengajaran kepada generasi muda dan masyarakat pada masa kini.
2.0 NILAI-NILAI JATI DIRI DALAM FILEM NUJUM PAK BELALANG

Berdasarkan filem Nujum Pak Belalang, nilai jati diri yang boleh kita ambil iktibar
ialah kasih sayang sesama keluarga. Melalui kasih sayang hubungan kekeluargaan semakin
erat seperti pepatah “Bagai inai dengan kuku”. Hal ini dapat kita lihat melalui watak seorang
anak kecil bernama Belalang. Belalang seorang anak yang rajin bekerja untuk menyara
bapanya Pak Belalang yang malas dan tidak mahu bekerja hanya makan tidur siang dan malam
di rumah. Dari sifat seorang budak kecil ini, Belalang tidak pernah mengeluh walau sedikit
pun tetapi dia berusaha mencari pekerja dengan menolong orang kampung menyuci piring,
memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan upah seperti beras dan tebu bagi keperluan
menyara kehidupan mereka berdua bersama bapanya Pak Belalang.

Pada zaman era kini, ibu bapa terlalu sibuk dengan pekerjaan dan berusaha kerja keras
untuk mencari nafkah meningkat taraf hidup masing-masing kerana kos sara hidup masa kini
semakin tinggi akibat ekonomi negara yang kurang stabil. Namun kasih sayang ibu bapa
terhadap anak-anak tidak pernah pudar malah mereka sentiasa berusaha untuk
membahagiakan anak-anak walaupun dalam keadaan yang sederhana ataupun mewah.
Contohnya, pada hari ini, ada juga kanak-kanak yang bekerja dalam usia muda disebabkan
kekangan kewangan apabila ibu bapa tidak mampu bekerja atau ibu bapa telah meninggal
dunia awal dan terpaksa menjadi ketua keluarga kepada adik beradik bagi menyara kehidupan
seharian. Daripada contoh tersebut, kita dapat melihat sikap kanak-kanak ini mempunyai sifat
kasih sayang terhadap ibu bapa dan adik-beradiknya seperti pepatah dahulu “Seperti
Menantang Minyak Yang Penuh” yang bermaksud memelihara anak dengan penuh kasih
sayang begitu juga anak-anak kepada ibu bapa.

Seterusnya, nilai jati diri yang dapat kita lihat dalam diri Belalang ialah keberanian.
Belalang berani mengambil risiko mencuri kain-kain milik gundik raja dan burung kawau
yang merupakan burung kesayangan raja. Semua barang yang dicurinya telah disembunyikan
di dalam hutan untuk mendapatkan habuan yang besar dari raja dengan menjadikan bapanya
Pak Belalang sebagai ahli nujum. Oleh kerana sifat keberanian Belalang dia telah menjadikan
Pak Belalang dilantik sebagai ahli nujum diraja. Keberanian bukan hanya dapat dipaparkan
dalam medan peperangan semata-mata malah mempunyai akal pikiran yang pintar dengan
risiko yang tinggi juga disifatkan sebagai satu keberanian.
Namun pada hari ini, keberanian bukan saja dari fizikal tetapi keberanian moral juga
penting kerana dengan keberanian kita mampu menyuarakan pendapat dan membela diri
daripada dipersalahkan seperti pepatah Melayu “Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah”.
Stephen Covey pernah mengatakan, kesabaran itu ibu kepada kebijaksaan, manakala
keberanian adalah bapa kepada kebijaksanaan. Contoh nilai jati diri disebut sebagai
keberanian pada hari ni apabila isu tentang kebocoran kertas Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) pada tahun 2014 yang disifatkan sebagai aib nasional, Tan Sri Muhyiddin
Yassin memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kes tersebut. Tindakan beliau dengan
keperibadian pemimpin yang bertanggungjawab beliau memohon maaf bukan dengan rendah
hati juga memerlukan keberanian yang tinggi untuk menghadapi isu-isu negara.
3.0 ANALISIS SUMBANGAN TAMADUN MELAYU PADA ZAMAN DAHULU

Tamadun Melayu kaya dengan pelbagai sumber sejarah yang berkesinambungan


melalui pelbagai sumber sama ada dari penulisan atau penemuan berbentuk arkeologi. Dari
segi sejarah, menurut Zainal Abidin (2001) terbukti bahawa wilayah politik atau negara
bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politik atau kerajaan Melayu. Sistem berkerajaan
dan pemerintahan Melayu juga dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu lama
seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Lingga yang lain-lain.

Filem Nujum Pak Belalang memaparkan sumbangan tamadun Melayu pada zaman
dahulu dengan menggunakan bahasa istana seperti beta, patik, kekanda, adinda yang sentiasa
digunakan ketika bersemuka dengan golongan istana seperti raja-raja. Filem ini tidak
mengetepikan penggunaan bahasa istana malah menggunakannya kerana penglibatan watak
raja sebagai pemimpin dan rakyat biasa sebagai hamba. Contoh babak penggunaan bahasa
istana dalam filem apabila Pak Belalang datang menghadap Sultan Shahrul Nizam dia
menggunakan bahasa istana “Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun Patik Pak Belalang Datang
Menghadap Tuanku” ini merupakan penggunaan ayat daripada rakyat biasa apabila
berkomunikasi dengan sultan.

Seterusnya, sumbangan tamadun yang kedua ialah mempunyai sifat “Taat Kepada
Raja”. Sebagai rakyat biasa Pak Belalang seharusnya patuh dengan pemerintahan raja, Datuk
Perdana Menteri, Para-para Menteri serta yang lain-lain juga menghormati raja dan taat
kepadanya kerana raja mempunyai martabat yang tinggi dan mempunyai daulat sebagai
pemerintah negara. Contoh babak dalam filem menunjukkan Pak Belalang taat kepada
perintah Sultan Shahrul Nizam apabila dia berusaha mencari harta yang telah dicuri oleh
Badan dan Nyawa. Walaupun Pak Belalang hanya menyamar sebagai ahli nujum tetapi dia
mempunyai sifat taat dan patuh kepada perintah raja dia tetap berusaha untuk mencari
Mahkota Kebesaran dan rantai pusaka milik Puteri Si Bujur Sireh

Sumbangan yang ketiga dalam tamadun Melayu iaitu kesenian. Masyarakat Melayu
sangat kreatif dengan penghasilan yang bercirikan estetika. Etnik Melayu Perak terkenal
dengan pembuatan parang dan keris, pada zaman dahulu keris adalah alat kebesaran diraja
dan juga digunakan untuk bersilat serta mempertahankan diri. Dalam filem Nujum Pak
Belalang kita dapat lihat mereka telah menggunakan peralatan seperti keris, lembing dan
parang. Contoh babak dalam filem, semua pengawal istana memegang lembing sebagai
pertahanan mereka daripada musuh yang datang menyerang ke istana.
4.0 PENGAJARAN DARIPADA FILEM NILAI-NILAI POSITIF DAN NEGATIF

Antara nilai negatif yang pertama dalam filem ini adalah sikap pemalas dan selalu
mengharap bantuan dari orang lain sehingga keluar pepatah ini “ulat dalam batu pun boleh
hidup”. Contohnya, Pak belalang yang malas untuk mencari pekerja hanya tidur dirumah dan
anaknya yang bekerja untuk mencari rezeki bagi menanggung kehidupan harian mereka
berdua. Pada hari ini, sikap malas ini masih lagi wujud dikalangan segelintir masyarakat yang
malas untuk berusaha mencari pekerjaan. Pelbagai alasan yang diterima daripada mereka.
Contohnya, sesetengah masyarakat beranggapan pada zaman kini susah untuk mencari
pekerjaan kerana ada majikan yang meletakkan syarat untuk bekerja hendaklah memilliki
Diploma atau Ijazah tetapi alasan itu bukanlah alasan yang kukuh kerana di Malaysia ramai
pelajar lepasan universiti juga tidak bekerja disebabkan terlalu memilih pekerja dan malas
untuk keluar mencari pekerjaan.

Seterusnya, nilai negatif yang kedua dalam filem ini adalah mencuri. Mencuri ialah
mengambil harta orang lain dengan cara tersembunyi dan diambil daripada tempat
menyimpan harta itu. Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan diwajibkan
potong tangan ke atas pencuri mengikut hukuman Hudud. Sikap ini dapat dilihat melalui
watak Badan dan Nyawa yang telah mencuri kambing dan lembu penduduk kampung. Mereka
juga telah mencuri masuk ke istana mencuri satu peti syiling emas, rantai kepunyaan Puteri
Si Bujur Sirih dan Mahkota milik Sultan Shahrul Nizam Ibni Sultan Malik Shah. Namun
zaman moden kita masih terdapat kes-kes curi seperti pecah rumah, mencuri kereta mewah
dan merompak kedai-kedai emas yang sering berlaku di negara kita.

Selain daripada nilai negatif dalam filem Nujum Pak Belalang juga mempunyai nilai-
nilai positif antaranya ialah rajin berusaha. Sifat rajin berusaha ini dapat dilihat melalui watak
anak kecil iaitu Belalang. Belalang merupakan anak kecil yang rajin berusaha kerana di usia
mudanya dia telah bekerja untuk menyara kehidupan bersama bapanya Pak Belalang. Dia juga
seorang budak yang ringan tulang kerana rajin membantu orang kampung melakukan
pekerjaan. Begitulah juga dengan sinario pada masa kini, sifat rajin berusaha perlu ada apabila
kita rajin berusaha kita akan mendapatkan kejayaan. Di Malaysia, sikap rajin berusaha ini
dapat dilihat pada pemimpin negara kita yang telah dilantik dua kali menjadi Perdana Menteri
Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sikap beliau yang sikap rajin berusaha
mencari idea dan ilmu pengetahuan beliau telah berjaya membawa nama Malaysia dengan
kereta nasional kita Proton terkenal di merata dunia.
5.0 SMARTART

Nilai-nilai • Kasih sayang


Jati Diri • Keberanian

Sumbangan • Pengunaan Bahasa


Tamadun Istana
Melayu
Dalam • Taat Kepada Raja
Filem • Bidang Kesenian

Nilai-nilai • Sikap Malas Dan Suka


Positif Dan Mengharap Bantuan
Negatif
Dalam • Mencuri
Filem • Rajin Berusaha

NILAI-NILAI JATI DIRI DALAM FILEM NUJUM PAK BELALANG

1) KASIH SAYANG SESAMA AHLI KELUARGA


* Hubungan keluarga yang sangat erat "Bagai Inai Dengan Kuku" menyifatkan Belalang
mempunyai rasa kasih dan sayang kepada bapanya walaupun bekerja keras untuk
menyara kehidupannya bersama bapanya yang malas bekerja hanya makan tidur di rumah

2) KEBERANIAN DALAM DIRI


* Belalang seorang yang berani mengambil risiko dengan mencuri kain-kain milik gundik
dan burung kawau kesayangan raja untuk mendapat habuan dari hasil barang dicuri
dengan menjadikan Pak Belalang sebagai ahli nujum telah menjadikan Pak Belalang
menjadi ahli nujum diraja.
SUMBANGAN
TAMADUN MELAYU
DALAM FILEM NUJUM
PAK BELALANG

B) TAAT KEPADA RAJA


-Raja atau Sultan C) BIDANG KESENIAN
A) PENGGUNAAN
BAHASA ISTANA merupakan pemerintah -Masyarakat Melayu
negara yang mempunyai sangat kreatif dengan
- Pada zaman P. Ramlee martabat tinggi dan ciri penghasilan estetika.
penggunaan bahasa mempunyai daulat. Rakyat Etnik Melayu terkenal
istana digunakan apabila sentiasa menghormati dan dengan penghasilan
rakyat berkomunikasi patuh dengan perintah raja. keris, lembing dan
dengan Raja dan Para parang untuk
Menteri Besar. * Contohnya, Pak Belalang
diperintahkan oleh sultan mempertahankan diri.
* Contohnya, Pak untuk mencari harta yang *Contohnya, pengawal di
Belalang menggunakan telah dicuri dari istana dan istana menggunakan
bahasa istana ketika dia dia berusaha untukk lembing untuk pertahan
didalam istana Sultan mencari pencuri itu dari musuh di pintu
Shahrul Nizam. walaupun dia hanya istana.
menyamar jadi ahli nujum.

2) MENCURI
* Badan dan Nyawa
1)SIKAP PEMALAS DAN mencuri Mahkota
MENGHARAP BANTUAN kebesaran Sultan Shahrul
ORANG LAIN. Nizam dan rantai pusaka
* Pak Belalang malas untuk Puteri Si Bujur Sireh 3) RAJIN BERUSAHA
bekerja dan mengharap
* Belalang seorang budak
kepada anaknya Belalang
kecil yang rajin berusaha
bekerja untuk menyara
untuk mencari pekerja dan
kehidupan mereka berdua.
rajin membantu orang
kampung.
NILAI-NILAI
POSITIF DAN
NEGATIF
DALAM FILEM
NUJUM PAK
BELALANG
6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah memainkan peranan


agar martabat bangsa Melayu menjadi contoh kepada bangsa, agama dan masyarakat masa
kini. Selain itu, filem Nujum Pak Belalang merupakan salah satu karya klasik atau tradisional
yang memainkan peranan untuk memberi pengajaran dan nilai-nilai murni melalui filem-
filem Allahyarham P. Ramlee. Beliau juga telah meninggalkan kesan-kesan tamadun Melayu
pada zaman dahulu yang boleh dilihat pada zaman moden ini dengan menayangkan filem-
filem klastik di kaca televisyen dan diberikan contoh kepada generasi muda.

Selain itu, melalui pembelajaran tamadun Melayu kita dapat lihat sumbangan tamadun
kepada zaman dahulu iaitu agama dan kepercayaan, keilmuan dan kebendaan. Malah apa yang
dapat kita lihat hingga hari ini sumbangan dalam penbentukan kerajaan dan sistem
pemerintahan yang masih digunakan. Kita perlu tahu bahawa budaya, peradaban dan tamadun
orang Melayu akan berubah terkesan mengikut peredaran masa pada setiap kali datangnya
pengaruh peredaban luar terutamanya daripada pengaruh tamadun dan peradaban Barat
Moden. Tamadun Melayu akan terhakis dan lenyap daripada dunia jika bangsa Melayu gemar,
suka, teruja, cepat meniru dan rela mengadaptasi pengaruh Barat dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, kita hendaklah menjaga bangsa Melayu kerana maruah tinggi sentiasa dipelihara dan
peradaban Melayu demi kelangsungan “Takkan Melayu hilang di dunia Laksamana Hang
Tuah”.
7.0 JURNAL REFLEKSI

Tamadun Islam dan Tamadun Asia MPU3323 yang dikenali sebagai titas merupakan
salah satu kursus yang wajib untuk diambil untuk semua pelajar yang mengikuti pengajian
peringkat ijazah di Open University Malaysia (OUM). Untuk melengkap kursus ini, saya telah
mengulang kaji secara invidu di rumah bagi memudahkan kerja-kerja untuk membuat tugasan
yang diberikan.

Sepanjang pembelajaran kursus ini, apa yang boleh dilihat dalam Tamadun Islam dan
Tamadun Asia setiap tamadun mempunyai persamaan dan perbezaan. Selain itu, kita juga
dapat pengetahuan mengenai sistem nilai dan jatuh bangunnya tamadun, realiti globalisasi
dan cabaran abad ke-21. Contoh tamadun yang telah dipelajari dalam mengikut kursus ini
adalah Tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun China dan Tamadun India. Setiap
tamadun mempunyai ciri-ciri tamadun, sumbangan dan pembentukan tamadun tersendiri yang
boleh kita fahami melalui pembelajaran kursus ini. Pelajar juga dapat membezakan persamaan
dan perbezaan tamadun-tamadun ini.

Apa yang menarik yang saya dapat dalam pelajaran tamadun ini, kita dapat melihat
aspek persamaan agama, budaya, bahasa dan etika. Saya sangat tertarik dengan aspek
persamaan dalam Tamadun Melayu, Tamadun China dan Tamadun India kerana persamaan
agama. Tamadun Melayu sentiasa menyakinkan agama amat penting dan perlu dianuti serta
mengimani wujudnya satu kuasa yang mengawal manusia dan ala mini melalui keimanan
kepada Allah S.W.T. Bagi Tamadun China dan India juga sama aspek persamaan agama
meyakini agama dan penting diamalkan melalui nilai moral yang membawa kesejahteraan
kepada manusia. Indahnya ajaran agama daripada tamadun-tamadun ini, apa kita dapat belajar
adalah ajaran yang baik dan patut dicontohi agar semua masyarakat mempunyai sifat yang
baik dan hormat menghormati sesama kaum dan bangsa yang berbilang di dunia ini.

Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat suka dengan budaya di negara kita kerana
dengan adanya pelbagai kaum ini kita dapat merayakan banyak perayaan. Perayaan ini dapat
kita sambut bersama bagi merapatkan hubungan silatulrahim perkauman. Selain itu, aspek
perbezaan dari segi bahasa Masyarakat Melayu menggunakan tulisan jawi yang berasal
daripada huruf Al-quran yang dibaca daripada kanan ke kiri. Tamadun cina pula mencipta
tulisan Hanzi yang dibaca daripada atas ke bawah juga dari kiri ke kanan. Seterusnya,
Masyarakat hindu menggunakan Bahasa Sanskrit dan Tamil serta lain-lain bahasa utama
mengikut wilayah dan etnik. Perbezaan agama dan budaya bukanlah penghalang untuk kita
hidup hormoni di negara ini. Oleh itu kita hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan peradaban
kita agar menjadi contoh bagi generasi yang akan datang.
Selain itu, tamadun-tamadun ini telah memberikan sumbangan dalam bidang sosial,
ekonomi, perubatan, matematik, astronomi, seni muzik, politik dan pelbagai bidang lagi.
Sumbangan tamadun ini dapat dilihat dengan hasil ciptaan manusia dalam pelbagai aspek
kebendaan di samping mengamalkan kerohanian untuk dunia moden yang ini. Tamadun ini
juga dapat membuka mata masyarakat pada zaman kini kerana manusia di zaman dahulu suka
untuk meneroka dan mencuba perkara baru serta membina sebuah tamadun yang hebat
sebagai contoh pembinaan Tembok Besar Cina yang dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti
untuk menghadapi pencerobohan orang nomad.

Seterusnya, kursus ini dapat memberi kita pengetahuan berkenaan pertembungan


tamadun barat dan timur serta impaknya terhadap pascamodenisme. Huntington (1993) telah
menjelaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kekuatan sesebuah tamadun
moden dan juga faktor yang menjadi penentu kurangnya pengaruh sesebuah tamadun. Namun
pascamodenisme adalah satu gaya hidup bebas, tanpa abtas adat, agama dan moral dengan
penolakan terhadap agama. Nilai pascamodenisme sangat merbahaya kepada nilai agama dan
moral kerana telah menolak rukun iman dan rukun Islam. Ia juga menolak nilai moral dan
etika yang mutlak dalam agama kerana semua nilai dalam agama dan moral boleh
dirasionalkan dan sistem hokum yang dibawa oleh agama dalam bentuk hukum hakam syariat.

Oleh itu, sejarah dan tamadun memberikan saya ilmu pengetahuan berkenaan
tamadun. Walaupun saya kurang pengetahuan berkenaan tamadun ini tetapi dengan kursus ini
serba sedikit saya mendapat pengetahuan berkenaan sumbangan-sumbangan bagi setiap
tamadun. Kita seharusnya mempunyai niat agar suatu hari nanti kita dapat melawat tempat-
tempat yang telah meninggalkan kesan sejarah ini supaya kita sentiasa menghargai sejarah-
sejarah tamadun yang telah dibangunkan sejak zaman dahulu. Tidak lupa untuk generasi muda
akan datang mereka juga perlu mengambil kesempatan untuk mempelajari tamadun-tamadun
ini kerana terdapat banyak ilmu pengetahuan dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia
boleh memberi kesan positif dengan pemikiran anak-anak muda betapa susahnya masyarakat
terdahulu membina tamadun dunia ini.
RUJUKAN

1. Dr Ghazali Darusakan (April 2014). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor Darul
Ehsan. Open University Malaysia (OUM)
2. Mary Yap Kain Ching (2014, Oct 30), Memupuk Keberanian Sebagai Prinsip
Kehidupan. Retrived from https://www.bharian.com.my/node/14535
3. Nujum Pa’ Belalang. Retrived from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Nujum_Pa%27_Blalang
4. Tamadun Islam. Retrived from https://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam
5. Mencuri. Retrived from
http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/infoislam/jinayat/mencuri.htm
6. Aslamfahmi (2009, May 16), Pak Belalang Presentation. Retrived from
https://www.scribd.com/doc/15492937/Pak-Belalang-presentation

You might also like