You are on page 1of 13

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , maksud kulinari ialah berkaitan dengan masak-

memasak. Definisi makanan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah apa sahaja yanh

boleh dimakan , rezeki. Makanan tradisional adalah makanan yang biasa didapati oleh

masyarakat , dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut.

Makanan tradisional juga digelar sebagai hidangan Malaysia iaitu asimilasi budaya dan

keistimewaan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Keistimewaan makanan tempatan di

Malaysia telah diwarisi secara turun-menurun di Malaysia bagi setiap kaum dan dipamerkan

sama ada bagi makanan harian atau perayaan. Kepelbagaian makanan tradisional dan kaum ini

telah menyebabkan setiap negeri mempunyai makanan tempatan yang terkenal dan tersendiri

contohya Dodol di negeri Melaka , Penganan di negeri Sarawak dan Mee Bandung di negeri

Johor.

Walaupun makanan tradisional diwujudkan untuk citarasa setiap kaum dan etnik di

Malaysia , namun , Malaysia diketahui sebagai sebuah negara bahawa rakyatnya bersatupadu

dan harmoni , rakyatnya dapat menghormati citarasa setiap kaum serta menikmati dan

menyukai makanan tadisional suku kaum yang lain . Sebagai tamsilnya ialah nasi lemak yang

merupakan makanan tradisional bagi kaum Melayu disukai oleh kebayakan rakyat Malaysia.

Makanan tradisional telah mewujudkan industri makanan ataupun telah membangunkan

restauran untuk menggalakkan lebih ramai orang dapat mencuba dan menikmati makanan

tradisional setiap kaum. Sebagai contohnya restauran Iban yang menjual mee kolok , kedai

mamak yang menjual roti canai. Warisan makanan tradisional haruslah diteruskan supaya tidak

ditelan zaman.

Makanan tradisional adalah penting terutamanya dalam perkembangan negara.

Makanan tradisional dapat membantu memajukan industri pelancongan. Ini kerana , pelancong
berkunjung ke negara Malaysia bukan sahaja untuk menghayati keindahan lanskap Malaysia ,

makanan yang enak juga tujuan pelancong untuk melancong di negara Malaysia. Citarasa

makanan tradisional di negara Malaysia amatlah unik dan berbeza berbanding dengan negara

asing. Ini telah menyebabkan pelancong asing melahirkan perasaan ingin mencuba makanan

tradisional di negara Malaysia dan juga akan disebarkan tentang pengalaman mereka kepada

orang-orangnya di sana bahawa keindahan landskap dan makanan di negara Malaysia.

Kepelbagaian makanan antara kaum-kaum di Malaysia juga dapat mengukuhkan

perpaduan masyarakat majmuk. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian kaum

menjadikan Malaysia mempunyai berbagai-bagai perayaan. Hidangan makanan tradisional

untuk sambutan hari perayaan adalh kebiasaan bagi setiap kaum. Justeru, penyambutan

perayaan setiap kaum akan menjemput jiran-jiran dan rakan-rakan sekalian untuk saling

menziarahi. Dengan ini , makanan adalah diwajibkan untuk dihidangkan kepada para tetamu ,

ini mewujudkan interaksi sosial dalam setiap kaum.

Bagi memastikan makanan tradisional di negara Malaysia tidak hilang dan terdedah

kepada makanan barat , semua agama , kaum dan bangsa perlu menikmati makanan-makanan

tradisional yang terdapat di Malaysia. Perkongsian terhadap makanan bukan sahaja berlaku

ketika perayaan malah ia juga menonjolkan identiti setiap kaum dan populariti masakan

makanan tersebut dalam masyarakat Malaysia. Keistimewaan serta kepercayaan sesuatu

masyarakat terhadap makanan juga menjadikan makanan tersebut adalah kriteria. Sebagai

misalnya , bubur pedas Sarawak dipercayai bahawa ia dapat memulihkan demam. Makanan

tradisional bukan sahaja makanan yang dimasak dan dimakan , ia juga merupakan kepercayaan

bagi sesetengah masyarakat.

2.0 LATAR BELAKANG


Makanan tradisional juga digelar sebagai masakan Sarawak. Masakan Sarawak

merupakan salah satu masakan rantau Malaysia. Masakan makanan tradisional masyarakat

Iban adalah berasakan ruji seperti beras tetapi terdapat banyak bahan-bahan lain dan persediaan

makanan disebabkan pengaruh geografi yang berbeza dan budaya asli yang berbeza dari

masakan serantau Semenanjung Malaysia. Masakan makanan tradisional masyarakat Iban

jarang dapat dijumpai di tempat lain Malaysia. Dan ini menyebabkan makanan tradisional

masyarakat Iban merupakan makanan yang istimewa. Makanan tradisional masyarakat Iban

menggambarkan keagnekaragaman budaya, kekayaan alam dan kearifan lokal. Ini adalah

pentig dari identitasi Iban dan terus dielestarikan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , definisi tradisional ialah berkaitan dengan sifat

atau mengikut tradisi. Berasaskan Kamus Dewan Edisi Keempat , maksud Iban ialah suku

kaum peribumi yang terbesar di Sarawak , yang tinggal di merata daerah (terutamanya di Miri,

Bintulu , Sibu , Kapit dan Kuching, juga digelar sebagai Dayak Laut.

Masakan makanan tradisional masyarkat Iban mempunyai rasa halus dalam rasanya.

Masakan makanan tradisional masyarakat Iban menggunakan makanan laut segar dan herba

seperti kunyit, serai , halia limau dan daun ubi. Bahan-bahan ini dapat menghilangkan bau

hanyir dan menambah sedikit aroma , tekstur dan kesegaran pada makanan. Bahan-bahan ini

juga mudah didapati dan dijumpai.

Makanan tradisional masyarkat Iban kebanyakan akan dihidangkan dan diperkenalkan

waktu perayaan seperti Hari Gawai , majlis perkahwinan dan sebagainya. Masakan masyarakat

Iban popular dengan makanan tradisional seperti “tubu” iaitu batang , “tuak” minuman

beralkohol yang diperbuat daripada penapaian nasi pulut , dan “pansuh” iaitu hidangan

masakan yang dimasak dengan buluh. “Pansuh” merupakan masakan yang paling popular bagi

masyarakat Iban.
3.0 KEISTIMEWAAN MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN

Masyarakat Iban terkenal dengan keistimewaan dari segi pakaian dan tarian yang

dipersembahkan dan telah menggambarkan keunikan kebudayaan masyarakat Iban. Selain

daripada keistimewaan dari segi pakaian dan tarian , masyarakat juga terkenal dengan

keistimewaan dari segi hidangan makanan tradisional mereka. Cara pemasakan dan hidangan

masyarakat Iban amatlah berbeza dengan masyarakat yang lain. Masyarakat Iban mempunyai

cara pemasakan dan hidangannya yang tersendiri. Dan ini menyebabkan makanan tradisional

masyarakat Iban kurang dijumpai di tempat lain selain daripada Sarawak. Oleh itu , peluang

untuk menemui makanan tradisional masyarakat iban adalah rendah menjadikan ia sesuatu

makanan tradisional yang istimewa.

Antara keistimewaan makanan tradisional masyarakat Iban ialah hidangan makanannya

yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti umbut Tuhau dan umbut Luba. Cara

pemasakan yang jarang dijumpai ini menyebabkan tidak banyak orang yang pernah merasai

makanan tradisional ini. Selain daripada keenakan makanan ini , ia juga makanan yang sihat

dan tidak menjejaskan kesihatan manusia.

Seterusnya keistimewaan masakan makanan tradisional masyarakat Iban ialah makanan

yang bernilai budaya dan sosial. Makanan tradisional masyarakat Iban memiliki makna budaya

dan sosial yang kuat. Hidangan-hidangan ini sering disajikan secara adat , pernikahan dan

festival komunitas. Makanan menjadi sarana untuk menghubungkan orang-orang,

memperkuatkan ikatan sosial dan merayakan tradisi serta warisan budaya Iban.

Kemudiannya ,keistimewaan makanan tradisional masyarakat Iban ialah teknik

memasak yang luar biasa. Makanan tradisional sering dipersiapkan dengan menggunakan

teknik memasak tradisional. Sebagai tamsilnya , tekik pemasakan pemanggangan , pengasapan

atau perebusan dengan bahan-baham alami. Antara makanan tradisional yang sering dimasak
secara pemanggangan ialah “pansuh” dimana ayam disimpan dalam buluh dipanggang dengan

api terbuka.

Selain itu , keistimewaan yang terdapat pada makanan tradisional masyarakat Iban ialah

pemasakan makanan tradisional menggunakan rempah-rempah. Makanan tradisional

masyarakat Iban sering kali menggunakan rempah-rempah tradisonal seperti lengkuas , kunyit,

serai dan bawang merah untuk membina citarasa khas. Rempah-rempah ini juga memiliki

manfaat kesihatan dan meningkatkan nilai gizi makanan.

Di samping itu , makanan tradisional masyarakat Iban beristimewa kerana ia adalah

beragam jenis makanan. Makanan tradisional masyarakat Iban meliputi berbagai jenis

hidangan yang mencakup nasi, sayur-sayuran, daging , dan ikan. Oleh itu , pengambilan

makanan adalah seimbang.

Akhir sekali , keistimewaan makanan masyarakat Iban ialah penggunaan bahan-baha

alami. Makanan tradisional masyarakat Iban umumnya menggunakan bahan-bahan alami yang

tersedia di sekitar lingkungan mereka. Bahan-bhan alami ini dapat memberi rasa dan aroma

yang unik pada hidangan.

Makanan tradisional masyarakat Iban juga dikenali sebagai makanan Iban , ia memiliki

berbagai keistimewaan dan keunikan. Makanan Iban merupakan bahagian pentig dalam budaya

Iban yang kaya dan memiliki peranan dalam acara-acara adat , upacara keagamaan dan

perayaan kumunitas. Makanan tradisional masyarakat Iban perlu dihargai dan diwarisi supaya

tidak ditelan zaman.

4.0 SEJARAH MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN

Masyarakat Iban adalah salah satu etnik suku Dayak yang kebanyakannya menetap di

negeri Sarawak, Malaysia. Masyarakat Iban memiliki makanan tradisional yang kaya dan

beragam. Sejarah makanan masyarakat Iban memiliki akar yang mendalam terhadap budaya
dan kehidupan seharian suku kaum Iban. Sebagai suku kaum Dayak , makanan Iban

mewujudkan hubungan erat dengan alam sekitarnya dan tradisi mereka.

Masyarakat Iban adalah ahli dalam pertanian, pekebunan dan pemburuan. Bahan

makanan utama mereka meliputi padi , sayur-sayuran , ikan , daging ayam atau khinzir.

Penggunaan bahan-bahan alami dan buluh-buluh tradisional menjadi ciri khas dalam

pemasakan makanan tradisional masyarakat Iban.

Masyarakat Iban telah mengembangkan teknik-teknik memasak yang khas dan unik.

Sebagai tamsilnya , memasak menggunakan buluh,. Proses memasak dengan buluh ini dapat

memberi citarsa yang luar biasa dan unik pada makanan dan mempertahankan kelembapan

serta keenakkan bahan makanan tersebut.

Pada zaman dahulu , masyarakat Iban akan menetap di tempat yang kaya dengan

sumber daya alam. Misalnya , hutan, sungai dan ladang. Sumber daya alam menjadi asas utama

dalam makanan tradisional mereka. Ikan sungai , daging buruan seperti rusa , khinzir dan

burung serta sayur-sayuran dan buah-buahan liar dihimpun dan dimanfaatkan sebagai bahan

makanan. Masyarakat Iban akan memanfaatkan segala bahan yang boleh dihidangkan sebagai

makanan.

Masyarakat Iban melibatkan diri dalam pertanian dan perkebunan. Mereka menanam

padi , sayuran dan buah-buahan di ladang-ladang mereka. Padi merupakan pertanian utama

mereka untuk penyediaan makanan mereka seperti lemang atau hidangan beras yang lain.

Sayur-sayuran yang ditanam mereka adalah kangkung, rebung dan ubi-ubian. Masyarakat Iban

terlibat dalam aktiviti pertanian dan perkebunan telah memudahkan mereka untuk

mendapatkan bahan makanan yang asas.

Seterusnya , masyarakat Iban terlibat dalam aktiviti pemburuan dan perikanan. Mereka

terampil dalam pemburuan dan perikanan. Masyarakat Iban memanfaatkan sumber hutan dan
sungai untuk menangkap ikan dan pemburuan haiwan-haiwan liar. Daging buruan dan ikan

sungai menjadi makanan yang penting dalam makanan tradisional masyarakat Iban.

Masyarakat Iban tidak akan membazirkan sumber-sumber hutan dan sungai yang telah dikurnia

kepada mereka.

Makanan tradisional masyarakat Iban wujud dengan misinya iaitu memainkan peranan

dalam perayaan adat istiada da festival. Makanan tradisional masyarakat Iban merupakan

bahagian yang penting dalam perayaan adat istiadat dan festival seperti sambutan Gawai

Dayak. Hidangan-hidangan khas masyarakat Iban disajikan sebagai sebahagian dari upacara

penghormatan kepada leluhur juga sebagai simbol persatuan dan kesuburan.

Seiring dengan perkembangan zaman dan perubahan budaya , makanan tradisional

masyarakat Iban juga mengalami pengaruh dari pengaruh luar , terutamanya dari kebudayaan

Melayu dan Tionghoa. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan bahan-bahan dan teknik

memasak yang diadopsi dari budaya-budaya tersebut. Sebagai tamsilnya , penggunaan rempah-

rempah Melayu dan teknik memasak Tionghoa. Namun begitu , masyarakat Iban masih

mempertahankan dan melestarikan warisan kulinari mereka melalui pembelajaran turun-

menurun dan penggunaan bahan-bahan tradisional dalam hidangan makanan tradisional

mereka.

Meskipun dipengaruhi oleh pengaruh luar , masyarakat Iban tetap mempertahankan dan

melestarikan warisan kulinari mereka. Makanan tradisional masyarakat Iban bukan sahaja

mencerminkan kekayaan budaya mereka, malah ia juga menjadi bahagian penting dalam

memperkuatkan identiti mereka sebagai suku Dayak yang bangga dengan tradisi dan warisan

leluhur mereka.

4.0 JENIS-JENIS MAKANAN TRADISIONAL MAYARAKAT IBAN


Terdapat beragam makanan tradisional masyrakat Iban yang dapat dihidangkan dan

dinikmati oleh sama ada suku kaum Iban atau kaum yang lain dalam negara Malaysia. Makanan

tradisional masyarakat Iban memiliki kekayaan rasa , aroma dan keunikan yang mencerminkan

budaya dan kehidupan seharian suku Iban.

“Pansuh” boleh dikatakan sebagai makanan tradisional masyarakat Iban yang paling

popular. “Pansuh” merupakan makanan tradisional masyarakat Iban yang diminati majoriti

komuniti Iban. “Pansuh” sering dimasak sekali dengan ayam juga dipanggil “ manok pansuh”.

“Manok” bermaksud ayam dalam bahasa Iban dan “pansuh” berkmaksud masakan yang

dimasak di dalam buluh. “ Manok pansuh” mempunyai aroma yang sangat wangi dan rasanya

ada sedikit masin tetapi apabila dicampur dengan nasi , rasanya adalah sederhana dan rasa ingin

menambah nasi akan bertambah.

Seterusnya ialah makanan tradisional masyarakat Iban ialah kuih yang paling popular

dan diminati dalam kalangan komuniti Iban iaitu “penganan”. “Penganan” meruapakan kuih

tradisional masyarakat Iban. Kuih “penganan” adalah makanan yang wajib dihidangkan ketika

sambutan Gawai Dayak. Rasa “penganan” adalah manis-manis namun manisnya adalah manis

yang sangat menyegarkan selepas memakaninya.

Kemudiannya , makanan tradisional masyarakat Iban yang lain ialah “kasam ensabi”.

Ensabi adalah sayur sawi dan “kasam ensabi” adalah sayur sawi jeruk. Rasa “ kasam ensabi”

adalah masin serta sedikit masam. Ia sangat enak dimakan bersama dengan nasi putih dan amat

memuka selera.

Makanan tradisional masyarakat Iban yang seterusnya ialah “kemiding atau midin”.

Makanan tradisional ini terkenal sekali bagi masyarakat di Sarawak. Namun , ia merupakan

makanan tradisional masyarakat Iban. “Midin” mudah diperolehi di mana-mana sahaja


kawasan sekitar kampung , juga boleh dibeli di pasar. Sayur ini seiras pucuk paku tetapi

terdapat sedikit perbezaan. Ia lebih lembut dan enak daripada pucuk paku.

Akhir sekali ialah makanan tradisional masyarakat Iban yang digelar sebagai “umai”.

“Umai” merupakan hidangan yang berasakan ikan mentah dengan campuran beberapa bahan

seperti bawang merah , cili dan sebagainya. Hidangan ini juga boleh dihidang menggunakan

udang atau sotong. Rasanya ada sedikit pedas dan masam. Hidangan ini enak dimakan sekali

dengan nasi panas.

Makanan tradisional yang ditunjukkan tersebut hanya sesetengah daripada makanan

tradisional masyarakat Iban. Masih lagi banyak makanan tradisional masyarakat Iban yang

enak dan unik tidak ditunjukkan.

Masyarakat Iban mempunyai pelbagai makanan tradisional yang perlu dicubai dan rasai

oleh kaum-kaum yang lain. Bak pepatah belum cuba belum tahu.

5.0 CARA PEMBUATAN MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN

Dengan kepelbagaian makanan tradisional masyarakat Iban , cara pembuatan bagi

makanan tradisional masyarakat Iban juga berbagai. Setiap makanan tradisional memiliki cara

pembuatannya tersendiri. Terdapat sesetegah makanan tradisional senang unutuk dibuat ,

namun juga wujud makanan tradisional yang sukar dibuat.

Cara pembuatan “manuk pansuh” adalah sama seperti menyediakan lemang di

Semenajung. Selain daripada menggunakan ayam dalam hidangan ini , ikan dan daging khinzir

juga akan digunakan mengikut kehendak dan kesukaan pemasak. Biasanya untuk menyediakan

hidangan ini akan menggunakan ayam tua , namun ayam muda juga boleh digunakan juga.

Tetapi rasanya akan berbeza dengan rasa “pansuh” ayam tua. Untuk memberi rasa serta aroma

yang lebih wangi, daun ubi akan diletakkan pada bahagian hujung buluh setelah ayam

dimasukkan ke dalam buluh. Wap yang terhasil memberi bau yang menyelerakan. “Manuk
pansuh” adalah makanan tradisional yang wajib dihidangkan semasa sambutan perayaa Gawai

Dayak setiap tahun.

Seterusnya adalah cara pembuatan kuih tradisional masyarakat Iban iaitu “penganan”

Kuih ini diperbuat daripada tepung beras , gula dan tepung gandum. Gula yang digunakan

sabaik mungkin menggunakan gula apong. Setelah bahan-bahan dicampur sekali , adunan

“penganan” perlu dimasukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya selama satu malam.

Namun begitu , ketika pembuatan dan penyediaan “penganan” , wujudnya pantang larang

tersendiri. Ini adalah untuk memasti penghasilan “penganan” adalah sempurna.

Cara pembuatan makanan tradisional yang seterusnya ialah makanan tradisional

“kasam ensabi”. Untuk penghasilan “kasam ensabi” , “ensabi” iaitu sawi akan dijerukkan

sehingga menjadi pekasam. Setelah menjadi pekasam boleh dicampurkan dengan sedikit

perahan jus limau dan dimasak pedas. “Kasam ensabi” ini amat enak dimakan dengan nasi dan

sangat membuka selera.

Kemudiannya , “kemiding atau midin” selalunya dimasak seklai dengan belacan digelar

sebagai “kemiding belacan”. Bagi sesetengah orang , mereka lebih suka untuk memasaknya

secara rebus bersama ikan bilis sahaja. “Kemiding atau midin” boelh didapatkan di sekelilog

kawasa kampung juga boleh dibeli di pasar-pasar.

Akhir sekali , cara pembuatan makanan tradisional masyarakat iban “umai”. Umai

adalah hidangan yang berasakan ikan mentah ,udang atau sotong. Ia akan dicampurkan dengan

beberapa bahan seperti bawang merah , cili , garam dan perahan limau yang menghasilkan rasa

yang enak. Gabungan pelbagai bahan dengan ikan mentah, udang atau sotong tersebut dimasak

secara semula jadi tanpa memasaknya di dapur. Rasa “umai” adalah sedikit pedas dn sedikit

masam. Walaupun ia dihasilkan menggunakan ikan mentah , udang atau sotong , namun ia

tidak berbau hanyir kerana gabungan beberapa jenis bahan tersebut.


Terdapat lebih banyak makanan tradisional masyarakat tradisional yang masih belum

ditunjukkan bersama dengan cara pembuatannya. Cara pembuatan makanan traditional harus

diteruskan dan diwarisi oleh individu bagi suku kaum Iban supaya makanan tradisional

masyarakat Iban tidak hilang ditelan zaman.

6.0 KESIMPULAN

Makanan tradisional masyarakat Iban memiliki kebudayaan kulinari yang kaya dengan

hidangan-hidangan yang unik dan lazat. Beberapa hidangan khas masyarakat Iban meliputi

“manuk pansuh” , “penganan” , “kasam ensabi”,“kemiding” , dan “umai” . hidangan-

hidangan ini mencerminkan penggunaan rempahan tradisional , santan kelapa dan bahan-bahan

alami yang lain untuk memberi citarasa dan aroma yang kaya pada makanan tradisional.

Makanan masyarakat masyarakat Iban juga mencerminkan kekayaan sumber daya alam di

sekitar mereka , dan dihargai serta dimanfaatkan mereka. Makanan tradisional masyarakat Iban

memiliki keistimewaan tersendirinya seperti hidangan makanan yang luar biasa. Masyarakat

Iban juga terlibat dalam sejarah makanan tradisional contohnya perkembangan teknik-teknik

khas dan unik untuk mendapatkan citarasa yang luar biasa. Makanan tradisional masyarakat

Iban juga berbagai jenis dan cara pembuatan juga berbeza. Sebagai tamsilnya “manuk pansuh”,

makanan tradisioal masyarakat Iban yang amat popular dan diketahui.

Diharapkan kajian ini dapat menambah khazanah ilmu tentang makanan tradisional

masyarakat Iban dan berkaitan dengan makanan tradisional dapat diketahui dan dinikmati oleh

lebih ramai orang. Kajian ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai memperolehi

maklumat tentang makanan tradisional masyarakat Iban dan memahaminya dengan lebih

mendalam.
7.0 BIBLIOGRAFI

7.1 SUMBER PRIMER

• Pengakaji telah melawat ke tempat yang mempunyai masyarakatan Iban yang lebih

banyak di.

• Pengkaji telah membuat temu bual dengan seorang individu kaum Iban。

NAMA: ANGELA ANAK BULLIE

UMUR: 20

STATUS INDIVIDU : PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

TEMPAT TEMU BUAL : NO , JALAN KENANGA 7 , 81750 , MASAI , JOHOR

BAHRU , MALAYSIA.

7.2 SUMBER SEKUNDER

Website dari internet

• Chan Wai Yin “ Pepaduan Tunjang Keharmonian”

https://online.anyflip.com/xahyy/cjbi/mobile/

• Wikipedia “ Masakan Sarawak”

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Masakan_Sarawak
• Hafizah Manap “Makanan Tradisional Masyarakat Iban”

https://www.scribd.com/document/355167779/Makanan-Tradisional-Masyarakat-Iban

• Muhd Hafiz “ Makanan dan minuman orang Iban”

https://www.scribd.com/presentation/127574625/Makanan-Dan-Minuman-Orang-

Iban

• Wina Zawani “ Makanan tradisi iban”

https://www.academia.edu/5851156/Makanan_tradisi_iban

You might also like