You are on page 1of 15

Baba dan Nyonya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan
kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia),
khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka
adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat
berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang
baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina
masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan"
keranakebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur
pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosiobudaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di
antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya
memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama
tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang
amat popular di kalangan remaja.[perlu rujukan]

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah
2 Budaya
2.1 Pakaian
2.2 Agama
2.3 Masakan
2.4 Perkahwinan
2.5 Muzium
2.6 Hubungan politik
3 Tokoh-tokoh Baba
4 Lihat juga

5 Rujukan
6 Pautan luar

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacaraupacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta
unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu,
upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat
meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas
pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan
disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.[2]
Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi
penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam.
Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa
pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina
Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina
telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda
penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di
Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan
mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka,
tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya
pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan
adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan
lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang
mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim.
Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah
menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan
Cina.
Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik
dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun
Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga
penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan
Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.
Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris,

akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan


tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah
menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan
dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan
mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan
menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali
sebagai Kings Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota
British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan
Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan
British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara
Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.

Budaya[sunting | sunting sumber]


Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu
adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga
adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih
menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya
tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal
daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.
Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau
Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara
mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum
Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek
Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan
mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah
menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan
sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan)
yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana
yang dipakai oleh orang-orang Melayu.
Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan
mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah
daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek

kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka
masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian
kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang
dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba
masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak
dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat
perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai
pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina
tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina
berbanding dengan Melayu.

Pakaian[sunting | sunting sumber]


Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri
daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.
Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan
kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi
halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang
diperlukan untuk menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lamakelamaan banyak diperoleh dari Jepun.
Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah
dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai
1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan
ditambah tumit.
Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya 'kebaya
encim', serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina.

Agama[sunting | sunting sumber]


Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina,
menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan
adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British,
Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.[3]

Masakan[sunting | sunting sumber]

Ayam buah keluak.

Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan "Nyonya" yang menggunakan


rempah masakan Melayu. Contohnya ayam kapitan, sejenis kari ayam
kering; inci kabin, iaitu ayam gorengcara Nyonya; dan pindang bandeng, kuah
ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]


Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan
atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau
Sumatera.[4] Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran
budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.[5][6]
Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba
lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada
kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau
menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.
Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama
darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan
matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.[7]
Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat,
yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa
pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam,
sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina,
tetapi ada yang memeluk agama Kristian.
Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina
merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia
dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang
sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di

jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara


sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang
memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak
berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramairamai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian
menyerikan lagi persembahan.

Dulang teh tembikar berenamel warna-warni yang dihiasi "burung cenderawasih" gaya Peranakan.

Muzium[sunting | sunting sumber]


Bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di
pusat-pusat kebudayaan seperti Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang
dan Muzium Peranakan (Singapura). Di tempat-tempat sedemikian, anda boleh
mencari muzium yang mempamerkan perabot, makanan, dan pakaian tradisi
Baba and Nyonya. Juga terdapat kedai-kedai makan "Nyonya" di Singapura,
Pulau Pinang, Melaka, Jakarta, Semarang, Surabaya, dan juga di Barat.
Pertunjukan seni Peranakan mingguan juga diadakan di pasar malam Jonker
Street.

Hubungan politik[sunting | sunting sumber]


Pada zaman pendudukan kuasa Barat, kaum Baba Nyonya lebih berada
berbanding pendatang China yang baru. Kekayaan dan jalinan erat keluarga
membolehkan suku Peranakan membentuk sebuah golongan atasan berbangsa
Cina yang amat setia kepada kuasa British atau Belanda,[8] sehingga sukar
menerima kemerdekaan Malaysia dan Indonesia.[9]
Menjelang pertengahan abad ke-20, kebanyakan suku Peranakan menerima
pendidikan Inggeris atau Belanda, kesan penjajahan kepulauan Melayu oleh
kuasa-kuasa Barat. Suku Peranakan sanggup memeluk kebudayaan dan
pendidikan Inggeris sebagai cara memajukan diri mereka dari segi ekonomi.
Oleh itu, jawatan-jawatan pentadbiran dan perkhidmatan awam selalu diisi oleh

orang Cina Peranakan terkemuka. Ramai orang Baba dan Nyonya memeluk
agama Kristian kerana menganggap agama itu lebih berprestij dan amat rapat
dengan kebudayaan sekutu mereka yang berbangsa British dan
Belanda. [10] Justeru, masyarakat Peranakan menjadi amat berpengaruh di
Melaka dan Singapura, sehingga diberi gelaran King's Chinese kerana
kesetiaan mereka kepada pihak British. Hasil dari perhubungan mereka dengan
pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan orang Peranakan fasih berbahasa
Cina, Melayu dan Inggeris. Antara kerjaya-kerjaya yang banyak diceburi
mereka termasuk saudagar, pedagang, dan orang tengah yang menguruskan
perhubungan antara China, Tanah Melayu dan kuasa-kuasa Barat yang amat
dihargai oleh British dan Belanda.
Separuh awal abad ke-20 menyaksikan perubahan penting dalam sejarah yang
mana sebilangan kaum Peranakan makin cenderung untuk menyokong
kemerdekaan Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, tiga komuniti Cina
bergabung dan bergiat dalam politik.
Orang Cina Peranakan juga menyertai peloporan akhbar Indonesia. Mereka
menerbitkan impian politik mereka di samping sumbangan dari penulis
tempatan yang lain dalam syarikat penerbitan mereka. Pada bulan November
1928, akhbar mingguan berbahasa Cina iaitu Sin Po ( ) menjadi akhbar
pertama yang menerbitkan lirik lagu kebangsaan Indonesia Raya. Kadang-kala,
sesiapa yang terlibat dalam kegiatan sedemikian menghadapi ancaman
dipenjara atau dihukum mati kerana pihak berkuasa penjajah Belanda
mengharamkan penerbitan dan kegiatan nasionalis.
Kaum Cina di Indonesia berkobar-kobar memberikan sokongan kepada gerakan
kemerdekaan ketika pendudukan Jepun pada awal 1940-an, apabila semua
persatuan Cina diharamkan oleh pihak Jepun. Antara mereka yang terlibat
termasuk Siauw Giok Tjhan dan Liem Koen Hian, dan Yap Tjwan Bing, seorang
ahli Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia, yang menjadi warga Amerika
Syarikat pada 1960-an.

Pakaian pengantin bagi Baba dan Nyonya

Masyarakat Baba Nyonya atau dikenali juga sebagai masyarakat cina peranakan telah wujud
di Melaka sejad abad kelima belas lagi. Golongan ini wujud hasil daripada perkahwinan orangorang dari negeri China yang datang untuk berdagang dengan orang Melayu tempatan. Kebanyakan

keturunan Baba Nyonya dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina
yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain.
Walaubagaimanapun, arus moden pada masa kini telah meninggalkan sedikit demi sedikit budaya
tradisional masyarakat ini tetapi terdapat juga budaya yang masih diamalkan. Adat perkahwinan
Baba dan Nyonya merupakan adat perkahwinan yang paling unik di Malaysia kerana terdapat
unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu mempengaruhi adat perkahwinan ini.

Pada masa dahulu, perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat penting bagi masyarakat
Baba dan Nyonya. Seseorang anak perempuan yang berumur lapan tahun biasanya telah mahir
memasak , membuat sulaman , pertukangan tangan dan menjahit. Apabila sudah mencapai tahap
yang memuaskan, ibu bapanya akan menyebarkan berita bahawa mereka sedang mencari bakal
menantu.Kebiasaannya, orang tengah akan ditugaskan untuk mencari sebuah keluarga lain yang
juga sedang mencari pasangan hidup untuk anak lelaki mereka. Pada peringkat pertama, adat
merisik akan dilakukan. Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan untuk
mengetahui sama ada gadis yang hendak dipinang itu mempunyai budi pekerti yang baik, bersopansantun dan pandai menguruskan rumahtangga. Jika keluarga pihak lelaki berkenan dengan calon
tersebut, satu rombongan meminang akan dihantar. Peminangan ini diketuai oleh Mueynang.

Dalam proses peminangan ini, kedua belah pihak akan berunding sesama mereka. Mereka akan
berbincang mengenai identiti kedua-dua pengantin tersebut. Kebiasaannya, pertolongan seorang
tukang tilik diperlukan. Butir-butir penting seperti tarikh lahir, masa lahir, dan tahun mengikut
kalendar cina bagi kedua pengantin diambil kira. Misalnya, sekiranya pengantin lelaki dilahirkan
pada Tahun Anjing manakala pengantin perempuan pula dalam Tahun Kambing, maka kedua pihak
akan berpendapat bahawa pasangan tidak secocok. Walaubagaimanapun, kepercayaan ini tidak lagi
diamalkan. Pada masa kini, asalkan bakal menantu adalah pilihan anak mereka maka perkahwinan
tersebut akan terus dipersetujui.

Apabila peminangan diterima, pihak perempuan akan meminta tempoh sebulan untuk
menguji sama ada perkahwinan ini akan berkekalan atau tidak. Sepanjang tempoh ini, pinggan
mangkuk,periuk belanga serta perkakas-perkakas kaca tidak boleh pecah atau jatuh. Jika ini

berlaku, maka ditakrifkan perkahwinan tersebut tidak akan berkekalan.Sekiranya pada peringkat
tersebut tiada apa-apa yang berlaku peringkat seterusnya akan diteruskan iaitu majlis naik belanja
atau hari tukar cincin. Pada majilis ini pihak lelaki akan menyediakan separuh daripada jumlah
wang hantaran manakala separuh lagi akan diserahkan pada hari perkahwinan. Semasa majlis naik
belanja ini, pihak lelaki akan menghantar dua pasang lilin, empat botol arak, daging babi panggang
beserta buah-buahan seperti limau dan epal. Mueynang akan ditugaskan untuk menghantar
barangan ini ke rumah pihak perempuan. Pihak perempuan akan mengambil separuh sahaja buahbuahan yang dihantar dan sepasang lilin. Sebagai balasan, pihak perempuan akan memberi dua
botol air sirap dan gula-gula kepada pihak lelaki. Ini sebagai tanda mereka amat gembira dan
sukacita atas pemberian tersebut. Seterusnya, pertukaran cincin pun dilakukan.
Langkah seterusnya, wakil pihak pengantin lelaki akan menghantar sekeping kertas merah
bertulisan Cina membawa maksud di mana, waktu dan tempat majlis perkahwinan ini hendak
dilangsungkan yang disertakan dengan sepasang lilin. Pihak pengantin lelaki diwakili oleh lilin
bergambar naga dan lilin bergambar burung merak mewakili pihak perempuan. Sebelum majlis
perkahwinan diadakan, kedua-dua pengantin mesti menjalankan upacara cohtau di rumah masingmasing. Pengantin lelaki akan duduk di atas gantang beras (dibalut kertas merah) yang diletakkan di
atas nyiru. Rambutnya disisir oleh seorang budak lelaki. Sementera itu, rambut pengantin
perempuan disisir oleh seorang wanita biasanya sanak saudaranya sendiri.

Object 1

video perkahwinan Baba dan Nyonya di Melaka

Kedua-dua pengantin dikehendaki berpakaian serba putih. Mereka akan diberitahu bahawa
mereka akan memasuki alam perkahwinan dan haruslah menjalankan tanggungjawab masingmasing sebaik mungkin.
Persediaan untuk majlis perkahwinan dijalankan terutamanya di rumah pihak pengantin lelaki.
Rumah dihiasi dengan indah dan beraneka jenis buah-buahan serta bunga diletakkan di meja
sembahyang. Seorang wanita berpengalaman dari ahli keluarga pihak lelaki akan ditugaskan untuk
menyiapkan berbagai upacara di bilik pengantin seminggu sebelum majlis perkahwinan. Antara
upacara tersebut iaiah menaburkan bunga rampai ditengah tilam baru, memasang langsir dan
menyusun bantal-bantal yang baru. Manakala di empat penjuru kati diletakkan angpau dan
perkakas baru didalam bilik tersebut juga diletakkan angpau. Sepasang lampu minyak tanah
dipasang dan perlu dipastikan lampu tersebut tidak dipadam sehingga 12 hari selepas perkahwinan.
Bilik ini sentiasa dikunci dan hanya dibuka untuk memastikan lampu tersebut tidak terpadam.

katil pengantin bagi Baba dan Nyonya

Pada hari perkahwinan, pengantin akan menaiki kereta sambil diiringi oleh pengapit ke rumah
pengantin perempuan.Tibanya di rumah pengantin perempuan, pintu kereta akan dibuka oleh
pemuda,biasanya adik lelaki pengantin perempuan. Dia akan diberi angpau oleh pengantin
lelaki.Selain jamuan ringan, kedua pengantin akan bersembahyang dah dianggap sebagai suami
isteri oleh ibu bapa pihak perempuan.

Selepas itu, mereka akan pergi ke rumah pengantin lelaki. Acara di rumah pengantin lelaki
diadakan secara besar-besaran. Ia dikenali sebagai upacara sembahyang samkai. Adatnya pula
dikenali sebagai Perkahwinan Tambo Seroni kerana tiupan serunai dapat didengari sepanjang
majlis perkahwinan tersebut. Di rumah pengantin lelaki juga mereka akan bersembahnyang. Selesai
sembahyang, kedua-dua pengantin memohon maaf serta meminta halalkan segala makan minum
mereka daripada kedua belah ibu bapa mereka.
Selepas itu disusuli pula oleh adat sojah . Dalam adat ini,kedua pengantin akan menjamu teh
kepada setiap ahli keluarga yang lebih tua daripada mereka. Jika mengikut tradisi, kedua-dua
pengantin terpaksa melutut ketika memberi secawan teh kepada orang yang disojah. Pengantin
lelaki akan dibanti oleh pak-chi-nek sementara pengantin perempuan pula oleh sang-ke-um .
tugas mereka adalah membantu kedua-dua pengantin ketika melutut dan membangun. Ini adalah
kerana setiap kali mereka melutut,pakaian haruslah sentiasa kemas dan rapi. Walau bagaimanapun
pada masa ini, kedua-dua pengantin tidak lagi dipaksa melutut ketiak adat sojah. Mereka
dibenarkan berdiri ketika melakukanya. Biasanya orang-orang yang disojah memberi angpau
kepada mereka. Ada juga yang memberi barang kemas seperti rantai atau cincin.
Pada keesokan harinya, pengantin perempuan akan menuang teh kepada kedua-dua menantunya sebagai
satu tanda bahawa dia sekarang adalah salah satu ahli keluarga tersebut dan akan mematuhi semua
peraturan yang ditetapkan oleh keluarga itu. Seterusnya, adat 12 hari akan diadakan 12 hari selepas
perkahwinan. Kedua-dua pengantin akan ke rumah pengantin perempuan untuk mengucapkan terima kasih
kepada ibu bapa pihak perempuan kerana merestui perkahwinan mereka. Satu jamuan diadakan di rumah
pengantin perempuan. Pengantin akan dijamu dengan nasi lemak bersama-sama 12 jenis sambal. Pengantin
lelaki berjanji kepada mentuanya bahawa dia akan menjaga isterinya dengan baik. Pengantin lelaki akan
memberi angpau kepada mentuanya sebagai tanda bahawa anak perempuan mereka kini adalah hak

miliknya. Sebagai balasan, ibu bapa pengantin perempuan akan memberi 2 ekor ayam yang berbulu merah
( seekor ayam jantan dan seekor ayam betina) , 2 batang tebu dan 2 batang lilin untuk dibawa pulang
bersama-sama. Kesemua barang ini akan dibalut dengan kertas merah. Warna merah memainkan peranan
yang penting kerana dipercayai membawa tuah, kebahagian dan keharmonian.

bakul Siah yang digunakan untuk mengisi barangan (makanan) kepada pengantin.

Kedua-dua ekor ayam tadi dibawa balik oleh pihak pengantin lelaki dan dilepaskan di bawah
katil pengantin. Kononnya, jika ayam jantan yang keluar dahulu dari bawha katil tersebut, maka
anak lelaki akan diperolehi dan begitulah sebaliknya. Kedua-dua ekor ayam tersebut tidak boleh
disembelih atau dijual. Ianya hendaklah dipelihara selagi ada hayatnya. Jika semakin banyak ayam
tersebut membiak,maka semakin ramai anak yang akan diperolehi. Ayam tersebut dipercayai
membawa kemakmuran dah kebahagian kepada keturunan dan kedua-dua pengantin tersebut.
Kesimpulannya, kita dapat lihat adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini memakan masa yang
agak panjang dan penuh dengan adat istiadat. Walaubagaimanapun, zaman sekarang kaum Baba dan
Nyonya banyak meringkaskan adat perkahwinan mereka tetapi masih ada yang masih
mengamalkannya kerana mereka tidak mahu adat ini pupus ditelan dek zaman. Keunikan adat Baba
dan Nyonya ini sangat menarik kerana gabungan bagi adat yang terdapat pada kaum Melayu dan

juga kaum Cina.Apa yang harus kita pegang ialah biarpun adat yang berlainan kita haruslah saling
menyokong dan menghormati antara satu sama lain

Masyarakat Cina Peranakan

Orang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat iaitu
negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli wanitanya dipanggil nyonya dan ahli lelaki
dipanggil Baba. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan
mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat
lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu.
Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran
setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara
berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari
pertama dan hari kedua belas sahaja.

Pengantin Lelaki Kaum Baba dan Nyonya Melaka


Adat Perkahwinan Baba Nyonya
Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia
bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu.
Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik
dan ganjil.
Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di
dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik.
Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan
ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka.
Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan melawat dari
satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di
hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan
ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.
Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek
dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul
Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih
'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain
merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.

Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman
berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian
daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan
wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang
Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah
hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk
datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka
membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan
bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.
Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini
akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam
berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna
biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara
keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik,
khinzir, cincin berlian dan lain-lain.
CHIA

LANG

KHEH

Chia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan. Sepanjang
malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir.
Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan
mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala
pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam
penghantaran kad jemputan perkahwinan.
CHIU

THAU

Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan.
Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga,
bumi dan manusia.
Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun
kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.
CHIM

PANG

Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di
dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin
lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di kerusi
yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.
CHOON

TOK

Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri.
Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada
ahli keluarga dan juga tuhan mereka.
CHIAN

SIA

Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada
hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada
kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang
Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan.
DUA

BELAS

HARI

Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat
dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu
ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi
Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah
sirih.
CHIAN

CHING

KAY,

CHE

UMM

Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan.
Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak.
Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau
bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi
mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan
tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.
Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya merumitkan, namun adat ini jugalah
yang memperlihatkan betapa istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat
Malaysia. Sekalipun ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun
jika di teliti seakan-akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan
Nyonya ini ialah sesuatu yang menarik dan unik.

You might also like