You are on page 1of 3

CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur.

Keamanan yang

dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall (1956) dalam bukunya bertajuk Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada tiga komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau, Kadazan, Muru (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai bahasa dan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama adalah untuk menjaga hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois. Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang menganuti agamaagama yang berlainan tetapi kebanyakan puak minoriti yang terdapat di negara yang memerintah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan. Di Malaysia, kebebasan beragama yang dilaksanakan tidak menyebabkan masyarakat di dalamnya hidup di dalam keadaan berpecahbelah seperti negara-negara yang dilanda krisis sekarang. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsep akomodasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik saling membuat penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan harmoni.

Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik. Walaupun Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga berkongsi dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari RayaAidilfitri yang disambut oleh orang Islam di Malaysia. Aktiviti rumah terbuka yang diamalkan oleh masyarakat melayu Islam turut dirai bersama oleh etnik yang bukan beragama Islam. Perayaan sambutan Kemerdekaan juga dapat merapatkan lagi hubungan antara etnik melalui aktiviti yang dijalankan dan dapat melahirkan perasaan patriotism dan saling bekerjasama. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan ini dapat melambangkan jati diri rakyat yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia. Di antara makanan tradisi yang terkenal di Malaysia ialah nasi lemak, char koay teow, roti canai dan banyak lagi. Kebanyakan makanan tradisi ini berasal daripada kaum tertentu contohnya nasi lemak, makanan ini bukan hanya digemari oleh kaum melayu sahaja malahan ia turut digemari oleh kaum lain. Kini, masyarakat Malaysia boleh menikmati pelbagai makanan yang sebelum ini berasal daripada kaum tertentu. Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi. Pakaian seperti baju kurung, baju melayu, cheong sam dan sari adalah contoh pakaian tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam menentukan perbezaan kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia. Pakaian baju kurung dan melayu adalah berasal daripada kaum melayu tetapi jika kita perhatikan sekarang kaum lain juga turut menggayakan baju tradisional kaum melayu contohnya baju kurung. Contoh keadaan seperti ini boleh didapati di sekolah mahupun di tempat kerja Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal. Pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat majmuk mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia adalah wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa serta budayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa dan budaya masing-masing juga

mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.

You might also like