You are on page 1of 2

Sejarah Baba dan Nyonya

Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999), Baba adalah keturunan Cina yang menetap di Melaka sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah dan mengamalkan kebudayaan Melayu termasuk pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya Menurut Zalifah Abdullah dalam catatan beliau, Budaya Berbilang Kaum (2006:24), masyarakat Baba wujud sejak kurun ke-15. Pada kurun ini kepulauan Melayu sedang mengeratkan perhubungan dengan negara-negara yang lain terutamanya dari cina. Hubungan diplomatik yang terjalin merupakan faktor wujudnya kaum lain datang ke tanah Melayu

Menyingkap kembali sejarah masyarakat baba dan nyonya dikatakan berlaku apabila imigran dari benua asal mereka iaitu cina berhijrah ke tanah melayu apabila tanah melayu dijajah pada masa itu. Terdapat pelbagai faktor penolak dan penarik yang berlaku antaranya penghijrahan yang awal berlaku semasa puteri kerajaan cina iaitu puteri Hang Li po berkahwin dengan sultan Mansor Shah iaitu sultan kerajaan negeri melaka pada masa itu adalah untuk menjalinkan hubungan diplomatik anatara negeri. Puteri Hang Li po diiringi Laksamana Cheng Ho serta 500 pengikut yang telah menetap secara kekal di melaka. Penghijrahan mereka adalah penghijrahan terawal di tanah melayu pada masa itu. Kesan daripada peristiwa ini dikatakan telah menghasilkan etnik atau kelompok baru iaitu kewujudan masyarakat peranakan di antara melayu dan cina atau dikenali dengan baba nyonya iaitu hasil perkahwinan campur antara kedua-dua etnik. Pengikut puteri Hang Lipo kebanyakan tinggal di Bukit Cina di melaka telah mewujudkan perkahwinan campur dengan orang Melayu.

Masyarakat peranakan baba nyonya merupakan masyarakat yang unik dalam kalangan kaum cina, kebanyakan masyakat ini tinggal di negeri-negeri selat dan tanah melayu terutamnya di negeri melaka. Selain itu, mereka adalah kaum minoriti yang dikatakan dan dipercayai berasal daripada wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke melaka 600 tahun dulu ketika melaka terkenal sebagai pusat dagngan yang popular. Pedagang yang berasal dari china ini berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan. Setelah pulau pinang dan singapura dikembangkan serta dimajukan ramai golongan peranakan telah berhijrah ke negeri tersebut.

Sebahagian daripada mereka enggan mengaku mereka adalah orang cina sebaliknya mendakwa mereka rakyat british dan amat berbangga dengan kedudukan yang mereka miliki sekarang. Masyarakat ini memanggil diri mereka "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina yang mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Terdapat pelbagai penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka pada zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan melayu.

Melalui penyesuaian cara hidup dan resapan pengaruh sosiobudaya persekita ran, terlalu banyak perkahwinan campur yang berlaku. Misalnya kebanyakan orang cina datang bertutur dalam loghat Hokkien , namun setelah sekian lama menetap di Tanah Melayu maka kebanyakan mereka dapat bertutur dalam loghat Melayu yang berbeza daripada masyarakat Melayu tetapi dapat difahami oleh kaum Melayu.

Menurut Zalifah Abdullah (2006:22), seperti masyarakat Cina, masyarakat Baba dalam sistem keluarga lebih menitikberatkan pihak lelaki atau nasb bapa. Bagi masyarakat baba pula anak lelaki mahupun anak perempuan tetap akan diberikan hak mewarisi harta ibu bapa mereka ,anak lelaki akan mewarisi harta pusaka keluarganya, sementara anak perempuan akan mewarisi harta dalam bentuk barangan kemas dan wang tunai bagi menyara keluargannya.

You might also like