You are on page 1of 39

BAB 1: PENGENALAN

Subjek Hubungan Etnik pada semester ini telah mewajibkan setiap pelajar bersama
ahli kumpulan yang telah ditetapkan, menjalankan kajian berkaitan dengan hubungan
etnik di Malaysia. Setelah beberapa pemerhatian, kumpulan kami sebulat suara memilih
tajuk Mengenali Suku Kaum Minoriti ( Baba dan Nyonya). Tajuk kajian kami seiring
dengan populariti Malaysia sebagai masyarakat majmuk di mata dunia yang mana
masyarakat dapat hidup secara aman dan mempunyai hubungan yang erat antara satu
sama lain. Masyarakat majmuk bererti masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum,
bertutur dalam pelbagai jenis bahasa, menyambut pelbagai perayaan, menganut pelbagai
jenis agama dan mempunyai pelbagai pantang larang dalam adat masing-masing.
Suku kaum baba dan nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik
kedudukannya dalam kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah
Melayu, khususnya di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

1.1 PERNYATAAN MASALAH


1. Masyarakat kini kurang peka tentang kewujudan adat dan kebudayaan kaum
baba dan nyonya di negara kita.
Masyarakat kini tidak sedar bahawa terdapat lagi kaum yang perlu mereka tahu seperti
kaum baba dan nyonya kerana kelompok kaum baba dan nyonya di negara kita adalah
sangat kecil.
2. Masyarakat kurang ilmu pengetahuan tentang adat dan kebudayaan kaum baba
dan nyonya.
Masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan yang terhad tentang adat dan kebudayaan
kaum baba dan nyonya. Generasi muda pada zaman sains dan teknologi ini malas
membaca. Ketandusan ilmu dalam pelbagai bidang khususnya adat dan kebudayaan
kaum baba dan nyonya yang merupakan kaum minoriti di Malaysia menyebabkan
mereka kurang memahami adat dan kebudayaan kaum tersebut.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


1. Menyelidik populasi keturunan baba dan nyonya.
2. Mengenal pasti amalan baba dan nyonya masih diamalkan atau tidak.
3. Mengenal pasti tahap kefahaman dan minat generasi yang akan datang terhadap
adat dan kebudayaan kaum baba dan nyonya.
4. Mencari cara memperkenalkan adat dan kebudayaan kaum baba dan nyonya
kepada masyarakat.

1.3 PERSOALAN KAJIAN


1. Adakah keturunan baba dan nyonya masih wujud dalam masyarakat?
2. Sejauh manakah tahap kefahaman generasi muda tentang adat dan kebudayaan
baba dan nyonya?
3. Adakah generasi muda berminat mendalami dalam kebudayaan baba dan nyonya?
4. Bagaimanakah memperkenalkan adat dan kebudayaan kaum baba dan nyonya
kepada masyarakat ?

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN DAN SUMBANGAN HASIL KAJIAN


Melalui kajian ini, kita dapat memperoleh maklumat penting berkenaan adat dan
kebudayaan kaum baba dan nyonya untuk dikongsi bersama-sama masyarakat lain.
Maklumat ini bertujuan meningkatkan kesedaran segenap masyarakat tentang kekurangan
pendedahan dan pengetahuan terhadap adat kebudayaan kaum baba dan nyonya. Kaum
baba dan nyonya merupakan golongan kaum yang sangat kecil di negara kita. Oleh itu,
sering kali kita lupa akan warisan budaya mereka. Sekiranya adat dan kebudayaan kaum
baba dan nyonya tidak diteruskan, lama-kelamaan akan lenyap ditelan arus pemodenan.
Di samping itu, kajian ini dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Mereka berpeluang menimba ilmu pengetahuan tentang adat dan kebudayaan kaum baba
dan nyonya dengan merujuk kepada kajian ini. Sehubungan dengan itu, kita akan lebih
menghargai adat dan mengekal kebudayaan kaum baba dan nyonya yang unik dan supaya
tidak tenggelam zaman. Petikan peribahasa biar mati anak, jangan mati adat. Warisan
budaya kaum baba dan nyonya merupakan identiti mereka yang tersendiri dan harus
dikekalkan untuk menjamin kesinambungan tamadun.

BAB 2: SOROTAN LITERASI


2.1 SEJARAH BABA NYONYA
Menurut West, Barbara A. (2009), baba dan nyonya yang juga dikenali sebagai
kaum Peranakan adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di
kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini
sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Masyarakat Baba dan Nyonya
dikatakan berasal dari Tanah Besar China yang berhijrah ke Melaka sejak 600 tahun
dahulu. Pada mulanya, masyarakat ini hanya terdapat di Melaka sahaja. Namun begitu,
setelah Pulau Pinang dan Singapura mula berkembang, masyarakat ini mula berhijrah ke
kedua-dua negeri ini.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah
orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat
berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang
Cina yang baru. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan"
kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai
unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka
terhadap suasana sosiobudaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui
perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca
utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari
segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Budda,
namun pada zaman sekarang telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian.
Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacaraupacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur
tempatan yang lain. Walau bagaimanapun, unsur-unsur barat mula masuk dan budaya asal
telah diubahsuai. Upacara ini semakin berkurangan namun masih terus diamalkan.
Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi
penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan
diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara,
apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut
4

penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po,
kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.
Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya kaum
Peranakan. Peranakan mengekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang
mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya
pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah
kahwin campur dengan orang Melayu tempatan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga penerangan bahawa pengikut-pengikut Puteri
Hang Li Po yang tinggal di Bukit Cina telah mengembara ke Melaka bersama Laksamana
Yunan, seorang berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal
secara keseluruhan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul
etnik Peranakan Cina.
Sejak beberapa kurun, kaum Baba dan Nyonya telah mewujudkan satu budaya
yang unik dengan mengekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun
Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah.
Terdapat juga tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh
dalam budaya Baba dan Nyonya.
Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan kaum Baba dan Nyonya dididik oleh
Inggeris, akibat daripada penjajahan British atas Tanah Melayu. Kaum Baba dan Nyonya
merupakan kaum yang cenderung menerima budaya baru. Disebabkan kaum Baba dan
Nyonya mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidikan, kebanyakan jawatan
perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka
menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat baba
dan nyonya menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali
sebagai Kings Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British.
Disebabkan interaksi daripada pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan kaum
Baba dan Nyonya bertutur tiga bahasa; bahasa cina, melayu dan english. Biasanya
mereka bekerja sebagai pedagang, dan perantaraan antara Cina, Melayu dan Barat;
terutamanya British.

2.2 KEBUDAYAAN BABA DAN NYONYA


2.2.1

PAKAIAN TRADISIONAL
Pakaian pengantin kaum baba dan nyonya

Adat perkahwinan dipengaruhi kebudayaan


Cina dan Melayu

Upacara
perkahwinan
berdasarkan tradisi Cina

kebanyakan

Merupakan antara upacara perkahwinan


yang paling menarik di Malaysia dan
Singapura

Gambar 1: Pengantin kaum baba dan


nyonya dalam baju pengantin

Baju Panjang

Bagi peringkat wanita yang berusia

Diadaptasi dari pakaian wanita Melayu

Berlengan panjang, panjang lutut, nipis


blaus telus

Dipakai bersama dengan kain batik


Gambar 2: Nyonya dalam baju panjang

Kebaya Encim

Bagi

golongan yang lebih muda.


Berasal dari nama encim atau Enci yang merujuk kepada seorang
wanita Cina yang berkahwin

Diperbadankan simbol dan motif dari China,


phoenix, Peony dan teratai

seperti naga,

Gambar 3: Kebaya Encim

Gambar 4: Kasut Manik

Kasut Manik

Memerlukan
kesabaran

kemahiran
yang

tinggi

dan
untuk

menghasilkan jalinan manik-manik


kaca yang bersegi-segi halus pada
kain terpal

Asalnya

manik-manik

yang

digunakan untuk menghiasi Kasut


Manek diimport sepenuhnya dari Eropah namun lama-kelamaan diperolehi dari
Jepun kerana lebih berkualiti dan lebih oriental.

Corak dan motif pada Kasut Manik baba dan nyonya Melaka kebanyakannya
terdiri daripada flora dan fauna seperti bunga teluki, mawar, alamanda, burung
cenderawasih (phoenix), naga, singa, ayam dan sebagainya. Padanan warna yang

digunakan pada manik dan pakaian wanita nyonya mestilah sepadan dan banyak
dipengaruhi oleh kebudayaan mereka.
Baju Lok Chuan atau Mandarin Jacket

Pakaian tradisional Cina yang dipakai oleh


Baba. Jaket lengan panjang sutera, biasanya
dipakai dengan sepasang padanan seluar
longgar

Pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian


pengaruh dari barat dan kaum Cina sendiri

Golongan berusia Baba atau lelaki pula berpakain


lebih ringkas pada hari-hari biasa namun masih
mengenakan samfoo, kot mahupun baju pagoda
dengan berseluar dan berkasut sulam serta topi.
Gambar 5: Baju Lok Chuan

2.2.2 PERKAHWINAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA

Gambar 6: Sepasang pengantin baba dan nyonya dalam pakaian tradisional


Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan
dan akan berlangsung selama 12 hari. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan
akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang
ibu bapa. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka
akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal
mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, kebiasaannya mereka akan berkahwin dalam usia
20 tahun.

Peringkat Awal
Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya apabila pihak pengantin perempuan
menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan
pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka
memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina. Jemputan
akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil antah sireh.
Masyarakat baba nyonya tidak menggunakan kad jemputan sebaliknya mereka
menghantar wang yang mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih)
9

sebagai ganti. Seorang nyonya tua akan diberi tugas iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu
untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai
daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan
itu.

Persiapan
Langsir , cadar baru yang kaya diletakkan dengan sulaman berwarna-warni,
bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada
kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan
wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan
orang Melayu. Ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket
pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul
nyonya iaitu bakul Siah.Hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk
memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah simbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan.
Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.

Hari Khuih Thiah


Hari 'Khuih Thiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari
kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan
untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh Hari Menyambal'.
Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal
serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas
upacara perkahwinan.

Dua Hari Sebelum


Hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan
untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah
10

dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna
biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di
antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah
seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.

CHIA LANG KHEK


Chia lang khek merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan.
Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan
hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh
Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan
berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak
Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.

CHIU THAU
Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di
tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai
Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan
memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh
bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.

CHIM PANG
Chim Pang merupakan pertemuan pertama antara pengantin lelaki dan pengantin
perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh
kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di
ketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara
satu sama lain.

11

CHOON TOK
Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama
sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin
memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.

CHIA N SIA
Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak
pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain
sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas.
Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan
dengan lawak jenaka, pujian dan rangsangan.

Dua Belas Hari


Hari ini merupakan hari yang mana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak
yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus
dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak
nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil
menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

CHIAN N CHING KAY,CHE UMM


Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin
perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara keduadua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan
dapat dieratkan lagi. Setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi
mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya
pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.
12

2.2.3 PANTANG LARANG


Percaya kepada pawang dan bomoh
Masyarakat Baba dan Nyonya masih percaya kepada pawang dan bomoh.
Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis
dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan
hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong
menghalau atau membuang hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.

Wanita hamil
Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut
dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu
yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya
terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat
daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.
Wanita hamil dilarang untuk menyentuh barang-barang (hadiah, barang-barang,
katil perkahwinan dan sebagainya) atau menyertai dalam persiapan untuk majlis
perkahwinan. Mereka juga amat dilarang daripada memasuki kebuk perkahwinan.

Pakaian serba hitam atau putih


Ia adalah satu kesalahan yang besar untuk keluarga peranakan semasa zaman
dahulu jika tetamu memakai pakaian keseluruhan hitam atau pakaian putih semasa
menyertai majlis perkahwinan kerana pakaian ini dianggap untuk "majlis kesedihan" atau
pakaian pengebumian.
Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga mempercayai perubatan
tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau
Chicken Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk
mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.
13

2.2.4 MAKANAN TRADISIONAL BABA NYONYA


Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini
juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka.
Menurut Tan Chee Beng (1993), memang tidak dapat kita nafikan bahawa makanan
Nyonya merupakan identiti bagi Malaysia dan juga Singapura. Biasanya makanan kaum
Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang
gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Namun demikian, amalan ini hanya dilakukan di
rumah sahaja.
Kaum Baba dan Nyonya ini juga terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas
dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resipinya ada persamaan
dengan masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan
tapai pulut. Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah campuran masyarakat Cina dan
Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba.
Masakan Nyonya pula lebih kepada sayur-sayuran dan daging. Masakan Nyonya
biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba penggunaan cili
yang banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan antara
masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam kunyit cili, masak lemak dan
ayam kunyit cili.
Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti
penggunaan belacan, buah keras, lengkuas dan serai. Manakala, masakan Nyonya yang
mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging itik dimasak dengan sayur
masin). Selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat
Baba. Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari
perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, hari lahir atau majlis perkahwinan. Di
sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.

14

JENIS-JENIS MAKANAN TRADISIONAL


AYAM PONGTEH
Salah satu makanan tradisi peranakan ialah
ayam pongteh, resipi ayam ala peranakan di
Malaysia. Ayam pongteh ada dua versi. Versi
kehitaman berasal dari Melaka. Sedangkan
yang putih itu versi Pulau Pinang. Warna hitam
disebabkan penggunaan kicap manis dan gula
Melaka. Penggunaan cili hijau adalah pengaruh
daripada

Melayu

sedangkan

bahan

asal

masakan ini sendiri adalah masakan Cina.


Untuk masakan ayam pongteh, ayam yang
digunakan biasanya ayam yang dipotong ke
lapan atau sepuluh bahagian.

Gambar 7: Ayam Pongteh

Kentang yang digunakan sebaiknya menggunakan kentang jenis Yukon atau Red
dibandingkan dengan jenis Russet.
Ada sesetengah daripada mereka memasak ayam/babi pongteh dengan menggunakan
cendawan kering Cina/Jepang. Penggunaan cendawan segar sebaiknya dihindari karena
rasanya

akan

berbeza.

Ada

juga

yang

menggunakan

kedua-duanya

dengan

mencampurkan rebung dan cendawan.


Cili hijau yang digunakan biasanya dimasak terlebih dahulu setelah dipotong. Namun,
ada juga yang makan cili hijau tersebut dengan makanan tergoreng.

15

SAMBAL BELACAN
Seperti masyarakat Melayu, kaum Baba dan Nyonya juga turut tidak
ketinggalan apabila menu sambal belacan turut menjadi
salah satu menu masakan mereka. Sambal belacan
merupakan hidangan sampingan yang biasanya
dimakan bersama ikan ataupun ulam. Sambal
belacan pada amnya merupakan cili yang ditumbuk
bersama belacan, garam dan sedikit gula.
Sambal belacan boleh juga dicampurkan dengan Gambar 8: Sambal Belacan
tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili
padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar.
Juga boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa. Cara membuatnya
adalah sangat senang dan mudah. Tumbukkan cili padi dan belacan. Kemudian,
masukkan cili besar dan tumbuk sederhana atau pecah. Selepas itu, masukkan tomato
dan lenyekkan. Air perahan asam jawa dicampurkan dengan sambal tadi dan campurkan
garam dan gula secukup rasa.

ASAM PEDAS
Masakan Baba Nyonya juga terkenal dengan masakan asam pedas . Masakan mereka
sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh masakan masyarakat Melayu. Resipi untuk
membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Kebiasaannya bahanbahannya terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan
ikan terubuk ), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit
hidup, serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut.
Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar
atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi ke dalam periuk sehingga
naik baunya dan garing. Selepas itu, masukkan air asam jawa mengikut sukatan. Ikan
yang telah dibersihkan dimasukkan sehinggalah mendidih. Akhir sekali masukkan serai,
16

daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau


daun limau purut.
Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja
dihidangkan untuk keluarga di rumah malah
masakan ini juga terdapat di kedai-kedai
makan, restoran, juga di hotel-hotel terkenal.
Gambar Rajah 9: Asam Pedas
KUIH KU
Kuih ku merupakan salah satu kuih tradisional kaum
Baba dan Nyonya. Kuih ku berbentuk bulat kecil atau
bujur dan di sekelilingnya terdapat tepung beras yang
melekit serta bahagian yang manis di tengahnya. Kulitnya di
bahagian luar menyerupai kulit kura-kura dan diletakkan
di atas sekeping daun pisang. Seperti namanya, kuih ku
atau kuih kura-kura merah tradisional berwarna merah dan
mempunyai tekstur kenyal dan melekit apabila dimakan.

Gambar Rajah 10: Kuih Ku

Kuih ku berbentuk berbentuk seperti cengkerung kura-kura kerana orang China percaya
secara tradisional bahawa memakan kura-kura akan memanjangkan umur kepada sesiapa
yang memakannya dan boleh membawa nasib yang baik serta kemakmuran. Kuih ku
dianggap sebagai makanan yang bertuah kerana ia disediakan semasa perayaan penting
seperti Tahun Baru Cina.
Kuih ku juga disediakan semasa majlis-majlis penting seperti majlis bayi baru lahir yang
genap sebulan dan hari lahir warga tua. Tujuannya supaya kanak-kanak tersebut
dirahmati dan warga tua dipanjangkan umur. Pada zaman moden sekarang ini, kuih ini
telah menjadi satu barangan yang penting semasa perayaan Cina seperti di Negara
Singapura, Malaysia, Indonesia, China dan banyak lagi. Kuih ini juga boleh didapati di
kedai-kedai pastri dan kedai roti.
2.3 TOKOH-TOKOH BABA
17

2.3.1 TUN DATO SRI SIR TAN CHENG LOCK


Tun Dato Sir Tan Cheng Lock ialah seorang pemimpin
politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden
pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun
1949. Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan
pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan
kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu.
Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arenaarena politik dan ekonomi. Selain daripada menggunakan
perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga
mempergunakan memorandum dan petisyen dalam
pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan
yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Gambar 11: Tun Dato Sri Sir Tan
Cheng Lock
Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas
untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.
2.3..2 TAN SIEW SIN
Tun Tan Siew Sin (21 Mei 1916 - 18 Mac 1988)
ialah Presiden Ketiga MCA selepas Tun Tan Cheng
Lock, ayahnya, dan Lim Chong Eu. Beliau juga
merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia dari
tahun 1959-1974. Sebagai menghargai sumbangan
beliau kepada negara, setu jalan di Kuala Lumpur,
Jalan Tun Tan Siew Sin (sebelum ini dikenali
sebagai Jalan Silang) telah diabadikan sempena
nama beliau pada tahun 2003.
Gambar 12: Tan Siew Sin

18

BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Berdasarkan carta 1, kumpulan kami telah kumpul bersama-sama setelah dibahagi
kumpulan. Oleh sebab semua ahli kumpulan terdiri daripada kursus yang sama, kami
telah mengenali satu sama lain sebelum ini. Selepas itu, kami telah melantik seorang
ketua kumpulan dan diikuti dengan perbincangan tajuk projek.
Selepas memastikan tajuk projek, kami telah berbincang projek kita secara terperinci
seperti objektif projek dan persoalan kajian.
Setelah itu, kami mencari maklumat dari Internet yang berkaitan dengan budaya baba
nyonya. Pada masa yang sama, Abstrak dan Pengenalan telah disediakan berdasarkan isiisi penting yang telah dibincangkan. Selepas itu, borang soal selidik telah disediakan dan
jawapan daripada responden turut dianalisis. Setelah analis soal selidik dihasilkan, kami
pun menemu ramah orang yang berketurunan baba nyonya untuk mengukuhkan analisis
soal selidik kami.
Selepas 1 minggu, semua ahli berkumpul buat kali kedua untuk membincang dan
menyemak terhadap hasil kerja yang telah disiapkan.

19

Pengumpulan ahli kumpulan

Penemuan kumpulan dengan penyelia

Perbincangan pertama

Tajuk

Objektif

Pencarian
maklumat
dari internet

Persoalan
Kajian

Soal selidik

Analisis

Temu ramah

Perbincangan kedua

Gambar rajah 1: Proses penyiapan projek

20

3.2 Pencarian Makulamt Melalui Internet


Internet telah digunakan secara banyak dalam projek ini untuk mencari maklumat yang
berkaitan dengan topic projek. Dengan penggunaan internet, kami dapat memahami
dengan lebih mudah dengan imej dan video yang sedia ada.

3.3 Kaedah Soal-selidik


Kumpulan kami telah menyediakan 50 borang soal selidik untuk mendapat jawapan
daripada

pelajar tahun dua Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Universiti Sains Malaysia (USM). Borang soal selidik ini diedarkan secara online dan
terdapat 7 soalan yang perlu dijawab. Setelah mengumpul borang soal selidik tersebut,
analisis akan dibuat berdasarkan jawapan yang didapati daripada responden yang dipilih
tersebut. Proses penganalisis maklumat bermula dengan membahagikan responden
mengikut jawapan yang diberikan. Selepas itu analisis yang lebih mendalam terhadap
jawapan tersebut dibuat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kefahaman generasi kini
berkaitan dengan persoalan baba dan nyonya. Pembentukan graf dan penjadualan data
juga dibuat untuk memudahkan kajian tersebut.

3.4 Kaedah Temu Ramah


Kumpulan kami telah menemu rumah seorang mahasiswi, Fiona Ee Sue Yin yang
berketurunan baba untuk mendapatkan pandangan keturunan baba nyonya. Temu duga ini
dijalankan melalui panggilan telefon kerana Fiona sedang belajar di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dan merupakan kawan kepada Ung Shen Jie. Soalan yang
berkaitan dengan objektif projek telah disediakan bagi mengukuhkan analisis soal selidik.

21

BAB 4 : KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, kami akan melaporkan rumusan pendapatan hasil daripada kaedah
soal-selidik. Selain itu, segala penerangan daripada kajian akan diberikan secara ringkas,
jelas dan padat. Kesemua perbincangan dan penganalisis data adalah berdasarkan hasil
yang didapati daripada kajian selidik pada mahasiswa-mahasiswi tahun dua dari Pusat
Pengajian Elektrik dan Elektronik Universiti Sains Malaysia. Data-data tersebut
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graph supaya pembaca dapat memahami
maklumat tersebut dengan lebih lanjut.

22

Hasil Kajian Soal Selidik


1.

Jantina responden
Jawapan

Bilangan

Peratus%

Lelaki

34

68

Perempuan

16

32

Jumlah

50

100

Jadual 1: Analisis tentang jantina responden.

16
Perempuan

Lelaki
34

Gambar Rajah 2: Analisis tentang jantina responden.

Kajian soal selidik kami dijalankan dengan mengumpul respons daripada 50 orang
mahasiswa-mahasiswi tahun dua dari Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik Univesiti
Sains Malaysia.
Dominasi lelaki yang menjawab soal selidik ini berkaitan dengan faktor demografi di
kawasan soal selidik ini dijalankan iaitu di sekitar USM Kampus Kejuruteraan yang mana
kita tahu didominasi lelaki adalah lebih daripada perempuan.

23

2. Kaum responden
Jawapan

Bilangan

Peratus%

Melayu

10

20

Cina

37

74

India

Jumlah

50

100

Jadual 2: Analisis tentang kaum responden.

3
10

Cina
Melayu
India
37

Gambar Rajah 3: Analisis tentang kaum responden.

Responden kami terdiri daripada tiga bangsa iaitu sebanyak 20% (10 orang) Melayu,
74% (37 orang) Cina dan 6% (3 orang) India. Berdasarkan carta, kita dapat lihat bahawa
kaum Cina lebih banyak menjawab soal selidik ini. Dapat disimpulkan bahawa kaum
Baba dan Nyonya ini berkait rapat dengan kaum Cina.

24

3. Adakah anda keturunan baba/ nyonya?


Jawapan

Bilangan

Peratus%

Ya

Tidak

48

96

Jumlah

50

100

Jadual 3: Analisis tentang keturunan responden yang merupakan baba / nyonya

ya

tidak

48

Gambar Rajah 4: Analisis tentang keturunan responden yang merupakan baba /


nyonya.

Carta di atas menunjukkan bahawa sebanyak 4%(2 orang sahaja) daripada keseluruhan
merupakan baba atau nyonya manakala 96%(48 orang) responden bukan keturunan baba
atau nyonya. Hal ini mungkin kerana

25

4. Jika anda merupakan keturunan baba / nyonya, adakah anda mengikuti


cara hidup tradisional baba dan nyonya?
Jawapan

Bilangan

Peratus%

Ya (dari segi makanan)

50

Tiada

50

100

Jumlah

Jadual 4: Analisis responden yang mengikuti cara hidup tradisional baba nyonya

Ya (dari segi makanan)

Tiada

Gambar Rajah 5: Analisis responden yang mengikuti cara hidup tradisional baba
nyonya
Antara 50 responden yang terlibat dalam kajian soal selidik, hanya 4% (2 orang) yang
merupakan keturunan baba nyonya, manakala 96% (48 orang) yang lain bukan
berketurunan baba nyonya dan mereka tidak perlu jawab soalan ini kerana soalan ini
hanya ditujukan kepada responden yang berketurunan baba / nyonya. Antara 2 responden
yang berketurunan baba atau nyonya, hanya 50% (1 orang) yang mengikuti cara hidup
tradisional baba dan nyonya, manakala 50% (1 orang) lagi yang tidak mengikuti cara
hidup tradisional baba dan nyonya. Melalui keputusan ini, perkara ini menunjukkan
bahawa baba atau nyonya yang menetap di Malaysia telah menukar cara hidup agar

26

bersesuaian dengan budaya di Malaysia. Oleh itu, mereka tidak mengikuti cara hidup
tradisional baba dan nyonya.

27

5. Adakah anda tahu mengenai asal usul budaya baba nyonya?


Jawapan

Bilangan

Peratus%

Ya

15

30

Tiada

35

70

50

100

Jumlah

Jadual 5: Analisis responden yang mengenai asal usul budaya baba nyonya

Pengetahuan tentang asal usul

28%
Ya
Tidak
72%

Gambar Rajah 6: Analisis responden yang mengenai asal usul budaya baba nyonya

Untuk soal selidik ini, juga terdapat dua pilihan iaitu ya dan tidak. Soal selidik ini
menanyakan tentang pengetahuan responden mengenai asal-usul baba dan nyonya.
Majoriti responden sebanyak 35 orang bersamaan dengan 70% tidak tahu asal-usul Baba
dan Nyonya. Manakala 30% responden lagi mengetahui asal-usul baba nyonya..
Hal ini mungkin kerana kekurangan pendedahan informasi kebudayaan baba dan nyonya
kepada masyarakat yang mengakibatkan 70% responden yang tidak mengetahui asal usul
budaya baba dan nyonya.
28

6. Pada pendapat anda, apakah cara yang terbaik untuk memperkenalkan


budaya baba dan nyonya kepada masyarakat di Malaysia?
Jawapan

Bilangan

Peratus%

Filem

28

56

Kempen

Pendidikan

18

Media Massa

18

50

100

Jumlah

Jadual 6: Analisis responden yang berasa cara terbaik untuk memperkenalkan


budaya baba dan nyonya kepada masyarakat di Malaysia

Cara memperkenalkan Baba dan Nyonya

Filem

18%

Kempen
Pendidikan
18%

56%

Media Massa

8%

Gambar Rajah 7: Cara memperkenalkan Baba dan Nyonya pada masyarakat di Malaysia
Dalam soal selidik, kami telah meletakkan 4 opsyen sebagai penanda aras bagaimanakah
cara memperkenalkan Baba dan Nyonya kepada masyarakat Malaysia. Cara-cara utama
dalam perangkaan kami merupakan filem, kempen, pendidikan dan media massa.
Berbekalkan 50 orang responden pelbagai kaum, majoriti sebanyak 28 (56%) orang
responden telah menyatakan cara yang sesuai merupakan memperkenalkan melalui filem.
29

Hal ini dapat dilihat sebagai majoriti kerana lebih ramai anak muda suka menonton filem
daripada membaca sejarah.
Manakala, bagi media massa dan pendidikan pula, masing-masing dipilih oleh 9 orang
responden. Berdasarkan carta 5, responden yang memilih media massa sebagai cara lebih
terdedah dan bersosial dengan dunia luar melalui internet, tv dan sebagainya. Manakala
responden yang memilih pendidikan sebagai cara untuk memperkenalkan Baba dan
Nyonya kepada masyarakat Malaysia adalah lebih tertutup dengan dunia luar.
Hanya 4 orang responden memilih cara kempen. Hal ini kerana kempen merupakan salah
satu cara lapuk yang masih digunakan namun tidak begitu efektif bagi masyarakat
mileniumdi Malaysia ini.

30

7. Adakah anda berminat mendalami dalam kebudayaan baba nyonya?


Jawapan

Bilangan

Peratus%

Ya

39

78

Tiada

11

22

50

100

Jumlah

Jadual 7: Analisis responden yang berminat mendalami dalam kebudayaan baba


nyonya

Minat mendalami kebudayaan Baba Dan Nyonya

22%
Ya
Tidak

78%

Gambar Rajah 8: Minat mendalami kebudayaan Baba dan Nyonya


Berdasarkan soal selidik yang dibuat, gambar rajah 9 dianalisis memalui dua opsyen iaitu
ya atau tidak. Berdasarkan soal selidik, daripada 50 orang responden, seramai 39 orang
responden bersamaan 78% memilih bahawa mereka berminat untuk mendalami budaya
unik baba dan nyonya ini. Hal ini mungkin disebabkan keunikan baba dan nyonya yang
dapat menarik minat masyarakat.
Malangnya, budaya baba dan nyonya yang kian diluputkan zaman ini tidak diminati oleh
11 orang responden untuk didalami. Hal ini mungkin disebabkan pemikiran generasi
muda yang menggagap budaya baba dan nyonya ini kolot.
31

Hasil Kajian Temu Ramah


Soalan dan jawapan yang dijawab:

-------------------------------------------------------------------------------------------Apakah pendapat anda terhadap amalan baba nyonya?


Amalan Baba nyonya merupakan sesuatu yang unik di Malaysia yang jarang didapati di
negara lain. Sebagai keturunan baba, saya berasa bangga dan unik akan keturunan
sendiri.

Amalan baba nyonya kami ini unik kerana bercampuran amalan Cina dan

Melayu. Bahasa perantaraan kami ialah Bahasa Melayu Baba di mana kami akan
mencampurkan penggunaan bahasa Hokkien dan Bahasa Melayu dan seterusnya
melahirkan frasa yang baru
Adakah anda mengamalkan budaya peranakan lagi?
Amalan Baba Nyonya boleh diamalkan melalui promosi dan mempelajari kemahiran
memasak dan menjahit Baba Nyonya. Selain daripada itu, pantun dan joget haruslah
dipelajari.
Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk memperkenalkan budaya baba
dan nyonya kepada masyarakat?
Filem. Hal ini kerana remaja hari ini lebih berminat dalam menonton filem tetapi bukan
melawat muzium atau membaca. Selain itu, filem juga membawa impak yang lebih besar
kerana ia menarik dengan watak-watak dalam pakaian tradisional kami. Kaedah lain
bukanlah tak baik, tetapi kalau dibandingkan, kaedah filem ini mampu membawa kesan
yang lagi besar daripada kaedah lain

32

KESIMPULAN
Tuntasnya, berdasarkan hasil soal selidik dan temu ramah, kami mendapati
bahawa populasi keturunan baba dan nyonya adalah amat sikit. Di samping itu,
kebudayaan baba dan nyonya ini kurang diamalkan lagi oleh keturunan kaum baba
dan nyonya tetapi golongan ini masih mempunyai kefahaman terhadap asal usul
sendiri. Bagi masyarakat yang bukan keturunan baba dan nyonya, walaupun
kebanyakan daripada mereka tidak faham terhadap asal usul baba dan nyonya
tetapi masih berminat dalam mendalami kebudayaan baba dan nyonya. Selain itu,
cara yang

terbaik untuk memperkenalkan budaya baba dan nyonya kepada

masyarakat adalah secara filem kerana ia lebih menarik dan tidak membosankan.
Secara kesimpulannya, kami berjaya mencapai objektif-objektif yang telah
disenaraikan. Kami telah menggunakan kaedah soal selidik untuk menyempurnakan
kajian ini. Ekoran soal selidik dan temu ramah yang telah dijalankan, kami dapat
merumuskan pandangan dan tanggapan masyarakat kini terhadap suku kaum baba dan
nyonya.
Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia telah menjadikan negara kita kaya
dengan pelbagai budaya, pakaian, dan makanan mengikut kaum. Kepelbagaian ini telah
menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Namun, pengaruh budaya luar seperti
barat dan korea yang kini giat dipopularkan di media massa mula menghakis kebudayaan
tradisional kita. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab penuh
untuk mempertahankan keunikan kebudayaan di negara kita yang telah diwarisi sejak
turun temurun lagi.

33

7.0 RUJUKAN
1. Portal Rasmi Kerajaan Melaka (2010). Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya.
Diambil

pada 10 April 2014, dari

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395artikel/8718-keunikan-masyarakat-baba-dan-nyonya.html
2. Muhammad Asyrik Ismail (2010). Busana Tradisi: Busana Masyarakat Baba dan
Nyonya. Diambil pada 10 April 2014, dari
http://sayangmelaka.blogspot.com/2010/11/busana-tradisi-busana-masyarakatbaba.html
3. Ana Jingga (2012). Keunikan Kaum Baba dan Nyonya. Diambil pada 10 April
2014 dari http://anajingga.blogspot.com/2012/10/keunikan-kaum-babanyonya.html
4. Said Addin (2009). Budaya Baba dan Nyonya. Diambil pada 10 April 2014 dari
http://wwwtravelmate.blogspot.com/2009/10/pasangan-pengantin-baba-nyonyapasangan.html
5. Wikipedia: Ensiklopedia bebas (2013). Baba dan Nyonya. Diambil pada 10 April
2014 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya
6. Almaira Fannie Muetz (2012). Baba dan Nyonya Mohon Status Bumiputra.
Diambil pada 10 April 2013 dari
http://inspirasiremajamasakini.blogspot.com/2012/04/baba-dan-nyonya-mohonstatus-bumiputra.html
7. Silva (2011). Ayam Pongteh. Diambil pada 17 April 2014 dari
http://kolomkita.detik.com/baca/artikel/12/2633/ayam_pongteh
8. Rickwan (2008. Tokoh-tokoh Baba. Diambil pada 17 April 2014
http://babanyonyamelaka.blogspot.com/2008/11/tokoh-tokoh-baba.html
9. Shamsuri Hussin (2012) Makanan. Diambil pada 18 April 2014 dari
http://kenalimelaka.blogspot.com/p/makanan.html
34

10. Wikipedia: Ensiklopedia bebas (2014) Red tortoise cake. Diambil pada 18 April
2014 dari http://en.wikipedia.org/wiki/Red_tortoise_cake

11. Tan, Chee Beng. 1988. The Baba of Melaka. Petaling Jaya: Pelanduk
Publications. 1993. Chinese Peranakan Heritage in Malaysia and Singapore.
Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
12. West, Barbara A. (2009). Encyclopedia Of The Peoples Of Asia And Oceania.
Facts On File. p. 657. ISBN 0-8160-7109-8.

35

LAMPIRAN
Biografi Subjek

Nama

: Fiona Ee Sue Yin

No. Kad Pengenalan

: 930507-04-5162

Keturunan

: Baba-Cina

Bangsa

: Cina

Agama

: Buddhism

Keturunan ayah

: Baba

Keturunan ibu

: Hokkien

Alamat

: 818-A, Jalan Zamrud 5, Taman Kerjasama, Bukit


Beruang, 75450 Melaka.

Pekerjaan

: Mahasiswi

Kursus

: Bachelor of Physiotherapy With Honours/2, UKM

36

Dialog Temu Ramah


PEN= Penemuramah
PEN

FIONA= Fiona Ee Sue Yin

: Hi Fiona! Apakah pendapat anda terhadap amalan baba nyonya?

FIONA: Pada pendapat saya, amalan Baba nyonya merupakan sesuatu yang unik di
Malaysia yang jarang didapati di negara lain. Sebagai keturunan baba, saya berasa
bangga dan unik akan keturunan sendiri. Amalan baba nyonya kami ini unik
kerana bercampuran amalan Cina dan Melayu. Bahasa perantaraan kami ialah
Bahasa Melayu Baba di mana kami akan mencampurkan penggunaan bahasa
Hokkien dan Bahasa Melayu dan seterusnya melahirkan frasa yang baru
PEN: Fiona, saya mendapati budaya baba nyonya ini memang unik seperti pakaian dan
masakan. Adakah anda masih mengamalkan budaya ini?
FIONA: Amalan Baba Nyonya sangat tegas dan konservatif di mana perempuan mesti
tahu teknik menjahit dan memasak. Lazimnya, kami menjahit kasut manik dan
memasak masakan baba nyonya seperti Pongteh, Masak Asam Buah Keluak dan
lain-lain. Walau bagaimanapun, saya sudah banyak kurang mengamalkan budaya
ini kerana kerja seperti menjahit kasut manik mengambil masa dan susah sangat,
apa lagi beban pelajaran yang berat. Bagi makanan tradisional, dapat lagi makan
kadang-kala di Melaka.
PEN: Oh, sayangnya kalau budaya ini tidak diamalkan lagi kelak. Sebenarnya, saya juga
ingin tahu apakah kepercayaan baba dan nyonya?

37

FIONA: Baba dan nyonya mempercayai Taoisme dan Buddha. Dalam majlis
perkahwinan, kami akan berpantun dan berjoget sambil menari dengan lelaki.
Tetapi, saya rasa amalan Baba Nyonya sedang mengalami kepupusan disebabkan
budaya Barat dan Cina semakin menonjol.
PEN: Adakah anda masih mengamalkan kebudayaan baba dan nyonya pada era moden
ini?
FIONA: Ya, saya masih mengamalkan kebudayaan peranakan.
PEN

: Bagaimana anda mengamalkan budaya peranakan?

FIONA: Saya mengamalkan dengan mempelajari kemahiran memasak dan menjahit baba
dan nyonya. Selain daripada itu, pantun dan joget haruslah dipelajari. Di samping
itu, kami juga boleh menghargai amalan baba nyonya dengan mengantungkan
gambar nenek moyang di atas dinding dan taat kepada orang-orang tua kami.
PEN: Budaya baba dan nyonya ini kian hilang hari ini, pada pendapat anda,
bagaimanakah memperkenalkan budaya peranakan ini kepada masyarakat ?
FIONA: Pada pendapat saya, filem merupakan kaedah yang efektif untuk
mempromosikan budaya baba dan nyonya. Hal ini kerana remaja hari ini lebih
berminat dalam menonton filem tetapi bukan melawat muzium atau membaca.
Selain itu, filem juga membawa impak yang lebih besar kerana ia menarik dengan
watak-watak dalam pakaian tradisional kami. Kaedah lain bukanlah tak baik,
tetapi kalau dibandingkan, kaedah filem ini mampu membawa kesan yang lagi
besar daripada kaedah lain.
PEN: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temu duga ini.

38

FIONA: Sama-sama.

39

You might also like