You are on page 1of 14

Tugasan 1:  Penulisan Berkumpulan (60 %)

“Kepelbagaian Pencetus Kreativiti”

Masyarakat majmuk Malaysia telah melahirkan kombinasi pelbagai hidangan


sehingga membentuk budaya makanan tradisional dan moden yang cukup
unik. Namun faktor peredaran zaman, pembaikan taraf hidup dan perubahan
status sosial banyak mengubah tabiat pemakanan rakyat Malaysia.

Analisis tentang kepelbagaian budaya makanan mengikut kaum-kaum di


Malaysia dan bagaimana produk makanan bio-teknologi boleh menyumbang
ke arah perpaduan kaum.
1.0 PENGENALAN

Menurut Laporan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia (2019), penduduk


Malaysia dianggarkan sebanyak 32.6 juta orang dengan kadar pertumbuhan
penduduk tahunan 0.6 peratus. Dalam konteks ini, komposisi etnik
Bumiputera mencatatkan 20.04 juta daripada jumlah keseluruhan penduduk
warganegara. Manakala bagi komposisi etnik Cina dan India pula, telah
mencatatkan 6.7 juta dan 2.03 juta masing-masing. Sudah terang lagi
bersuluh, kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum
utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir
penduduk Malaysia yang terdiri daripada etnik Bidayuh, Iban, Baba dan
Nyonya serta lain-lain. Setiap kumpulan etnik tentu memiliki warisan budaya
makanan tersendiri yang beraneka warna mahupun dari segi rasa dan
mempunyai sejarah masakan yang tersendiri untuk diketahui, dipelajari
bersama bahkan untuk dimiliki bersama. Oleh hal yang demikian, Malaysia
dilihat memiliki aset yang tidak ternilai terutamanya dari segi kepelbagaian
makanan. Dengan adanya budaya makanan yang berbeza, telah menjurus
kepada pembentukan kesepaduan sosial seperti kombinasi pelbagai
hidangan secara tidak sedar mengubah tabiat pemakanan penduduk di
negara kita. Hal ini berlaku demikian kerana bangsa Malaysia mempamerkan
sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain. Sehingga hari
ini, semua etnik masih lagi menghargai dan menikmati kepelbagaian budaya
makanan kerana ia telah menjadi suatu lumrah kehidupan mereka.

1
2.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA MAKANAN MENGIKUT KAUM-KAUM

Menurut John J. Macionis (1987), budaya dilihat sebagai kepercayaan, nilai-


nilai, tingkah laku dan objek kebendaan yang dikongsi bersama oleh
sekumpulan penduduk yang tertentu. Dalam hal ini, John J. Macionis
membahagikan budaya kepada dua aspek iaitu, budaya kebendaan dan
budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan merujuk kepada ciptaan
manusia seperti bangunan, seni, alat permainan dan media elektronik.
Manakala budaya bukan kebendaan pula merujuk kepada kepercayaan,
norma dan undang-undang sesuatu kelompok masyarakat. Jelaslah bahawa
budaya makanan ialah salah satu budaya kebendaan yang merupakan
khazanah negara kita yang diwariskan daripada nenek moyang secara turun-
temurun.

2.1 KAUM MELAYU


Bagi masyarakat Melayu, pelbagai lauk-pauk tidak boleh dikatakan sempurna
jika tidak diiringi dengan nasi. Hal ini dikatakan demikian kerana nasi telah
menjadi makanan utama di kalangan penduduk Malaysia secara amnya. Jika
diteliti dan ditelusuri, kaum Melayu juga menitikberatkan penggunaan rempah
ratus dan segi kepedasan dalam penyediaan hidangan makanan. Jadi,
memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan makanan Melayu selalu
berkisar kepada kepedasan kerana santan, belacan dan cili akan dijadikan
sebagai bahan masakannya. Apabila menyebut belacan ia memang sinonim
di kalangan orang Melayu (Zaiton Hassan, 1996). Sebagai contoh, belacan
berfungsi sebagai penyedap kepada nasi lemak dan menyebabkannya
sebagai makanan kegemaran bagi setiap etnik terutamanya sebagai sarapan
pagi. Dalam konteks tersebut, nasinya juga jauh berbeza daripada nasi biasa
kerana ia dimasak dengan menggunakan santan kelapa dan daun pandan
yang mampu menambahkan aromanya. 

Dalam pada itu, terdapat juga makanan dilihat sebagai fenomena


kebudayaan di masyarakat Melayu. Dengan erti kata lain, sesetengah
makanan dihasilkan untuk memeriahkan dan menyempurnakan perayaan
kaum Melayu. Sebagai contoh, bunga telur untuk upacara perkahwinan dan

2
lemang untuk perayaan hari raya Aidilfitri (Ahmad Hakimi Khairuddin & Wan
Abdul Kadir Wan Yusoff, 2006). Nasi tomato berserta lauk pauknya juga
dihidangkan untuk melayan tetamu pada musim perayaan. Di samping itu,
kuih muih tradisional akan disediakan seperti kuih bahulu, kuih siput, batang
buruk dan dodol. Disebabkan peredaran zaman, masyarakat Melayu turut
menggantikan kuih muih tradisional dengan kuih muih moden yang diperbuat
mengikut teknologi semasa. Begitu juga dengan dodol, ia telah mula
dimodenkan dengan kepelbagaian perisa. Lazimnya, kuih ini dibuat semasa
bergotong royong dan akan diedarkan dari rumah ke rumah. Dalam konteks
tersebut, budaya makanan ini mampu merapatkan hubungan antara satu
sama lain. 
 
2.2 KAUM CINA 
Budaya makanan kaum Cina terserlah dalam persediaan makanan tradisional
bersempena sambutan perayaan. Antara perayaan yang melibatkan makanan
dalam budaya kaum Cina adalah termasuklah menyambut perayaan Tahun
Baru Cina, perayaan kuih bulan, perayaan bot naga, perayaan Qingming dan
perayaan Dong Zhi (Winter Solstice Festival). Pelbagai juadah akan
dihidangkan dan kadang kala ada makanan-makanan tertentu yang
dikhaskan untuk satu-satu perayaan (Kong, H. I. L, 2014). Menurut Che Wan
Jasimah Wan Mohamed Radzi (2009), kuih bakul dan kuih bakar akan
menjadi hidangan ketika menjelang hari raya bagi masyarakat Cina.
Manakala Yee Sang juga merupakan antara hidangan bagi sambutan Tahun
Baru Cina. Contoh ramuan Yee Sang adalah terdiri daripada keropok, lobak
merah dan lobak putih. Hidangan unik ini dipercayai membawa kemakmuran,
kemewahan dan tuah dalam kalangan masyarakat Cina.
 
Menurut Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2009), pasta
memainkan peranan yang penting di dalam masakan antaranya untuk
membuat mee, membuat adunan tepung yang direbus atau dikukus seperti
tepung yang mengandungi daging, iaitu dikenali sebagai Jiao Zi. Pada masa
taraf hidup rakyat masih kurang tinggi, memakan Jiaozi amat
membahagiakan mereka. Sekarang, dengan peningkatan taraf hidup rakyat,
Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi adalah terdiri

3
daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya
daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut
dan lain-lain. Jiaozi adalah sangat sedap dimakan. Budaya pemakanan kaum
digambarkan melalui budaya kaum Cina yang lebih suka makan Jiaozi yang
dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan
(CRI Online, 2018). Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang
mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung
kepada selera masing-masing. Untuk membawa kegembiraan kepada orang
ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan
China.
 
 2.3 KAUM INDIA
Bagi masyarakat India pula, elemen yang menggambarkan keunikan budaya
makanan kaum tersebut ialah penggunaan daun pisang sebagai alas
makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Nasi putih dihidangkan di
atas daun pisang bersama-sama dengan aneka sayur-sayuran, kari ikan,
jeruk dan papadum. Biasanya, nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi
orang India yang mengamalkan konsep "vegetarian". Penggunaan daun
pisang dipercayai akan bertindak balas dengan lapisan atas daun pisang
ketika dihidangkan panas sekaligus dapat membantu sistem penghadaman.
Penghadaman makanan dan metabolisma dhatus akan menghasilkan
prasada iaitu nilai pemakanan yang baik dan mala iaitu sisa dan bahan
buangan (Rao, 1986). Ia juga dapat memupuk semangat setiakawan dan
kekeluargaan kerana mereka dapat berkongsi apa-apa sahaja yang
dihidangkan. Dengan kata lain, tiada sempadan atas daun pisang. Konsep
makan nasi atas daun pisang telah mencerminkan budaya kemasyarakatan di
negara Malaysia.

Masakan India yang dibawa oleh etnik India di Malaysia ini telah sebati
dengan jiwa dan raga rakyat Malaysia. Biarpun makanan kaum India
diperbuat dari rempah ratus yang berbeza, namun ia memiliki keenakan yang
tersendiri. Sebagai contoh, nasi biryani merupakan hidangan masyarakat
India yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus bermula dengan
ketumbar, kayu manis hinggalah buah pelaga. Rempah ratus dan herba yang

4
digunakan mempunyai konsep serta falsafahnya tersendiri. Misalnya, ia
digunakan untuk memberi perisa dalam masakan dan meningkatkan tahap
kesihatan. Sebagai contoh, kulit kayu manis sangat popular dalam memberi
rasa dan perisa di dalam masakan dan ia dikatakan baik untuk membantu
penghadaman dan sakit tekak. Hal ini kerana kayu manis berkhasiat dengan
antimikroba, anticacing, antidiare, mengobati demam, influenza dan
berperanan sebagai antiseptik (Anonim, 2010). Kreativiti masyarakat India
juga menghasilkan makanan dengan menggunakan beras dan ini merupakan
ilmu yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.
Beras yang dicampur dengan pelbagai jenis rempah ratus untuk
menghasilkan aroma yang berbeza serta menyelerakan merupakan
kepandaian masyarakat Hindu yang berbeza dengan masyarakat lain.

3.0 CARA-CARA PRODUK MAKANAN BIO-TEKNOLOGI MENYUMBANG


KEPADA PERPADUAN KAUM

5
Setiap kumpulan etnik diberikan kebebasan untuk mengamalkan budaya
makanan masing-masing di Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam tahap
akomodasi, setiap kumpulan etnik menyedari ketidaksamaan yang wujud di
antara ahli masyarakat dan memberi penghormatan kepada nilai dan norma
kumpulan etnik lain, sambil mempertahankan adat dan budaya masing-
masing (Baharuddin, 2012). Sebagai contoh, yang mana pengenalan kaum
seiring dengan status keagamaannya, isu khinzir melibatkan orang Melayu
dengan Cina. Bagi orang Melayu dan Islam, khinzir adalah binatang yang
dilarang di mana ia jelas termaktub di dalam al-Quran, sedangkan bagi orang
Cina, tradisinya amat menggemari makanan berasaskan khinzir. Oleh itu,
kaum Cina dan kaum lain-lain perlulah mempunyai kesedaran diri terhadap
ketidaksamaan tersebut dan memberi fokus kepada isu-isu produk makanan
halal. Dalam usaha menjaga perpaduan antara kaum, kepesatan bio-
teknologi telah menyumbang besar kepada penghasilan produk makanan
yang boleh dinikmati bersama.

Pertama, para saintis telah memperkenalkan teknologi yang boleh


digunakan untuk tujuan pengesahan halal. Antaranya termasuklah Enzyme
Linked Immunosorbant Assays (ELISA), Radio Immunoassays (RIA), HPLC,
FTIR dan Electronic Nose coupled with GC-MS and PCR assays. Menurut
Salmah Yusof (2007), teknik FTIR dan analisis kemometrik boleh mengesan
dan mengukur aras lemak babi di dalam sampel makanan. Dengan bio-
teknologi yang sedia ada, sudah pasti bahawa produk makanan yang
dihasilkan terjamin dari segi kehalalan dan mematuhi syarak Islam.
Sehubungan dengan itu, kontradiksi dalam budaya kepenggunaan makanan
di kalangan kaum akan dapat diatasi. Hal ini kerana makanan halal yang
dihasilkan melalui bio-teknologi bukanlah dibekalkan kepada kaum Melayu
sahaja, malah juga dengan kaum lain pun boleh menikmati keenakan produk
makanan tertentu. Oleh hal yang demikian, produk makanan bio-teknologi
mampu melindungi kaum Melayu daripada perkara-perkara haram dan
mengelakkan daripada berlakunya konflik seperti rasa tidak puas hati antara
kaum-kaum di negara kita.

6
Seterusnya, penghasilan produk makanan bio-teknologi seperti makanan
vegan juga dapat menyumbang ke arah perpaduan kaum. Vegan adalah
sejenis diet pemakanan berasaskan tumbuhan (plant-based). Dengan erti
kata lain, pengamal vegan hanya makan makanan berasaskan tumbuhan. Di
Malaysia, diet vegan lebih sinonim dengan penganut agama Hindu dan
Buddha. Seiring dengan pembangunan teknologi media sosial, semakin ramai
orang termasuk yang beragama Islam mula mencuba diet vegan. Syarikat
Phuture Foods yang berpengkalan di Malaysia telah menghasilkan daging
vegan sintetik berasaskan tumbuhan. Produk daging vegan tersebut terdiri
daripada ayam vegan, kambing vegan dan sebagainya. Produk vegan
tersebut diperbuat daripada oat, kekacang, kentang dan buah-buahan.
Menurut Parmela Fergusson, sesetengah daging vegan dibuat dengan bahan
makanan yang mempunyai sumber besi dan zink dan protein yang tinggi
(Global News, 2017). Sebuah kafe yang menyajikan masakan Melayu vegan
menawarkan masakan seperti Rendang, Sambal Goreng, Kebab dan Asam
Pedas. Penggunaan daging vegan dalam masakannya telah mendapat
sambutan hangat daripada khalayak ramai. Situasi ini juga menggalakkan
rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dan India mengunjungi kafe tersebut
untuk menikmati masakan Melayu vegan tanpa risau terhadap resepi
makanannya.

Tambahan pula, sekumpulan penyelidik universiti tempatan telah


berusaha menghasilkan burger vegan berasaskan nangka. Hal ini kerana,
nangka mempunyai tekstur yang hampir sama dengan ayam dan daging
terutamanya nangka muda. Pengcampuran buah nangka dengan bahan lain
seperti cendawan dan tepung dapat menghasilkan kepingan burger yang
sedap dan berkhasiat. Menurut Ibrahim, burger ini amat berkhasiat dan boleh
menjadi pengganti bagi makanan segera lain (Sinar Harian, 2019). Menurut
beliau juga, burger vegan ini telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan
Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan turut mendapat kelulusan Skim Pensijilan
Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Produk vegan tersebut
juga dapat memenuhi permintaan perkembangan makanan berasaskan
tumbuhan bagi kaum Cina dan kaum India yang sentiasa mengamalkan
konsep “vegetarian”. Ringkasnya, produk makanan bio-teknologi tersebut

7
dapat menyumbang ke arah perpaduan kaum kerana ia telah
menggabungkan tradisi makanan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. 

Menurut Semah (2017), penggunaan minyak tumbuhan bio-teknologi


untuk menggantikan minyak haiwan dalam proses penghasilan produk kuih
bulan adalah salah satu langkah untuk menghasilkan kuih bulan yang halal
bagi orang Muslim. Sebenarnya, kuih bulan merupakan antara makanan
tradisional kaum Cina, namun kaum Melayu juga teringin untuk mencuba
makanan kaum lain. Walau bagaimanapun, tidak semua makanan yang orang
muslim boleh memakannya kerana terdapat bahan-bahan yang berunsur
haram untuk dimakan oleh orang muslim seperti kaum Melayu. Dengan
penggunaan minyak tumbuhan bio-teknologi, kebimbangan di kalangan
pengguna Muslim dapat dikurangkan.

Selain itu, apabila dalam proses bio-teknologi kuih bulan, pekilang


menggantikan ramuan alcohol dengan ramuan bio-teknologi lain seperti
Vermouth dalam menghasilkan kuih bulan halal supaya boleh dinikmati oleh
orang Muslim (Semah, 2017). Sebelum ini, ada yang mengatakan kuih bulan
ini ada memasuki bahan seperti alcohol untuk menyedapkan kuih tersebut.
Dalam industri pemprosesan makanan, alkohol merupakan di antara bahan
pelarut yang penting selain air. Ia banyak digunakan sebagai perasa
tambahan dalam makanan seperti kek, masakan makanan laut dan
seumpamanya (Joslyn, 1963). Isu berkaitan dengan alkohol dalam produk
makanan sentiasa dibincangkan apabila tiada piawaian yang tepat berhubung
dengan persoalan tersebut. Hal ini kerana, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan hanya menggariskan panduan umum, iaitu hanya sedikit
sahaja tidak memabukkan (Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar
Ramli, 2011). Jadi, ramuan bio-teknologi yang tidak berunsur alcohol ini dapat
menggalakkan semua kaum untuk menikmati makanan kuih bulan yang
merupakan warisan makanan kaum Cina ini.

Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk dan juga yang halal
untuk dimakan oleh kaum Melayu. Menurut Cheng Sim (2019), Fai Fong
Bakery, Baker's Cottage dan Starbucks Malaysia menghasilkan kuih bulan
halal saban tahun. Keadaan ini menjelaskan bahawa sesetengah budaya

8
pemakanan kaum Cina di Malaysia adalah disebati dalam seluruh kalangan
rakyat negara kita. Setiap kaum saling menghormati dan menerima budaya
pemakanan kaum lain seperti yang dapat dilihat dalam penghasilan versi kuih
bulan yang dalam bentuk Halal. Keadaan ini menunjukkan gambaran rakyat
berbilang kaum saling mengetahui, menghormati dan menerima budaya
makanan kaum lain-lain. Menurut Nur Hazimah Anuar (2018), kuih bulan
dalam versi halal mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada
masyarakat Muslim tetapi juga pembeli bukan Islam. Jelasnya, terbuktilah
bahawa penghasilan produk bio-teknologi kuih bulan ini telah menunjukkan
keharmonian dan erti perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di negara
kita. Hal ini dapat mendorong seluruh masyarakat Malaysia ke arah
perpaduan.

4.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, Malaysia memiliki kepelbagaian budaya makanan yang


unik mengikut kaum-kaum. Semua kaum mempamerkan nilai toleransi dan

9
saling menghormati dalam menjaga kepentingan bersama. Hal ini boleh
dibuktikan dengan produk bio-teknologi yang dihasilkan di mana ia dapat
dinikmati oleh semua kaum. Bagi mengukuhkan lagi perpaduan kaum,
kerajaan Malaysia selama ini telah memberikan pengiktirafan terhadap
kepentingan bioteknologi. Maka, bidang bioteknologi di negara kita kian
berkembang pesat dalam sektor perindustrian, pertanian dan perkilangan
melalui usaha kerajaan. Produk makanan bioteknologi yang dihasilkan perlu
terjamin dari segi kehalalan dan mematuhi syarak Islam. Situasi ini bertujuan
untuk melindungi orang Melayu daripada bahan-bahan haram yang mungkin
terdapat dalam produk tersebut. Malah, kaum lain juga berpeluang
menikmakti keenakan produk makanan tersebut. Kontradiksi dalam budaya
makanan kaum juga dapat dielakkan sekaligus memupuk hubungan
silaturahim kaum di Malaysia.

10
RUJUKAN
Afiqah Salahudin. (2014). Isu-isu Shariah Dalam Teknologi Autetikasi Halal.
Dimuat turun pada 17 Februariruari 2020. Daripada
https://www.researchgate.net/publication/278879616_Isu-isu_Shariah_Dal
am_Teknologi_Autentikasi_Halal

Ahmad Hakimi Khairuddin dan Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. (2006).
Makanan dalam Masyarakat dan Budaya Melayu: Pengumpulan Perkataan
Untuk Kamus Sebagai Pelestarian Warisan Seni Budaya Melayu. Dalam
Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu tahun 2006.
Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Anonim. (2010). Herbal Berkhasiat Bukti Ilmiah & Cara Racik vol. 8. Depok :
PT. Trubus Swadaya.

Bahaman Abu Samah, Jegak Uli, Khadijah  Alavi. (2009). Media dan


Perkembangan Pertanian Ke Arah Memperkasakan Komuniti Luar
Bandar. Penerbit: Universiti Putra Malaysia.

Baharuddin, S. A. (2012). Modul Hubungan Etnik (2nd ed.). Selangor, Bangi:


Institut Kajian Etnik UKM.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. (2009). Sejarah Budaya


Pengambilan Makanan Masyarakat Cina. Budaya Pemakanan
Masyarakat Malaysia dari Perspektif Agama, Polisi, Sains dan Teknologi
dengan Rujukan Khusus kepada Pengaruh Islam dalam Penghasilan
Makanan. Dimuat turun pada 15 Februari 2020 daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/4342/8/Combine.pdf.
Cheng Sim. (2019). 12 Delicious Halal Mooncakes In KL For Your Mid-
Autumn Treat. Dimuat turun pada 18 Februari 2020 daripada
https://www.havehalalwilltravel.com/halal-mooncakes-in-malaysia.

CRI Online. (2018). Makan Jiaozi pada Tahun Baharu China. Dimuat turun
pada 17 Februari 2020 daripada http://malay.cri.cn/20180205/8dd2c9cc-
eb0b-6742-747a-f680cdf6b697.ht ml.

Global News. (2017). Vegetarian and vegan ‘meats’ are more popular than
ever. Dimuat turun pada 22 Februariruari 2020 daripada
https://globalnews.ca/news/3850562/vegetarian-meat-healthy/

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Jumlah Penduduk Malaysia Terkini 20


19 Statistik Terkini. Dimuat turun pada 12 Februari 2020. Daripada
https://www.permohonan.my/jumlah-penduduk-malaysia-terkini/

John. J .Macionis (1987). “Sociology”. New Jersey: Prentice Hall.

Joslyn, M. A. (1963), “Alcoholometry” dalam Maynard A. Joslyn (ed.),


Methods in Food Production, London: Academic Press.

Kong, H. I. L. (1991). Symbolism in Chinese food. Singapore: Graham Brash.

Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli. (2011). Isu Sensitif
Berkaitan Dengan Kepenggunaan Dalam Masyarakat Majmuk Di
Malaysia. Dimuat turun pada 11 Februari 2020 daripada
https://www.researchgate.net/publication/326543152_ISU_SENSITIF_BE
RKAITAN_DENGAN_KEPENGGUNAAN_DALAM_MASYARAKAT_MAJ
MUK_DI_MALAYSIA.

Norawazni. (2019). Burger Buah Nangka Sangat Berkhasiat. Dimuat turun


pada 16 Februari 2020 daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/16870/EDISI/Pahang/Burger-buah
-nangka-banyak-khasiat

Nur Hazimah Anuar. (2018). Kuih Bulan Halal Kekalkan Warisan Budaya
Cina. Dimuat turun pada 16 Februari 2020 daripada
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/kuih-bulan-halal-kekalkan-
warisan-budaya-cina/4137638.htmlhttps://berita.mediacorp.sg/mobilem/ga
yahidup/kuih-bulan-halal-kekalkan-warisan-budaya-cina/4137638.html.

R. Seiva Subramaniam. (2015). BAB 2 KONSEP DAN TEORI. Dimuat turun


pada 13 Februariruari 2020. Daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/6124/2/BAB_DUA_KONSEP.pdf

Rao, M.S.A. (1986). Conservatism and Change in Food Habits Among the
Migrants in India: A Study in Gastrodynamics, dalam Food, Society and
Culture: Aspects in South Asian Food Systems (eds R.S. Khare and
M.S.A. Rao), Durham:Carolina Academic Press. ms. 121-40

Semah. (2017). Penghasilan Kuih Bulan Daripada Kalangan Muslim. Dimuat


turun daripada https://www.orientaldaily.com.my/news/east-malaysia/2017
/09/27/214306.

Zaiton Hassan. (1996). Apa Sedap Belacan?. (Edit) Rahana MD. Diambil dari
majalah Wanita Keluaran September 1996 dalam ruangan Hidangan.
Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad.

You might also like