You are on page 1of 2

INDAHNYA BUDAYA KITA

Keluarga Malaysia merupakan sebuah keluarga yang berbilang kaum, agama,


bangsa, budaya dan adat yang hidup bersatu padu dan harmoni tanpa mengira status
latar belakang sesebuah kaum.

Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional yang terdiri daripada


pelbagai kaum antaranya adalah seperti makanan kaum etnik baba nyonya. Makanan ini
berasal daripada kaum Cina yang merupakan legasi turun temurun nenek moyang
mereka. Kebiasaannya kaum baba nyonya ini lebih menggemari masakan pedas kaum
Melayu. Makanan ini dimasak pada hari tertentu seperti Tahun Baru Cina, Hari Lahir dan
Majlis Perkahwinan.

Antara makanan tradisional kaum baba nyonya ialah kari, sambal, pang-teh, itik
timitik yang disaluti sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu itik yang disaluti dengan
rempah terdapat juga acar baba nyonya dan nasi lemak. Selain itu, terdapat juga nasi
kunyit dan mee atau lebih dikenali sebagai 'mee sua tau' iaitu mee yang dibuat khas
bertujuan untuk memenuhi hajat dipanjangkan umur.

Disamping itu, etnik baba nyonya juga mempunyai kuih tradisional seperti kuih bakul
atau tih kuey dan kuey-ku. Kuih-kuih ini berbentuk seperti kura-kura dan warna yang
terdapat pada kuih tersebut ialah seperti warna merah, biru dan hitam. Kuih bakul
merupakan kuih warisan bagi masyarakat Cina.Dalam masa yang sama, kaum ini juga
meminati kuih tradisional masyarakat Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan
sebagainya.

Dalam waktu yang sama, kaum ni mempunyai kuih angku atau dikenali kuih red
tortoise cake dalam bahasa Inggeris. Kuih ini juga berbentuk seperti kura-kura.
Kebanyakan kuih kaum baba nyonya ini berbentuk seperti kura-kura. Menurut
kepercayaan kaum Cina kura-kura melambangkan umur panjang kerana kura-kura
mempunyai umur yang panjang juga membawa nasib dan makna yang baik. Kuih ini
selalunya terdapat pada Tahun Baru Cina dan upacara penyembahan dewa. Mereka
juga meyediakan kuih ini pada hari-hari penting seperti kelahiran bayi atau hari warga
emas kerana kuih ini melambangkan bahagia dan kekayaan warga emas atau bayi yang
baru lahir.

Natijahnya, terdapat perlbagai jenis makanan tradisional mengikut kaum dan adat yang
terdapat di Malaysia. Oleh yang demikian, kita hendaklah menghormati kepercayaan
sesebuah kaum mengikut adat resam masing-masing. Bak kata peribahasa kecil jangan
disangka anak, besar jangan disangka bapa yang membawa maksud pengetahuan itu
bukan sahaja pada orang dewasa tetapi orang muda juga mempunyai pengetahuan
kerana ianya merupakan makanan turun termurun.

You might also like