You are on page 1of 2

ADAT MASYARAKAT CINA DALAM PERADABAN MELAYU

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum kedua yang terbesar di negara ini. Malaysia dan China telah
mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad. Hubungan Cina dan Melayu telah
wujud sejak zaman Dinasti Han dan hubungan paling gemilang ialah antara Kesultanan Melayu
Melaka dan Dinasti Ming abad ke-15. Kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu secara beramai-ramai
berlaku pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang turut menjadi salah satu faktor
terbesar berlaku penyerapan budaya dan Bahasa ke dalam peradaban Melayu hingga kini.

1) Ketika perayaan

- Pemberian angpau Ketika perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri


- Dalam masyarakat cina, pemberian angpau hendaklah dilakukan oleh orang yang telah
berkahwin kepada orang bujang
- Namun dalam budaya masyarakat Melayu, pemberian angpau adalah daripada orang
dewasa (tidak mengira yg sudah berkahwin ataupon belum) kepada kanak-kanak ataupon
remaja yang masih bersekolah
- Permainan bunga api dan mercun ketika Hari Raya Aidilfitri juga diambil daripada salah satu
aktiviti Ketika sambutan perayaan kaum cina.

KEMUNCULAN BABA NYONYA DAN CINA PERANAKAN

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan
kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang terdapat di Semenanjung
Tanah Melayu, tertumpu di Negeri-negeri Selat, khususnya di negeri Melaka, Pulau Pinang di
Malaysia dan Republik Singapura.

1. Pakaian
Golongan Nyonya amat sinonim dengan pemakaian baju kebaya dengan kain sarung. Selain
itu, Baba dan Nyonya juga turut memakai pakaian kaum Cina. Kaum Nyonya juga
mempunyai kasut yang agak unik seperti kasut manik. 

2. Tarian
Pada hari tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya
akan mempersembahkan tarian seperti Tarian Singa, Fu Kien Opera dan Dondang Sayang
Baba Nyonya
3. Makanan
- Masyarakat Baba Nyonya amat terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas dan kuih
tradisional di mana resepinya ada persamaan dengan masakan masyarakat Melayu
- Contohnya seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan tapai pulut.
- Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah masakan campuran masyarakat Cina dan
Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba.

- Masakan Nyonya pula lebih kepada daging dan sayur-sayuran.

- Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba
penggunaan cili yang banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan
antara masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam kunyit cili, masak lemak
dan ayam kunyit cili.

- Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan
belacan, bauh keras, asam lengkuas dan serai.

- Antara masakan Nyonya yang masih mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging
itik dimasak dengan sayur asin)

- kuih cang Abu pula merupakan masakan istimewa bagi masyarakat Baba.

You might also like