You are on page 1of 2

PENULISAN BERKUMPULAN TITAS (kaum cina)

Keamanan dan keharmonian dalam sesebuah negara adalah suatu bonus untuk
negara tersebut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Situasi ini dapat
digambarkan dengan melihat kemaslahatan penduduk Malaysia yang hidup secara harmoni
dan sejahtera sejak beberapa generasi yang lalu. Negara Malaysia juga terkenal dengan
konsep pemajmukan etnik yang mempunyai pelbagai gaya hidup berbeza dari aspek
agama, budaya, bahasa, dan seni. Secara tidak langsung, aspek-aspek tersebut menjadi
penyumbang utama kepada perkembangan budaya makanan moden dan tradisional yang
cukup unik dalam tabiat pemakanan di negara ini. Pengetahuan tentang kombinasi budaya
makanan ini perlulah ditekankan supaya masyarakat dapat menerima dan memahami
perbezaan antara kaum Melayu, Cina dan India.

Setiap kaum di Malaysia memiliki warisan makanan tersendiri yang dapat


mencerminkan latar belakang dan sejarah hidup mereka termasuklah kaum Cina. Salah satu
kumpulan terbesar di negara ini adalah kaum Cina iaitu yang mewakili sebanyak 22.8%
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019). Masyarakat kaum Cina mempunyai pelbagai
makanan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun daripada generasi terdahulu seperti
Char Koay Teow, Kuih Bakul, Yee Sang, Kuih Bulan, Limau Mandarin, Tang Yuan, Dim
Sum, Chang Shou Mian, Dumpling dan lain-lain. Berbeza dengan masyarakat Melayu, kaum
Cina tidak menjadikan nasi sebagai makanan ruji dalam kehidupan seharian mereka, malah
lebih suka memasak bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran.
Mereka juga gemar makan makanan laut dan manisan. Hidangan kaum Cina mempunyai
ciri-ciri khas iaitu berasaskan soya, sayuran dan tepung yang dimasak secara mengukus
atau merebus. Walau bagaimanapun, ciri-ciri khas tersebut telah beransur-ansur mengalami
perubahan dan pengubahsuaian supaya dapat disesuaikan dengan suasana budaya
masyarakat di Malaysia. Makanan tradisional kaum Cina yang terkenal dalam kalangan
rakyat Malaysia ialah Dim Sum. Dim Sum merupakan sejenis masakan Cina yang
dikategorikan sebagai hidangan ringan dan biasanya dihidangkan bersama teh Cina. Selain
itu, nasi ayam juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang digemari oleh semua
kaum di Malaysia.
Semangat patriotisme dan sifat keterbukaan dapat dipupuk menerusi gabungan
pelbagai budaya makanan antara kaum di Malaysia. Hal ini kerana, setiap kaum akan
diberikan pendedahan tentang ciri makanan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan
mengikut fahaman agama masing-masing bagi mengelakkan berlakunya perselisihan
faham. Tambahan lagi, perpaduan antara kaum juga akan menjadi lebih kukuh dengan
wujudnya produk makanan bioteknologi. Bioteknologi adalah teknologi berkaitan biologi
yang digabungkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk melalui proses
hidup bagi menghasilkan sesuatu produk berguna kepada manusia. Bidang bioteknologi
juga digunakan dalam industri makanan. Sebagai contoh, Dim Sum yang merupakan
makanan kaum Cina diproses dengan menggunakan kaedah pembungkusan vakum dan
pendinginan. Satu set Dim Sum yang terdiri daripada lapan biji akan dimasukkan dalam satu
plastik kedap udara dan disimpan dalam suhu sejuk sekitar 0-5 darjah Celsius. Hal ini
bertujuan untuk memastikan makanan tersebut tidak rosak dan tahan lebih lama.
Seterusnya, produk ini akan dipromosikan dalam pasaran negara seperti di kedai-kedai
makan atau pasar raya terkemuka. Dengan ini, semua kaum di Malaysia berpeluang untuk
membeli dan menikmati makanan tradisional masyarakat Cina iaitu Dim Sum.

Berdasarkan contoh tersebut, produk bioteknologi makanan ini dapat menyumbang


kepada perpaduan kaum melalui perkongsian dan pertukaran budaya makanan secara
terbuka serta memberi peluang kepada masyarakat untuk hidup dalam ekonomi yang
stabil. Seperti yang dapat kita lihat, terdapat sesetengah peniaga makanan Melayu di
negara kita yang turut menjual makanan kaum Cina seperti nasi ayam, Char Kuey Teow dan
Dim Sum. Peniaga-peniaga Melayu atau India juga boleh membeli produk kaum Cina yang
terdapat di pasaran jika mereka tidak mahir untuk memasak makanan tersebut. Tidak
menjadi suatu masalah untuk masyarakat Melayu yang beragama Islam merasa hidangan
kaum Cina selagi ianya bersih dan halal. Tanpa disedari, perkara sebegini merupakan suatu
inisiatif tambahan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia apabila
mereka berkongsi satu meja dan berborak sambil menikmati pelbagai jenis makanan seperti
nasi lemak, roti canai dan kuih bulan. Di samping itu, dengan adanya produk bioteknologi
makanan ini, ekonomi negara akan menjadi lebih stabil dan kukuh kerana masyarakat saling
menyokong antara satu sama lain.

You might also like