You are on page 1of 3

Sejak Malaysia diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka pada 31 Ogos tahun

1963, maka telah wujudnya bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia diberikan kebebasan
mengamalkan gaya hidup mereka masing-masing termasuklah perkara yang berkait dengan
warisan budaya.

Jadi, Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum telah mewujudkan satu
budaya masyarakat yang saling menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. Rakyat
Malaysia dapat hidup aman dan damai dengan saling memahami budaya kaum-kaum lain serta
tidak melepasi batasan mereka. Bukan itu sahaja, gaya hidup, adap pakaian dan aspek yang
lain juga saling dipengaruh antara satu kaum dengan kaum lain. Fenomena ini menjadikan
Malaysia terkenal dengan keistimewaan hodgepodge budayanya dalam antarabangsa.

Salah satu aspek budaya yang paling banyak dipengaruhi oleh akum-kaum lain adalah
dari aspek pemakanan. Malaysia merupakan sebuah Negara yang terkenal dengan keenakkan
makanannya di peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja, makanan Malaysia juga salah satu
factor yang amat penting dalam mengukuhkkan perpaduan kaum di Malaysia.

Setiap kaum mempunyai keistimewaan makanan mereka. Sebagai contohnya, makanan


orang Melayu yang pedas, makanan orang India yang banyak menggunakkan rempah ratus
dan makanan orang Cina yang menekankan keseimbangan lima jenis deria iaitu manis, masin,
masam, pahit, dan pedas. Walaupun rasa makanan mereka berbeza tetapi rakyat Malaysia
dapat menyesuaikan mereka menerima makanan tersebut.

Dengan kata lain, perpaduan kaum telah diwujudkan daripada saling menerima
makanan tradisional kaum-kaum lain. Sebagai contohnya, orang Cina akan menyediakan kuih
moruku sebagai sejenis kuih raya, kuih bulan yang halal telah banyak dijual semasa perayaan
Hari Bulan supaya orang Melayu dapat menikmatinya serta orang Melayu akan memberikan
ketupat kepada jiran-jiran mereka semasa hari perayaan tanpa mengirakan kaum mereka.

Selain itu, rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati makanan berbilang kaum sewaktu
hari perayaan sahaja. Dalam kehidupan harian mereka, mereka juga mengambilkan makanan
kaum lain. Sebagai contohnya, roti canai yang merupakan sejenis masakan kaum India tetapi
digemarkan oleh semua rakyat Malaysia sebagai sarapan mereka, nasi goreng cina yang
hampir dapat dihidangkan dalam setiap kedai mamak serta ayam masak merah merupakan
masakan rumah yang amat biasa disediakan. Dan juga kuih sagu yang sepatutnya merupakan
makanan traditional melayu tetapi biasa juga dihidangkan dalam jamuan bagi orang Cina dan
India.

Bagi orang Melayu, setiap lauk-pauk perlulah dihidangkan dengan nasi putih berulah
diiktiraf sebagai satu hidangan yang sempurna. Hal ini adalah kerana nasi merupakan makanan
utama mereka. Masakan orang Cina pula adalah penggunaan bahan-bahan yang dibuat
daripada soya seperti kicap, taucu, taufu dan lain-lain. Dan bagi orang India pula, masakan
mereka biasanya dihidangkan dengan daun pisang supaya dapat membukakan selera dan juga
boleh menambahkan masakan tersebut lebih wangi dan enak. Jadi, dengan gabungan ciri-ciri
tersebut, akhirnya wujudnya bungkusan nasi lemak dengan daun pisang.
Seperti yang dinyatakan di atas, perpaduan kaum di Malaysia dapat diwujudkan melalui
makanan. Hal ini telah memberitahu bahawa satu peranan baik yang didapati dalam semua
rakyat Malaysia iaitu sikap terbuka, prihatin kerana kita dapat menerima budaya orang lain serta
menerima pembezaannya dan menyesuaikan diri kami dengan perbezaan tersebut.

You might also like