You are on page 1of 4

Kepelbagaian Makanan di Malaysia

Makanan tradisional merupakan salah satu tarikan yang terdapat di negara kita.

Terdapat pelbagai jenis makanan tradisional mengikut kaum dan bangsa di Malaysia

kerana masyarakatnya yang kaya dengan adat dan budaya yang tersendiri. Antara

makanan yang mewakili setiap kaum yang besar iaitu Melayu, Cina dan India di

Malaysia ialah nasi lemak, char kway teow tiau dan tosai. Makanan tradisional yang

menjadi khazanah setiap bangsa secara turun temurun mestilah dipelihara

keasliannya agar tidak dilupakan oleh generasi yang akan datang.

Hidangan yang menjadi identiti bagi masyarakat Melayu ialah nasi lemak. Nasi

lemak merupakan makanan yang sering dijadikan menu untuk sarapan. Ianya juga

mudah didapati di gerai-gerai makanan kerana permintaannya yang agak

menggalakkan daripada masyarakat. Nasi lemak dimasak menggunakan santan

bagi menambah rasa lemaknya. Daun pandan juga akan dimasukkan supaya dapat

menambahkan aroma semasa nasi dimasak. Hidangan sampngan seperti telur,

timun, ikan bilis, kacang goreng dan sambal juga turut disertakan bersama nasi dan

akhirnya akan dibungkus menggunakan daun pisang. Kini, nasi lemak juga boleh

dimakan bersama ayam, daging, sotong dan udang. Hidangan ini merupakan

makanan utama yang akan diperkenalkan kepada para pelancong kerana ianya

merupakan makanan ruji yang menjadi kegemaran semua rakyat di Malaysia tanpa

mengira kaum dan bangsa.

Selain itu, hidangan bagi masyarakat berbangsa Cina pula yang agak popular di

Malaysia ialah char kway teow. Hidangan ini pada mulanya merupakan hidangan

yang popular dalam kalangan buruh kerana sumbernya yang mengandungi nutrien

yang tinggi serta membekalkan tenaga kepada mereka untuk melaksanakan kerja-
kerja yang berat. Masakan ini selalunya dijual oleh para nelayan, petani dan

pemungut kerang yang akan menjual masakan ini pada waktu petang bagi

menambahkan pendapatan mereka. Hidangan ini dimasak dengan menggunakan

kuey teow yang digoreng di atas api yang panas dengan memasukkan kicap, sos,

cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai cina. Bahan-bahan lain seperti sosej dan

kek ikan juga boleh ditambah mengikut cita rasa masing-masing. Makanan ini juga

turut menjadi hidangan yang digemari oleh semua kaum di Malaysia. Kini, hidangan

ini juga boleh didapati di semua gerai makanan kerana rasanya yang menepati

selera dan citarasa seluruh masyarakat yang pelbagai bangsa dan kaum di negara

kita.

Seterusnya, hidangan bagi masyarakat India pula ialah Tosai. Tosai merupakan

makanan tradisi kaum India dan menjadi makanan ruji bagi sesetengah penduduk

sana. Tosai merupakan sejenis hidangan yang seakan akan lempeng dari India yang

dibuat dengan menggunakan adunan yang telah ditapai beberapa lama. Hidangan

ini biasanya disajikan bersama pelbagai jenis kuah iaitu kuah dal, kari ikan, kari

ayam dan cutni iaitu kelapa yang telah dikisar bersama rempah ratus dan cili.

Hidangan ini boleh dijadikan sebagai sarapan atau sebagai santapan untuk makan

malam kerana tosai dikategorikan dalam jenis makanan ringan yang boleh dinikmati

tanpa mengira waktu. Makanan masyarakat India yang kebanyakannya berasaskan

gandum seperti capati, roti canai dan naan sering mendapat permintaan daripada

masyarakat kerana hidangan tersebut tidak begitu berat dan boleh dinikmati oleh

semua kaum tanpa mengira umur. Makanan ini juga amat popular kerana

penyediaannya yang hanya mengambil masa yang singkat dan dapat dinikmati

sebelum ke sekolah atau ke tempat kerja.


Kesimpulannya, makanan merupakan salah satu daya tarikan yang dapat

meningkatkan ekonomi negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana para

pelancong yang datang ke negara kita akan makan hidangan utama di negara kita

dan sekiranya makanan kita diterima baik oleh mereka, maka mereka akan

menyarankan kepada orang lain untuk berkunjung ke negara kita. Kepelbagaian

makanan yang terdapat di negara kita juga merupakan satu kekuatan yang dapat

menjalinkan hubungan yang lebih erat antara kaum-kaum di Malaysia. Kekuatan

yang dapat dibina melalui makanan-makanan utama bagi setiap kaum ialah rakyat

akan lebih menghargai budaya masing-masing kerana setiap makanan mempunyai

keunikannya yang tersendiri. Keharmonian antara masyarakat juga dapat

diwujudkan kerana rakyat sedar akan keistimewaan setiap kaum yang dapat

meningkatkan imej negara di persada dunia melalui variasi makanan yang terdapat

di negara kita. Oleh itu, kekuatan yang tercipta ini akan dapat mengukuhkan lagi

hubungan antara kaum di Malaysia sekaligus menyemarakkan lagi semangat

perpaduan dalam diri setiap orang.


RUJUKAN

Mohammad Roslan, (10 Januari 2011). Resepi Tosei Dosai Mamak Penang.

Diperoleh daripada https://balannambiar.wordpress.com/2011/01/10/resipi-tosei-

dosai-mamak-penang/

Nagi, (23 Julai 2018). Char Kway Teow. Diperoleh daripada

https://www.recipetineats.com/char-kway-teow/

Rahmah Hashim, (19 Oktober 2016). Makanan Tradisional Rakyat Malaysia.

Diperoleh daripada http://rahmahashim.blogspot.com/2016/10/makanan-tradisional-

rakyat-malaysia_19.html?m=1

Tuty Jek, (9 Mac 2010). Malaysian Nasi Lemak. Diperoleh daripada

https://www.allrecipes.com/recipe/78938/malaysian-nasi-lemak/

You might also like