You are on page 1of 14

Table of Contents

Pengenalan.................................................................................................................................2
Bahagian 2 : Budaya, masyarakat dan kumpulan etnik Bidayuh dalam pemupukan perpaduan
....................................................................................................................................................3
Bahagian Ketiga: Cabaran-cabaran dalam menjadikan makanan sebagai pemangkin sosial....6
Bahagian Keempat: Makanan sebagai pemangkin perpaduan Malaysia...................................7
Bahagian Kelima: Isu-isu yang dihadapi semasa makan di luar................................................8
Penutup.....................................................................................................................................10
Rujukan....................................................................................................................................11
Lampiran..................................................................................................................................12

1
Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah Negara yang membangun yang terdiri daripada pelbagai etnik,
budaya dan agama. Di mata luar negara, Malaysia dipandang sebagai sebuah negara yang
aman dan damai di mana hubungan antara etnik-etnik adalah sangat baik. Negara Malaysia
telah disenaraikan sebagai antara negara yang teraman di dunia dalam Global Peace Index
(2011). Dalam senarai itu, Malaysia telah diletakkan di tangga ke-19 antara negara teraman.

Keupayaan rakyat dan kerajaan untuk mengekalkan kestabilan politik dan sosial adalah
antara faktor Malaysia dapat membangun dengan pesat dalam sektor ekonomi untuk
menandingi negara yang sudah terbangun seperti negara Amerika, China, Jepun, dan negara-
negara di Eropah. Untuk merealisasikan dan mencapai kejayaan, adalah sangat penting untuk
mengekalkan keamanan negara dan paling pentingnya, hubungan antara etnik-etnik dalam
negara. Jika kita melihat balik sejarah negara, terdapat tiga era yang sudah dilalui oleh negara
kita untuk mencapai kejayaan yang sedia ada. Sebagai contoh, era konflik yang dilalui oleh
negara kita telah menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan, ekonomi terbantut disebabkan
oleh para komunis, dan rusuhan berlaku di merata-rata tempat seperti mogok kerja. Terbukti
pada masa, pembangunan negara telah disekat termasuk keamanan yang diingini oleh rakyat.

Oleh itu, hubungan etnik yang erat dan saling terkait dapat menguntungkan semua pihak di
mana keamanan dan pembangunan negara dapat dikekalkan. Untuk mengekalkan hubungan
ini, jalinan hubungan sosial secara berterusan antara hubungan etnik adalah sangat penting
untuk mengenali dan merentasi agama, budaya dan bahasa sesebuah etnik. Ini dapat
mewujudkan kesepaduan sosial dalam kalangan etnik.

Terdapat beberapa pengamalan harian yang secara tidak langsung telah menjalin hubungan
erat antara etnik-etnik. Contohnya, masyarakat Malaysia bertutur dalam Bahasa Malaysia
sesama lain dalam pertuturan harian. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia dapat
berkomunikasi dengan baik dan erat walaupun dari golongan etnik yang berbeza-beza bahasa
induk. Selain itu, kepelbagaian makanan dari golongan etnik yang berbeze-beza juga boleh
menjadi pemangkin perpaduan di negara kita. Kepelbagaian makanan ini telah diwariskan
oleh nenek moyang etnik-etnik masing-masing yang melambangkan keunikan masyarakat
kita. Rakyat dapat menikmati keenakan makanan-makanan yang berbeza dari etnik lain
sambil bergaul dengan etnik lain semasa makan di luar. Ini dapat mengeratkan hubungan
etnik.

2
Selain daripada menjadi pemangkin sosial, kepelbagain makanan di negara kita juga
melambangkan keunikan negara kita yang menjadi tarikan pelancong-pelancong asing.
Dalam kerja kursus ini, perbincangan tentang kepelbagaian makanan sebagai pemangkin
perpaduan akan dibincangkan dengan lebih meneliti.

Bahagian 2 : Budaya, masyarakat dan kumpulan etnik Bidayuh dalam


pemupukan perpaduan

Masyarakat Bidayuh mempunyai tradisi makanan yang diwarisi dari nenek moyang zaman
dahulu secara turun-temurun. Walaupun makanan tradisional sukar didapati pada masa kini,
namun masyarakat Bidayuh tetap menyediakan makanan tersebut terutama apabila
menyambut Hari Gawai mahupun apabila keluarga dan sanak-saudara berkumpul. Berikut
merupakan contoh makanan tradisional masyarakat Bidayuh:

1. Sup Ponas
Sup Ponas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 ini mempunyai aroma yang tersendiri
dengan ubi kayu dan juga serai sebagai ramuan. Menurut Encik Dylan, bahan utama dalam
sup ponas adalah ubi kayu yang diparut. Sup ini enak dinikmati begitu saja ataupun dimakan
bersama linut atau lebih dikenali sebagai sagu.

Rajah 1: Sup Ponas


Cara-cara untuk membuat sup ponas adalah seperti berikut:

1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah.


2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
3. Masukkan serai, belacan dan garam secukup rasa. (cili boleh ditambah ikut selera)
4. Akhir sekali masukkan ubi kayu yang telah diparut sehingga sup mencapai kepekatan
yang dikehendaki.

2. Assam Siok

3
Assam siok ataupun ayam dan nasi yang dimasak bersama dalam buluh merupakan salah
satu makanan tradisional masyarakat Bidayuh namun kurang diketahui ramai (Rajah 2).
Assam siok kebiasaannya menggunakan ayam kampung yang dibela oleh orang kampung
sendiri. Masakan ini selalu disediakan apabila ada keramaian di kampung dan sebagainya
menurut Encik Dylan.

Rajah 2 : Assam Siok

3. Kauk kien atau pekasam ikan

Rajah 3 : Pekasam Ikan Lampan

Menurut Encik Dylan, pekasam (Rajah 3) merupakan makanan tradisi orang Bidayuh kerana
pada zaman dahulu, teknik untuk menyimpan makanan agar tahan lebih lama ialah samada
menyalai atau dijadikan pekasam. Masyarakat Bidayuh amat arif dalam membuat pekasam
ikan dan ikan air tawar seperti ikan Sultan dan Tilapia sering digunakan.

4
Pekasam ikan memerlukan seseorang yang arif dan berpengalaman kerana ikan hendaklah
diperap bersama garam dan beras yang ditumbuk halus. Kebiasaannya, tiada sukatan yang
ditetapkan kerana bergantung dengan saiz dan juga jumlah ikan.

4. Sup Terung Dayak

Terung Dayak sering ditanam oleh kaum Bidayuh di kampung. Terung ini berlainan kerana
mempunyai rasa masam berbanding dengan terung lain. Terung Dayak sesuai dimasak
dengan lauk ikan, ayam dan juga ikan masin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

Rajah 4: Sup Ayam Terung Dayak

5. Sabih

Sabih merupakan jeruk sayur sawi yang kebiasaannya menggunakan sawi pahit. Menurut
Encik Michael Dylan, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat jeruk ini ialah 2 ikat
sawi, garam, gula dan juga air beras. Jeruk ini biasanya boleh disimpan selama seminggu
sebelum dimasak bersama bawang dan cili. Rajah 5 menunjukkan salah satu daripada
hidangan Sabih yang enak dan lazat.

Rajah 5: Sabih

5
Pemupukan perpaduan antara kaum Bidayuh dengan kaum-kaum lain dapat dibentuk melalui
pengenalan makanan tradisional. Melalui sambutan seperti Hari Gawai Dayak dan Krismas,
jiran-jiran, saudara-mara dan rakan teladan akan bertandang dan makanan tradisional tersebut
sudah pasti menjadi tarikan. Segelintir pengusaha makanan juga turut menyumbang dalam
pembentukan perpaduan melalui pengenalan dan penjualan makanan tradisional Bidayuh
terutamanya pekasam ikan, yang kini senang didapati melalui sesetengah restoran bercirikan
tradisional. Selain itu, makanan tradisional Bidayuh juga diserapkan ke dalam makanan etnik
lain juga. Menurut Puan Carol Kuek, beliau juga memasak masakan Bidayuh terutamanya
Sup terung Dayak di mana beliau memasak terung dayak ini dengan udang-udang kering dan
daging ayam.

Bahagian Ketiga: Cabaran-cabaran dalam menjadikan makanan sebagai


pemangkin sosial

Makan bersama di luar terbukti dapat mengeratkan hubungan antara etnik. Namun begitu,
terdapat beberapa cabaran yang dihadapi untuk menjadikan kepelbagaian makanan itu
sebagai satu daripada pemangkin sosial negara.

Antara cabaran yang dihadapi adalah disebabkan oleh seseorang individu tersebut. Ada
individu yang berpendapat bahawa masakan rumah lebih sedap daripada makanan di luar.
Selain itu, sesetengah orang jarang pergi ke luar untuk makan atas faktor kesihatan mereka.
Oleh itu, makanan luar yang biasanya berlemak, pedas dan juga mengandungi perasa yang
banyak tidak sesuai utuk dimakan oleh orang yang kurang sihat. Tambahan pula, ada juga
yang lebih suka meluangkan masa mereka untuk makan bersama dengan ahli keluarga ini.
Dengan sifat ini, individu-individu akan jarang mengajak rakan-rakan mereka untuk pergi
makan mahupun makan di luar. Dengan ini, hubungan erat tidak dapat dijalin sesama rakan-
rakan yang berbeza etnik.

Selain daripada itu, cabaran yang seterusnya adalah amalan dan cara makan yang berbeze
bagi setiap individu. Masalah inilah yang selalu manjadi konflik dalam memilih kedai-kedai
makanan, gerai makanan ataupun restoran yang sesuai untuk makan bersama. Bagi
sesetengah kaum Cina dan India yang menganut agama Buddha dan Hindu, mereka tidak
boleh makan daging manakala bagi kaum Melayu, mereka perlu memilih tempat makan yang
halal. Ada juga sesetengah individu yang mengamalkan cara makan vegetarian. Dengan ini,
agak susah untuk memilih tempat makan yang sesuai untuk makan bersama disebabkan oleh

6
amalan yang berbeza-beza. Tambahan pula, ada yang tidak dapat makan makanan pedas dan
ada golongan yang menjadikan makanan pedas makanan harian mereka. Ini menunjukkan
individu yang berbeza mempunyai makanan kegemaran yang berbeza. Ada juga yang
mempunyai alahan terhadap makanan tertentu terutamanya makanan laut. Kesemua ini telah
megehadkan pilihan tempat-tempat untuk makan bersama.

Makan di luar bersama dengan kawan-kawan yang lain juga boleh menjadi satu cabaran
disebabkan oleh harga makanan yang mahal. Harga makanan di luar kebelakangan ini kian
meningkat dan menyebabkan sesetengah orang rela makan di rumah atau masak sendiri
daripada makan di luar (Food Forward 2014). Hal ini adalah untuk menjimatkan perbelanjaan
harian terutamanya para-para pelajar yang masih belum bekerja. Selain itu, ada sesetengah
individu yang mengelakkan diri daripada makan bersama dengan rakan-rakan mereka di luar.
Hal ini disebabkan oleh mereka ingin mengelakkan diri daripada membelanja rakan-rakan
mereka minum atau makan untuk menjimatkan perbelanjaan mereka.

Akhir sekali, ada sesetengah orang yang lebih suka membawa balik makanan yang dibeli oleh
mereka untuk makan di tempat lain. Menurut Food Forward (2014), golongan ini adalah
orang yang sibuk seperti orang yang bekerja di pejabat yang lebih suka membeli makanan
segera dan bawa balik untuk makan di pejabat mereka. Ada juga yang gemar membeli
makanan seperti Pizza Hut yang membekalkan perkhidmatan hantaran ke tempat mereka
untuk kemudahan mereka. Keadaan ini menyebab golongan jarang makan bersama dengan
rakan sekerja mereka.

Bahagian Keempat: Makanan sebagai pemangkin perpaduan Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum, agama dan
bangsa. Kepelbagaian ini merupakan aset yang paling berharga iaitu dari segi kepelbagaian
makanan yang bukan sahaja mengeratkan ikatan perpaduan bahkan dari aspek yang lain. Dari
segi aspek kepelbagaian makanan ini telah menjadi pemangkin perpaduan yang
mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan tersendiri yang beraneka warna
mahupun dari segi rasa serta mempunyai sejarah masakan yang tersendiri untuk diketahui dan
dipelajari bersama. Makanan tradisi bagi sesebuah etnik itu bukan sahaja menjadi pilihan
dalam kalangan etnik mereka sendiri bahkan ianya menjadi pilihan bagi etnik yang lain.
Sebagai contoh, Nasi Lemak pada asalnya adalah makanan tradisi masyarakat Melayu, tetapi

7
kini ia telah menjadi pilihan utama bagi etnik yang lain. Begitu juga dengan etnik lain seperti
Cina, makanan tradisi masyarakat Cina seperti dim sum, kueh tiaw, dan lain-lain juga
menjadi piihan etnik yang lain. Secara tidak langsung, ianya telah menyumbang kepada
kesepaduan sosial.

Makanan juga menjadi simbol persahabatan dan keakraban dan juga mempunyai peranan
penting dalam kesepaduan sosial. Sebagai contoh, semasa Bulan Ramadhan, bazar Ramadhan
menyajikan makanan yang pelbagai bukan sahaja makanan tradisi Melayu bahkan makanan
tradisi masyarakat lain. Bukan itu saja, ia juga menarik minat masyarakat bukan Melayu
untuk datang dan membeli makanan dan berpeluang untuk merasai masakan tradisi
masyarakat Melayu (Beritanasional rasmi 2015). Selain itu, kita juga dapat melihat rakan-
rakan kaum lain seperti Cina, India, Iban dan lain-lain menghadiri majlis berbuka puasa
bersama rakan mereka yang beragama Islam dan kaum Melayu. Mereka juga memberi
penghormatan kepada rakan-rakan mereka yang berpuasa dengan menunggu sehingga waktu
berbuka untuk makan bersama.

Tambahan pula, kesepaduan sosial juga dapat dilihat dalam majlis rumah terbuka
sempena sambutan hari raya dan perayaan etnik yang lain. Rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum akan menghadiri majlis tersebut dan ini sekali gus memberi peluang
kepada pengunjung untuk bertegur sapa dan beramah mesra (Igil 2015). Hidangan pelbagai
jenis makanan di dalam majlis ataupun upacara tertentu sesuatu etnik dan kaum yang dihadiri
oleh etnik yang lain memberi impak dalam hubungan antara mereka. Semasa perayaan seperti
Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain menunjukkan kesepaduan
sosial dengan jelas di mana dalam setiap perayaan tersebut, makanan telah menyadukan
semua etnik melalui hidangan jamuan yang disediakan. Manakala di dalam kehidupan harian,
kesepaduan sosial dapat dilihat di tempat-tempat makan umum di mana pelbagai etnik boleh
menikmati makanan yang juga bersifat pelbagai dan secara tidak langsung interaksi antara
etnik berlaku lalu membentuk kesepaduan sosial.

Bahagian Kelima: Isu-isu yang dihadapi semasa makan di luar

Makanan adalah sesuatu yang unik sebab makanan dapat menyatupadukan etnik-etnik bukan
sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa isu-
isu yang dihadapi dalam menggunakan makanan sebagai pemangkin sosial.

8
Isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia semasa adalah berkenaan dengan kebersihan
tempat makan semasa makan di luar. Adakala, makanan yang dijual di luar tidak bersih
disebabkan oleh premis tempat makanan yang kotor. Selain itu, ada juga penjual makanan
yang tidak menjaga kebersihan sendiri terutamanya tangan. Menurut Encik Ting yang ditemu
bual, ada sesetengah penjual makanan yang tidak membersihkan tangannya selepas pergi ke
tandas. Ada juga kedai makanan di Malaysia mencuci pingang adalah di dalam tandas. Yang
lebih menjijikan lagi adalah tandas tersebut tidak dikendalikan dengan baik dan kawasan
sekitarnya adalah sangat kotor. Ini telah menyebabkan pelanggan mengalami fobia untuk
makan di luar.

Bukan sahaja itu, ada sesetengah penjual makanan tidak menjalani program latihan
pengendalian makanan (LPM) yang dianjurkan oleh kerajaan (Kementerian Kesihatan
Malaysia 2016). Malahan, ada sesetengah penjual makanan yang tidak mempunyai lesen
untuk menjual makanan seperti di gerai makan yang terletak di jalanan. Disebabkan itu,
kebanyakan premis makanan tidak mempunyai pengalaman untuk mengendali premis
makanan mereka dengan betul dan disebabkan itu, kebersihan tidak dijaga dengan baik

Selain itu, adakala kesopanan pelayan kedai dalam memberikan layanan terhadap pelanggan
adalah sangat teruk. Kebanyakan kedai restoran atau kedai makan lain telah didapati kedai
yang memberi servis yang buruk semasa memangil makan. Isu ini telah menakutkan
masyarakat untuk keluar makan sebab mereka takut jika gaduh dengan pekerja akan
mendapatkan ekstra servis kepada makanan.

Tambahan pula, kesihatan individu-individu juga merupakan satu daripada isu-isu yang
menyebabkan sesetengah orang tidak keluar makan dengan orang lain. Contohnya, orang
yang menghidapi penyakit tekanan darah tinggi ataupun tekanan darah tinggi tidak makan
makanan yang berlemak dan makanan yang mengandungi gula yang tinggi (State of Victoria
2016). Selain itu, orang yang berpenyakit kencing manis tidak boleh makan di luar
disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi. Menurut Encik Calvin Chua, ada juga
sesetengah orang yang tidak sesuai makan makanan di luar kerana mereka akan mengalami
sakit perut and cirit-birit selepas makan di luar disebabkan makanan di luar pedas,
berminyak, dan adakala ada juga yang tidak bersih.

Kesimpulannya, cabaran-cabaran di atas dapat menyebabkan ketegangan kaum kalau tidak


diurus dengan baik. Kegagalannya akan membawa kesan prasangka and perselisihan yang
wujud di hati mereka jika cabaran tidak ditangani and difahami oleh setiap kaum.

9
Penutup

Untuk mengatasi isu yang telah dibincangkan di bahagian keempat, kedai makanan perlulah
menjaga kebersihan bukan sahaja makanan tetapi juga kawasan sekitar premis makanan
beliau. Penjual makanan perlulah menjalani program latihan pengendalian makanan (LPM)
yang dianjurkan oleh kerajaan untuk belajar cara mengendali makanan dan premis makanan
dengan betul dan mengesahkan kebersihan makanan yang disediakan. Selain itu, penjual
makanan atau cef restoran boleh menyediakan menu makanan yang sihat dimakan untuk para
pelanggan yang kurang sihat seperti makanan yang tidak berlemak, dikukus dan
mengandungi perasa yang lebih kurang. Tambahan pula, penjual makanan atau pelayan
restoran hendaklah memberi servis yang bagus kepada pelanggan untuk mengekalkan bisnes
yang bagus. Contohnya, pemilik restoran atau pengurus restoran hendaklah pelayan mereka
agar bersopan dengan pelanggan yang mengunjungi kedai mereka. Dengan ini, ia dapat
mengembalikan keyakinan orang ramai untuk makan di luar dan seterusnya dapat menjalin
hubungan erat sesama lain.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai makanan yang berasal dari etnik-etnik yang berbeza di
Malaysia. Kepelbagaian makanan ini telah menjadi salah satu daripada pemangkin sosial
negara kita. Etnik-etnik yang berbeza dapat makan bersama dalam satu kedai makanan dan
satu meja sambil menikmati makanan mereka yang adakala berasal dari etnik lain.
Contohnya, orang Cina gemar makan Nasi lemak yang berasal daripada etnik Melayu
manakala orang Melayu juga ada yang makan roti canai yang berasal daripada etnik India.
Selain itu, etnik-etnik di Malaysia juga berkongsi resipi sesama lain. Menurut Puan Carol
Kuek, beliau telah berkongsi resipi dengan kawan Melayu dan juga memasak makanan
Melayu seperti karipap dan nasi lemak. Ini telah menunjukkan bahawa terdapat proses
asimilasi dalam kalangan etnik di Malaysia disebabkan oleh kepelbagaian makanan di mana
sesebuah etnik mula menyerap budaya etnik lain dalam pengamalan harian mereka. Oleh itu,
makanan merupakan salah satu daripada pemangkin sosial di Malaysia.

(2422 patah perkataan)

10
Rujukan

Beritanasional rasmi 2015, Bazar Ramadan Jadi Tumpuan Pelbagai Kaum [24 Jun 2015], 23
Jun, viewed 16 October 2016, <https://www.youtube.com/watch?v=BvAFLdFbyv0>.

Food Forward 2014, Food Forward Trends Report, Weber Shandwick, Singapore.

Igil, N 2015, Kepentingan Rumah Terbuka Di Malaysia, 30 November, viewed 15 October


2016, <https://www.youtube.com/watch?v=FK7lWwHH9OM>.

Kementerian Kesihatan Malaysia 2016, Program Latihan Pengendali Makanan (LPM),


Kementerian Kesihatan Malaysia, viewed 17 October 2016,
<http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/program-latihan-pengendali-makanan-lpm/>.

State of Victoria 2016, Heart disease and food, State of Victoria, viewed 13 October 2016,
<https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/heart-disease-and-
food>.

11
Lampiran

Lampiran A

Orang Sumber

Nama: Carol Kuek Chui Ho

Umur: 53

Alamat: No.54, Jalan Chawan, Lorong 5A, 93300, Kuching, Sarawak.

Soalan: Selain makanan etnik sendiri, pernakah anda memasak dan menikmati makanan etnik
lain?

Jawapan: Adakala saya berkongsi resipi dengan jiran-jiran dan kawan-kawan yang berlainan
kaum. Contohnya, saya juga memasak dan menghidangkan karipap dan nasi lemak untuk
keluarga saya. Saya juga ada menyediakan beberapa hidangan tradisional Bidayuh
terutamanya sup terung Bidayuh di mana saya memasaknya dengan udang-udang kering dan
daging ayam.

Nama: Dylan Bernard

Umur: 33

Alamat: No 72, Taman Orkid, Lorong 1R, Foochow Road, 93300 Kuching, Sarawak.

Soalan: Apakah makanan tradisional yang telah diwariskan oleh Etnik Bidayuh?

Jawapan: Makanan tradisional Bidayuh termasuk sup ponas, asam siok, kauk kien, sup terung
dayak dan sabih. Sup ponas adalah satu daripada makanan terkenal dalam kalangan kaum
Bidayuh. Ia dimasak menggunakan ubi kayu yang diparut dan juga serai. Untuk asam siok, ia
ialah masakan antara ayam dan nasi. Ayam yang digunakan adalah ayam kampung dan
masakan ini biasanya dihidangkan semasa sambutan keramaian di kampung dan sebagainya.
Pekasam merupakan makanan tradisi orang Bidayuh kerana pada zaman dahulu. Ikan Sultan
dan Tilapia biasanya digunakan untuk menyalai pekasam.

12
Nama: Michael Dylan

Umur: 22

Alamat: 89, Taman Bukit Berangan, Jalan Datuk Muhammad Musa, 94300, Kota Samarahan,
Sarawak.

Soalan: Adakah sup terung dayak dan sabih antara makanan tradisional etnik Bidayuh?

Jawapan: Sup terung dayak dan sabih merupakan salah satu makanan tradisional Bidayuh.
Terdapat banyak terung Dayak yang ditanam di kampung saya. Terung Dayak selalunya
dimasak dengan lauk-lauk lain seperti ikan dan udang-udang kering. Sabih adalah sayur
jeruk. Biasanya sabih terdiri daripada 2 ikat sawi, garam, gula dan juga air beras dan ia
dijeruk dalam bekas seminggu.

Nama: Ting Hua Jhung,

Umur: 37,

Alamat: No.624, Jalan Song, Kuching, Sarawak

Soalan: Mengapa anda jarang makan makanan di luar?

Jawapan: Saya jarang makan makanan di luar disebabkan oleh kebersihan penjual makanan
dalam mengendalikan makanan yang dijual oleh mereka. Ada satu kali, saya ternampak
seorang penjual makanan yang tidak mencuci tangan selepas pergi tandas.

Nama: Calvin Chua Boon Seng,

Umur: 34

Alamat: How Say Enterprise, Jalan Padungan, Kuching, Sarawak.

Soalan: Mengapa sesetengah orang tidak gemar makan di luar?

Jawapan: Saya rasa ada sesetengah orang tidak suka makan di luar disebabkan oleh kesihatan
mereka kerana makanan di luar selalunya pedas, berlemak dan mengandungi perasa yang
banyak. Makanan ini adalah sangat tidak sihat untuk dimakan kerap kali. Oleh itu, makanan
tersebut adalah tidak sesuai dimakan oleh orang yang kurang sihat.

13
14

You might also like